CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Mohd Fazli dihukum gantung selepas didapati bersalah bunuh Syafiah Humaira!!

  [Copy link]
Post time 23-9-2010 10:36 AM | Show all posts
alaaa sayang kejap jek tuh... nanti tiba2 dengar citer pompuan nih dah kawen lain lakkk!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 10:39 AM | Show all posts
pertanyaan sirius utk mrk2 di bidang perundangan:

boleh tak sis kabu bawak keratan sotkabar ...
kabukiman Post at 23-9-2010 10:21


kena tunggu ada org buat repot dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 10:42 AM | Show all posts
demi chentaaaaaaaaaaaaaaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 10:46 AM | Show all posts
mcm betina siyal pompuan ni!! pagi2 dah buat aku hangen satu badan baca stetmen siyal dia ni:@:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 10:47 AM | Show all posts
sorang mak yg sayang anak xkan ada pangai mcm pompuan ni...
sepatutnya pompuan ni pon kena hukum gak..sbb segalanya berpunca dr pompuan ni,...kalau dia x bg anak dia kt jantan tu jaga..xkan jd mcm ni punyerr
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 10:48 AM | Show all posts
jgn2 si hanim ni turut membalun anak dia sdr...tu sbb asik ckp jantan tu x salah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2010 10:50 AM | Show all posts
hanim nih jenis otak tak betul..

perbuatan2 dia dari awal lagi dah tak betul
jadi jgn haraplah akhir2 dia jadi betul plak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 10:53 AM | Show all posts
dia kata dia di bawha pengaruh dada/alkohol kan
bodoh nya mamat ni...tp muka dia ok gak kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 10:55 AM | Show all posts
masa baca paper metro pagi tadi rasa menyirap je darah
setuju dgn sis kabu si pompuan ni mmglah..................

agaknya disebabkan terlalu "sayanglah" si mangkuk tu telah menyeksa arwah sampai meninggal, aku pun x faham knplah pompuan tu boleh kuarkan statement yg seolah2 menghalalkan perbuatan mangkuk tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 11:00 AM | Show all posts
awat tak gantung minah sengal tuh sekalii:@...patutnya mamat gila nih kena seksa dulu mcm dia buat kat arwah duluu..,,,cehh dah kena hukuman mati boleh plak ko nangis bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 11:01 AM | Show all posts
sayangnye...Allah dah anugerahkan muka yg hensem, gagah n cukup sifat...muda lg....tp sayang perangai mcm setan...kan bagus kalo jd artis ke, polis ke, atau apa2 jer yg boleh menyumbang ekonomi negara....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 11:02 AM | Show all posts
garit ini dibela oleh menteri ye kwn2...so, ada imuniti ler....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 11:05 AM | Show all posts
minah nih boleh la start cari bate pelir lain.
tino2 lagu nih tok leh sangap lama sangat, cekpit dio terkemut2 doh nok beranok anok hare lain pulok.
so jah good thing pasal tino gaghek nih dio tok tohok anok hare dio koksay.
at least dio jago la jugok sapa besar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 11:07 AM | Show all posts
'Saya tetap sayang dia'  

SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.

Berita penuh
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 11:08 AM | Show all posts
alah hanim... cari la bf baru. boleh suruh pijak anak pemandu teksi ni pulak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 11:09 AM | Show all posts
'Saya tetap sayang dia'
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

2010/09/23


SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.


BERSALAH...Mohd Fazli dihukum gantung sampai mati.


“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.

Sebelum itu, hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Mohd Fazli yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-28 semalam selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Mendengar keputusan itu, ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, 52, yang tidak dapat menahan emosi terus meraung dan berulang kali berkata: “Abang tak salah, biar mama yang mati” sebelum wanita itu pengsan dua kali di galeri awam.

Nenek Mohd Fazli yang dikenali sebagai Siti pula kelihatan tenang dengan keputusan itu berkata, keluarganya akan mengemukakan rayuan.

“Berpantang maut sebelum ajal,” katanya.

Mohd Fazli dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Selain Idham Abd Ghani, pendakwaan diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.

Terdahulu, Mohtarudin dalam alasan penghakimannya berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa kecederaan kanak-kanak itu disebabkan jatuh motosikal dan terhantuk di dinding tandas.

Katanya, ia sama sekali bercanggah dengan keterangan dua ahli perubatan yang merawat dan melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu.

Selain itu, katanya, kisah jatuh motosikal itu sama seperti cerita tertuduh bahawa mangsa muntah selepas makan ubat yang dibeli di kedai jamu tidak pernah diberitahu kepada sesiapa.

Menyentuh mengenai keterangan tertuduh ‘lalok’ di padang bola, Mohtarudin berkata ia bercanggah dengan keterangan saksi yang menunjukkan Mohd Fazli adalah waras pada masa kejadian.

Katanya, ini dikuatkan lagi apabila melihat fakta bahawa tertuduh boleh memandu teksinya untuk ke padang berkenaan.

“Keterangan ibu mangsa bahawa tertuduh berada dalam keadaan mabuk sepatutnya disoal balas pada peringkat pendakwaan,” katanya.

Menurutnya, undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa mabuk akibat perbuatan sendiri tidak boleh diterima dalam pembelaan kes jenayah.

Mohtarudin berkata, mahkamah juga menolak hujah pembelaan bahawa tertuduh tidak berniat mencederakan mangsa berdasarkan apa yang sudah dilakukannya terhadap kanak-kanak malang itu.

“Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak itu tidak dapat diterima sebagai tidak berniat,” katanya.

Sepanjang perbicaraan bermula sejak 7 Jun lalu, pihak pendakwaan memanggil 33 saksi, manakala tiga saksi pembelaan tampil memberikan keterangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 11:17 AM | Show all posts
bagus si jahanim ni... statement dia ni vely the superb........harap dengan statment dia nih .ada pihak leh amik tindakan kat dia......
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 11:25 AM | Show all posts
ada scene kissu2 plak...mangkok
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 11:28 AM | Show all posts
memang padan laaa
orang-orang nehh diketemukan
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 11:32 AM | Show all posts
si hanim pun patut kena tindakan mahkamah syariah...
dah terang2 dia ni buat persetubuhan harem...siap ada anak harem bagai...
lagi nak dia ker..?? paling koman pun penjara 2-3 tahun...
tak der peruntukan ke utk pesalah macam dia...?
tak per..sabar-sabar...kat dunia ni ko lepaslah..tunggulah di akhirat nanti..
amin....inilah pendorong kes pembuangan anak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.190110 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list