kenapa nak make sure jgn sampai tertelan..aper kalau tertelan akan jadi anak susuan ke?....kekekekekekekeke
Sha, dulu ada dengar ceramah, kalau terminum tak sengaja (maklum ler tengah stim tak hengat, mana sedor)...tak aper...tapi kalau sengaja nak minum banyak2...dikuatiri nanti anak tidak mendapat hak deme yang sepatutnya....atau kalu sampai menyebabkan si anak tak puas menyusu sebab bapak terlebih menyusu, adalah tidak wajar perbuatan tersebut...itu yg anis dengar...kalau silap..sorry...
[size=+1]629. Minum Air Susu Isteri Hingga Kenyang
Soalan:
Seorang suami meminum susu badan isteri sehingga kenyang. Dari segi Islam, apakah hukumnya.
Dan apakah ia ada kena mengena dengan ikatan suami isteri tersebut. Apakah dengan sendirinya, bercerai suami isteri tersebut. Di harapkan penjelasan dapat diberikan? [size=-1]Norizan Aziz, KLumpur Jawapan:
Air susu ibu, Allah SWT anugerahkan kepada kaum wanita sebagai rahmat untuk bayi atau anak yang dalam jagaannya. Secara fitah air susu ibu mengandungi rahmat yang paling besar untuk pertumbuhan dan perkembangan minda bayi. Dalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 233 menjelaskan "bahawa para ibu menyusu anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan penyusuan". Ini membuktikan bahawa hak air susu ibu itu hanya untuk bayi bukan selain daripada itu.
Dalam rukun penyusuan ada tiga, iaitu ibu yang menyusu, susu dan bayi yang menyusu. Jika rukun ini lengkap maka jatuhlah hukum susuan terhadap bayi tersebut. Bahkan setengah ulama menambahkan lagi tentang kadar banyaknya air susu yang diminum, jika melebihi lima kali maka jatuh hukum susuan dan setengahnya pula berpendapat hingga kenyang walaupun hanya satu kali menyusu. Jika melihat pada ketetapan ini maka bagi lelaki dewasa yang meminum susu wanita hingga kenyang tidak mengakibatkan timbulnya hukuman susuan terhadap mereka, kerana timbulnya hukum susuan ini berlaku pada bayi. Jika dalam mengadakan hubungan jimak dan asmara antara suami isteri, kemudian suami terminum air susu isterinya, maka perkara ini tidak berdosa. Namun jika suami dengan sengaja meminum air susu isteri, ini menunjukkan bahawa seorang suami telah melanggar fitrah insaniahnya, bahkan dengan sengaja mengambil hak anaknya. Jika seseorang dengan sengaja melanggr fitrah insaniah bererti tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya dan tergolong orang yang lalai bahkan lemah akal dan fikirannya. Orang Islam yang tidak menggunakan akal fikirannya dengan baik adalah orang Islam yang rugi bahkan lebih rendah daripada haiwan. Wallahu a'lam.
[size=-1]Sila rujuk buku:
[size=-1]
[size=-1]1. [size=-1]Himpunan Isu-isu Feqah Terpilih DN 224
[ Last edited by AnisSuraya at 1-8-2008 04:42 PM ] |