CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rifa0710

[merged]Pengalaman mistik di hutan,latest by feyo

[Copy link]
Post time 1-5-2009 11:49 AM | Show all posts

Balas #82 supa_strikas\ catat

kalo knfem bigfoot...rugila kitaorg xheboh2 kt paper
kalo x msti G bpluang posing tepi sungai smbil tgn tnjuk pokok kt seberang
n jd cover dpn paper sekian2....
msti caption gambo G tu tulis...di sinila dua lembaga dipercayai bigfoot kelihatan
rugi btol...glamer tuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2009 12:11 PM | Show all posts
ni citer my nephew..
dia join budak skolah dia g Sagil camping...
so utk grup dia..derang take turn tidur...
maknanya mesti ada sorang yg jaga dlm khemah tu...
bila sampai turn my nephew..
dia dengar bunyi2 yg agak mencurigakan kat luar khemah derang...
dia pun jengahlah keluar...
skali ada satu tgn besar lempang muka dia..trus pengsan...
sedar2 dah siang...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 01:20 PM | Show all posts

Balas #89 monreyes\ catat

tangan warden kot..warden tgh membuang, member ko skodeng..tu yg warden naik angin tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2009 07:28 PM | Show all posts
Ada thread dah uuntuk kisah seram masa camping ni. I will merge je dgn thread sedia ada. TQ
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 11:42 AM | Show all posts
Ehem..ehem..thread lama ni...boleh saya aktifkan balik?

Ada le skit citer bab2 sesat ni nk kongsi kat sini.

Tahun lepas (2008), aku and family ikut rombongan pengantin ke Batu Kurau, Perak. Oleh kerana kami tak datang dari tempat yang sama, ada yang dari KL, ada yang dari Penang, kitorang pun decide untuk stay kat Bukit Merah. Pengantin plak dari Terengganu, dan dia ngan parent dia dah disediakan sebuah rumah khas yang dekat ngan umah pengantin perempuan.

Kisah ni terjadi hari Sabtu malam, pengantin tu plak dari Terengganu hari Sabtu pagi..dan dek kerana  "technical problem" dia sampai kat Batu Kurau tu dekat kul 7 dah. Akad nikah nya malam, lepas Isyak. Pada masa yang sama, geng2 yang berkumpul kat Bukit Merah ni bersiap2 la nk pegi majlis malam tu. Setelah ditolak2 saper yang tak nak ikut tu...kesudahannya ada 4 kereta yang nak pegi.

Time pegi tu,adik pengantin lelaki ni tunggu kat simpang masuk so kitorang follow dia jer. Jalan masuk tu memang betul-betul jalan kampung. Mini tar kecik,tak boleh selisih kereta dan yang paling penting...takde lampu jalan. Cumanya, bila lalu depan rumah orang cerah le sikit sebab cahaya lampu rumah. Kebetulan atau tidak, boleh dikatakan kebanyakan penghuni rumah berdiri tepi jalan (atau mungkin diorang pun nak ke majlis yang sama) so, terasa bangga skit le dihati konon2nya.."wah..diorang sambut orang datang dari jauh ni" tambahan plak kereta semuanya plate KL

---fast forward----

Selesai majlis akad nikah tu, semua dijemput ke rumah pengantin perempuan sebab ada jamuan skit. So,memandangkan time tu dah dekat kul 11 semua pun dah nak balik cepat. Kitorang pun bertolak la dengan abang pengantin lelaki tu sendiri jalan kat depan mengepalai barisan. Kereta yang lain tu ikut je dari belakang.

After 2 kali corner, tiba2 kitorang lalu balik depan surau tadi. Semua cakap tersalah simpang maybe. Takper,jalan lagi...alih2 lalu lagi depan surau tu jugak. Pastu, kali ketiga kereta depan tukar jalan lain..lalu la depan2 rumah orang. Anehnya, semua rumah dah gelap,sunyi sepi. "aii...tadi bukan main meriah,happening lagi..mana semua orang dah pegi" sorang sepupu aku cakap. Orang lain semua dah senyap jerr....dah rasa lain macam.

