CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 4-9-2014 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mnm77 posted on 2-9-2014 11:20 AM
Secara ringkas:
-wang ihsan itu bagi membantu meringankan bebanan waris si mati bagi menguruskan  ...

Ooo ok terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2014 08:09 AM | Show all posts
assalam sy nak tanya apa maksud pengertian zina? contoh :- minah sudah berkahwin bersedudukan dengan abu hanya bersentuhan tetapi tidak memasukkan zakar kedalam faraj..adakan itu dinama kan zina? sekiranya suami minah meletakkan taklik keatas minah andainya engkau berzina yakni memasukan zakar ke dalam faraj jatuh talak...mohon kwn3 forumer tolong bg penerangan di atas....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 04:34 PM | Show all posts
mod @mnm77 ,@ussop sibuk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 06:10 PM | Show all posts
az4620 posted on 10-9-2014 04:34 PM
mod @mnm77 ,@ussop sibuk ke?

Sibuk tu sibuk jugak la, berforum ikut kesesuaian masa dan tuntutan kerja...

assalam sy nak tanya apa maksud pengertian zina? contoh :- minah sudah berkahwin bersedudukan dengan abu hanya bersentuhan tetapi tidak memasukkan zakar kedalam faraj..adakan itu dinama kan zina? sekiranya suami minah meletakkan taklik keatas minah andainya engkau berzina yakni memasukan zakar ke dalam faraj jatuh talak...mohon kwn3 forumer tolong bg penerangan di atas....

Yang di atas tu muqaddimah zina.... saya rasa semua dah faham kot apa makna zina


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 08:08 AM | Show all posts
mnm77 posted on 10-9-2014 06:10 PM
Sibuk tu sibuk jugak la, berforum ikut kesesuaian masa dan tuntutan kerja...

maknanya tidak jatuh talak
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 08:13 AM | Show all posts
az4620 posted on 11-9-2014 08:08 AM
maknanya tidak jatuh talak

Jika tertuduh bercakap benar tidak melakukan zina (tetapi melakukan muqaddimah zina), tidak jatuh talak tetapi berdosa atas perbuatannya

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 11-9-2014 08:14 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2014 08:34 AM | Show all posts
mnm77 posted on 11-9-2014 08:13 AM
Jika tertuduh bercakap benar tidak melakukan zina (tetapi melakukan muqaddimah zina), tidak jatuh  ...

tq mod...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 09:07 AM | Show all posts
Salam semua, saya nak tanya tentang masalah puasa, jika lepas solat Isyak suami isteri jimak, kemudian bersahur sebelum subuh, bila masuk waktu subuh sebelum solat mandi wajib dalam pukul 6.30pagi. (Maksudnya mandi wajib selepas masuk waktu subuh). Sah ke puasa dia? Terima-kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2014 11:26 AM | Show all posts
zamkumis posted on 11-9-2014 09:07 AM
Salam semua, saya nak tanya tentang masalah puasa, jika lepas solat Isyak suami isteri jimak, kemudian bersahur sebelum subuh, bila masuk waktu subuh sebelum solat mandi wajib dalam pukul 6.30pagi. (Maksudnya mandi wajib selepas masuk waktu subuh). Sah ke puasa dia? Terima-kasih.
Salam

Setahu saya sah puasa, cuma yang tak baik Solat Subuh terlewat sebab lewat mandi wajib

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 11:30 AM | Show all posts
assalamualaikum semua,

nak tanye pendapat para tuan/puan atas permasalahan yg saya hadapi ini, apakah yg patut saya buat?

ceritanye, opismet sy merangkap superior sy, telah lame bekerja dgn kompeni & merupakan tulang belakang kompeni. org kepercayaan bos...paling dipercayai. sy bekerja bhagian akaun, jadi segala perkara berkaitan urusan wang keluar masuk dlm pengetahuan sy & dia.

kisahnye, sy telah merasa syak yg die menyeleweng duit kompeni dlm keadaan tidak langsung. ade bukti2 nye cume kebenaran tidah dapat disahkan, memerlukan penglibatan org lain. itu yg jadik penghalang utk sy buktikan.

atas sebab ape sy tak boleh dedahkan....die org lame, semua operasi syarikat memang dlm pengetahuan die. bos memang rujuk pada die. kirenye die ni anak emas kompeni. dek bos terlalu mempercayai die, jadik die amik kesempatan. sy memang tak berani nak amik risiko utk dedahkan...

jadi sekiranye sy mendiamkan diri sahaja tanpa bertindak adekah sy berdosa?

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 09:08 AM | Show all posts
edoraixora posted on 25-9-2014 11:30 AM
assalamualaikum semua,

nak tanye pendapat para tuan/puan atas permasalahan yg saya hadapi ini, ap ...

