Post time 5-12-2020 12:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
adila39 replied at 5-12-2020 12:12 PM
drug companies surely nak vaccine dia keluar dulu.. just hoping a new outlook lepas ni..
Kan... masing2 nak Vaccine keluar dulu.. tp Msia akan tgk Britain guna Pfizer utk 1st 3 months..
Khamis lepas ada muzakarah berkenaan status halal vaksin. Smlm sepatutnya Muzakarah Khas tu buat keputusan.. tapi kena dpt perkenan Raja2 dulu.. so by next week kita akan tahu.. kalau ikutkan sy tgk sebelum ni ada yg mengatakan vaksin ni bersifat harus utk umat islam..
Post time 5-12-2020 01:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
WHO puji Kementerian Kesihatan Malaysia kerana bertindak pantas menambah dan memperkukuhkan kapasiti penjagaan kesihatan di dalam menangani wabak COVID-19.
Post time 7-12-2020 06:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Badan penat selepas seharian bekerja, mengantuk dan tidak cukup tidur sebelum memulakan pemanduan jarak jauh adalah punca utama kepada microsleep.
Anda tidak digalakkan memandu jika kepenatan. Sentiasa ingat orang yang kita sayang. Berehatlah dahulu.
Salam takziah buat penyerang bola sepak kebangsaan, Syafiq Ahmad yang baru sahaja kehilangan anak dan juga ibu mentua dalam kemalangan jalan raya, awal pagi semalam. Seorang lagi mangsa yang meninggal dunia adalah pembantu rumah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka.
Post time 10-12-2020 08:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Enam maut dalam ujian vaksin Covid-19 Pfizer
December 9, 2020 by Agensi
Washington: Enam individu meninggal dunia dalam fasa terakhir ujian klinikal vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer dan rakan niaganya dari Jerman, BioNTech.
Media Australia, The New Daily, melaporkan perkara itu didedahkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) beberapa jam sebelum United Kingdom (UK) menjadi negara pertama yang meluluskan penggunaan vaksin berkenaan.
Bagaimanapun, kadar kematian itu tidak membangkitkan isu keselamatan atau keberkesanan vaksin berkenaan memandangkan ia berlaku ke atas populasi umum pada kadar yang sama.
Dalam laporan setebal 53 muka surat yang dikeluarkan pada Rabu itu, vaksin berkenaan didapati mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus dalam mencegah jangkitan Covid-19.
Menurut laporan sama, dua individu yang menerima vaksin itu ketika tempoh percubaan, meninggal dunia, manakala empat lagi meninggal dunia ketika peringkat plasebo.
Selain itu, ia menunjukkan bahawa vaksin berkenaan mempunyai tahap keberkesanan 95 peratus, sekurang-kurangnya tujuh hari selepas individu menerima suntikan kedua.
Data juga menunjukkan bahawa vaksin itu berkesan pada tahap 52 peratus selepas dos pertama.
Laporan itu merumuskan keberkesanan data memenuhi jangkaan FDA bagi kebenaran kegunaan kecemasan.
Post time 10-12-2020 11:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
adila39 replied at 10-12-2020 10:26 AM
ye keypo sbb believe it or not.. some of us mmg pikir seperti dlm utube tu
Betul.. haha bila tgk mcm terkena.. sbb mmg most of us ada yg fikir mcm tu.. I rasa silap media massa kita juga dulu.. they feed us with wrong info.. haha
Post time 10-12-2020 02:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
“Biasakan yang betul, dan betulkan yang biasa,” itulah nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) kepada orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menghadiri sebarang jenis perhimpunan dan ketika berada di tempat awam.
Peringatan ini berikutan semakin banyak kluster terbentuk daripada perhimpunan sosial kebelakangan ini yang tidak mengikut SOP.
Ini termasuklah perhimpunan besar-besaran yang melibatkan kaum keluarga, majlis keraian dan upacara keagamaan. Perhimpunan-perhimpunan ini telah turut dihadiri oleh individu-individu yang bergejala,”
Sebagai contoh Kluster Enggor di Perak serta Kluster Indah Mas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang bermula dengan perhimpunan keluarga dan seterusnya telah merebak dalam komuniti.
Selain itu, Kluster Inai dan Kluster Jambul di Sabah adalah antara kluster yang berpunca daripada majlis keraian.
Kluster Mentari yang melibatkan Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula berpunca daripada upacara keagamaan membabitkan ahli keluarga serta kenalan yang hadir dalam satu upacara kematian di Nilai, Negeri Sembilan.