Suddenly, dalam jalan yang gelap gelita tu, ternampak ler sorang hamba Allah berjalan perlahan2...so, kereta depan sekali tu buka tingkap tanya orang tu " Bang,tumpang tanya...mana jalan ke Bukit Merah? " Orang tu pun cakap ler..."kat depan tu belok kanan,pastu jalan teruuuuuussss jer" . Rupa2nya abang pengantin lelaki yang bertanya tu, dah sempat bergaduh dengan isteri dia sebelum tanya jalan kat orang tu.Ye lah, isteri dia dah terkedu tak berani bersuara, tambah2 jumpa orang jalan kaki di tengah2 kegelapan malam tu. Dia dah ingat yang bukan2 dah.

Instruction orang tu bagi, macam dekat je bunyinya..tapi,MasyaAllah...jauh giler nak sampai simpang tu pun. Dah sampai simpang semua dah confident ler jalan keluar dah dekat. Jam dah menghampiri kul 12 tgh malam ni, dah sejam dah berpusing2 dalam kampung tu. Dalam 5 minit lepas tu jer...sewaktu ikut jalan yang straight tu semua ternampak kat tepi jalan ada sebuah rumah kat situ..satu2nya rumah yang kitorang nampak...pasang satu lampu merah kat tangga dia. Lampu lain takde melainkan lampu tu jer..Semuanya dah cuak "rumah apa tu".
Lepas je rumah tu..nah.....sebelah kiri jalan ada...tanah perkuburan...sebelah kanan...pokok2 pisang...sepanjang2 jalan....kereta yang no 3 tu,belakang keta aku naik....dah riuh rendah baca Yasin. Yang keta last skali,anak2 dia dah menangis takut. Apa nak buat, nak laju tak boleh..jalan sempit, gelap. So, tahan je lah.

Lepas lebih kurang 20 minit menyusuri tanah perkuburan tu....tiba2 terjumpa simpang jalan besar..nampak plak  signboard TAIPING. Tuhan saja le yang tahu betapa lega nya hati semua orang dalam kereta2 tu...Kitorang sampai BUkit Merah semula kul 1.15.

Esoknya, masa pegi kenduri kat tempat tu semula.semua sibuk bercerita pasal tu...cuma waktu siang tu nampak ler..kami terlepas satu corner jer...yang boleh sesat sebegitu dahsyat.
Kesimpulannya : - rumah kecil berlampu merah ditepi kubur tu memang menyeramkan
                      -  memang panjang betul tanah perkuburan kat situ


Sekian.
                     


Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 12:51 PM | Show all posts
oops.. off topik jap.. aku ni pun org baru. bahasa org kat sini advance sangat , banyak yg aku tak faham...  antaranya " benang " apa yg dimaksudkan " benang" di sini.  mekasehh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2009 02:45 PM | Show all posts
Originally posted by cecari at 12-5-2009 12:51
oops.. off topik jap.. aku ni pun org baru. bahasa org kat sini advance sangat , banyak yg aku tak faham...  antaranya " benang " apa yg dimaksudkan " benang" di sini.  mekasehh



Benang tu..alih bahasa kepada "thread".....

sekian.tima kasih

P/S : Betul ke aku punye penjelasan?Aku pun baru lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 05:15 PM | Show all posts
aku pun nak citer pasal tukang kebun ayah aku
dia citer..dia penah sesat.. masa tu dia dok felda
pepagi cam biasa pegi la ke ladang
itu bukan kali pertama keluar masuk ladang
pastu on de way balik umah
ntah camne tak jumpa jalan keluar
puas pusing2.. jumpa tempat yang sama
last2 dia berbogelll.. ..tanpa seurat benang
baru lah ingat semula jalan nak balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2009 02:53 PM | Show all posts

Balas #25 adydza2\ catat

isk..apasal kena berbogel plak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 03:38 PM | Show all posts

Balas #26 awek_amir\ catat

tu petua dik..klu sesat sorang2 jgn pulak sesat ramai2 korang berbogel....mengundang bahaya tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 01:04 PM | Show all posts
MASYARAKAT Melayu pada zaman dahulu merupakan peneroka hutan yang gigih. Kegigihan dalam meneroka hutan belantara adalah satu perkara yang patut dibanggakan. Hutan belantara yang begitu tebal bertukar menjadi kampung halaman dan ladang.

