|
kaedah perubatan sains islam dan melayu kuno
[Copy link]
|
|
Apa yang aku nak maksudkan di sini, jangan hentam ikut suka tanpa asas yang kukuh. Teringat satu doa’ Nabi Muhammad SAW, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam Mukhtarul hadiths, yang bermaksud:
“Ya Allah! Jadikanlah hatiku bercahaya, dan pada lidahku bercahaya dan jadikanlah pada penglihatan ku bercahaya dan pada pendengaranku bercahaya, dan dari kanan ku bercahaya, dan dari kiriku bercahaya, dan daripada atas ku bercahaya, dan daripada bawah ku bercahaya, dan dari muka ku bercahaya, dan dari belakang ku bercahaya, dan jadikanlah pada diriku bercahaya dan sebesar-besar bagiku bercahaya.”
Cahaya adalah satu bentuk gelombang elektromagnetik dan aura juga adalah satu gelombang elektromagnetik. Kedua-duanya terpancar daripada suatu jisim atau dan jumlah pancaran bergantung kepada sumbernya. Aura adalah satu bentuk cahaya atau sinaran elektomagnetik yang terpancar dari hidupan. Walaupun cahaya dalam hadis itu mungkin boleh dikaitkan dengan aura, TETAPI jangan salah faham dan jangan pula salah fokus@tumpuan. Jangan pula beramal untuk aura pula.
Sekali lagi dikatakan aura terpancar bergantung kepada sumbernya. Fokus doa itu adalah kepada sumbernya iaitu kepada jiwa muslimin dan bukannya kepada aura. Aura terpancar mengikut jiwa dan fisiologi seseorang. Salah faham seperti ini menghasilkan fahaman misalnya jika sakit kepala maka gunakan produk aura X, ia memperbaiki aura yang kononnya menyebabkan sakit kepala. Padahal sakit kepala mungkin disebabkan oleh keradangan saraf, tegangan atau tekanan seperti akibat cuaca panas, stress atau masalah kesihatan lain. Kenapa tak gunakan “panadol” sahaja, kan lagi senang. Lain yang sakit, lain pula yang dirawat!
Lagi hadis yang boleh dikaitkan dengan kewujudan aura. Maksud hadis:
Hadis riwayat Abu Hurairah رضي الله عنه, ia berkata:Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda: Kalian adalah orang-orang yang memiliki cahaya muka, cahaya tangan dan cahaya kaki pada hari kiamat, kerana penyempurnaan wudu. Maka barang siapa di antara kalian yang mampu, hendaklah ia memanjangkan cahaya putih tersebut.
Walau tidak disebut dengan istilah aura dalam Al-Quran, tetapi terdapat beberapa ayat yang menerangkan tentang cahaya “aura” ini dengan agak jelas.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mu’min yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” At Tahriim : 8 |
|
|
|
|
|
|
|
(yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mu’min laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada meraka): “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar”. Al Hadiid : 12
يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِن نُّورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءكُمْ فَالْتَمِسُوا نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُم بِسُورٍ لَّهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِن قِبَلِهِ الْعَذَابُ
Pada hari ketika orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami supaya kami dapat mengambil sebahagian dari cahayamu”. Dikatakan (kepada mereka): “Kembalilah kamu ke belakang dan carilah sendiri cahaya (untukmu)”. Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa. Al-Hadiid: 13
Kesimpulan dari ayat2 dan hadis menunjukkan aura itu wujud dan merupakan salah satu ciptaan Allah SWT, satu cabangan ilmu yang kita namakan sebagai mekanik kuantum, atau fizik atom, cahaya, elektrik dan elektro magnet. Masalah istilah bukanlah masalah besar. Misalnya istilah “orbit” tak wujud dalam Al-Quran, sebaliknya ia disebutkan sebagai garis edaran.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ
Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. Yaa Siin : 40
ini adalah rujukan dari salah 1 blog yang eazzad ambil... daripada seseorang perawat yang mengkaji ilmu sains islam..... |
|
|
|
|
|
|
|
ENERGI ALAM
Matahari memancarkan pelbagai ‘sinaran elektromagnetik’ dengan gelombang yang berbeza-beza, ada yang boleh dilihat dengan mata kasar dan ada yang tidak. Di antara yang boleh dilihat dengan mata kasar adalah cahaya cerah. Gelombang cahaya boleh diasingkan kepada komponen gelombang berasingan dengan menggunakan peralatan khusus seperti prisma atau pelapis tertentu, dan mata manusia boleh melihat gelombang berasingan ini dalam bentuk pelbagai warna yang berbeza.
Melalui getaran gelombang inilah, setiap elemen kehidupan mendapatkan sumber tenaganya. Alam haiwan, ikan-ikan di lautan, tumbuhan seperti bijirin, buah-buahan dan sayuran merakam, menggunakan dan menyimpan bentuk tenaga ini. Malah pada tumbuhan, spektrum gelombang warna jelas dapat dikenal pasti berdasarkan warna yang tercetak padanya. Contohnya gelombang hijau terakam pada warna hijau daun, gelombang kuning pada warna kulit lemon, pisang dan mangga, gelombang jingga pada betik dan gelombang merah pada buah naga, tomato dan tembikai.
