|
tak la darina masih simpan perasaan pada cikgu amir kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2339# sang_arjuna
Timekasih N3 baru... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2336# sang_arjuna
Oooo..tudung kelabu.... the very 'sweet' one..... just like your sweet stories ... keep up the good job.... ![](static/image/smiley/default/flower.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
batu api dah datanggggg:@ |
|
|
|
|
|
|
|
aduii hal FB belum lagi selesai.. dah tambah plak kisah si aisyah minah songsang ni plak.. masak cikgu amir ngn cik pai ayam nk bahagia pas ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pulak si Aishah tu nak wat kat Lia.............hmm kalau lah dia tau Amir tu kaya.........teruk la jawabnya .ha ha |
|
|
|
|
|
|
|
Aishah mengetap bibir. Bodoh sombong! Aku tahulah macam mana nak ajar kau
Aisyah nak ajar si dahlia...fuyooo kena berhati-hati ini |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua....![](static/image/smiley/default/bye.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
camne agaknya kalu minah perasan tue tau yg LIA ngan AMIR dah together2... ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi dugaan amir dan dahlia.... upanya
nak lagi hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
camne agaknya kalu minah perasan tue tau yg LIA ngan AMIR dah together2...
shahrinas Post at 21-2-2011 08:44 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
haip.... apa tu geder-tu geder ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
adesss suspen balik la dada juliet ni ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nanti sambung panjang sikit yeeee |
|
|
|
|
|
|
|
BYK BETUL DUGAAN CIKGU AMIR DGN DAHLIA NI........ |
|
|
|
|
|
|
|
dah xsedap hati
berdebar2 aje.
Apalah olah Aisyah ni nnti.![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bagi peluang ecah fikir pelan nak kenakan dahlia
kita citer psl org lain plak
dah tak banyak N3 dah
akak smiley nak habiskan sebelum rumah kena tutup
................................................................................................
Dahlia mengetuk pintu bilik Darina. Tiada jawapan walaupun dia tahu kakaknya ada di dalam. Pintu yang tak berkunci di kuak perlahan. Darina tersandar di katil sambil membaca buku.
“ Kak, tak nak makan ke? Lia dah masak”
Darina mengangkat muka dari buku di tangan. “ Makan lah dulu. Kakak tak lapar lagi” Tumpuannya kembali pada novel di tangan.
“ Buku apa tu?” tanya Dahlia sambil menyengetkan kepala.
“ The Analects of Lee Kuan Yew” balas Darina. Aduyai… boringnya tajuk. Tapi Kakak dan Abang Sani memang jenis intelektual. Novel chick lit bukan pilihan kakak.
“Kakak asyik terperuk dalam bilik. Tak boring kah? Temanlah Lia dengan Babah makan.”
Darina mengangkat kening “ Mana suami Lia?”
“ Dia ada hal kat luar.” Dah agak dah, Kak Darina tak nak bertembung dengan Amir. Sebut nama Amir pun dia tak sudi. Macamlah susah sangat nak sebut. Dua suku kata saja.
“ Hmm… baru sehari kawin dah buat hal sendiri. Good luck to you” Nada Darina sinis. Dahlia mengeluh. Aku tak boleh biar keadaan melarat. Aku mesti cari apa punca kebencian kakak pada Amir. Dia melabuhkan punggung di kaki katil.
“ Kakak rasa baby kakak nanti lelaki atau perempuan?” Kandungan Darina berusia empat bulan tapi perutnya tidak terlalu ketara.
“ Tak tahulah. Abang Sani dengan kakak memang tak nak tanya doktor. We want it to be a surprise. Lagipun kakak dengan abang Sani dah lama tunggu nak dapat anak. Kami tak kisah lelaki atau perempuan, janji baby sihat”
Dahlia mengangguk. “Betul tu. Kita kena bersyukur dapat rezeki. Baby kakak cucu pertama Babah. Babah excited nak dapat pangkat Datuk walaupun bukan dari Sultan. Lia pun tak sabar nak jadi Mak Ngah. Lia suka beli barang barang baby. Comel sangat. Minta mintalah Lia pun berjangkit”
“ Sabarlah dulu. Oh… lupa pula kakak. Suami Lia tu dah lama membujang. Kawan yang sebaya dah ramai anak. Kesian Lia, kena lah beranak cepat cepat. Kalau tak ada zuriat, siapa nak warisi harta yang bertimbun tu “ Bibir Darina mengherot. Nampak sangat dia tak berkenan dengan adik iparnya. Kesabaran Dahlia makin tipis.