Tradisi meneroka hutan untuk kegunaan manusia, tidak dapat dielakkan kerana ia mempunyai hubung kait yang rapat dengan kepentingan manusia. Selain daripada penerokaan hutan untuk dijadikan kampung halaman, masyarakat dahulu juga begitu gigih meneroka hutan bagi mencari bahan-bahan hutan untuk dijual atau digunakan sendiri.

Pada masa dahulu kepercayaan terhadap semangat hutan begitu tebal di kalangan orang Melayu. Masyarakat Melayu menganggap bahawa hutan mempunyai semangat yang keras. Selain didiami oleh binatang-binatang buas, hutan juga didiami oleh berbagai jenis jembalang, pari-pari dan mambang.

Kumpulan syaitan ini dipercayai mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan boleh menyebabkan bencana kepada manusia. Lantaran kepercayaan tersebut, maka masyarakat Melayu pada zaman dahulu beranggapan perlu mengadakan upacara khas bagi mereka yang akan pergi ke hutan untuk mencari rotan, damar, kayu, buluh, akar kayu dan sebagainya atau untuk membuka tanah baru.

Adat ini menjadi semacam kemestian yang patut dilaksanakan demi menjamin keselamatan seseorang semasa berada di dalam hutan. Melalui proses ini dipercayai bahawa gangguan daripada kuasa-kuasa ghaib akan berkurangan atau tiada sama sekali.


--------------------------------------------------------------------------------

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN HUTAN

Hutan merupakan tumbuhan semula jadi yang begitu bernilai dari segi ekonominya. Hutan adalah harta atau khazanah bagi sesebuah negara. Keperluan manusia terhadap hutan juga begitu penting dari banyak aspek.

Manusia memerlukan kayu-kayan dari hutan untuk mendirikan rumah, membuat perabot dan sebagainya. Umumnya tumbuh-tumbuhan di hutan adalah sangat penting kepada manusia.

Penerokaan hutan telah lama dilakukan dan sehingga kini masih berterusan dilakukan oleh manusia. Terdapat beberapa sebab dan kepentingan masyarakat Melayu dahulu masuk ke hutan. Penerokaan atau penebangan balak tidaklah merupakan perkara yang penting pada masa lampau. Namun demikian terdapat juga orang berusaha ke arah itu, hanya sekadar untuk kegunaan membina rumah, tetapi apa yang lebih penting dalam penerokaan hutan ialah untuk mencan damar, rotan, buluh serta akar-akar kayu dan menangkap ikan juga berburu binatang.

Umumnya tujuan manusia ke hutan pada masa dahulu adalah sekadar untuk memenuhi keperluan asas sahaja. Usaha mencari damar yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan cahaya dari damar tersebut. Selain itu bahan tersebut juga boleh dijual untuk kegunaan pembuatan sarung peluru. Semasa zaman penjajahan British dahulu damar dibeli untuk dieksport ke luar negeri.

Selain mencari damar, masyarakat dahulu juga memasuki hutan untuk mencari rotan serta buluh. Rotan pada masa itu bukanlah untuk tujuan industri. Rotan digunakan bagi membuat alat-alat perumahan dan alat-alat lain untuk kegunaan umum. Buluh pula digunakan untuk membuat bubu atau lukah dan sebagainya.

Masyarakat Melayu pada zaman dahulu juga ke hutan untuk mencari petai, jering, umbut, keladi dan sebagainya. Kesemua bahan ini menjadi makanan kepada manusia. Masyarakat dahulu juga menganggap hutan sebagai punca untuk mendapatkan bahan-bahan perubatan. Akar-akar kayu dan lain-lain mudah diperoleh dari hutan rimba tempatan. Bahan yang diperoleh dari hutan ini adalah penting kepada manusia untuk ramuan membuat ubat.

Penerokaan manusia ke dalam hutan juga dilakukan bertujuan menjerat atau memburu binatang. Berbagai-bagai ikhtiar dilakukan oleh manusia untuk memperolehi sesuatu daripada hutan.

