CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cendawan^Stylo

FILEM KONGSI - LU LANGSI LU MATI

  [Copy link]
Post time 21-5-2011 05:59 PM | Show all posts
cite ni tersangat2 la bengong n tak msk akal..wat malu malaysia je,
citer ni sumpah cam sampah...
7 hari 7 juta??
what the heck..bluekk
pada aku cite ni menjatuhkan maruah sam as bintang paling popular 2010..
sampah from the start till the end!!
si farid tu grad u mane hah?? ntah grad ke tak aku x sure..tp kalo
tgk cite ni we can conclude that most probably pointer die tak lps pun  utk grad..huh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2011 06:08 PM | Show all posts
No doubt filem ni laku sbb Sam....Ngangkung tun pon pengarah x kenal pon kutip 8 juta..
Sam..pls berlakon under Kabir Bathia plak....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2011 01:15 AM | Show all posts
No doubt filem ni laku sbb Sam....Ngangkung tun pon pengarah x kenal pon kutip 8 juta..
Sam..pls be ...
cicicumel Post at 21-5-2011 18:08


persoalannye, nak ke Khabir bhatia ambek di belakon??
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2011 01:04 PM | Show all posts
filem ngangkung tu ramai org kata best...aku telepas so aku beli kat asro 1st...lps tgk yarabbi..nyesal aku bazir duit (ada tax lagi)...tak bes langsung!! tang mana yg bestnya filem ngangkung??:@

so kali ni aku takmo tertipu lagi...duit 12 hengget tu bukan jatuh dari langit
aku pecaya mostly review kat sini kata filem ni tak kuat mana pun...ending pun tergantung? or FK memang takdak idea nak end cita ni? atau dia nak wat part 2?

apa2pun naseb aku tak minat sam watsoever..kalau tak, musti dah p tgk walaupun tau cita xbes tara mana...kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2011 01:13 PM | Show all posts
It's a travesty bila pikir pelem bodoh ni buat kutipan menghampiri filem Merong mahawangsa. -_-
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2011 02:19 PM | Show all posts
kat website FINAS dah berapa dah?
kadang2 n propa je nak suh org gi tgk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2011 03:10 PM | Show all posts
kat web finas 6.21 juta. Ditayangkan di 93 pwagam. Terbanyak setakat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2011 03:22 PM | Show all posts
nk request..untung juta2.lepas ni please upgrade mutu filem..jgn dubbing dah+filem mcm thn 90-an..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2011 04:22 PM | Show all posts
Kualiti Kongsi tidak sehebat kutipan

DALAM sibuk cakap-cakap tentang 'kesinambungan' cinta Farid Kamil dan kekasihnya Diana Danielle, jejaka kelahiran Kedah Darul Aman ini muncul dengan sebuah cerita yang lebih 'hangat meletup.'

Seperti menutup sebuah kisah yang belum ada kesudahan, Kongsi memberi satu bunga bahagia buat jiwa dan semangat Farid Kamil. Kutipan RM1 juta dalam masa sehari tayangan, sutradara mana yang tidak akan tersenyum bangga dan 'kaya' menerima berita paling mahal ini.

Berbaloilah Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo melaburkan wang RM2.5 juta hanya untuk menampung kos penerbitan filem kedua arahan Farid Kamil ini. Banyaklah pula nanti perumpamaan nakal dan lucu bakal keluar daripada bibirnya nanti.

Mencipta sejarah tersendiri dan baru, Kongsi yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam, Fizo Omar, Yana Samsudin, Bront Palarae dan Putri Mardiana tidak kedengaran mustahil untuk mencapai sasaran RM10 juta kutipan seperti yang diramalkan oleh David. Tahniah buat produksi Kongsi juga sejarah filem tempatan.

Sensasi Bintang: Bagaimana perasaan Farid apabila Kongsi meraih RM1 juta dalam masa sehari sekali gus memecah rekod sejarah tayangan filem.

