CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Goldkey

Antologi Warga Tinta Hati Menitip Kata

[Copy link]
 Author| Post time 29-3-2014 09:26 AM | Show all posts
SYAIR MH370 DI ANGIN LALU

Berakhirlah sudah usaha menjejaki
telah ternoktah di langkahan kaki
penerbanganmu MH370 telahpun terhenti
di lautan hindi tempatmu bersemadi

segala harapan berkecai sudah
air mata melimpah seakan bawa bah
perit menatang ujian-Mu ya Allah
beratnya bahu menanggung resah

tangisan bergema di dalam dada
mereda di mata sendunya tetap ada
hanya kepada-Mu Allah kami menadah pada
semoga jenazah dipermudahkan temunya

kepada kerajaan teruskan usahamu
walaupun secebis itu yang kami mahu
agar solat jenazah dapat kami jamu
sebagai penanda kuburnya bertetamu

kepada semua teman seruku bergema
tragedi menimpa usah dijadikan jenaka
bersamalah kita rasakan kesedihan mereka
keluarga si mangsa yang tidak menduga

kepada saudara yang kehilangan kasih
kami semua turut berasa sedih
sekalung doa di tangan bertasbih
semoga bersabar ditampar perih

MH370 kulagukan bersyair
tragedi menimpa persada tanah air
janji-Nya Allah tidak kita termungkir
ajal dan maut telahpun diukir

sekian syairku di bawa bayu
berlaguan pilu di dada sendu
doa dipanjatkan kepada Allah yang Satu
cucurilah rahmat-Mu beriringan kasih-Mu.

Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
26/03/14.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2014 09:26 AM | Show all posts
Penerbangan Akhir MH370 (777-200)

Tanggal 8 Mac 2014
12.41 pagi tinggalkan KLIA
membawa 239 nyawa
menyantuni awan gemawan
membelah dingin pekat malam
Beijing destinasi dicam.

1.30 pagi hilang dari radar
tanpa ucapan biasa didengar
operasi mencari dilancar
seluruh warga terkejut besar
dada berombak debar
hingar bingar.

Satu dunia bersatu
segala kepakaran dipadu
mencari MH370 yang satu
setelah 17 hari berlalu
terkesan titik akhirmu
di Lautan Hindi jauh beribu batu.

Al-Fatihah.

CNM, 25.3.14, BBB

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 09:27 AM | Show all posts
HILANGNYA MH370

Rumusan Inmarsat
penerbangan tamat
bukan mendarat
operasi diteruskan
mencari dan mengesan
di suatu lokasi
jauh dan sunyi
selatan Lautan Hindi
kru dan penumpang
masih berstatus hilang
sehingga kotak hitam dijumpai
barulah terungkai segala misteri

Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian
25 Mac 2014
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 09:28 AM | Show all posts
PANTUN MH370

Balik kampung menanam padi
Padi paya di tanah rata
Objek terapung di Lautan Hindi
Itulah dia petunjuk nyata

Santan pekat jangan diperah
Nasi pulut dibuat tapai
Rumusan Inmarsat menambah cerah
Misteri kusut hampir terungkai

Berjalan kaki membawa kitab
Naskhah kamus lupa dipesan
Teka-teki hampir terjawab
Tumpuan khusus usaha mengesan

Padi bukit bawa ke bendang
Berat sekati jadi sepikul
Amat sakit mata memandang
Sakit lagi bahu memikul

Perahu sarat muatan kasturi
Bawa ke muara jalan sehala
Syahid akhirat fatwa diberi
Semoga sejahtera di alam sana

Di dalam peti menyimpan warkah
Dari Sabah di bawa ke Labuan
Salam simpati ucapan takziah
Semoga tabah hadapi ujian

Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian
26 Mac 2014
Unlike · Last edited by Goldkey on 29-3-2014 09:29 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 09:31 AM | Show all posts
MH370: LANDASAN TERAKHIR

Bagai mutiara berderai jatuhnya
mata berbutir embun sahaya
sendu dan raung tertancap di telinga
hati terusik makin menjeruk.

Landasan terakhir karangnya sayu
bagai tidak percaya di situ pengakhiranmu
lautan tebusan ganas menjamu
mungkinkah serpihan dapat kami nisankan.

MH370 doa kami bersamamu
penumpang dan kru terkujur di laut biru
semoga rahmat Allah dicucuri ke atasmu
sayapmu patah di landasan pasrah.