Dengan kata Iain manusia memang tidak dapat mengelakkan dirinya daripada hutan. Di dalam meneroka hutan belantara ini, manusia haruslah mempunyai berbagai petua yang patut dipatuhi demi menjaga kesejahteraan mereka ketika berada di dalam hutan.


--------------------------------------------------------------------------------


KEPERCAYAAN BERHUBUNG DENGAN HUTAN

Umumnya manusia menganggap hutan sebagai tempat tinggal berbagai-bagai jenis binatang liar, jin dan jembalang. Warisan pemikiran masyarakat Melayu dikuatkan dengan beberapa dakwaan yang kononnya jika tidak mengikut adat atau tertib ke hutan, seseorang yang meneroka hutan akan ditimpa kesulitan seperti sesat di dalam hutan atau diresapi kuasa ghaib dan sebagainya.

Selain daripada menjadi tempat tinggal kumpulan syaitan, hutan juga merupakan daerah tempat pemasungan hantu. Dalam masyarakat Melayu, pawang adalah orang yang disegani. Kawasan hutan yang belum diterokai juga dianggap keras dan mempunyai berbagal-bagai rahsia dan kerenah yang tersendiri. Oleh itu kawasan-kawasan ini jika hendak diterokal haruslah melalui adat-adat yang tertentu. Maka atas anggapan dan kepercayaan ini, masyarakat Melayu pada masa dahulu telah membuat beberapa peraturan yang dikenali sebagai adat ketika berada di hutan.

Seperti disebutkan tadi, hutan rimba merupakan daerah atau tempat tinggal berbagai jenis binatang yang berbahaya kepada manusia. Binatang-binatang seperti ayam hutan, kambing gurun, badak sumbu dan sebagainya dikatakan mempunyai badi. Sekiranya seseorang cuba menembak binatang tersebut, maka dipercayai 'badi' binatang itu akan menghinggapinya. Manusia yang terkena badi biasanya akan ditimpa kesulitan seperti sakit meracau, gila dan sebagainya.

Sebagai jalan untuk mengelakkan manusia yang pergi ke hutan daripada terkena badi tersebut, maka beberapa peraturan tertentu diwujudkan. Peraturan inilah yang dikenali sebagai adat ke hutan.


--------------------------------------------------------------------------------

PERATURAN UPACARA

Bahan-bahan tempatan diperlukan bagi tujuan melaksanakan adat atau petua ke hutan ini. Bahan-bahan kegunaan harian seperti Iimau nipis, daun kelapa, bertih adalah keperluan asas yang penting.

Di dalam perlaksanaan adat ini bahan-bahan seperti limau nipis, telur, bertih, sirih sekapur, kemenyan dan penunggal diperlukan. Bahan-bahan tersebut perlu disediakan untuk upacara sajian pada peringkat permulaan melaksanakan adat ini.

Kegunaan terhadap bahan-bahan ini ditentukan oleh pawang.


--------------------------------------------------------------------------------

ADAT PERMULAAN KE HUTAN

Masyarakat Melayu mengamalkan adat dan petua tertentu untuk menjamin kesejahteraan manusia sejagat. Mereka percaya ia adalah suatu perkara yang baik dan patut diamalkan. Terdapat beberapa adat yang masih terus kekal hingga ke hari ini.

Bagi adat permulaan ke hutan, beberapa peringkat harus dilakukan demi mendapat kesejahteraan yang sewajarnya. Adat ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian tertentu. Pengenalan adat atau permulaan ke hutan ini akan dilakukan oleh mereka yang akan ke hutan.


Pemilihan Hari

Masyarakat Melayu masih lagi mempercayai kelebihan sesuatu hari bagi melakukan sesuatu upacara. Bulan atau hari yang dikira dalam hal ini ialah mengikut tahun Hijrah. Hari yang kurang baik untuk masuk ke hutan ialah hari Selasa akhir bulan Melayu, dan tujuan berkenaan haruslah dielakkan.

Hari yang baik untuk melakukan upacara seumpama ini ialah hari Rabu, Khamis dan Jumaat. Hari-hari tersebut dipercayai mendatangkan manfaat yang lebih. Waktu yang baik bagi melaksanakan adat ini ialah pada sebelah pagi.

