CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** KARYA SENI **

  [Copy link]
Post time 13-3-2012 06:30 PM | Show all posts


Semenanjung : RM18
Sabah/Sarawak : RM21
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 06:31 PM | Show all posts

Semenanjung : RM30
Sabah/Sarawak : RM33
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2012 07:10 PM | Show all posts
Reply 224# chit_ana

omo, harga dia...
terkejut aku tgk...
tapi disebabkan dah terbaca kt p2u, rasa mcm nak tahu kesudahannya..
tapi bila tgk harga, mak ai kena pikir 100 kali nak beli ke idak
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 08:49 AM | Show all posts
Reply 224# chit_ana


    mahalnya harga. ingtkn area rm20 lebih je . bape m/s ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 09:34 AM | Show all posts
KS nyer keluaran mmg yang tak masuk jiwa aku.
so nak beli pun teragak2.
takut nyesal tak sudah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 12:35 PM | Show all posts
Akan Datang bln April untuk pesta buku tajuk2

    Suami Aku Ustaz
    Terlerai Kasih
    Cahaya Qaseh
    Kahwin Ganti
    Teduhan Kasih
    Koleksi Cerpen & Mini Novel Penulisan2u

Yang nak beli nanti Suami Aku Ustaz & Teduhan kasih
sbb dah baca kat blog memang cerita ni menarik.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2012 10:09 PM | Show all posts
sebab tgk banyak komen membina mengenai novel suami yg ku benci, maka ku beli...sbb takde novel ln y ...
mijot Post at 20-2-2012 04:33 PM



    mijot....brp rege novel ni....adif tgk byk komen positif..igt nak rembat 1 gak la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2012 12:07 AM | Show all posts
Reply 229# adifrs

rm19/rm20..
boleh lah berbanding dgn novel keluaran KS yang lain...
cuma bila si bini dah terima si suami, kureng sikit sbb ada unsur ngada2 sikit kt watak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2012 12:59 PM | Show all posts
Reply 230# mijot


Oh sama lah mcm kat blog ...

masa blm kawin tu cam best je kelakar bila dah kawin macam terover lah pulok
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 04:25 PM | Show all posts
sebenarnya saya isteri dia-zura asyfar

ketebalan yg pd sy x brapa sesuai..hampir 900 mukasurat.
yela,kisah dlm tu banyak jer yg x perlu,berulang2..akhirnya jd meleret-leret...
bila meleret camtu ,mood jd ilang tetiba
akhirnya baca langkau2 jugak
2 bintang setengah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2012 11:03 PM | Show all posts
Reply 232# adalia

nasib baik adalia dah bagi review...
dah baca bab2 depan kt p2u, agak menarik dan teruja nak membelinya..
tapi bila adalia komen tebal sebab meleret-leret memang malas nak bazirkan duit untuk membelinya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 11:44 PM | Show all posts
nasib baik lum order...dah agak yg tebal2 tu cite meleret2
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 11:47 PM | Show all posts
Reply 232# adalia

sebelum neh pun dah baca cite neh kat blog dia... agak membosankan la pada kaka... mmg kaka tak bercadang beli pun... cik penulis jangan marah naaa... cuba lagiii...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 12:09 AM | Show all posts
Reply  adalia

nasib baik adalia dah bagi review...
dah baca bab2 depan kt p2u, agak menarik dan ...
mijot Post at 22-3-2012 23:03



    mula2 tu mmg menarikla..baca kt blog pon ok jer..kisah camner diorg kena kawen semua tu..
    pastu dah masuk babak2 yg meleret tu yg mengacau mood jaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 12:12 AM | Show all posts
Reply  adalia

sebelum neh pun dah baca cite neh kat blog dia... agak membosankan la pada kaka... ...
asyriqa Post at 22-3-2012 23:47



baca langkau2 ja..mula2 tu dah best dah..tp sebab meleret tu yg jd bosan..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 01:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 23-3-2012 13:30

Reply 232# adalia

Belum  baca lagi  novel ni...