FARID KAMIL: Sebenarnya saya rasa sangat terkejut dengan pecapaian kutipan filem Kongsi. Dalam masa yang sama saya sangat bersyukur, semakin hari semakin ramai penonton menonton wayang di pawagam. Secara tidak langsung filem Kongsi memberi sumbangan kepada sejarah tayangan filem tempatan apabila mencatat RM1 juta pada hari pertama tayangan. Alhamdulillah.

Jangkaan awal Farid terhadap filem ini?

Sejak proses praproduksi lagi, saya dan David Teoh selaku penerbit filem ini sudah berbincang untuk membuat sebuah filem yang mampu menarik penonton ke pawagam. Malah kami turut meletakkan target untuk memberikan kawalan mutu terhadap filem Kongsi supaya melebihi tahap filem-filem aksi Metrowealth yang lain.

Mungkin 100 salinan untuk Kongsi di pawagam turut membantu rekod dan kutipan untuk filem ini?

Sebenarnya tambahan sebanyak 20 salinan adalah permintaan daripada pegurus panggung sendiri. Ini secara tidak langsung memberi impak positif terhadap kutipan filem ini.

Awalnya setelah ditayangkan, filem ini menerima kritikan.

Saya akui memang filem arahan kedua saya ini mempunyai cacat cela daripada sudut teknikal dan naratif. Tetapi apa yang boleh saya katakan bahawa itulah yang mampu saya lakukan tetapi hakikatnya ia lebih baik daripada filem pertama saya dahulu iaitu V3: Samseng Jalanan. Saya menerima kritikan demi kritikan dengan hati yang terbuka dan akan memperbaiki pada masa akan datang.

Lakunya filem ini mungkin juga kerana penjualan Sam selaku tunjang utamanya.

Sam dalam Kongsi adalah satu bonus dan pakej kepada filem ini dan kesan pengarahan saya. Sam mempunyai pakej pelakon yang lengkap. Persediaannya sangat teliti untuk membawakan watak Tumulak. Saya sangat bertuah dapat bekerjasama dengannya dan mendapat dia dalam produksi ini.

Apa kelemahan dan kekuatan pengarahan kali kedua, Farid?

Saya beri 99 peratus tumpuan kepada pengarahan saya dan satu peratus kepada cameo saya dalam filem ini. Itu yang boleh saya katakan terhadap kekuatan pengarahan kali ini. Penfokusan adalah di luar bidang dan pemerhatian saya. Kebanyakan masa, kamera bergerak untuk turutan aksi. Monitor terlalu kecil untuk saya melihat dengan lebih teliti. Tapi saya teruskan dan saya akui saya terlepas pandang dalam hal ini.

Perancangan Farid untuk Kongsi atau filem-filem lain?

Filem Kongsi secara naratifnya saya letakkan 'cliff-hanger' (tergantung) pada penghujung ceritanya. Ada yang tersirat dan tersurat di situ. Saya perlu berbincang dengan pihak Metrowealth untuk sambungannya. Tetapi secara peribadi, saya mahu melihat respons penonton dahulu dan baru fikirkan untuk sambungan atau tidak. Saya kini terlibat dengan penggambaran drama Wasiat. Kemungkinan besar selepas raya, saya akan turun padang semula untuk tugasan pengarahan untuk sebuah filem yang masih dalam perbincangan.

Mungkin Diana Danille di sebalik semua cerita hebat ini?

Saya tidak mahu komen apa-apa. Tapi saya mengharapkan doa daripada para peminat atas kebahagiaan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 01:43 PM | Show all posts
dh p tgk dh. ok je bg iols..lwk
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 03:57 PM | Show all posts
penerbit propa filem bole dpt 10 mil
pengarah bikin pilem mcm utk slot zehra jer... pas tu plan nak buat sekuel ke 2
atas sambutan,... statement tak bole blah!!!

kalau korang tengok citer BOFYGUARD 2.. filem thai... kat situ banyak parit kamil tiru...

p/s.. rugi tak tengok citer kongsi.. kalau tengok lagi rugi( masa+ wang)
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 01:53 PM | Show all posts
Kongsi sasar RM10j

SYARIKAT produksi MIG Productions sentiasa berusaha mempertingkatkan jumlah kutipan tiket setiap filem terbitan mereka sekali gus memecahkan rekod kutipan sedia ada.