Tangisan terpamir di landasan terakhir.

Sazalee Sulaiman...Nilai, NS
26/03/2014.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2014 09:32 AM | Show all posts
Tragedi @ Konspirasi Keji?

Hilangmu satu misteri
pakar buntu apa terjadi
tragedi atau konspirasi keji
keduanya perlu diselidiki
tiada satu mampu ditolak tepi

Ya Allah yang maha mengetahui
tunjukkan kami bukti
jika ia satu tragedi
mudahan keluarga mudah meredai
jika ia satu konspirasi keji
biar satu dunia tahu agenda tersembunyi

Kepalsuan yang dirancang
kelihatan amat sempurna
namun
ia tetap palsu selamanya
kebenaran pasti akan tiba
mari berdoa pada Yang Esa.

CNM, 28/3/14, BBB.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2014 05:57 PM | Show all posts
WANGI HUJAN

Hujan.. membasahi bumi tercinta
Turunnya sebagai Rahmat dari Dia
Menyegarkan hijau menghilangkan kemarau
Lena lelap diulit mimpi andai turun di malam hari
Selebat turunnya titisan sewangi udara dihela

Jika turun di waktu puncak
Suasana bertukar sesak
Insan bertingkah waspada
Meninggalkan embun di pengakhiran
Tidak mahu wangi bertukar hanyir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2014 10:21 PM | Show all posts
TRANSKRIP PERBUALAN

Transkrip perbualan
Menara kawalan
Dengan pesawat
Pakar forensik menyiasat
Suara keramat
Milik pembantu juruterbang
“Selamat malam Malaysia
Tiga tujuh kosong”
Dikongsi bersama
Keluarga mangsa
Tiada yang misteri
Kata menteri
1.19 pagi
Terus menyepi

Muhamad Amin bin Bacho
SMK Seian
2 April 2014
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2014 05:17 PM | Show all posts
CERITA BUAH MANGGIS

Siasatan terperinci
Sampai ke akar umbi
Siapa memetiknya?
Dari mana ia dipetik?
Siapa yang membungkusnya?
Siapa yang membawanya?
Siapam memasukkannya ke dalam kargo?
Siapa yang akan menerimanya?
Berapa kosnya?
Itu baru buah manggis
Yang lain?

Muhamad Amin bin Bacho
SMK Serian
2 April 2014
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 09:53 PM | Show all posts
INDAHNYA BILA BERBAHASA

Kulapik kata
di pentas bicara
menyelubungi hasrat
bertinta jiwa.

Seumpama benang di dalam tepung
bila ditarik tidak berselerak - tepung
tidak kan putus - benang
seiring sejalan.

Bunga-bunga bahasa
kembang dan mekar
menghiasi laman
sendaloka, bergurindam jiwa.

Betapa indah bila berbahasa
lantunan kata dalam luahan
bila diguna dengan tajwidnya
bila diguna berlapis maksudnya.

Seumpama bawang berlapis-lapisan
seumpama bangunan bertingkat, capaian
indah bicara di dalam persuratan
cantik maksud dalam persiratan.
Pagi ini pintu minda terbuka
menerima masuk kembara bahasa
bersama cahaya ilham dicipta
berlapis maksud tafsiran bicara.

Berpuput lembut serata mayapada
sempadannya
tidak pernah ada
aku berbahasa.

SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
16/04/2014
09.40.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 09:56 PM | Show all posts
INDAHNYA BILA BERBAHASA II

Bagai disapa bayu mengoles
di wajah kusam kembali ceria
terus masuk ke rongga hidung
bernafas riang di paru minda.

Begitulah hadirnya bahasa di dalam minda
berolak-alik menyentuh perawan dada
lembut banir menolak resah
kian hilang bersama senyum, ilham.

Ah! Lancar penulisan
selancar menyebut a, b, c dan d
seligat kayuhan basikal di jalan raya
sehebat bayu di Selat Melaka.

"Tambah lagi mas!
Akan aku temanimu sepanjang pengembaraan"
Begitulah sapaan bahasa
menggalakkan lagi kelajuan jari
mengeluarkan apa dirasa
mengembara di mayapada tiada sempadan
asyik! ... ,
di dalam nadi
mengeluarkan bicara
berbahasa.