Pada peringkat permulaan jika seseorang itu hendak ke hutan, dia perlu menjemput pawang untuk melaksanakan adat sajian itu.

Upacara adat sajian ini diadakan sebagai suatu persembahan kepada penunggu hutan. Sebuah dulang yang telah dilsikan dengan segala peralatan yang berkaitan perlu disediakan.

Apabila segala peralatan tersebut telah disediakan, maka pawang akan menjampinya. Ini bertujuan menghalau atau menjauhkan hantu dan segala bahaya yang ada di dalam hutan. Upacara ini dilakukan di atas rumah.

Setelah sajian itu dijampi oleh pawang, dia akan melakukan upacara pancak penunggal pula dan semua peralatan dibawa ke halaman rumah. Orang yang akan meneroka atau yang akan masuk ke hutan pula akan diberi pinang sepiak, iaitu pinang yang telah dijampi. Segala peralatan tersebut kemudiannya diletakkan pada suatu tempat khas, iaitu pada pangkal pokok atau sebagainya, kecuali sebiji limau nipis yang akan diambil oleh pawang.

Limau yang telah diambil oleh pawang tersebut akan diberikan kepada orang yang akan ke hutan sebagai 'pengeras semangat'. Kononnya syaitan takut kepada bau limau itu.


--------------------------------------------------------------------------------

PANTANG LARANG SEMASA DI HUTAN

Terdapat beberapa petua yang patut menjadi ingatan kepada mereka yang akan ke hutan. Di antara pantang larang tersebut adalah seperti petua semasa mula turun ke hutan, bersiul semasa dalam perjalanan, melaung ketika berada di hutan, berburu binatang dan tidur di atas pokok.


Permulaan Turun ke Hutan

Andainya seseorang yang baru turun dari rumah untuk ke hutan tiba-tiba dilintasi ular dalam perjalanannya, maka dipercayai ini merupakan suatu petanda yang tidak baik. Orang tersebut haruslah naik semula ke atas rumah dan mengambil pinang sepiak dan memakannya kemudian barulah turun semula untuk meneruskan perjalanan.

Turun tangga haruslah dengan langkah kaki kanan. Sebelum turun didahului dengan bacaan Bismillahirrahmanirrahim. Mereka juga tidak boleh berpatah balik.

Bersiul Semasa Dalam Perjalanan

Bersiul semasa dalam perjalanan adalah ditegah. la dipercayai menjemput kedatangan ular. Bersiul di dalam hutan pula dilarang sama sekali kerana ini akan menarik perhatian berbagai jenis binatang buas. Apabila kehadiran orang yang memasuki hutan itu diketahui oleh binatang buas, dirinya berada dalam keadaan bahaya.


Melaung Semasa di Hutan

Perbuatan melaung di hutan juga ditegah. Melaung atau bercakap dengan kuat dipercayai akan menarik perhatian berbagai-bagai jenis jembalang serta binatang buas yang ada di dalam hutan.

Sekiranya orang yang masuk hutan itu melaung, maka laungan itu dipercayai akan disahut oleh jembalang dan andainya perkara seumpama ini terjadi, maka kejadian seperti sesat di hutan akan berlaku.


Berburu Binatang

Sekiranya tujuan seseorang ke hutan adalah untuk berburu, dia tidak boleh berpecah daripada kumpulan kawan-kawannya. Sekiranya dia berpecah juga, maka akan terjadi sesuatu yang tidak baik, misalnya tertembak rakan sendiri atau sebagainya. Mengikut kepercayaan, jembalang akan menyerupai wajah rakan seseorang dan wajah rakan itu pula akan menyerupai binatang yang hendak diburu.

Sekiranya hal ini terjadi, maka malanglah bagi mereka yang pergi berburu di hutan itu.