Jika sebelum ini Ngangkung merupakan filem tempatan yang paling tinggi kutipan tiketnya iaitu RM8.4 juta namun syarikat produksi milik bukan bumiputra itu masih belum berpuas hati.

Ini kerana menerusi filem terbaru MIG berjudul Kongsi, penerbitnya David Teo mensasarkan kutipan sebanyak RM10 juta selepas ia ditayangkan sejak 12 Mei lalu di seluruh negara.

Menurut penerbit yang berasal dari Segamat, Johor itu, dia optimis filem kedua arahan Farid Kamil tersebut mampu mencapai sasaran berdasarkan strategi-strategi yang telah diaturnya.

“Untuk filem Kongsi ia ditayangkan di hampir 100 pawagam besar dan kecil di seluruh negara. Ini merupakan jumlah tayangan yang paling besar dalam sejarah tayangan filem terbitan MIG.

“Selain menjalankan penyelidikan dan pembangunan, kami juga telah menyiarkan sedutan filem ini di YouTube di mana sehingga kini hampir 900,000 orang menontonnya.

“Dengan iklan yang turut disiarkan di akhbar berbahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil saya yakin lebih ramai penonton akan menyaksikannya,” ujarnya selepas pratonton Kongsi baru-baru ini.

Pada pratonton di pawagam Cathay, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu, David juga yakin dengan tarikan-tarikan terutama adegan-adegan cemas dalam filem itu.

Jelasnya, antara yang menarik ialah adegan kejar mengejar antara kereta peronda polis dengan pelakon utama Kongsi, Shahiezy Sam yang mana kenderaan yang terbabit, musnah sama sekali.

“Ini adalah filem terbitan MIG yang paling mahal iaitu berjumlah RM2.5 juta. Sebuah kereta jenis Proton Waja juga musnah sewaktu penggambaran filem ini.

“Saya anggap filem ini tarafnya seperti filem Hollywood biarpun menggunakan bajet yang boleh dianggap kecil. Sewaktu proses adunan diadakan di Siam Lab, Bangkok, Thailand, ramai yang terkejut.

“Mereka kata Kongsi sepatutnya mencecah puluhan juta ringgit berdasarkan kualiti dan adegan-adegan yang dipaparkan. Sebab itu sasaran RM10 juta itu realistik,” ujarnya.

Sementara itu, selaku pengarah Kongsi, Farid Kamil berpuas hati kerana kebanyakan permintaannya untuk menjayakan filem itu dipenuhi oleh pihak penerbit.

Namun, pada masa sama semua itu belum mampu memuaskan hatinya sebagai pengarah kerana masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dalam filem tersebut.

“Memang ada kekurangan dalam filem itu tetapi saya tidak mahu sebutkannya di sini. Saya nampak kelemahan itu pun selepas filem itu berjaya disiapkan penggambarannya.

“Ini kerana, saya mahu simpan kelemahan-kelemahan itu untuk saya pelajari sendiri untuk filem-filem arahan saya yang seterusnya kelak,” komennya.

Bagaimanapun, Shahiezy Sam yang melakonkan watak utama sebagai Temulak dalam Kongsi pula berasa puas kerana kebanyakan adegan lagak ngeri dalam filem itu dilakukannya sendiri.

Malah, dia begitu teruja melakonkan watak itu yang juga memerlukannya menuturkan dialog dalam dialek Kelantan dan Siam di mana ia yang julung-julung kali dilakonkannya.

“Hampir 80 peratus adegan lasak dalam filem ini saya melakonkan sendiri. Malah, saya juga terpaksa berlatih untuk melakonkan adegan pertarungan.

“Walaupun saya tidak pernah bergaduh tetapi saya puas dapat melakonkan adegan-adegan seperti itu. Cuma saya lebih banyak belajar dialog dalam dialek Kelantan dan Siam,” jelasnya.

Kongsi mengisahkan tentang Temulak seorang lelaki dari Selatan Thailand yang dihantar ke Kuala Lumpur bagi mengkucar-kacirkan kumpulan-kumpulan samseng di situ.

