CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skyreds

Liverpool FC 2016/17 ... YNWA

[Copy link]
 Author| Post time 13-8-2017 02:54 PM | Show all posts
3-3

gol offside pun kire ... dah la last minit     

masaalah x settle2 ... asik bocor jek bila ade corner
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2017 07:46 AM | Show all posts
skyreds replied at 12-8-2017 12:17 PM
P. Coutinho submit transfer request pulak ... agak2 barca datang lagi x lepas FSG dah announce "ph ...

ade, sengal betul la
wa ada baca komen gerrard pasal ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 07:47 AM | Show all posts
skyreds replied at 13-8-2017 02:54 PM
3-3

gol offside pun kire ... dah la last minit     

sape suruh klopp keluarkan firmino masukkan origi
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 07:48 AM | Show all posts
skyreds replied at 12-8-2017 04:41 PM
150mill euro ... berani x barca   

dgr2 .. barca dah bawak jalan2 100mill euro, ngintai erikse ...

nak ke spurs jual mamat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 07:49 AM | Show all posts
skyreds replied at 11-8-2017 11:54 AM
berbulu .. tapi duit amek jugak,puiii  

kalau klopp x dapat carik sorang lagi back-up CB .. mas ...

berapa lama lallana kena rest ni? 2,3 bulan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 07:49 AM | Show all posts
skyreds replied at 11-8-2017 11:51 AM
yup .. kalau la dapat sauk keita dri RB leipzig haritu, manyak syok ohh ... the next xabi alonso

kalau dapat kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-8-2017 12:22 PM | Show all posts
RosesAre_Red replied at 14-8-2017 07:48 AM
nak ke spurs jual mamat tu?

owner spurs tu kan tamak ... mata duitan,nak aja kalau sampai 1++mill
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2017 12:26 PM | Show all posts
RosesAre_Red replied at 14-8-2017 07:47 AM
sape suruh klopp keluarkan firmino masukkan origi

firminho pun nampak dah lemas ... masukkan milner ok la  

nak bertahan n control bola ... dari slalu kalau terus attack, asik hilang point jek  

tapi .. defend leak dekat corner memang x sudah2 isu nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2017 12:27 PM | Show all posts
RosesAre_Red replied at 14-8-2017 07:49 AM
berapa lama lallana kena rest ni? 2,3 bulan?

4 bulan .. sampai nov
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 03:43 PM | Show all posts
skyreds replied at 14-8-2017 12:26 PM
firminho pun nampak dah lemas ... masukkan milner ok la  

nak bertahan n control bola ... dari  ...

ni mmg isu lapuk kan?
xde effort nak solve kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 03:44 PM | Show all posts
skyreds replied at 14-8-2017 12:22 PM
owner spurs tu kan tamak ... mata duitan,nak aja kalau sampai 1++mill

kan dh ckp jual manusia lagi kaya dari jual unta
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2017 03:45 PM | Show all posts

lamanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2017 01:12 PM | Show all posts
Hoffenheim 1 - 2 Liverpool  

nice away win ... kalau x bolos sebijik lagi selesa  

tapi xpe ... welcome hoffenheim to anfield, taste & feel the european night there
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 07:01 PM | Show all posts


bz cam hanat skang nih..nak intai kat sini pn xsempat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2017 06:23 AM | Show all posts
Liverpool 1 - 0 CP  

First win 2017/18 ... naseb baik menang  

LB baru si robertson debut nampak memberangsangkan ... pure left footed
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2017 06:24 AM | Show all posts
antagenaiz replied at 17-8-2017 07:01 PM
bz cam hanat skang nih..nak intai kat sini pn xsempat..

owh .. busy mengdekorasi gua ke    

ingatkan dah kene lock dalam gua .. tu yang x muncul2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2017 11:11 AM | Show all posts
antagenaiz replied at 17-8-2017 07:01 PM
bz cam hanat skang nih..nak intai kat sini pn xsempat..

mcm hanat yer?
ni mesti ada follow daebaking ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 11:12 AM | Show all posts
Barcelona Memberikan Kata Dua Untuk Liverpool : “Terima Tawaran Kami Sebelum Ahad Jam 7 Malam”.

Mereka akan menarik balik segala tawaran untuk Phil Coutinho selepas waktu tersebut menurut Guillem Balaque.

Liverpool telah menolak bidaan ketiga bernilai £113 juta untuk Coutinho pada Jumaat dan tidak mahu menjual pemain dari Brazil itu dengan berapa nilai sekalipun.

