CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: firebird909

MERGED : All About Israel (everyone)

[Copy link]
Post time 16-9-2007 02:32 PM | Show all posts
from Love prade...






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2007 02:33 PM | Show all posts
Same beach, 3 Tel Aviv Beach Modes:

1) Morning - Early afternoon

(http://imageshack.us)

2) sunset:

(http://imageshack.us)

3) Evening party/beach bars

(http://imageshack.us)
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 11:18 PM | Show all posts
seronok gak ambik tau pasal 'negara terlarang' ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 10:49 PM | Show all posts

Terima kasih kerana membuka semula thread ini

Assalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

Alhamdulillah thread ini dibuka semula, terima kasih kepada moderator chumpon. Sebenarnya saya amat kesal kerana yang menutup thread ini dahulu seolah-olah menganggap saya sebagai penipu berikutan kenyataan saya tentang lebenaran kerajaan bagi rakyat Malaysia melawat Baitul Maqdis walaupun ianya tidak dicatat dalam passport kita. Sayangnya saya telah pun delete yang saya poskan itu.

Alasan kawan kita untuk menutup thread ini boleh dilihat di

http://forum4.cari.com.my/viewth ... ;page=8#pid14791098

Katanya:

Sebagai menyokong tindakan kerajaan untuk tidak membenarnya warganegaranya melawat Israel... Maka adalah dengan ini aku rasa elok dilockkan ajer topik seperti ini... Tentang ko worang nak tipu cara untuk melawat di sana ini adalah tanggungjawab ko worang sendiri... CARI bukanlah tapak untuk membincangkan dan menggalakkan warganegara Malaysia ke Israel... Harap maklum...

Sebenarnya saya tak tahu bagaimana nak lampirkan gambar dalam ruangan ini. Saya ada bukti bahawa immigresyen telah mencopkan passport memberi kebenaran untuk melawat Baitul Maqdis sejak dibenarkan oleh Dr Mahathir Muhammad pada bulan November 1994 dahulu. Sejak kerajaan membenarkan maka ramailah rakyat Malaysia yang mengunjunginya sehingga sekarang kerana belum ada lagi larangan dari kerajaan sejak ianya dibenarkan. Saya harap sahabat sedia membantu saya untuk memasukkan statement yang di cop di passport saya dahulu.

Adapun hukum melawat Baitul Maqdis saya sudah pun terangkan dalam thread ini. Sila lihat di

http://forum4.cari.com.my/viewth ... ;page=8#pid14684769

Saya merasakan amat perlu thread ini dibuka kerana banyak yang saya nak terangkan berkenaan dengan bangsa Yahudi ini, berkenaan dengan sejarah Baitul Maqdis dan Batu Terapung . Sebenarnya buat masa sekarang saya sedang menterjemahkan buku berkaitan Baitul Maqdis Dan Kelebihannya ke dalam bahasa Melayu. Utk mengetahui bagaimanakah pandangan Islam tentang Batu Terapung dan sebagainya tunggulah saya siapkan dahulu, insha ALLAH saya akan lampirkan disini.

Sekian wallaahu`aa`lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:16 PM | Show all posts

JANGAN PANGGIL ISRAEL TETAPI PANGGIL LAH YAHUDI (1)

Sebelum ini saya sudah pun menjelaskan dalam thread ini dan juga dalam thread yang berkaitan dengan yahudi bahawa janganlah kita panggil Negara Palestine yang dirampas oleh Yahudi itu sebagai Israel kerana ianya adalah nama yang mulia.Sungguh amat sedih sekali kerana masih ramai di kalangan kaum muslimin tidak sedar dan terlepas cakap ketika berbicara. Keadaan ini bukan hanya berlaku kepada orang awam, malah berlaku juga kepada golongan yang berpengetahuan agama.Mungkin mereka lupa atau tidak tahu bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda:
"Sesungguhnya ada seorang hamba mengucapkan satu kalimah yang mendatangkan kemurkaan ALLAH, diucapkan tanpa kontrol yang menjerumuskannya ke neraka." (HR. Al Bukhari 6478)

Al Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata dalam Fathul Bari ketika menjelaskan hadith ini :
" Yang dimaksudkan dengan terlepas cakap ketika berbicara atau  bercakap tanpa kontrol ialah tidak direnungkan bahayanya, tidak difikirkan akibatnya, dan tidak diperkirakan bahaya yang ditimbulkan. ALLAH menyelar mereka yang menuduh `Aishah Radhiallaahu`anha (dalam sejarah islam disebut hadithul Ifqi ) dengan firman NYA: وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْد اللَّه عَظِيم

"Mereka sangka itu perkara ringan, padahal itu perkara besar bagi ALLAH." (An-Nur: 15)

Oleh itu, dengan memohon pertolongan ALLAH, saya sekali lagi ingin mengingatkan kepada diri saya dan sahabat-sahabat saya muslimin dan muslimat tentang satu perkara yang berkaitan dengan ayat dan hadith diatas , iaitu ungkapan kalimah atau penamaan yang sering digunakan kaum muslimin termasuk golongan yang berpengetahuan agama samada secara sedar atau tidak. Ungkapan yang saya maksudkan ialah penamaan YAHUDI dengan ISRAEL.