Selain Shahiezy Sam, filem itu turut dilakonkan oleh Norliana Samsudin, Putri Mardiana, Shafie Jaafar, Bront Palarae, Chew Kin Wah, Verasingam dan Azad Jazmin.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 08:02 AM | Show all posts
Kualiti Kongsi tidak sehebat kutipan

DALAM sibuk cakap-cakap tentang 'kesinambungan' cinta Farid  ...
cikieda Post at 22-5-2011 04:22 PM



    yes, betul.......no kualiti....tp untung byk...
pelik citer nih no motif....apa tujuan nak bunuh kongsi gelap tuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 11:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by bottombikini at 25-5-2011 11:01

semalam aku tgk cite ni...walopun orang banje tapi aku tetap rasa cam wasting time & money

babak yg tak payah ada pun takpe:-
1) fizo omar bawak moto besar masuk scene, bajet cool la tu (ada ke polis buat entrance camtu? diva ke apa? apa kaya sgt ke jadi polis sampai dok umah, moto besar bagai)
2) babak si fida merajuk coz fizo tak dapat gi dinner dgn dia (rasa nak muntah aku)
3) bergaduh kat lorong belakang (tak macam bergaduh, cam assembly skola je)
4) farid kamil marah2 staf dia, konon muke bajet hensem (konon lawak sangat la)
5) si lola perlu ke nak pakai baju ketat masa kat petaling street tu (gaduh pun cam tak gaduh)

aduyai..cite ni sangat2 longgar...disappointing harap promosi tu yg dapat untung banyak

rate: 2/5
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 12:42 PM | Show all posts
kalau 2-3 kali si apek david ni produce citer cam ni
aku bajet akan jadi macam razak mohideen hari tu
memula org ingat citer best sangat la, pung pang sana sini
last last 2-3 kali masuk panggung tgk citer macam hampeh
hambik kau... buat citer semua org tak pandang dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 04:20 PM | Show all posts
filem yang hampeh..harapkan lakonan sam aje yang best...boleh jd pelakon terbaik lagi ni.. tapi plot cerita, pengarahan, dll...semuanya teruk..

1. gangster yg tak mcm gangster - tak menjadi
2. polis - tak sesuai...putri mardiana aje yg mcm ok ... si yana dgn fizo tak mcm polis pun..
3. yg blh di beri pujian cuma sam dgn bront aje...

lama2 orang bosan dgn david teo ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2011 04:48 PM | Show all posts
Kutipan terkini

Kongsi       AKSI        1.82 juta        12.05.2011        7.54 juta *        87


*Kutipan terkini sehingga 25 Mei 2011
Sumber FINAS
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2011 04:54 PM | Show all posts
momentum kutipan dia dah kurang
sebab, org dah tau citer dia tak best
yang tgk awal awal dulu semuanya sebab tarikan sam

tak payah lah cecah 10 juta
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 10:39 PM | Show all posts
giler laaa citer nih......7 juta lebih kutipan...

meh aku nak komen sket lepas layan kat Astro First td....

citer memang cam gampunk.....rompong sana-sini.....memang macam yg aku expect utk citer DT n FK......siyes cam layan citer JUMPER jer, sbb babak macam melompat2 dari satu scene ke satu scene tanpa apa2 kesinambungan dari segi jalan citer dan aku rasa memang banyak babak yg sebenarnya x perlu ada pun.....

senang cakap kekuatan citer ni adalah disebabkan oleh NAMA SAM sebagai teraju utama.....jalan citer memang out giler, aksi pun cam cilabi jer....babak aksi yg x perlu ada pun.....nampak cam citer ROTI TAMPAL, tampal sana tampal sini......hehehehehe

dgn konflik yg x nampak cam konflik, klimak yg anti klimak......pehtu plak bleh babak kejar mengejar waja leh depan dari EvoX........

sekian ulasan aku yg rasa rugi jer layan citer nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 10:40 PM | Show all posts
so aku rate citer nih 1/10 pada skala filem aksi Jason Bourne...hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.340178 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list