Ini tugas cik editor lah
mana2 yg patut blh lah cantas......
Sekurang-kurangnya mengurangkan muka surat (harga pun kureng)
dan tahap kebosanan klu perkara yg sama berulang-ulang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2012 01:56 PM | Show all posts
Reply 238# qimi08


    mungkin bg org len ketebalan  tu munasabah kot..ramai gak yg ckp best jer...
    so ikut pendapat masing2 la kan...
    tp bg sy tahap buhsan tu agak tinggi la..
   


   skang tgh menghabiskan love u mr arrogant...masih lg kt part yg tunjuk feel hero yg kerek tu...
   setakat ni okla..bleh dibaca
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 01:24 PM | Show all posts
Pagi tadi dlm rancangan Lemak Kopi O jam 8.30
Penulis KS , SARA AISHA  JODOH ITU MILIK KITA...
Sempatlah tgk sebelum keluar dari rumah
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 02:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 30-3-2012 19:56

Jodoh Itu Milik Kita memang best pada akak...
Sinopsis belakang buku:

Dahlia Binti Darius…..nama yang cukup ringkas, seringkas tuan empunya nama. Namun sayang, kehidupan yang ringkas dan bahagia berubah sekelip mata. Air matanya menitis buat kali pertama tatkala ditinggalkan bakal suami pada hari pernikahan. Lagi menggemparkan apabila dia sah menjadi isteri kepada lelaki yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi cubaan yang Engkau hadiahkan padaku ini. Mungkin dia adalah lelaki terbaik yang Engkau utuskan buat hamba-Mu ini….” – Dahlia

Aariz Danial Bin Abdullah…..kehidupannya tidak seindah nama, terlalu berat dan terlalu menyakitkan. Hanya pada keluarga itu, kasihnya tumpah dan dia sanggup melakukan apa saja demi hutang budi yang menggunung. Dan sekelip mata, dia sah menjadi suami kepada gadis yang langsung tidak dikenali!

“Ya Allah! Aku memohon pada-Mu, berikanlah aku kekuatan untuk menghalang hatiku daripada menyintai dia. Dia wanita sempurna, dan aku tidak layak untuknya….” – Aariz

Mereka merancang, mereka menghitung perjalanan hidup dengan mengharapkan kebahagiaan abadi, namun siapa mereka untuk menghalang bila Yang Maha Esa punya rancangan-Nya sendiri? Maka benarlah, kata-kata itu….Manusia hanya mampu merancang dan meneka, namun kepada Allah juga segala ketetapan.

“Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”- Aariz + Dahlia

~~~~~~~~~~~~~~~~~
sinopsis ringkasan dia dah akak pos kat blog novelmalay.blogspot.com

Tajuk: Jodoh Itu Milik Kita
Penulis: Sara Aisha
Terbitan: Karya Seni
Bil mukasurat: 800
Masa yg saya ambil utk habiskan 1 minggu.

Jodoh Itu Milik Kita kisah keluarga yang memaparkan konflik dalaman seorang suami. Antara kasih seorang abang dan kasih sebagai seorang suami. Aariz terpaksa menawarkan dirinya tampil di saat-saat akhir mengganti tempat adiknya yang lari pada hari perkahwinan adiknya Syafiq dan Dahlia. Awalnya Dahlia tidak sanggup, tetapi setelah dinasihatkan umi dan ibunya, Dahlia turut akur dengan jodohnya dengan Aaariz. Konflik dalaman berlaku apabila Syafiq, kembali menagih Dahlia dari Aariz, dan Aariz serba salah dengan perasaanya sendiri.

Syafiq pula mula memananam jarum di hati Dahlia dengan menyucuk rasa ragu-ragu dengan personaliti Aariz. Ada satu rahsia yang disimpan kemas oleh keluarga Tuan Haikal - bapa angkaat Aariz dan sebagai ketua keluarga, Tuan Haikal perlu merungkai segala yang telah kusut disebabkan rahsia tersebut. Apakah Rahsia itu? hampir 3/4 novel dah muka surat 500 masih tak dapat solve lagi misteri kewujudan Aariz dalam keluarga Tuan Haikal, yang menyebabkan perkahwinan Aariz dan Dahlia goyah. Akhirnya Jodoh mereka masih kuat dan tiada apa yang dapat pisahkan mereka berdua kecuali takdir...

rating saya: *** 3 bintang....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2012 08:08 PM | Show all posts
dilarang meletak link blog sendiri di dalam posting...
terima kasih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.107616 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list