|
Hiburan
Heliza dan Ebi tidak kisah berjodohkan artis
Oleh: KHADIJAH IBRAHIM
HELIZA dan Ebi.
--------------------------------------------------------------------------------
SETIAP musim Akademi Fantasia (AF) akan diakhiri dengan dunia percintaan antara pelajar. Musim pertama Khai dan Rosma, kedua Adam bersama Farah, ketiga Yazer dengan Ekin dan pada musim keempat Haziq sering diusik dengan Leez.
Terbaru pada AF5 yang menampilkan Mila sebagai juara, ramai peminat berharap usikan Aznil terhadap Ebi dan Heliza akan menjadi kenyataan.
Malah chatters di saluran @15 (Astro) juga sering membuat andaian bahawa ada perasaan cinta antara Ebi dan Heliza berdasarkan body language mereka (pergerakan badan) bila menonton slot Diari AF5.
Apabila Mega berpeluang mengadakan sesi foto Ebi Kornelis@Firdaus Yaimal, 24, naib juara AF5 bersama Nur Heliza Helmi, 21, Isnin lalu, soalan pertama yang ditanya, benarkah mereka bercinta?
Heliza belum ada teman lelaki
Heliza yang menduduki tempat keempat itu dengan pantas menjawab, antaranya dengan Ebi memang tidak ada apa-apa perasaan cinta.
揝aya dan Ebi tidak bercinta. Antara kami tidak ada perasaan apa-apa. Itu semua gosip sahaja untuk menceriakan suasana. Kalau orang anggap kami bercinta, itu persepsi mereka.
揂pa yang boleh saya katakan, hubungan saya dengan Ebi sama seperti pelajar lain, kami seperti adik beradik. Di luar pun saya tidak ada teman lelaki, |
|