Salam...

ceritanye, opismet sy merangkap superior sy, telah lame bekerja dgn kompeni & merupakan tulang belakang kompeni. org kepercayaan bos...paling dipercayai. sy bekerja bhagian akaun, jadi segala perkara berkaitan urusan wang keluar masuk dlm pengetahuan sy & dia.

kisahnye, sy telah merasa syak yg die menyeleweng duit kompeni dlm keadaan tidak langsung. ade bukti2 nye cume kebenaran tidah dapat disahkan, memerlukan penglibatan org lain. itu yg jadik penghalang utk sy buktikan.

atas sebab ape sy tak boleh dedahkan....die org lame, semua operasi syarikat memang dlm pengetahuan die. bos memang rujuk pada die. kirenye die ni anak emas kompeni. dek bos terlalu mempercayai die, jadik die amik kesempatan. sy memang tak berani nak amik risiko utk dedahkan...

jadi sekiranye sy mendiamkan diri sahaja tanpa bertindak adekah sy berdosa?

Jika tiada bukti yang kukuh, lebih baik diam kerana khuatir termasuk dalam syak wasangka yang mungkin tak benar dan boleh dapat dosa. Takut jadi fitnah jika syak itu disebarkan tetapi akhirnya terbukti tak benar.

Jika ada bukti, boleh tegur/tanya secara baik kalau dia jenis yang boleh terima teguran...  atau boleh slow talk dengan orang yang dipercayai dalam syarikat, dengan hikmah dan bijaksana bawa isu ni secara tertutup kepada bos. Mungkin masih ada harapan untuk ofismate tu perbetul kesalahannya jika kena caranya.

WAllahu a'lam

Last edited by mnm77 on 29-9-2014 09:11 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:32 AM | Show all posts
mnm77 posted on 29-9-2014 09:08 AM
Salam...

ok...trime kasih atas jawapan
sy anggap syak wasangka ajer la
walopun ade buktinye

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 05:11 PM | Show all posts
edoraixora posted on 30-9-2014 11:32 AM
ok...trime kasih atas jawapan
sy anggap syak wasangka ajer la
walopun ade buktinye

Kalau dah ada bukti, tak boleh diam atas perkara yang salah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2014 09:23 PM | Show all posts
Salam ustaz, saya ada soalan mengenai muamalat .. jual beli online ni. Harap dapat membantu ..

Saya menjual barang online.
adakah boleh kalau saya menjual barang A contohnya.

Harga kos RM90.
Harga jual RM100 dan saya letak kos pos ialah free untuk Semenanjung Malaysia..

Kos pos yang saya perlu tanggung adalah RM6. Jadi untung saya adalah RM4 satu barang.

Jika pembeli membeli 2 unit, maka saya terima RM200. Kos pos adalah RM9. Jadi untuk 2 unit untung saya adalah RM11.


Adalah konsep free pos ini dibolehkan? Saya ada mendengar dari satu sumber yang ia ada unsur penipuan. Kerana sebenarnya kos pos pembeli yang tanggung. Tapi dalam kes saya, saya telah menjual barangan jauh lebih murah dari harga pasaran (harga pasaran barang A adalah RM180). keuntungan saya sudah minimal. Dan jika pembeli nak COD (cash on delivery) saya tetap jual RM100.

So macam mana ye..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 11:58 AM | Show all posts
assalamualaikum...

saya pernah terbaca tentang larangan menggantung gambar binatang di dalam rumah kerana malaikat (pembawa rahmat) tak masuk rumah yg ada gambar makhluk yg bernyawa.

soalan saya -  adakah ini bermakna kita juga dilarang menggunakan cadar, beg, cawan yang bercorak binatang seperti rama-rama, kucing dan sebagainya?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 10:48 AM | Show all posts
nichiyoubi posted on 4-10-2014 09:23 PM
Saya menjual barang online.
adakah boleh kalau saya menjual barang A contohnya.

Harga kos RM90.
Harga jual RM100 dan saya letak kos pos ialah free untuk Semenanjung Malaysia..

Kos pos yang saya perlu tanggung adalah RM6. Jadi untung saya adalah RM4 satu barang.

Jika pembeli membeli 2 unit, maka saya terima RM200. Kos pos adalah RM9. Jadi untuk 2 unit untung saya adalah RM11.


Adalah konsep free pos ini dibolehkan? Saya ada mendengar dari satu sumber yang ia ada unsur penipuan. Kerana sebenarnya kos pos pembeli yang tanggung. Tapi dalam kes saya, saya telah menjual barangan jauh lebih murah dari harga pasaran (harga pasaran barang A adalah RM180). keuntungan saya sudah minimal. Dan jika pembeli nak COD (cash on delivery) saya tetap jual RM100.

