1999: EgyptAir Penerbangan 990
15 tahun dulu, penerbangan 990 EgyptAir terjunam, pada jarak 14,000 kaki dalam masa 36 saat.
Jet 767 itu dalam perjalanan dari Kaherah ke bandaraya New York, terhempas ke Lautan Atlantik berdekatan pantai Massachusetts.
Walaupun serpihannya ditemui, masih terdapat spekulasi tentang punca sebenar kejadian tersebut, yang menyebabkan 217 orang yang menaiki pesawat itu pada Oktober 1999 terbunuh.
Pelbagai teori termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang membunuh diri, juga terdapat kisah yang tidak dapat diakui kesahihannya tentang pertengkaran untuk mengawal pesawat di kokpit antara juruterbang dan pembantunya. Mesir pula memberitahu ia kerana kegagalan mekanikal.
1996: Penerbangan 800 TWA
Pesawat yang dalam perjalanan ke Paris meletup di udara sejurus selepas berlepas di bandaraya New York, dan menyebabkan kesemua 230 orang dalam pesawat terbunuh.
Saksi mendakwa mereka menyaksikan lingkaran cahaya dan bola api, menyebabkan ada yang curiga bahawa pesawat itu dibedil oleh pengganas dengan roket. Ada yang mendakwa peluru berpandu dan meteor.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) memutuskan yang letupan tersebut ialah disebabkan litar pintas elektrik yang meletupkan tangki bahan api dan seterusnya memusnahkan pesawat tersebut sehingga menjadi cebisan kecil di perairan Long Island.