CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: duquesne

Cerita/Pengalaman paranormal aku dan kaum kerabat

  [Copy link]
 Author| Post time 18-6-2009 01:51 PM | Show all posts

Reply #220 chicmushroom's post

Err.. boleh la imagine macam orang kesejukan lepas berendam lama-lama dalam air atau dalam aircond yang sejuk, muka pucat, tangan peluk tubuh...

Memang kesian tengok dia masa tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2009 12:37 AM | Show all posts
waaiting.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2009 10:53 AM | Show all posts
222# f_zal


Waiting menda?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 07:39 PM | Show all posts
hehe...waiting cite baru la tu....
cm dh addicted je tu.....:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2009 02:53 PM | Show all posts
224# chicmushroom


Ishh.. toksah la addicted.. kalau ada saya update benang ni.. skang ni agak sebok memandangkan dah habis H1/Q2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2009 04:54 PM | Show all posts
221# duquesne

duken ..pernah gak dengar cete pakrIT ni..dorang cakap biasa sangat jumpa mende2 pelik ..sbb keje time semer org dah tak de..bangunan besar gitu dorang berdua je yg ada...man tak kena kacau dek entiti yg kebosanan...

klu mcm tertido tetiba beralih tempat ..biasa sangat katanya...tapi tu je lah yg di cerita ..tak detail ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2009 08:03 PM | Show all posts
225# duquesne
H1? H1N1 ke??
huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2012 12:24 PM | Show all posts
Hmm.. terjumpa balik benang sendiri kat page belakang2...

So, tepek la cerita yang aku tulis kat benang GitarPurple ari tu...

-------------
Nak tumpang cerita... kisah ni berlaku 3 tahun lepas masa anak kena warded kat one private hospital. Time tu dapat la single bed room and bilik ni terletak kat hujung sekali mengadap ke depan. Tingkat bilik ni pulak takde la tinggi sangat tapi belah luar tingkap tu ada macam korridor la sikit kan.

Insiden ni terjadi masa nak dekat maghrib. Sementara tunggu hubby balik dari menapau dinner kat kedai depan spital, anak dok atas pangku. Kitorang dok atas kerusi tepi tingkap. Langsir tingkap tu tutup separuh aje la sebab terang lagi masa tu. Tingkap memang takleh bukak la sebab aircond kan.

Tengah2 syok mengulit si anak, tetiba anak bangun pandang ke luar tingkap, lepas tu cakap "Mummy, tu kakak" ...

Adehhhhhhhhhh  memang speechless masa tu. Tapi buat buat hati kering,bawak anak duduk atas katil, layan tv. Lepas tu cepat2 pegi tarik langsir kasi tutup habis tingkap tu. Nasib ler anak dah leka layan tv so takde dah dia sebok nak tengok ke luar tingkap tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2012 02:56 PM | Show all posts

RE: Cerita/Pengalaman paranormal aku dan kaum kerabat

Cerita ni berlaku tahun 2009. Masa tu nak dekat dengan cuti CNY. Aku masa tu ada maid dari Sumatera. Dia ni sejak dari first aku tengok dia, agak lain sikit expression muka dia. Dengan mata dia yang agak terbeliak dan tajam bila memandang, dan aku macam terasa dia ni ada ilmu. Tapi aku put aside perasaan tu sebab aku ni tak suka nak berprasangka kat orang.

Tapi sebab dia ni dari segi kerja (first 6 months) boleh diterima sebab dia pernah bekerja di Melaka sebelum ni, so aku tak berapa la nak micromanage dia ni. Apa aku suruh dia buat, dia boleh buat tanpa aku kena ajar. And tugas utama dia jaga anak aku yang masa tu baru umur setahun.

Malam sebelum kejadian tu, macam biasa, aku balik dari office, masak, makan, dan dia akan makan selepas kitorang dan kemas dapur, dan lepas tu dia boleh masuk bilik untuk tidur ke rehat ke apa ke.. selalunya working hours dia berakhir jam 9pm. So masa aku ambik anak aku dari dia, so that dia boleh turun makan tu, aku tengok dia ni satu macam aje. Aku tanya dia - sakit ke? Dia kata dia penat. Aku dok terpikir masa tu dia ni penat pasal apa.. tapi tak tertanya. So, aku just ambik anak aku, dan masuk bilik, and dia turun ke bawah makan etc macam biasa.

Then pukul 9++pm dia masuk bilik dia and aku tengok lampu pun padam. Tidur la tu kan. So aku pun rilek2 ler dalam bilik, sembang dengan suami aku macam2 hal, sambil tidurkan anak. Lepas tu kitorang semua tidur.

