Originally posted by fatz at 2-3-2009 10:13 PM
hari hari makan ikan
tamban, bawal, belukang keli
ada pantun sila jualkan
mesti ada yang tukang beli.....
Segak tangkas gagah berani
Mari beli pantun ku ini
Ikan belukang siikan keli
Berenang renang dibawah jeti
Pantun dijual ada yang membeli
Tak diguna matawang, gimana pembayarannye nanti...
Originally posted by NBI86 at 5-3-2009 15:27
kumpulan muzik bernama sofaz
tak pernah nyanyi lagu mat nawab
wah...itu ker gambaran fatz
kita biarkan dia yang jawab
Tinggi rimbun pohon angsana
Berterbangan riang sirama2
Fatz menghilang entah kemana
Hingga kini belum menjelma
Originally posted by NBI86 at 5-3-2009 15:27
kumpulan muzik bernama sofaz
tak pernah nyanyi lagu mat nawab
wah...itu ker gambaran fatz
kita biarkan dia yang jawab
jengok jengok rumah Pak Abu
terpandang pada isterinya hamil
itu cuma gambaran kelabu
kalau yang terang sebenarmya comel
bukannya senang menukang paip
mentelah lagi dinding tak rata
memang tak cakap tapi menaip
dibaca nanti, malu la kita......
------------------------------
MakEsah isteri PakTaib
sanggup berhutang nk beli keta
otak berfikir,jari menaip
kalau malu,tutuplah mata