|
LA HIJA DEL JARDENIRO [THE GARDENER'S DAUGHTER][MARIANA OCHOA y CARLOS TORRES]
[Copy link]
|
|
Cite ni bila la nak habis penat sungguh menengoknya..........Rasa nya bulan depan kot si LF akan tau yang dia tu cucu Don Fernando. Alfredo ni pun satu menyusahkan je..kawin je dgn si Xochit tu, lawa apa. ( Kelakar org gaji dia sungguh bergaya) Kalau ader org gaji macam tu kat Malaysia tak tau la macam mana... lol |
|
|
|
|
|
|
|
ari ni apa jadik?? ada hal larr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seribulan at 2-2-2005 06:50 PM:
ari ni apa jadik?? ada hal larr..
yelah..
arini kak liza buat high-tea ..jamu kawan2 ngaji...
so kak liza sendiri tak dapat tenguk..![](static/image/smiley/default/sad.gif)
kak liza hrap sapa yg tenguk tu bolehlah buat cerita tu kat sini...![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tak pandai bercerita.
Komen tu, ok gaklah.
Tapi hari ni, cerita tak banyak yang menarik.
So, jangan risau. Tak banyak yang miss pun kalau tak tengok eps hari ini.
CE nak saman LA atas alasan niat membunuh Marissa. Peguam Negara sokong penuh dengan tindakan CE.
CE minta tolong dari Pej Peguam Negara buat appt dengan Leopoldo.
Bila jumpa, CE minta Leopoldo tolong mereka (CE, Mujica and Ordonez) untuk tangkap LA.
Leopoldo setuju tapi dengan satu syarat, hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, ditarik balik.
B4 that, Armando pergi jumpa LA dan dia kesal kerana LA banyak berbohong pada mereka berdua (Armando and LF)
Armando ungkit pasal duit kotor, mcm2 lagilah.
Masa ni LA gave Armando a good slap on the face dan minta Armando pujuk LF untuk menerima dia..., I mean LA.
Itu ajelah setakat ni.
Mana penting aje, boleh beritahu.
Nak jadi cam kak Liza kita tu, tak termampu rasanya.... hehehe!
Ooops. Tak banyak scene Jennifer except last b4 habis. CE balik, Jennifer dengan mulut dia macam machine-gun marah kat CE, tuduh CE balik lambat bukan ada di bank atau dia hospital.
So faham2x ajelah dia tuduh apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by btho at 2-2-2005 09:43 PM:
Saya tak pandai bercerita.
Komen tu, ok gaklah.
Tapi hari ni, cerita tak banyak yang menarik.
So, jangan risau. Tak banyak yang miss pun kalau tak tengok eps hari ini.
CE nak saman LA atas ala ...
Nak jadi cam kak Liza kita tu, tak termampu rasanya.... hehehe!
alahai..![](static/image/smiley/default/shocked.gif)
janganlah cakap itu macam..
kak liza ni bila tenguk citer yg ada subtitle ni suka tumpukan perhatian..
so le ni tenguk TV tu sambil bertenet ..
kak liza taip bila bila lepas jer adengan [scene] tu ..so bolehlah ingat..
kekadang masa iklan..
kak liza rasa simpati bila ada yg tak dapat tenguk..
:ah: |
|
|
|
|
|
|
|
baik ati k liza nie..
tp biasanya usah risaulaa..stakat tinggal sminggu tu ok lagi..
citer camni kan lembat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by btho at 2-2-2005 09:43 PM:
Saya tak pandai bercerita.
Komen tu, ok gaklah.
Tapi hari ni, cerita tak banyak yang menarik.
So, jangan risau. Tak banyak yang miss pun kalau tak tengok eps hari ini.
CE nak saman LA atas ala ...