Subuh esoknya, aku bangun macam biasa, terus kejutkan dia so that dia boleh solat dan mandi dan prepare untuk jaga anak aku, dan aku boleh la buat apa yang patut untuk ke office. Bila aku keluar bilik, aku tengok gelap aje kecuali lampu tangga. Aku ketuk la pintu bilik dia, panggil Bibik.. bibik... bangun.. aku dok pikir masa tu dia terlajak tidur. Tapi takde jawapan. Tidur mati kot. Aku ketuk pintu bilik dia lagi, panggil lagi kuat kuat. Then aku terdengar jawapan "Yaaaa... Yaaaaa". Ok la tu kan. Dah bangun la tu. So aku pun masuk bilik aku nak ambik anak.

Lepas 5 minit, gelap jugak kat luar. Pintu bilik pun takde bunyi macam orang bukak. Tak leh jadi ni. Aku keluar balik, terus bukak pintu bilik dia dan bukak lampu. Tengok2 bilik tu kosong!!! Takde orang! Aku check bilik air, gelap dan takde orang. Aku check bilik air bawah, pun gelap takde orang. Aku pun pegi kejutkan suami aku, bagitau maid dah takde. Dia turun bawah, cari satu rumah, tengok-tengok tingkap dapur terbukak sikit dan kunci dapur ada terletak atas dryer machine. (Kunci dapur tu aku letak kat dapur sebab kadang-kadang dia nak ke belakang berkebun). So aku tau la dia dah lari dari rumah.

Tapi yang menjadi misteri - siapa yang jawab panggilan aku sebelum tu???
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 03:59 PM | Show all posts
yey miss duquesne dah kembali. mod sila kasi tacang lagi! cite duquesne sangat best.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 04:01 PM | Show all posts
duquesne posted on 25-7-2012 02:56 PM
Cerita ni berlaku tahun 2009. Masa tu nak dekat dengan cuti CNY. Aku masa tu ada maid dari Sumatera. ...

die jawab dulu baru larikkk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2012 04:30 PM | Show all posts
glowinthedark posted on 25-7-2012 04:01 PM
die jawab dulu baru larikkk.

Tak... aku suspect dia lari tengah-tengah malam.. sebab ada sorang guard yang memang kenal kitorang kata dia ada la nampak orang tunggu tepi pagar kat area rumah kongsi (construction phase 2). Orang tu selalu jumpa maid aku. Tapi dia takleh buat apa-apa pun sebab orang tu tak buat kacau. Kalau nak cerita pasal maid ni sangat la panjang.. memang time dia nak lari tu aku dalam proses nak install cctv dan nak report kat agent dia balik pasal dia ni..

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 04:51 PM | Show all posts
mak ai..menakutkan lah..i nak kongsi story i bleh x kat sini TT?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2012 05:00 PM | Show all posts
duquesne posted on 25-7-2012 02:56 PM
Cerita ni berlaku tahun 2009. Masa tu nak dekat dengan cuti CNY. Aku masa tu ada maid dari Sumatera. ...

mmg xdapat contact dia lgsung ke kak?? dia lari terus mcm tu, ada apa2 kerugian x kak? (barang kena curi ke etc).. klau x,maknanya mmg ada something yg buat dia lari la kan..

mula2 baca td, igtkan mmg xda trace yg dia larikan diri,maknanya dia lenyap begitu sahaja seolah2 xpernah wujud..then boleh la buat persoalan, sape kah maid akak sebenarnya??? hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 09:35 AM | Show all posts
KarinaKapur posted on 25-7-2012 04:51 PM
mak ai..menakutkan lah..i nak kongsi story i bleh x kat sini TT?

kongsi laaa~~ nak baca gak byk2..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 09:37 AM | Show all posts
duquesne posted on 25-7-2012 04:30 PM
Tak... aku suspect dia lari tengah-tengah malam.. sebab ada sorang guard yang memang kenal kitoran ...

nape ngan de? ko nak report ape?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2012 09:56 AM | Show all posts
ni pengalaman i di rumah lah..banyak kisah dia, tp xtau nak share dekat thread mana..harap saya dilandasan yg betul.. (cewahh)