Tatkala manusia mengambil sumber-sumber makanan ini, secara tidak langsung sebenarnya kita sedang mengambil sejumlah tenaga warna yang telah tersedia disimpan pada sumber tersebut. Ini seterusnya membantu meningkatkan keperluan sistem bio-tenaga manusia yang terdiri dari chakra-chakra dan aura.
Menghargai alam umpama sebuah ibadah. Terdapat banyak petunjuk yang jelas dalam Al-Furqan yang mengajak kita merenung dan berfikir akan amanah dan kepentingan sumber alam. Antaranya firman Allah dalam ayatul Al-Baqarah ayat 205 yang bermaksud:
“Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerusakan padanya, dan merusak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan”.(^)
Nota(^): Ungkapan ini adalah ibarat dari orang-orang yang berusaha menggoyangkan iman orang-orang mukmin dan selalu mengadakan pengacauan dan kerosakkan.
Juga dalam Surah Yunus ayat 24 yang bermaksud:
“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu, adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah dengan suburnya karena air itu tanam-tanaman bumi, di antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya,(^1) dan pemilik-pemiliknya mengira bahwa mereka pasti menguasainya,(^2) tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanaman tanamannya) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kemarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berpikir”
Nota (^1): Maksudnya: bumi yang indah dengan gunung-gunung dan lembah-lembahnya telah menghijau dengan tanam-tanamannya.
Nota (^2): Maksudnya: dapat memetik hasilnya. |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ni cloudy memang tak tau ape peranan aura dalam badan manusia ni dan bagaimana ia boleh membantu kita..
tq kak eazzad untuk maklumat yang berguna ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus eazzad...teruskan lg usahamu memberi info2 yg berguna kpd org2 yg berminat dan memerlukan.......x semua org sanggup atau mahu berkongsi ilmu dgn kwn2...apatah lagi dgn org2 yg x dikenali......sedangkan....semakin kita bermurah hati dlm memberi ilmu kpd org lain,kita sendiri akan dapat menambah ilmu tersebut........samada secara langsung ataupun tidak..... |
|
|
|
|
|
|
|
nanti aku ceritakan lada hitam, daun bidara, kunyit, daun mengkuang dan cuka sekali.. sabar ye..
eazzad Post at 22-1-2011 11:09
student harun din ke? |
|
|
|
|
|
|
|
xsaya bukan student harun din... |
|
|
|
|
|
|
|
citer ar...dulu2 SM penah berubat kat darul syifa' bangi tu...ust2 kat situ guna ranting yg ada duri2 tu...dia cam pukul2 badan dgn ranting tu...adakah tu daun bidara? |
|
|
|
|
|
|
|
xsaya bukan student harun din...
eazzad Post at 18-4-2011 10:18
oo bukan eh.. oo semua perawat mmg akan pakai brg yg sama eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 202# eazzad
salam,kalau tulang patah ade x resipi2/ubat yang mempercepatkan pertumbuhan tulang supaya tulang cepat bercantum........ |
|
|
|
|
|
|
|
lada hitam dan daun bidara... mempunyai siponin.. kimia ni adalah natural... jadi bila kita berubat ...
eazzad Post at 26-1-2011 09:44
cuka asid kan????bila lakz cuka alkali??? |
|
|
|
|
|
|
|
cuka asid kan????bila lakz cuka alkali???
veYron Post at 19-4-2011 13:54
yup.. cuka bsifat asid... mcm limau... |
|
|
|
|
|
|
|
paling asas.. ko letak air 1 jark pastu ko baca janji leh dengar suara ko tu... abis je 1 bab ko min ...
eazzad Post at 1-2-2011 15:24
tips terbaik...aku dh la pelupa...harap2 dgn cara neyh dpt membantu aku |
|
|
|
|
|
|
|
biar benar makcik eazad ni ... kenapa semua orang tak nampak sebelum ni ...
mumia2 Post at 19-4-2011 14:07
beso sunggoh icon mu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by pinktriangle at 22-4-2011 14:22
adehh camne ni cikgu ajar sains kat kami ni pun tak betui....
maksud alkali pulak..
Dalam bidang kimia, alkali (sebutan Bahasa Inggeris: / ælkəlaɪ /; dari bahasa Arab: Al-QALY adalah garam, dasar ionik logam alkali atau elemen logam alkali tanah. Beberapa penulis juga mendefinisikan alkali sebagai pangkalan yang larut dalam air. Suatu larutan biasa larut mempunyai pH lebih besar dari 7. |
|
|
|
|
|
|
|
link atas tu pasal cuka. mari kita belajar pasal cuka bersifat ALKALI. jin bersifat ASID, manusi ...
kikyou Post at 22-4-2011 13:21
kenapa dengki??? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa dengki???
CariKnow Post at 22-4-2011 11:25
ya Allah hai siapa yg dengki? salah ke aku letak link utk menerangkan maksud sebenar?? ni lah salah satu manusia yg bersifat dungu. diberi racun akan telan, diberi madu akan dibuang!! senang cakap BODOH SOMBONG |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 231# anomego
salam,kalau tulang patah ade x resipi2/ubat yang mempercepatkan pertumbuhan tulang supaya tulang cepat bercantum........
aunty cumer penah dengar orang bercerita.... minyak but-but.... dari burung but- but..... cuber tanyer orang yang pandai mgurut bab patah2 nie...... mesti tau pasal minyak but- but..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|