Pelik la LA, buat press conference bagi tau kecurangan Marrisa. tak sedar diri betul. Yang dia ada ramai anak luar nikah takpe pulak yer.....Si Andreinna sebenrnya ada kat mana? Bukan hari tu LA upah org bunuh dia? Leopoldo tu pun sebenarnya tak bersalah kan sebab kena perangkap oleh LA |
|
|
|
|
|
|
|
dah pukul 5 ni....kak liza oooo kak liza.....btho.....???? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MamaAlya at 3-2-2005 04:41 PM:
dah pukul 5 ni....kak liza oooo kak liza.....btho.....????
Adusss...., tunggu kak liza dululah.
Di mana kekanda kita yang sorang tu gi?:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
kak liza oh kak liza
suka kita tengok awak punya avatar terbaru.
hehehe..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mai_pinky at 3-2-2005 09:07 AM:
Pelik la LA, buat press conference bagi tau kecurangan Marrisa. tak sedar diri betul. Yang dia ada ramai anak luar nikah takpe pulak yer.....Si Andreinna sebenrnya ada kat mana? Bukan hari tu L ...
Apa nak dipelikkan?
Bak kata CE, orang yang pembohong, penipu, suka berlagak seolah2x dia yang jadi mangsa, memang patut LA tu dipenjarakan hidup2x.
Tapi seronok tadi si LF, dia TEMPELENGnya sekuat-kuat hati pipi LA.
Tersungkur orang tua tu..... sampai tak sedar aku tepuk tangan kat depan tv.
Dah tersungkur, masih boleh buat muka seposen dan tuduh dia jadi mangsa serangan Pedro.
Eloklah kena pelempang sulong dari anak sendiri!:clap::clap::clap: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by btho at 3-2-2005 08:43 PM:
kak liza oh kak liza
suka kita tengok awak punya avatar terbaru.
hehehe.....
arini kak liza ada tetamu berkunjung kerumah..
jadi takleh tumpukan perhatian pada Anak Tukang Kebun TV3 ni...:lol
apa pun..sedikit bayangan arini...
KHamis 3 Februari 2005
CE meradang kerana Jennifer tidak benti2 menuduh LF menggoda CE sehingga dia meninggikan suara terhadap Jennifer.
Seluruh anggota keluarga Pedro, Marrisa, Consuelo dan juga Jennifer terkejut beruk mendapat tahu berita LA menghabahkan mengenai skandal Marrisa dan Pedro.
Vanessa masih ketakutan dan bersedih dengan berita penyakit kanser ayahnya.
Dia meminta ayahnya menceritakan pada DF hal mengenai wasiat yg ditukar oleh ayahnya dan Consuelo.
Ayah Vanessa meminta DF menjaga anaknya sekiranya dia mati.
Pedro sangat marah dengan kenyataan yg dibuat oleh LA dalam sidang akhbar tempohari.
Semasa dia menumbuk jatuh LA, pengawala peribadi LA mahu enembaknya tetapi sempat dihalang oleh CE.
LF datang dan menampar LA sehingga jatuh tersungkur lagi dan menghina perbuatan LA.
Mujica menghantar wasiat baru pada DF tetapi Consuelo dapat mencuri dan menyimpan surat wasiat itu didalam peti besi di pejabat suaminya [ayah Vanessa].
Ceaser bercadang untuk bekerja dengan ayahnya dan mohon berhenti dari majikannya Marrisa. |
|
|
|
|
|
|
|
hi....![](static/image/smiley/default/bye.gif)
sian tul kat Luisa...selalu jer ditimpa musibah....![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hai, saya baru kat sini.. ske tgk the gardener's daughter.. tp minggu nih banyak tertinggal.. tq to kak liza.. ape2 hal pon bila la CE dgn LF nak berbaik ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
aikk kat sini pun kak liza ada...memang betul lah kak liza ni...menulis summary yg terbaik setakat ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Jumaat 4 Februari 2005
Heriberto ingin memberitahu DF yg dia mempunyai cucu kandung dari anak bungsunya [Amelia] tetapi Df tidak percaya.
Dalam berbual itu jururawat masuk dan beritahu Heriberto haris menjalani rawatan terapi.
Pedro menyesali apa yg LA lakukan pada Marissa.