Tidur di Atas Pokok

Mereka yang pergi ke hutan dilarang tidur di atas pokok. Jika berbuat demikian dipercayai mereka akan diganggu oleh jembalang terbang. Tujuan sebenarnya jika seseorang tidur di atas pokok, sukar baginya melarikan diri apabila berlaku sebarang musibah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 02:32 PM | Show all posts

pengalaman semasa camping

Kisah ni berlatarbelakangkan hutan simpan yg mempunyai air terjun yg sangat menarik pd pandangan aku..
tempat tu dikunjungi ramai pengunjung yg terdiri daripada kaum keluarga,anak2 muda dan pasangan2 couple yg suka berdua2an..
di hutan simpan tu terdapat 2 tapak perkhemahan,satu tu berdekatan dengan tempat mandi manda,manakala,satu lg tu didalam hutan(kena hiking)..
nak dijadikan cerita,persatuan yg aku involve ni buat kem jati diri dekat hutan ni..
kami ambil tapak site untuk bina khemah yg dekat dengan kawasan mandi manda supaya senang untuk kami membuat aktiviti2 rekreasi..
kami ber'kem' selama 2 hari 1 malam..
sebelum hari jati diri tu,maksud aku,sebelum kitaorang pergi hutan tu,aku ada dengar macam2 cerita yg berlaku dekat hutan tu..
dari apa yg aku dengar,hutan tu memang sangat keras!

so,aku nak bercerita pengalaman aku dan kawan2 semasa di kem..

kami tiba di kawasn perkhemahan waktu tu dekat tengah hari..
dari waktu tiba,until senja,masa kami dipenuhi dengan pelbagai aktiviti2 lasak..
pada malamnya,kami berbarbeque pulak..
akulah yg tukang uruskan bahagian dapur memandangkan masa tu datang bulan..hihihi
seronok gak time2 penat camni datang bulan,boleh rilex2,xpayah nak rebut2 toilet nak mandi sebab nak terkejar2 nak solat..tp,satu benda yg xbest,iaitu dok dalam hutan time tengah period..korang pepahamlah...jom baca cerita selanjutnya..

waktu tu semua girl2 yg se'zone' mcm aku,waktu2 magrib,semuanya dok dekat dapur..
waktu tu,punyalah aku rasa meremang jek..
korang bayangkanlah memang dekat dapur tu cuma ada lampu dapur tu je..
kawasan sekeliling gelap gelita,memang xnampak apa2..
cuma korang boleh dengar suara air terjun menderu2...
dari kawasan dapur tu,korang boleh nampak laluan untuk ke air terjun iaitu laluan menuju ke dalam hutan..
dahla kawasam dapur tu dikelilingi pokok yg besar2..maklumlah,hutan...
ada sorang kawan aku ni,dia bawak kereta time tu..
so,dia lah yg akan berulang alik beli barang..
so,masa tu dia nak keluar pergi beli barang.dia pergi sorang jek.
memang beranilah aku rasa.dahla perempuan..bahaya gak..
then,masa dia nak undurkan kereta tu,dia pon pandanglah cermin sisi..
korang nak tau apa yg dia nampak???  
dari cermin sisi tu,dia ternampak sebahagian bawah badan yg memakai serba putih..yg dia nampak hanya bahagian kaki orang berdiri kat sisi kereta dia(sebelah belakang) melalui cermin sisi tu...
punyalah terkejut!dia cepat2 pandang belakang!!tp xda apa2 pon..
memang betul dia nampak kaki orang berdiri kat belakang td!!berderau gak darah time tu..
dahla waktu tu,semua yg boleh solat,termasuklah yg lelaki,sedang solat berjemaah dan berceramah..
kami pulak time tu semua dekat dapur..dia pulak sorang2 jek..
tp,apa2 pon,dia tetap pergi beli barang...
alhamdulillah,xda apa2yg mengganggu time tu...

baca kisah selanjutnya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 02:33 PM | Show all posts

sambungan...