Syaikh Rabi' bin Hadi Al Madkhali hafidzhahullah telah menulis buku khas tentang masalah ini. Dibawah ini saya lampirkan sebahagian kandungan bukunya ;

Tidak diragukan lagi bahkan seolah-olah masyarakat dunia termasuk kaum muslimin memanggil dan menamakan negeri yahudi terlaknat yang menjajah Palestine dengan nama " Israel ". Bahkan mereka yang mengaku sangat membenci yahudi 杝ehingga memboikot produk-produk yang menyumbangkan dana bagi yahudi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:20 PM | Show all posts

JANGAN PANGGIL ISRAEL TETAPI PANGGIL LAH YAHUDI (2)

"Sedikitpun kami tidak berniat menghina Nabi Ya'qub 'alaihis salam dalam penggunaan kalimah-kalimah ini sebaliknya, yang kami maksudkan adalah yahudi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2007 08:20 PM | Show all posts
Dalam passport Malaysia memang tak ada ditulis boleh melawat Israel tetapi kalau kita pergi ke pejabat Immigresyen officer di situ akan chop di passport kita yang mana dibenarkan pemegang passort ini masuk ke Baitul Maqdis sahaja selama 2 minggu. Tetapi hanya boleh pergi setakat Baitul maqdis sahaja tidak boleh pergi ke tempat lain. Ada pun orang yang pergi ke tempat lain salah dari sudut undang-undang Malaysia dan boleh di tahan kalau di ketahui oleh kerajaan Malaysia.

Sejak tahun 1967 umat Islam di Malaysia tidak boleh memasuki Baitul Maqdis selepas peperangan 7 hari yang mana seluruh Baitul Maqdis jatuh ke tangan umat Yahudi laknatullaah.  

Hanya pada November tahun 1994 Kebenaran melawat Baitul Maqdis ini di beri oleh Dr Mahathir , selepas perjanjian damai Paletine-Yahudi yang diketuai oleh pengganas Yahudi laknatllah iaitu Yizhak Rabin dan Almarhum Yasir Arafat.

Saya masih ingat lagi selepas pengumuman Dr Mahathir pejabat Immigresyen di Damansara dipenuhi oleh orang ramai yang nak melawat Baitul Maqdis.

Disini eluklah saya sebut senario rakyat Malaysia mula melawat Baitul Maqdis.

Sebelum cuti sekolah 1994 Dr Mahathir membenarkan rakyat Malaysia melawat Baitul Maqdis. Sejak pengumuman itu, ramai rakyat Malaysia berebut-rebut nak naik pesawat Royal Jordanian ( RJ ) untuk mengerjakan umrah kerana Amman, ibu negara Jordan adalah pintu masuk untuk ke Baitul Maqdis dan urusan visa ke Baitul Maqdis dibuat di Amman. Oleh itu ramai rakyat Malaysia memilih pesawat Royal Jordanian untuk ke Makkah dengan harapan dapat melawat Baitul Maqdis. Ketika itu saudara mara saya ajak saya mengerjakan umrah bersama mereka tetapi mereka minta saya uruskan tiket Royal Jordanian.

Saya berada dalam saat yang amat sukar kerana semua jemaah nak naik pesawat RJ sedangkan nak masuk ke Baitul Maqdis belum tentu dapat lagi. Saya dapat tahu ini kerana saya tanya Manager RJ sendiri dan dia kata masih tak jelas lagi kerana kerajaan Jordan dan Yahudi baru nak berbaik-baik, belum ada hubungan diplomatic lagi, nak pergi ke Baitul Maqdis itu kalau boleh pun agak sukar urusannya. Saya beritahu ini kepada mereka tetapi kata mereka , sampai di Jordan nanti kita berusaha lah, kalau tak dapat tak mengapa, mungkin tak ada rezki kita.

Oleh kerana terlalu ramai yang nak naik pesawat RJ, ticket RJ yang sebelum ini harganya paling murah ( lebih kurang harga ticket pesawat Bangladesh ) mula melambung tinggi harganya. Walau pun harganya tinggi , ini tidak mematahkan semangat orang ramai. Bagaimanakah caranya saya nak memperolihi tiket RJ ini ? Saya ada cara yang tersendiri .Alhamdulillah setelah penat berusaha akhirnya saya dan rombongan dapat naik pesawat RJ. Namun begitu kami tak dapat melawat Baitul Maqdis kerana pihak kementerian Dalam Negeri Jordan tidak mengeluarkan pass untuk menyeberang sempadannya.

