|
~ V2 ~ Benang borak warga bod HP( Edisi:Calling2 guna handphone)
[Copy link]
|
|
i think u not only slim. but u'll KECUTS too
moyas Post at 17-4-2012 11:55 PM 
kurang asam boi.... hampehhhh |
|
|
|
|
|
|
|
ntah kurun yg ke brp dpt masuk....
adifrs Post at 18-4-2012 00:00 
kurun 1434 M agak2 bole x dip? |
|
|
|
|
|
|
|
kurang asam boi.... hampehhhh
adifrs Post at 18-4-2012 00:02 
ha3x wa nya "kurang masam" |
|
|
|
|
|
|
|
ntah...wa panggil ni kumbang gajah... kumbang ni jahat...
klu melekat kat baju... ...
adifrs Post at 18-4-2012 00:01 
wa takot tgok gg dia. dia pernah geget luk ker? |
|
|
|
|
|
|
|
ha3x wa nya "kurang masam"
moyas Post at 18-4-2012 12:05 AM 
meh sini....wa kasik tambah asam jawa...kaw2 masamnya... |
|
|
|
|
|
|
|
wa takot tgok gg dia. dia pernah geget luk ker?
moyas Post at 18-4-2012 12:06 AM 
penah....kat tangan..wa try nak buang sebab dok menyibuk melekat kat baju wa..
kaki dia tu tajam... |
|
|
|
|
|
|
|
penah....kat tangan..wa try nak buang sebab dok menyibuk melekat kat baju wa..
kaki dia ...
adifrs Post at 18-4-2012 00:14 
luk gediq sgt kot. sbb tue dia geget luk. abes tue tgn luk berlobang x? |
|
|
|
|
|
|
|
meh sini....wa kasik tambah asam jawa...kaw2 masamnya...
adifrs Post at 18-4-2012 00:12 
wa rasa asam jawa masih kurang masamnya. wa percaya yg masyam tue tiak luk.  |
|
|
|
|
|
|
|
wa rasa payau
ana sayam bayam tue da start berdengkur pun
moyas Post at 18-4-2012 12:20 AM 
biarlah dia..penat tu....baru balik sekolah.... |
|
|
|
|
|
|
|
wa rasa asam jawa masih kurang masamnya. wa percaya yg masyam tue tiak luk.
moyas Post at 18-4-2012 12:23 AM 
sengal bin bengal........... |
|
|
|
|
|
|
|
mane de lobang...gigit manje jer...
tapi smpai skang wa seriau..asal nmpak je k ...
adifrs Post at 18-4-2012 00:25 
siyes wa x nah jupa kumbang ni. da la muka buruk, sesunggut nya scary |
|
|
|
|
|
|
|
sengal bin bengal...........
adifrs Post at 18-4-2012 00:27 
ha3x betul kan? turr kalo campor ngan jeruk sambal belacan. mau bergegar tekak meminumnya |
|
|
|
|
|
|
|
biarlah dia..penat tu....baru balik sekolah....
adifrs Post at 18-4-2012 00:26 
cegu yg penat men porum |
|
|
|
|
|
|
|
tau x per...
ok la moy....nak masuk beradu...
nite moy bucuk ...
adifrs Post at 18-4-2012 00:33 
da solat lom? men tdo jer.... gg pelesu luk tue... simpan elok2. kan x pasal2 tikus ladang kelapa sawit luk tu bawa lari. bubye keDIP2an. tdo la. wa nk verangan jap |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by moyas at 18-4-2012 02:32
salam 18 April 2012 / 26 Jamadil Awal 1433 semua
3 amalan jadi perisai harungi dugaan

Muslim wajib beristiqamah, istikharah, istighfar untuk raih keredaan Illahi
JUNDUB Ibn Sufyan menerangkan, Rasulullah SAW pada suatu hari berada di dalam sebuah peperangan sedangkan anak jari Baginda sudah berdarah. Maka berkatalah Rasulullah SAW: Engkau hai anak jari tiada lain melainkan anak jari yang sudah berdarah dan di jalan Allah apa yang engkau deritai. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Nabi pernah menyatakan tekanan paling berat yang pernah dirasakan Baginda ketika berhadapan kaum Quraisy ialah apa yang pernah Baginda deritai pada Hari Aqabah di Mina ketika pergi ke Taif untuk berdakwah.