1st story,
saya sekolah menengah time ni, kira2 7 thun yg lepas (oh mai).. saya tidur katil queen size dgn akak saya.. tapi malam tuh, masa tgh nak lelap, saya terbayang2 (biasala,sblum betol2 lena, mesti ada khayalan mcm mimpi gituew kan), macam saya ada kat satu tmpt ni, tmpt menakutkan, susah saya nak recall balik mcm mana keadaan tu, tp saya rasa takut sgt, saya rasa mcm benda tu betul, semakin hampir dgn tempat tu, saya semakin takut seolah2 saya akan berjumpa dgn sesuatu yg menakutkan,  so saya nak bukak la mata cepat2, sbb saya x btul2 terlelap lg.. tp xboleh nak bukak, saya cuba bergerak, tak boleh jgk.. jantung dah pumping laju gila, akhirnya saya dapat bukak mata, tp saya xdapat nak bergerak, saya nampak kakak saya kat tepi saya tgh tidur (biasa la, dia cepat terlelap), tgn saya cuba nak capai badan dia, tp xdpt, mungkin itu yg dikatakan di tindih.. akhir skali,dpt jugak saya jerit Allahuakbar, baru ok.. itu lah pengalaman pertama saya.. tapi selepas dari kejadian tu, hampir tiap2 malam saya kena tindih.. proses dia semua sama.. sampaikan saya takut nak tidur..

2nd story,
selepas kejadian asyik ditindih tu, kakak saya pulang ke U dia semula.. saya pon tido la sensorang dalam bilik tuh.. umah kitorg teres biasa je, so xder la scary sgt macam umah beso2 tu, bilik jejauh kan.. bilik saya sebelah bilik parents je..so malam tuh tido macam biasa.. saya tido atas katil tu, kat sebelah kiri, sblah kanan tu tmpt akak saya lah,yg dah pulang ke U tu.. sebelah kanan tu dinding je.. so time nak tido tu, saya baring ke kiri saya, kiranya membelakangkan tmpt kakak saya lah.. pastu saya dgr suara kakak saya panggil saya, "karina karina karina.." panggil cepat2 gitu, seolah2 nak bgtau sumthing/tunjuk sumthing..paham x?hehe so dgn selamba ja saya pusing lah ke kanan, tindakan refleks lah tu kan bila dgr akak kita panggil..bila saya pusing kanan, tgk sebelah saya kosong je, baru saya teringat, akak dah balik U la duhhhh...terus saya tido je.. esok pagi baru citer kat parents saya..

bersambung..





Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 10:34 AM | Show all posts
serammm
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 11:13 AM | Show all posts
karinaaa..oo karina..mana dikau? cepat kontiniu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2012 11:52 AM | Show all posts
3rd story

so lepas dah dgr suara akak saya,malam tu saya suruh adik lelaki saya tidor dalam bilik dgn saya, tp dia tidor bawah lah.. mcm biasa, adik lelaki saya pon cpt terlelap..saya slalu susah tidor.. kemudian saya rasa kena tindih lg, slepas struggle beberapa kali nak bergerak, akhirnya tersembul jugak Allahuakbar, tp lepas je saya sebut tu, katil saya ditendang..katill saya besi, so gedeganggggg... saya tgk adik saya, mana tau, kot2 dia yg terajang scara xsengaja atau mamai..tp dia jauh dari saya, dia sedang tidor menghadap ke dinding sebelah sana..mustahil lah tiba2 dia tendang then golek2 ke ujung tu.. so saya pon tido cam biasa.. esoknya crita la kat parents cam biasa..

4th story

slepas kjadian tu, saya x igt apa jadi, tapi saya kerap di ganggu..satu malam tu, saya dgr suara garau jerit HOI.. ada satu malam pulak dgr dia berdehem.. utk pengetahuan, bapak saya keja malam, biasa la jadi jaga.. so mmg xde laki lain slain adik saya yg cepat terlelap tu.. ada satu malam pulak, x ingat dah turutan cerita ni, saya sedang tido, mengiring mcm biasa, tangan kat atas bantal tepi muka saya..tiba2 tgn saya diangkat turun ke bawah..boleh imagine x..saya siap bukak mata sbb terkejut..xrasa pon ada org sentuh ke pegang ke tgn ni..tp bergerak sndiri..apakah
bila dah xtahan, baru kitorg suruh pakcik kitorg yg pandai berubat ni tlg tengok2kan.. dia cakap bilik saya tu tmpt benda tu tinggal.. tp yg musykilnya, saya duduk situ dah lama,sejak 1998, tp kena ganggu thun 2005.. takkan dorang baru pindah masuk bilik saya lak kan.. so pakcik saya ada buat kan air bacaan ayat2 al quran dan letakkan dlm segelas air, then dia letak atas almari paling tinggi.. dia ckp jgn ubah..(tapi slamba ja bapak aku ubah sbb dia nak cari apa ka hari tu ) tapi Alhamdulillah lepas tu dah xkena kacau..

lepas dari kejadian time sekolah menengah 7 tahun yg lepas, Alhamdulillah xkena kacau, tp ada dlm 2-3 thun lepas, malam MJ meninggal, saya ada dgr bunyi..

bersambung.. (sbb panjang sgt dah yg ni)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.086708 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list