“ Kak, kenapa akak tak suka Amir? Apa silap dia pada akak? Cuba kakak cerita. Lia rasa tension bila kakak asyik mengelak dari kami. Sudahlah Kakak jarang balik sini, bila kakak balik mood kakak tak baik. Lia dengan Babah rindu nak berbual panjang dengan kakak. Janganlah buat macam ni” rayu Dahlia
“ Memang kakak tak suka Amir. Dia rosakkan hidup kawan baik akak. Kalau Kakak tahu Lia nak kahwin dengan dia, kakak tak balik. Kakak meluat tengok muka lelaki berlagak tu. Malangnya nasib Lia dapat dapat suami macam Amir. Lia ingat seronok dapat suami kaya? Tengoklah nanti macam mana keluarga dia layan Lia. Macam sampah! Orang macam kita tak sama taraf dengan mereka”
Dahlia menelan airliur. Bukan aku tak percayakan Amir, tapi aku nak dengar cerita versi Kak Darina pula.“ Macam mana kakak kenal Amir?”
“ His ex was my close friend. Sebelum jumpa kawan kakak tu, Amir player yang terkenal di kampus. Tukar girlfriend macam tukar baju. Ya lah, anak orang kaya, drive kereta mahal. Not bad looking. Ramai lah perempuan yang cair.”
Termasuk kakak? Tanya Dahlia dalam senyap. Hatinya di garu rasa gusar. Cikgu Amir seorang player? Tapi itu dulu, masa dia muda remaja. Dahlia cuba menenangkan hati.
“ Bila dia cuba mengorat kawan kakak tu, kakak tak suka. My friend deserves someone better. Dah berbakul kakak nasihat Sarah. Tapi Amir tu sweet talker. Mudah saja kawan kakak tu jatuh cinta. Bertahun tahun dia orang couple. Sampai duduk serumah. Kakak bukan nak fitnah tapi kalau lelaki dengan perempuan yang bercinta duduk bersama, jauh dari mak bapak… well.. faham faham sajalah. Kakak malas nak cerita lebih lebih”
Perut Dahlia memulas. Apakah Amir lebih kurang macam Farid juga? Ayoyo… janganlah aku cabut dari mulut rimau masuk mulut buaya.
“ Kesian Sarah. Bila mak Amir dapat tahu, dia melenting. Kawan kakak tu orang susah, mana sesuai nak jadi menantu keluarga Puan Sri Sabihah. Amir pun sama. Habis manis sepah di buang. Lia jangan percaya sangat kat Amir. ” Darina mendengus geram.
“ Amir pernah cerita kat Lia pasal dia dengan Sarah. Dia memang cintakan Sarah. She was his first love. Mereka berpisah sebab Puan Sri.”
“HUH! First love atuk kau! Memanglah Puan Sri tak suka Sarah. Tapi kalau Amir betul betul sayangkan Sarah, dia akan pertahankan hubungan mereka. Menyampah betul aku tengok muka laki kau tu!” Darina mengetap rahang. Dahlia terpempan. Kisah Sarah dan Amir sudah lama berlalu tapi kenapa dendam kakaknya masih membara? Tak logik kalau di fikirkan.
“ Kakak, tak baik benci kat orang. Nanti terkenan pula kat baby yang dalam perut tu. Kakak kena tengok muka Amir Junior hari hari” Dahlia cuba berlelucon. Darina memeluk tebuh dengan muka tak beriak.
“Sarah bukan jodoh Amir. Dia dah jumpa lelaki yang lebih baik. Amir kata Sarah sekarang bahagia dengan suami dan anak anak. Amir pun baik dengan dia orang. Allah mengatur semua di bumi dan langit dengan sebaik baiknya. Lia redha dengan jodoh Lia. Macam mana nasib Lia nanti, Tuhan saja yang tahu apa yang tersurat. Kalau kakak tak suka Amir, Lia tak boleh nak buat apa. Tapi Lia tetap sayang kakak. Lia harap sangat kakak tak jauhkan diri dari kami. ” Sayu nada Dahlia. Dia mengurut kaki Darina. Akhirnya Darina mengorak senyum tipis.
“Kakak pun sayang Lia. You can have more than one husband but you have only one sister”
Nauzubillah! Aku tak nak more than one husband. Suey betul mulut kakak aku! Tapi biarlah apa dia nak kata, aku malas nak cari gaduh. Dahlia terpaksa senyum. Tubuh Darina di peluk. |
|
|
|
|
|
|
|
gitula pulak kisahnya...sian dahlia... |
|
|
|
|
|
|
|
Berat dah Darina ni..........................ada ke kata kat adik macam tu....ingat laki boleh tukar2 ke:@ ha ha angin |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|