Barcelona telah kehilangan Neymar kepada PSG dan telah menyenaraikan Coutinho dan Ousmane Dembele sebagai calon berpotensi menggantikan tempat Neymar.

Setelah menyaksikan bidaan mereka ditolak berkali kali, Barcelona telah mengemukakan kata dua kepada Liverpool untuk menerima tawaran mereka sehingga jam 7 malam pada Ahad atau mereka akan hilang minat terhadap Coutinho.

Menurut Guillem Balague :

“Kami difahamkan Liverpool telah menolak tawaran kali ketiga dari Barcelona pada Jumaat. Satu emel telah dihantar kepada Liverpool yang menyatakan ‘Okay anda menolak tawaran kami – jika anda tidak menerimanya maka tarikh akhir untuk kami mengemukakan tawaran ini adalah pada Ahad jam 7 malam. Atau kami tidak berminat lagi untuk melakukan bidaan'”.

“Saya berpendapat Liverpool akan mengabaikan emel dari Barcelona ini, dengan teori ianya merupakan pengakhiran bagi semua ini”.

“Itu adalah pengakhiran buat saga Coutinho ke Barcelona. Anda perlu faham yang Barcelona adalah kelab yang berpegang pada kata katanya untuk menarik semua tawaran kerana Liverpool memang tidak berniat untuk menjual”.

ADMIN

Agak bersifat seperti ugutan, tetapi adakah Liverpool peduli akan apa yang terjadi di Barcelona?



Barca terdesak sampai main ugut pulak dah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 11:14 AM | Show all posts
Jurgen Klopp Enggan Memikirkan Situasi Coutinho Hingga Musim Perpindahan Tamat.

Liverpool tetap dengan keputusannya enggan menjual pemain dari Brazil itu.

Jurgen Klopp mengakui situasi Coutinho sekarang ‘tidak mudah buat semua pemain’ namun belum lagi memikirkan bagaimana untuk meletakkan beliau dengan situasi sekarang ke atas skuad.

Setakat ini Liverpool telah menolak 3 bidaan terhadap Coutinho, yang telah menyerahkan surat permohonan pindahnya beberapa minggu lepas.

Setakat ini Coutinho belum lagi melakukan penampilan bersama Liverpool setelah beliau menyatakan hasrat untuk meninggalkan Anfield, setelah beliau mengalami kecederaan belakang.

Jurgen Klopp menyaksikan Sadio Mane menjalankan tugas mengisi kekosongan yang ditinggalkan Coutinho, dengan menjaringkan gol penting ke atas Liverpool walaupun sekarang ini pasukan menghadapi masalah di luar padang.

Menurut Jurgen Klopp :

“Buat masa sekarang, seperti yang kita semua fikirkan, ianya bukanlah mudah untuk kami semua namun tugas kami adalah untuk menumpukan perhatian di atas padang. Saya berpendapat kami semua telah melakukan tugas dengan baik”.

“Saya tidak terlalu memikirkan mengenai itu, apa dan bila sesuatu akan terjadi”.

“Situasinya seperti begini, ia tidak akan berubah. Itu yang saya tahu. Jika tidak ada perubahan hingga 31 Ogos, maka kami harus memikirkan sesuatu yang baru”.

Barcelona pula hanya menunggu masa untuk melengkapkan perpindahan untuk pemain Nice Jean Michael Seri.

ADMIN

Liverpool benar benar tidak mahu menjual Coutinho buat masa sekarang. Dan tidak mempertimbangkan sebarang tawaran.

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2017 11:16 AM | Show all posts
5 Perkara : Liverpool 1 Crystal Palace 0



Liverpool mengakhiri igauan ngeri ke atas Crystal Palace apabila meraih 3 mata penting di gelanggang sendiri malam tadi.

Satu satunya gol yang dijaringkan malam tadi adalah menerusi Sadio Mane setelah lebih sejam bermain dan ianya kekal kali ini hingga wisel penamat.

Berikut adalah 5 Perkara yang dapat diperhatikan pada perlawanan malam semalam.

PERTAMA :

Kepentingan “Rotation Squad”

Berbanding 2 perlawanan lepas dengan satu liga dan satu perlawanan play off dalam masa 3 hari, Jurgen Klopp kali ini merehatkan beberapa pemain utama dengan memasukkan Andrew Robertson, Ragnar Klavan, Joe Gomez, Daniel Sturridge dan James Milner dalam kesebelasan utama.

Pencaturan yang berisiko namun berbaloi dengan merehatkan sebahagian besar pemain utama bagi perlawanan penting dalam hala tuju kelab pada awal pagi Khamis nanti.