Sebagaimana yang telah saya jelaskan bahawa matlamat utama rakyat Malaysia memilih pesawat RJ ialah untuk melawat Baitul Maqdis. Oleh kerana keadaan di Baitul Maqdis sejak 6 tahun kebelakangan ini tidak menentu maka jumlah rakyat Malaysia yang berkunjung ke Baitul Maqdis berkurangan, oleh itu pesawat RJ tidak lagi mendarat di KL , lebih-lebih lagi sejak KLIA beroperasi, sudah banyak pesawat dari Negara `Arab tidak lagi mendarat disini. Sekarang kalau kita nak naik pesawat RJ , kita kena naik di Bangkok untuk ke Amman, Jordan dan dari situ ke Jedah

[ Last edited by  naasiha at 24-12-2007 10:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 08:28 PM | Show all posts

SURAT KEBENARAN IMMIGRESYEN UNTUK MELAWAT BAITUL MAQDIS

file:///C:/Users/aisha/AppData/Local/Temp/moz-screenshot.jpgfile:///C:/Users/aisha/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-1.jpgfile:///C:/Users/aisha/AppData/Local/Temp/moz-screenshot-2.jpgAlhamdulillah akhirnya saya berjaya memasukkan statement yang membenarkan rakyat Malaysia melawat Baitul Maqdis. Dibawah ini saya lampirkannya sebagai bukti. Mungkin selama ini ada orang anggap saya bersalah kerana menyalahi undang-undang terutamanya orang yang menutup thread ini sebelum ini.Kalau anda nak tahu sebelum kerajaan benarkan rakyat Malaysia melawat Baitul Maqdis tak ada orang yang berani masuk Baitul Maqdis kerana boleh di tahan dibawah ISA dan hanya dibebaskan sekiranya kerajaan berpuas hati orang itu tidak mengancam keselamatan negara. Ini memang berlaku dahulu, beberapa orang pelajar kita dari Mesir memasuki Baitul Maqdis secara rahsia tetapi malangnya dapat diketahui oleh kerajaan dan mereka di tahan. Begitu juga sebelum ini rakyat Malaysia dilarang memasuki negara China dan tiada siapa berani pergi kerana ia menyalahi undang-undang.



[ Last edited by  naasiha at 24-12-2007 10:45 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2007 10:24 PM | Show all posts

Reply #215 naasiha's post

terima kasih atas penjelasan yg diberikan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 11:50 PM | Show all posts
pembetulan


bukan perang 7 hari tapi perang 6 hari


sekian.........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2008 03:21 AM | Show all posts
khatam dah thread ni...makin berminat lak nak singgah ke sana dari syria nanti
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by Dunhill. at 16-9-2007 02:10 PM
parties in the beaches


http://farm2.static.flickr.com/1020/812174013_f ...



macam dalam filem '' Zohan ''


http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=353899&page=1
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 09:41 PM | Show all posts
baru kembali dari Jerusalem.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 10:29 PM | Show all posts
baru kembali dari Jerusalem.....
lipsofanangel Post at 27-11-2011 07:41 AM


macamana nak masuk jerusalem, apa prosedur dia,
camana nak apply kebenaran masuk sana, etc...

cita dan gambar jugak please.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 10:36 PM | Show all posts
lips masuk by group so urusan visa travel agency yg uruskan, masuk dari jordan.
so kalau gi sendiri mmg lips tak tau camner prosedur nyer.. sampai imigresen, kami dah di ajar nak jawab apa/camner... alhamdulillah, group kami dapat masuk dgn tak byk soal jawab..
kat passport mmg takde cop sbb mmg kita takleh masuk sana..

masa masuk dia tepek ni kat passport..



masa kluar kena tunjuk kad ni..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 10:37 PM | Show all posts
bleh stay for one week jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2011 04:09 PM | Show all posts
kalau pemegang diplomatic pasport, senang skit nak masuk israel ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 04:48 PM | Show all posts
lips masuk by group so urusan visa travel agency yg uruskan, masuk dari jordan.
so kalau gi sendiri ...
lipsofanangel Post at 27-11-2011 22:36



   seronok nya.
saya sangat ingin pergi melawat israel.

hari itu saya ada tgk documentary, ada certain time volunteer from eropah ada datang kat satu area ummah arab di israel or palestine di ini, buat kerja kebun sebegitu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 05:11 PM | Show all posts
Reply 239# Vokuro


ada bhgn tanah2 yg subur... kurma dia mmg manis. menurut tourist guide... pisang yg paling sedap dari Jericho...
macam di Jordan la, walau padang pasir tapi pokok zaitun subur..x silap quality yg terbaik di donia...
sekarang byk agensi yg buka route ke BaitulMaqdis ni... so semua org ada peluang kalau nak gi..


gambar pasar di Jericho



Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2011 05:13 PM | Show all posts
Reply  Vokuro


ada bhgn tanah2 yg subur... kurma dia mmg manis. menurut tourist guide... pisang ...
lipsofanangel Post at 13-12-2011 17:11


kamu extend ke sana sambil umrah atau sambil lawati jordan sahaja?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 1.354642 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list