So macam mana ye..

Salam

Pada hemat saya, tiada kesalahan sebab kos pos penjual yang tanggung (dengan kata lain sebut 'free') setelah kira harga jualan yang sesuai untuk mendapatkan keuntungan dari jualan. Ini bukan penipuan, cuma teknik jualan. Lagi satu, kos pos juga termasuk cara pembungkusan, boleh mahal boleh murah bergantung cara dan kualiti pembungkusan, yang mana bukannya terletak pada harga pengangkutan pos yang ditetapkan oleh pihak courier semata-mata (POS Malaysia atau ejen courier yang lain).

Untuk memudahkan, kos pos (pembungkusan + pengangkutan oleh courier) ditulis 'free' dengan penjual tanggung kos tersebut, samada penjual nak serapkan kos tersebut ke dalam harga barang, atau tidak, terpulang kepada penjual.

Teknik jualan kalau ada perkataan 'free', mungkin nampak lebih menarik...tapi mungkin ada yang pertikai...

Kalau ragu-ragu, boleh tulis harga jualan TERMASUK POS.

(termasuk pos ni bermakna kos pos diserapkan ke dalam harga jualan, dengan kata lain 'free', hakikatnya bukan free pun sebab penjual dah kira kos yang perlu diserapkan untuk jual barang tersebut).

WAllahu a'lam


Last edited by mnm77 on 9-10-2014 10:50 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2014 11:08 AM | Show all posts
chempaka_lily posted on 8-10-2014 11:58 AM
assalamualaikum...

Wa alaikum salam....

saya pernah terbaca tentang larangan menggantung gambar binatang di dalam rumah kerana malaikat (pembawa rahmat) tak masuk rumah yg ada gambar makhluk yg bernyawa.

Benar, ada hadith sahih berkaitan larangan yang disebut di atas.

soalan saya - adakah ini bermakna kita juga dilarang menggunakan cadar, beg, cawan yang bercorak binatang seperti rama-rama, kucing dan sebagainya?

حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ كَانَ قِرَامٌ لِعَائِشَةَ سَتَرَتْ بِهِ جَانِبَ بَيْتِهَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمِيطِي عَنَّا قِرَامَكِ هَذَا فَإِنَّهُ لَا تَزَالُ تَصَاوِيرُهُ تَعْرِضُ فِي صَلَاتِي
Telah menceritakan kepada kami Abu Ma’mar ‘Abdullah bin ‘Amru berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Warith berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul ‘Aziz bin Suhaib dari Anas bin Malik, Aisyah ada sehelai langsir, beliau menutup satu sudut rumahnya dengan langsir itu. Setelah melihatnya, Nabi SAW lalu bersabda: “Buangkan langsir itu dari hadapanku, kerana gambar-gambarnya terus mengganggu solatku.”
(HR Bukhari)

Dari hadith di atas, terdapat larangan tentang unsur gambar bernyawa yang dijadikan perhiasan rumah (contoh di atas tirai). Ada Ulama berpendapat makruh hukumnya, dan sebaiknya jangan ada gambar binatang bernyawa yang digantung atau yang mudah dipertontonkan dalam rumah. Jika gambar ada unsur khayalan atau khurafat, haram hukum menggantung atau mempertontonkan dalam rumah.

Berkaitan beg, atau cawan, atau benda-benda yang bukan digantung atau bukan dijadikan perhiasan, ada kelonggaran dan dibolehkan. Lebih afdhal guna yang tiada gambar benda yang bernyawa.

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 03:44 PM | Show all posts
mnm77 posted on 9-10-2014 11:08 AM
Wa alaikum salam....

terima kasih atas pencerahan....

Comments

sama-sama moga bermanfaat  Post time 15-10-2014 08:09 AM
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 03:10 PM | Show all posts
chempaka_lily posted on 8-10-2014 11:58 AM
assalamualaikum...

saya pernah terbaca tentang larangan menggantung gambar binatang di dalam ruma ...

contoh mudah TV ....

rumah almarhum Tuan Guru Abdul Rahman pengasas pondok Sg Durian tiada TV .

Tv juga ada gambar dan melalaikan .

skdr pencerahan.



Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 10:32 AM | Show all posts
hem..... aku ni.. bnyk dah terlalai.. terutama solat... aku cuba nak baiki diri aku.. sbb aku tahu khiamat pasti ada..... salahkah aku kalu aku solat semata mata takutkan tak sempat taubat... takut sebab tak nak masuk api neraka??? aku cuba didik hati aku ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.300153 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list