LA dan pengawal peribadinya merancangkan sesuatu untuk memalukan Marissa dan mendapat wang dari hasil penceraian LA dan Marissa.
Jennifer pergi berjumpa Marissa dirumah Marissa dan berpura-pura simpati dengan skandal yg dikatakan oleh LA.
DF bertanyakan pada Rogiberta mengenai cucunya yg diperkatakan oleh Heriberto.
Consuelo terdengar dan menyampuk memberitahu memang betul DF mempunyai cucu dari Amelia tetapi dia mahu ceritakan hal itu secara persenal dengan DF.
Peguam yg menguruskan pengambilan anak angkat [Salvador] datang kerumah Pedro dan memberitahu yg Pedro tidak dibenarkan mengambil Salvador kerana skandal yg diperkatakan oleh LA.
Jennifer mencadangkan Marrisa mengadakan sidang khbar membals kenyataan LA. Sedang mereka berbual Pedro masuk ke bilik Marissa.
Bapa tiri Salvador sengaja berjumpa dengan Salcvador dan menakutkannya.
Pedro ceritakan pada Marissa apa yg terjadi antara dia dan LA.
LF berjumpa Alfredo di hospital. Alfredo bertanya adakah LF mahu mengikutinya menjalani terapi. Dia mula mencurigai LF.
Heriberto mahu CE membuat pembedahan keatas dirinya.
Consuelo berjumpa LA dan beritahu mengenai pertanyaan ayahnya mengenai anak Amelia.
Consuelo mendesak LA memberikan kjawapan yg sama jika disoal oleh DF.
Pedro memberitahu Marrissa dia senggup memikul apa saja kesusahan dengan Marissa. Marissa sangat gembira.
Alfredo menuduh LF sengaja tak mahu mengikut dia menjalani terapi dan mula membuatkan LF marah.
CE berbincang dgn doktor lain mengenai pembedahan Heriberto. Mereka bersetuju untuk membedah Heriberto.
Vanessa tidak bersetuju ayahnya buat pembedahan tetapi ayahnya berkeras mahukan pembedahan ini[ penulis meleleh ayor mato lagi tenguk babak ini..:nyorok:...sedih :siok:]
Jennifer menalipon wartawan untuk buat sidang akhbar Marissa dengan tujuan supaya Marissa berasa terhutang budi padanya [Jennifer].
Semua menunggu berita pembedahan Heriberto . CE keluar dari bilik pembedahan dan memberitahu pembedahan tidak berjaya dan hedriberto meninggal dunia. Poor Vanessa....![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adheq at 3-2-2005 10:32 PM:
hai, saya baru kat sini.. ske tgk the gardener's daughter.. tp minggu nih banyak tertinggal.. tq to kak liza.. ape2 hal pon bila la CE dgn LF nak berbaik ni....
ur welcome dear...
Originally posted by anak_ayam at 4-2-2005 02:04 PM:
aikk kat sini pun kak liza ada...memang betul lah kak liza ni...menulis summary yg terbaik setakat ini.
ada mana2 yg kak liza minat citer telenovela..
jika kak liza tak p berjalan atau buat kerja lain..memang mengadap sesunguh hati laaa...:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasakan, si Jennifer ni dah pilih jalan mati hubungan dia dengan CE.
CE tak kata apa2x pun pasal nak buat press conference dengan wartawan.
Dia aje yang pandai-pandai nak buat.
Mesti mengamuk si CE ni nanti.
Kita tengok ajelah next week camne nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam takd apat tgk jaga pameran tak de ke orang nak bagi sinopsis sket...sekurang2nya citer apa yang berlaku please....:pray: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by arbae at 5-2-2005 09:08 AM:
semalam takd apat tgk jaga pameran tak de ke orang nak bagi sinopsis sket...sekurang2nya citer apa yang berlaku please....:pray:
kak liza dah tuliskan summary citer tu kan..
kena check posting kak liza sebelum ini... |
|
|
|
|
|
|
| |
|