baru aku taw, sebelum masuk waktu magrib tu,kawan aku yg bawak kereta ni memang dah nampak dulu..
dia cerita,time tu dia tengah dok sembang2 ngan kawan2 aku n sorang pakcik ni..
masa ngah dok sembang2,dia sorang yg dok mengadap rumpun buluh yg berdekatan dengan site boyz..
syok2 ngah dok bual2,tetiba kawan aku ni terpaku!dia nampak dengan jelas,sesusuk tubuh memakai baju putih terbang dari rumpun buluh tu,terus masuk ke hutan...aku xdapat bayangkan apa yg dia rasa masa tu..dia bg tau,benda tu gerak laju..so,masa tu,memang dia sorang jelah nampak..kalau waktu siang,anjing selalu duduk kat depan pokok buluh tu..
so,masa dia nampak tu,dia senyap jek,xbagitahu pon dekat orang lain sebab dia tengah takut sangat..maklumlah,tulah 1st time dia pernah nampak benda2 halus ni..yg menunjukkan diri tu pulak yg seram bangat!

so,dah 2x lah dia nampak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 02:35 PM | Show all posts

sambungan..apa yg aku nampak??

malam tu pulak,,masa aku tengah dok prepare makanan untuk budak2 ni,memang seramm gak aku rasa..
aku rasa macam ada benda yang perhatikan gerak geri kitaorang...tp nasib baiklah aku xnampak benda2 tu..

then lepas semua kawan2 aku selesai solat isyak,kami pon berjamu selera..
kami duduk dalam bulatan sambil makan..
sambil makan,kami bercerita tentang aktiviti petang td..
selesai makan kami main kotak beracun..so,aku ni duduk bahagian yg membelakangkan hutan tetapi mengadap laluan ke air terjun dan bilik air kami..
masa kami main game tu,memang kami sakan gelak ketawa semua..
sampai terlupa sebenarnya kami tengah dalam hutan..
gelak punya gelak,tetiba adalah sorang member ni tegur"korang jgn gelak n suka2 sangat,kita ni dalam hutan,korang paham2 sendiri er..jangan suka2 sangat..jgn ketawa kuat2 sangat.."
so,lepas tu,kitaowang main game dengan penuh adablah..
tetiba jek aku terpikir,kata hutan ni keras,
kenapa aku atau sesapa kawan aku xda nampak apa2 plak(masa ni xtaw lagi cerita yg kawan aku td tu dah 2x jumpe..
so,sambil2 aku main game tu,aku dok perhati lah kawasan sekeliling..tengok atas,tengok sana,tengok sini..
ada satu scene tu,aku tengah tengok satu pokok ni...
tup2 aku tengok,tetiba aku nampak ada benda terbang,maksud aku cam melompat dari satu dahan ke satu dahan dekat pokok yg terletak di sebelah toilet..sekali pandang jek aku tengok benda tu terbang,pastu,aku terus turunkan muka pandang ketanah..takot wo!!
tp,xsampai 5 saat,aku tengok balik..benda tu takda dah..huhuhu..apa benda tu sebenarnya??
dari apa yg aku nampak,benda tu besar putih dan seakan2 kain yg melintas..
xkan lah tupai putih pakai baju superman pulak kan!
last2 aku terlupa benda aku nampak td...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 02:36 PM | Show all posts

sambungan..mimpi ke??

malam tu,selesai game,dalam pukul 11 lebih,kami pon bersiap2 untuk tidur..kami masuk tidur awal kerana esoknya kami kena meredah hutan pulak..
dalam khemah tu,kami tidur 3 orang..sebelum masuk tidur tu,aku dah suruh sorang junior ni yg alim2 sikit,tolong baca2kan apa2 dalam khemah tu,supaya xda apa2 yg akan kacau..
masa tu,aku ngan que dah masuk tidur dulu. kawan aku yg namanya fasya ni xtido lg..
dia nak join budak2 yg tak tido lagi time tu kat depan khemah kitaorang..
so,aku pon terlelap..aku pon xingat pukul berapa time tu, kalau xsilap aku,dekat pukul 12 jugaklah..
daripada cerita kawan aku fasya,dia masuk khemah dalam pukul 12mlm.katanya,sekejap jek dia dekat luar..
aku pon xperasan dah masa dia masuk sebab kepenatan..
dia cerita dekat aku,masuk2 jek,dia terus baring,tp xterasa nak tidur lg(sebab kawan aku ni memang burung hantu,suka stay up masa kat u)..
tp dia cerita,entah macam mana dia tertutup mata@ terlelap,masa terlelap tu,dia nampak ada satu benda besar sangat warna putih nun dekat satu puncak gunung..bila benda tu toleh jek,tengok2 xda muka pon!!serentak dengan tu,dia tersedar n terjaga..
dia pelik,bila masa pulak dia tidur!!baru jek dia masuk khemah tu!!kalau baru terlelap,xkan terus mimpi kot!!masa dia sedar tu,dia masih dengar suara kawan2 yg belum tidur lg..
maknanya baru bp minit jela dia terlelap..
mungkin berapa saat jek!
fasya ni pada aku memang berani..tp,bila dia bercerita,dia kata,memang seram dengan apa yg dia nampak tu,walaupon xnyata..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 02:36 PM | Show all posts