Dan setelah mendahului, Liverpool perlahan lahan menarik keluar sebahagian pemain utama seperti Sadio Mane dan Georginio Wijnaldum bagi mengurangkan risiko kecederaan dan juga merehatkan lebih lagi pemain utama untuk perlawanan Khamis ini.

Sesuatu yang menarik, berkemungkinan Jurgen Klopp sudah mula mempelajari bagaimana untuk menukar skuadnya untuk berada dalam tahap kecergasan yang tinggi menjelang perlawanan play off awal Khamis depan.

Ya, kelebihan gol adalah satu kelebihan namun dalam 90 minit apa apa pun boleh berlaku.

KEDUA :

Andrew Robertson Memberangsangkan!

Penampilan pertama buat Andrew Robertson setelah perpindahan dari Hull City bukanlah sesuatu yang merugikan sebenarnya seperti yang diperkatakan lebih awal.

Perlawanan semalam menyaksikan hampir 4 hantaran lintang berkualiti, pergerakan dan kawalan bola yang cukup menarik dari pemain berasal dari Scotland ini.

Satu hantaran beliau menemui Matip tetapi tandukan liar Matip menafikan satu assist dari beliau.

Beliau menyokong pertahanan dengan lebih baik, walaupun sekali sekala agak gugup dengan clearance bola yang tidak tepat dan beberapa kesilapan hantaran. Mungkin pertama kali beraksi di hadapan hampir 50 ribu penyokong Reds buat pertama kali.

Tetapi, ianya satu permainan yang baik buat pemain pertahanan kiri ini.

KETIGA :

Pemain Tengah Kurang Kreatif

James Milner, Jordan Henderson dan Gini Wijnaldum adalah trio yang ditampilkan Jurgen Klopp malam tadi.

Namun apa yang kita dapat saksikan adalah mereka sering kehilangan bola, pergerakan dan hantaran mudah dibaca dan tidak kreativiti di tengah padang.

Liverpool selama ini bergantung harap dengan kreativiti Coutinho dan Lallana, untuk membuka ruang pasukan pasukan yang mengamalkan sikap defensif dan mengharapkan counter attacking.

Dan tanpa mereka berdua maka bahagian tengah dipertanggungjawabkan untuk membuka ruang pertahanan Crystal Palace.

Mereka bertiga kurang bertenaga dengan hantaran gagal menemui pemain serangan dan sering tersekat di final third lawan serta dikeluarkan dengan mudah.

Diharap pertemuan seterusnya mereka bertiga dan juga Emre Can harus meningkatkan prestasi demi menjamin lebih kemenangan buat Liverpool.

KEEMPAT :

3 Mata Lebih Bernilai Untuk Perlawanan Ini

Dalam perlawanan yang membosankan dengan serangan sehala dari pasukan Liverpool dan corak bertahan dari Palace, semestinya satu gol dari Sadio Mane amatlah bernilai untuk meraih mata penuh.

Walaupun ia belum cukup memuaskan hati sebahagian peminat Liverpool dari sudut jaringan gol dan permainan, namun 3 mata ini lebih penting buat Liverpool untuk langkah permulaan mengekalkan penguasaan Top 4 lagi musim ini dan cuba mencabar kedudukan teratas liga.

Setelah tersekat untuk meraih 3 mata minggu lepas, namun kali ini Liverpool berazam untuk mengekalkan genggaman 3 mata kali ini dengan corak bertahan lebih kemas, disiplin serta mengurangkan set pieces.

Menang juga kan? Masih okay sebenarnya.

KELIMA :

Skuad Cergas Untuk Tugasan Besar Awal Pagi Khamis

Pagi Khamis akan menentukan samada langkah kanan di Germany Rabu lepas akan direalisasikan musim ini atau tidak.

Merehatkan 3 pemain utama dan mengeluarkan sebahagian besar pemain utama secara perlahan lahan adalah langkah yang bijak buat Klopp untuk mengekalkan kecergasan pasukan.

Apatah lagi dengan kemenangan moral malam tadi telah membuktikan Liverpool masih kukuh untuk terus maju musim ini meskipun sering dikecam kerana kurang aktif di pasaran perpindahan.

Dan perlawanan awal pagi Khamis ini adalah perlawanan penentu untuk masa depan kelab, dan mungkin ada pemain di luar sedang menunggu hala tuju kelab musim ini untuk menyertai kelab.

Jika ada perpindahan masuk sebelum 31 Ogos.

ADMIN

Lontarkan pandangan anda.

Masih bergembira dengan kemenangan semalam? Tidak mengapa, semangat.

YNWA.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-10-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.125337 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list