Baginda berharap penduduk Taif akan menerima dakwah dan melindunginya daripada keganasan puak Quraisy. Namun, sebaliknya pula berlaku apabila Baginda diusir dan dikasari hingga luka berdarah.
Dalam peristiwa ini Allah SWT mengutuskan malaikat untuk membantu Baginda membalas puak menentang itu dengan cara membinasakan mereka seperti yang berlaku pada kaum sebelumnya.
Sebagai nabi, Baginda tidak terburu-buru. Baginda menolak bantuan itu dan masih mengharap supaya kaum itu diberikan kesedaran dan mereka tidak dibinasakan kerana perlakuan mereka itu disebabkan kejahilan.
ISLAM sebagai pegangan hidup serba lengkap dan menyeluruh mengajar setiap Muslim supaya berpegang pada tiga amalan utama apabila berdepan dengan persoalan hidup iaitu istiqamah, istikharah dan istighfar.
Istiqamah membawa maksud tetap teguh dan terus mempertahankan pendirian asal, tidak berganjak dan tidak mundur ke belakang biar selangkah juga. Biar apa terjadi dan bakal dihadapinya, pendirian asal tetap dipertahankan walaupun nyawa dan jasadnya menjadi bahan pertaruhan. Pentingnya istiqamah ini, diriwayatkan seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku satu pegangan hidup dalam Islam yang tidak perlu lagi aku ajukan soalan lain.
Lantas Baginda menjawab dengan bersabda maksudnya: Katakanlah! Aku beriman kepada Allah, kemudian tetap teguhlah (beristiqamahlah) pada pendirian itu. (Hadis riwayat Muslim)
Jika iman yang bertapak di sudut jiwa seseorang kukuh dan mantap, maka dia adalah seorang yang benar-benar beristiqamah dalam ruang lingkup kehidupannya.
Sebaliknya, jika imannya amat tohor dan nipis, maka dia mudah terpedaya dengan godaan dan pesona dunia.
Justeru, iman sewajibnya diisi dan dijana menghiasi jiwa seseorang Muslim terlebih dulu hingga mantap dan kukuh supaya mampu bertahan menepis segala badai cubaan serta dugaan.
Istikharah pula antara saluran untuk Muslim memohon petunjuk Ilahi dalam setiap langkah, sekali gus memohon pertimbangan yang jitu dalam setiap keputusan.
Sebenarnya setiap insan mempunyai pilihan dan kebebasan untuk berbuat apa saja.
Namun, menurut perspektif Islam tidak ada kebebasan mutlak tanpa batasan bagi Muslim mengaku beriman kepada Allah.
Dengan kata lain, Muslim terikat dengan peraturan ditetapkan Allah dalam menjalani kehidupan ini.
Oleh itu, seorang Muslim sewajibnya berfikir banyak kali dan meletakkan neraca Ilahi sebelum berucap mahupun bertindak.
Dalam hal ini, Muslim dianjurkan untuk selalu berdoa ke hadrat Allah memohon petunjuk hidayah ke arah jalan yang lurus.
Kata-kata hikmat berfikirlah untuk hari ini dan berbicaralah untuk hari esok sepatutnya menjadi cermin diri dan sumber inspirasi bagi setiap Muslim.
Apabila terfikir sesuatu ucapan atau perbuatan yang boleh menyakiti orang lain, maka hendaklah dia bersabar.
