|
Jaafar sahut rindu peminat
Oleh Nor Akmar Samudin
[email protected]
Drama terakhir lakonannya, Mrs Beckham dan Sheila Mambo menjadi isterinya.
Jaafar masih mencintai dunia lakonan dan tawaran berlakon masih ada. Cuma dia tidak boleh terlalu aktif kerana terikat dengan komitmen sebagai duta dan jurucakap produk ke sihatan, kecantikan dan pelbagai barangan lain. Ia menuntut banyak masanya mempromosikan produk itu di seluruh negara.
Antaranya beliau menjadi duta Gamat Gold dan beras Jasmine yang kontraknya bersama mereka disambung lagi. Bulan ini, Jaafar bersama Haiza akan menjelajah ke seluruh negara mempromosikan produk Double Lion termasuk ke Kuantan Pahang, pada 15, 16 dan 17 Ogos ini. Lokasi seterusnya di Terengganu (21, 22 dan 23 Ogos) dan Kelantan (28, 29 dan 30 Ogos).
Manakala pada 18 Ogos pula, Jaafar menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Ma ha) 2008 di Taman
Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
Artis yang turut handal di dapur dan terkenal dengan keenakan masakan asam pedasnya itu sudah hampir 20 tahun menceburi lapangan seni. Beliau juga dianugerahi bakat menari, menyanyi, mengacara dan berlawak. Dalam lebih 50 drama yang dilakonkannya, drama bersiri Cili Padi, arahan Aziz M Osman yang diterbitkan pada 1994 menaikkan namanya dalam arena lakonan.
Drama terbitan Nizarman Sdn Bhd itu mendapat sambutan hangat sehingga disambung pada musim kedua.
Cili Padi turut dijayakan Melissa Saila (Maria), Norazemi Suhaimi (Salim), Nasriah Ngasri (Lily), Nik Fariz Nik Fadzil (Safiq), Ed Osmera (ayah) dan Miskiah (ibu). Sementara Jaafar sendiri diberi watak sebagai Cikgu Jaafar.
揇rama itu memberi kenangan yang cukup manis buat saya. Sejak drama itu diulang siar baru-baru ini, ramai yang minta saya berlakon semula. Dalam tempoh empat tahun itu bukan saya tidak berlakon langsung, ada juga tetapi pegang watak kecil kerana babaknya tidak banyak.
揔esibukan menjadi duta dan jurucakap produk menye babkan saya tidak boleh pegang watak besar. Saya tidak mahu menyusahkan pengarah dan pelakon lain yang terpaksa mengikut jadual saya.
揂pabila saya menonton semula Cili Padi, tiba-tiba teringat bagus juga jika Aziz dapat mengumpul semula pelakon drama itu dan buat balik dalam versi baru. Jika 14 tahun lalu, pelakon utamanya masih kanak-kanak tetapi sekarang semuanya sudah dewasa dan mendirikan rumah tangga seperti Melissa dan Nasriah.
揗elissa sudah anak dua anak. Nasriah pula mengandung anak kedua. Tam pun dah jadi orang bujang. Tentu cerita itu akan menjadi menarik jika Aziz sendiri mengarahnya. Beliau pengarah versatil yang banyak idea, |
|