Penjarakkan fizikal sememangnya sukar diamalkan di kawasan yang sesak dan sempit, namun mengambil iktibar daripada kejadian kluster-kluster ini, masyarakat dinasihatkan untuk akur dan patuh kepada nasihat yang diberikan. Ini bagi mengurangkan risiko jangkitan di dalam komuniti.
Orang ramai diminta supaya mematuhi SOP dalam semua keadaan dan di semua tempat memandangkan aktiviti perhimpunan yang dianjurkan tanpa pematuhan akan meningkatkan risiko penularan Covid-19 kepada orang ramai.
Adalah amat penting bagi kita sentiasa berwaspada dan berusaha melindungi diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat di sekeliling kita daripada mendapat jangkitan Covid-19.
Post time 10-12-2020 02:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
The Government has allowed nationwide interstate and interdistrict travel from 7th december 2020, hence the onus is on us to look after our own safety and take stipulated preventive measures.
*Hadith of Prophet Muhammad *
1) *SOCIAL DISTANCING* is a Prophetic command.
_"Those with contagious diseases should be kept away from those who are healthy."_
Bukhaari (6771) and Muslim (2221)
2) “FACE MASKING” is a Prophetic teaching
_Prophet () while sneezing, would cover his face with his hand or with his garment,”_
Abu Dawud; Tirmidhi (Book 43, Hadith 2969), Sahih
3) *WASH HANDS* every time you enter home.
_The Prophet said: “Cleanliness is half of faith.”_
Muslim (223)
4) *TRAVEL BAN* is a Prophetic teaching.
_"Do not enter a land where the plague (contagious ailment) has broken out ; don’t leave from where it has broken out”_
Bukhaari (5739) and Muslim (2219)
5) *DON'T HARM OTHERS*, if you have symptoms.
_The Prophet said: “Do not cause harm or return harm.”_
Sunan Ibn Majah (2340)
6) *STAYING HOME* is a Prophetic teaching
_“Those who stay at home to protect themselves and others are under the protection of Allah.”_
Musnad Ahmed, Saheeh
7) *HOME QUARANTINE* is a Prophetic advice
_“The plague (contagion) patient who remains in his home with patience and expectation of reward, knowing that nothing will befall him other than Allah’s decree will attain the reward or a martyr“_
Musnad Amad, Sahih
also Bukhaari (2829) and Muslim (1914)
Let’s *TREAT; ALLAH WILL CURE*
_The Prophet said: “Every disease has a cure. If a cure is applied to the disease, it is relieved by the permission of Allah.”_
Muslim (2204)
We must do our best and tawakkal to Allah SWT. InshaAllah
Post time 10-12-2020 02:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
TAHUKAH ANDA?
Kenapa anda perlu kerap cuci tangan atau pakai hand sanitizer?
Kerana kelazimannya kita kerap menyentuh mata, hidung Dan mulut tanpa sedar. Kuman daripada tangan yang tidak dibasuh dengan air dan sabun akan memindahkan kuman ke saluran pernafasan melalui mata, hidung dan mulut.
Cara jangkitan COVID-19 adalah melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang yang dijangkiti COVID-19 batuk atau bersin.
Titisan ini akan melekat pada objek dan permukaan di sekeliling.
Orang lain yang menyentuh objek dan permukaan ini mempunyai risiko mendapat jangkitan apabila beliau menyentuh mata, hidung atau mulutnya.
JANGAN MENJANGKITI & JANGAN DIJANGKITI.
Kita jaga kita. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga komuniti kita.
Sentiasa amalkan norma baharu dalam kehidupan dengan pakai pelitup muka (facemask), patuhi penjarakan fizikal yang selamat iaitu 1 meter antara individu, kerap disinfeksi permukaan yang kerap disentuh, kerap basuh tangan dengan air dan sabun atau guna 'hand sanitizer', duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar serta segera dapatkan rawatan jika bergejala.
Post time 10-12-2020 07:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pengiodinan Garam Secara Universal atau ’Universal Salt Iodization’ (USI) dilaksanakan sebagai salah satu strategi bagi meningkatkan pengambilan iodin dalam kalangan rakyat Malaysia dan seterusnya mengawal masalah gangguan akibat kekurangan iodin.
USI dilaksanakan dengan mewajibkan semua garam kegunaan isi rumah (pek ≤20kg) yang dijual di pasaran ditambah dengan zat iodin.
Untuk maklumat lanjut sila layari pautan http://nutrition.moh.gov.my/universal-salt-iodization-usi/.
Bermula 1 Januari 2021, semua garam (pek ≤20kg) yang dijual di pasaran adalah garam beriodin. Kegagalan berbuat demikian, pengilang dan penjual boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 2 tahun