Sebaliknya jika ucapan atau tindakannya itu jika difikirkan baik, maka
hendaklah dia teruskan walau apa pun risikonya.
Maka benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak akan rugi seorang yang sentiasa beristikharah, tidak akan kecewa seorang yang sentiasa bermusyawarah dan juga tidak akan miskin seorang yang hidupnya sentiasa berjimat cermat. (Hadis riwayat Tabrani)
Akhirnya istighfar, amalan bermuhasabah dan seterusnya memohon keampunan kepada Allah atas kelemahan, kekurangan dan kedaifan diri kerana setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Tetapi, setiap kesalahan dan dosa yang dilakukan pada hakikatnya adalah penyakit yang akan merosak dan menghancurkan hidup manusia. Oleh itu, segala kesalahan dan dosa hendaklah dihindari setiap Muslim.
Tidak sedikit musibah dan bencana yang menimpa manusia sejak akhir-akhir ini sebenarnya berpunca daripada kesalahan dan dosa mereka sendiri.
Maka, inilah masanya paling sesuai bagi bermuhasabah dan seterusnya memanjatkan doa keampunan ke hadrat Ilahi supaya diampuni segala dosa.
Adakalanya kehidupan masyarakat dilanda musibah demi musibah yang tidak henti-henti disebabkan dosa masa lalu dan tidak pula pernah disucikan melalui amalan istighfar atau taubat. Jika itulah sebabnya, maka tidak ada penawar yang mujarab melainkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah.
Allah merakamkan kisah Nabi Hud dalam al-Quran yang sepatutnya menjadi teladan dan peringatan seperti firman-Nya yang bermaksud: Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa! (Surah Hud, ayat 52)
Begitulah sunnah kehidupan ini yang tidak pernah sunyi daripada cabaran dan dugaan melanda hidup manusia.
Maka, untuk selamat dalam perjalanan hidup yang penuh liku ini setiap Muslim wajib menghiasi dirinya dengan amalan istiqamah, istikharah dan istighfar supaya berjaya meraih keredaan Ilahi, sekali gus meraih kesejahteraan serta kebahagiaan hidup dunia akhirat.
Pedoman: Penderitaan Rasullulah SAW
JUNDUB Ibn Sufyan menerangkan, Rasulullah SAW pada suatu hari berada di dalam sebuah peperangan sedangkan anak jari Baginda sudah berdarah. Maka berkatalah Rasulullah SAW: Engkau hai anak jari tiada lain melainkan anak jari yang sudah berdarah dan di jalan Allah apa yang engkau deritai. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Nabi pernah menyatakan tekanan paling berat yang pernah dirasakan Baginda ketika berhadapan kaum Quraisy ialah apa yang pernah Baginda deritai pada Hari Aqabah di Mina ketika pergi ke Taif untuk berdakwah.
Baginda berharap penduduk Taif akan menerima dakwah dan melindunginya daripada keganasan puak Quraisy. Namun, sebaliknya pula berlaku apabila Baginda diusir dan dikasari hingga luka berdarah.
Dalam peristiwa ini Allah SWT mengutuskan malaikat untuk membantu Baginda membalas puak menentang itu dengan cara membinasakan mereka seperti yang berlaku pada kaum sebelumnya.
Sebagai nabi, Baginda tidak terburu-buru. Baginda menolak bantuan itu dan masih mengharap supaya kaum itu diberikan kesedaran dan mereka tidak dibinasakan kerana perlakuan mereka itu disebabkan kejahilan.
moyas Post at 18-4-2012 00:38 
"Maka, untuk selamat dalam perjalanan hidup yang penuh liku ini setiap Muslim wajib menghiasi dirinya dengan amalan istiqamah, istikharah dan istighfar supaya berjaya meraih keredaan Ilahi, sekali gus meraih kesejahteraan serta kebahagiaan hidup dunia akhirat.
Pedoman: Penderitaan Rasullulah SAW"
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|