|
♥Istana V Faizal Ramly♥ Disebalik tabir Momok The Movie @ Astro Ria
[Copy link]
|
|
212# Along_XX
15hb Ogos ni along, kat Dataran Merdeka utk Pelancaran Bulan Kemerdekaan dr 2ptg hingga malam..faizal nyanyi 2 lagu....hari ni citer faizal kuar kt harian metro...sape2 free leh tempek pls.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by axxie at 12-8-2009 18:25
Faizal selesa bergerak sendiri Oleh Norhayati Nordin
[email protected]
Rap | JIKA dibandingkan dengan Vince, Zahid dan Mawi,boleh dikatakan Mohammad Faizal Ramly atau Faizal, 25, agak 'tercicir'daripada populariti. Sekalipun, menyandang gelaran juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), tetapi aura seninya nampak pudar. | Apatah lagi apabila jejaka kelahiran Terengganu itu memilih kehidupan 'low profile' hingga publisiti mengenai dirinya jarang dipaparkan media. Faizal mengakui berusaha keras memantapkan karier nyanyiannya dengan cara bergerak sendiri.
Akui Faizal, memang bukan mudah tetapi sangat menyenangkan. Katanya, dia sengaja memilih 'lari' daripada publisiti dan tidak mahu menjadi glamor.
"Cukup makan, pakai dan dapat tanggung ibu bapa, itu sudah memadai untuk saya.Bagi saya, semuanya bergantung pada rezeki dan perlu rajin berusaha.Apa yang pasti, niat hati kena betul, tahu apa yang dilakukan dan tidak buat jahat pada orang.
"Walaupun, saya seakan-akan 'melarikan diri' daripada media tetapi karier seni masih berjalan lancar. Saya banyak terbabit dengan persembahan pentas di pantai timur, Pulau Pinang dan Johor. Cuma, majlisnya sederhana dan ada kalanya tiada liputan media.
"Disebabkan itu, mungkin ada yang berasakan saya tidak aktif. Ditambah lagi, segala aktiviti seni sama ada menyanyi atau berlakon, saya uruskan sendiri. Sudah tiada pembantu peribadi macam dulu lagi, justeru saya jadi lebih matang dan bertambah yakin.
"Biarpun penat hingga pernah bermalam di lebuh raya, itulah pengalaman. Bukan mudah mencipta kejayaan dan saya sendiri tidak kisah kalau harus bermula dari bawah. Pada saya, biarlah masyarakat menilai bakat dan bukan atas dasar undian semata-mata," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Momok The Movie, baru-baru ini.
Berbicara lanjut mengenai sikap menjauhkan dirinya daripada media, Faizal berkata, dia tidak mahu dihambat gosip liar dan kontroversi yang bukan-bukan. Katanya, cukuplah dengan gosip yang mengaitkannya dengan dadah dan ia amat memalukan.
"Saya tidak pernah terbabit dengan benda terkutuk itu tetapi ada juga orang yang membuat cerita.Saya kesal, namun sedar itulah hakikat perlu diterima apabila menjadi artis. Bagaimanapun, maruah saya tercemar akibat cerita mengaibkan itu.
"Sekarang, terus terang saya katakan seronok bergerak sendiri. Selesa kerana semuanya saya lakukan seorang dan tidak perlu memikirkan pendapat orang lain. Dalam soal ini, apa yang difikirkan baik untuk diri, itulah saya lakukan supaya lebih maju.
"Selain itu, saya juga menjadi vokalis undangan kumpulan Iklim dalam pembikinan album projek khas mereka. Setakat ini, lima lagu sudah dirakam, manakala tiga lagi masih dalam proses. Material (lagu) sudah ada, cuma belum rakam saja," kata Faizal.
|
|
|
|
|
|
|
|
axxie...artikel kat hmetro tu memang tak de gambar ke..... |
|
|
|
|
|
|
|
axxie...artikel kat hmetro tu memang tak de gambar ke.....
irone Post at 12-8-2009 23:58
taktau la ada gambar ke tak irone...
sbb masa sy copy tu gambar tak kuarpun....
lg pun sy tak reti sgt nak copy2 ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam & gud afternoon warga istana faizal senyum sokmo!!
timekasih axxie dgn menempek artikel & gegambar faizal...... |
|
|
|
|
|
|
|
230# Along_XX
sama2.... |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum semua warga istana Faizal senyum sokmo..
hehehe....sorry ar masa ni baru dpt masuk....laktop org tinggal g solat jumaat...aku pong rembat le....pc aku still tkleh guna...huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
229# axxie
wahhhh axxie ..ko dah buat macam2 kat Pejal tu ..ek;)...chunna sukaaaaa buatlah byk2 lagi supaya bertambah2 meriah istana Pejal ni..:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
beli la cd Faizal tu wehh....apa la dok pandang2 je....(untuk sape2 gang Faizal yang belom beli cd tu lagi.....asik download je keja dia.....hehe) |
|
|
|
|
|
|
| |
|