sambungan..khemah sebelah..

untuk pengetahuan korang,sebelum group aku ambil khemah ni,kami dah choose nak khemah yg belakang sekali..
tp entah macam mana,kitaorang pon tukar khemah..tp,khemah aku ni sebelah jek dr khemah asal tu..kira blakang gak la..
so,khemah yang belakang sekali tu dihuni oleh 3 orang kawan aku yg salah sorangnya tu yg bawak kereta td tu..
diorang cerita,malam tu,diorang tidur lagi awal dari aku..
memang aku perasan pon..masa aku nak masuk tidur tu,diaorang dah masuk dulu..tp,yg bawak kereta tu,masuk saing2 aku sebab aku mintak panadol dari dia..
so,lebih kurang pukul 12 gitu,adalah salah sorang daripada penghuni khemah tu terjaga sebab dia mcm dengar ada seseorang dekat luar khemah dia..
disebabkan kawasan tu gelap,so,boyz pasang lampu dekat luar,so,sesiapa yg ada dalam khemah,boleh nampak bayang2 orang yg dekat luar..
kawan aku ni,dia nampak 'seseorang' tu diri tegak jek kat luar khemah dia..dia rasa lain macam dah,so, dia pon kejutlah membe dia yg lagi 2 orang tu..bila tiga2 dah bangun,dorang nampak 'seseorang' tu dok bergerak mengelilingi khemah dorang banyak kali...
dok pusing,pusing,pusing keliling khemah dorang..laju jek..
masa tu dorang dah menggigil2 ketakutan!

aku pon xingat sangat,tp kalau xsilap aku,kawan aku yg girlz ni nampak benda tu sedang duduk mencangkung kat salah satu sudut dalam khemah tu! xcukup yg dorang nampak kat luar,benda tu siap masuk dalam khemah lagi!!
tp daripada 3 orang ni,sorang jela yg nampak benda tu ada kat dalam khemah dorang..
tp time benda tu tengah keliling khemah dorang,memang tiga2 nampak..
so,salah sorang tu,try call membe boy yg khemahnya kat site lelaki..
call tu masuk,tp,xda orang angkat...
endingnya,aku xbapa ingat macam mana benda tu pergi..
doarang nak baca ayat pon,masalahnya,tiga2 tengah datang bulan..memang menakutkanlah!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2009 02:37 PM | Show all posts

sambungan..rupa2nya..

bila aku try gabungkan cerita fasya td,baru aku sedar,waktu fasya terlelap n nampak bnd tu,n waktu mereka di kacau,lebih kurang serentak..so,boleh aku simpulkan,time fasya ngah nak masuk khemah,benda tu pulak tengah dok pusing2 keliling khemah sebelah..mungkin fasya ni xditakdirkan nampak real,tp sebab time benda tu tengah mengacau,fasya ni plak lalu,so,bnd tu pon kenakan fasya secara x langsunglah aku rasa..keesokannya,bila girl tu tanya dekat boy yg dia call malam td kenapa xangkat telefon,boy tu bagitau,xda call masuk pon dekat phone dia..
tp kawan aku yg girl ni bagitau,masa dia call tu,memang bunyi tuut2..tuut2..tuut2..macam ada line tu la...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 02:41 PM | Show all posts
feyo,
seram la citer ko ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 02:45 PM | Show all posts
eeeeeeeeeeeeee ..seram nya
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 02:57 PM | Show all posts
memang banyak pantang larang nak bercamping nih sebenornya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.093327 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list