"Udah dong! Usah diladeni sangat bicaranya
tinggalkan sedikit untuk lewat sore nanti"
Aku bergumam sambil menggumal bucu bicara
menyimpan sedikit bahasa.

SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
16/04/2014
13.30.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2014 09:57 PM | Show all posts
INDAHNYA BILA BERBAHASA III

Ghairahku ingin berbahasa
seumpama ghairah mengupas bawang
semakin terselak helaian mayang
semakin jauh menuju ke isirong dalam
semakin ghairah terasa idam.

Ghairahku meneroka bahasa
seghairahnya lelaki meneroka tubuh wanita
semakin lama lelaki merenung
semakin meneroka di sebalik selubung
semakin terjuih bibir, liur berladung.

Ghairahku bersua bahasa
seghairahnya saintis bersua hidrokarbon
semakin mendalam melihat setiap rantaian
semakin ghairah setiap intaian
semakin terikat dalam ikatan ilmuan.

Ghairahku mencipta bahasa
seghairahnya pemuzik mencipta lagu
semakin mantap petikan gitarnya
semakin meremang bulu tengkuk melentik
semakin gedik jiwa terjentik.

Begitulah ghairahnya aku terhadap bahasa
bagai penyair di langit jingga
biar serak di tekak senja
tetap bernafsu dalam berbicara
tetap berjiwa mainan bahasa.

SAZALEE SULAIMAN
Nilai, NS
16/04/2014
16.30.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 07:43 AM | Show all posts
Puisi ini didedikasikan kepada Allahyarhamah Biduanita Dato Sharifah Aini
BUNGA YANG TELAH PERGI
Bunga itu telah gugur ke pusara abadi
kembangnya menguncup dalam hangatnya nadi
tika gemersik harumanmu masih menebar
kelopakmu lerai dari ranting masa yang cemburu
terbang bersama merpati putih di lidah pagi
setelah laman ini berdekad menjadi milikmu.
Biarpun suaramu mungkin retak di penjara
namun senyummu mendera pesona
merembas tubuh insafi hari ke pelabuhan tua
...tanpa sedu-sedan
engkau masih berdiri di garismu
tak mungkin akan dapat dipunggah
kerana datangnya adalah dari sejarah.
Bermanik dalam doa yang tiada akhir
juga dalam juraian pasrah dan reda
engkau tinggalkan sejarah yang tak akan berubah
untuk berhijrah ke tempat mula janjimu
lalu melepaskan cintamu
yang telah larut pada setiap jiwa
kerana fitrahmu
telah kembali menuntut haknya.
Qalam Bertinta
Klang
05072014
2353pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2014 08:00 PM | Show all posts
DIA BIDADARI SENI
( Dedikasi buat allahyarham Dato' Sharifah Aini)
Dia pulang sebagai tetamu senja
penuh menatang kebajikan di tangan
sarat mengisi ilmu dan pahala
jalan kembali menemui Illahi
tersusun cerita bersiri
selama ini segala rahsia
amal makrufnya katup tersembunyi
tidak terkesan walau seinci
dia bidadari
tinggalkan khazanah lautan seni
dulu dihina kini lagenda
biar pun
patah beribu hilang berkali
tumbuhlah bak cendawan silih berganti
tidak mungkin kutemui
sehingga tintaku mati
di penghujung jalan pulang
lamannya terbentang mewangi syazwan
hidayah wanita solehah
menjadi antara tiga rahsia-Nya
Subhanallah!
Kembalilah engkau kepada sang pencipta
yang ditinggalkan basah air mata al-fatihah menyubur rohmu di sana
in sya allah
SHIMA CMA
5.45 PETANG/ 060714
BENTONG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 12:50 PM | Show all posts
MALAPETAKA KEPADA KITA

Mereka bersorak
kita bersorak
sorakan pentas dunia
bertemasya
ria
di angkasa
di udara
bumi
ledakan mercun gempita
percik, percikan
pasukan pilihan mara
ke akhir acara, berpiala
membuai leka
buta
malapetaka di Gaza sirna
jeritan syuhada lenyap
tiada suara
tidak kedengaran
ratap dan hiba
di angkasa
di udara
bumi
letupan menggegar
serpihan merobek harta
... ,
masihkah ada harta?
Masihkah ada maruah?
Tiada pasukan pilihan di sana
nyawa Palastina jadi piala
zionis durjana
malapetaka kepada kita semua.

Ya Allah
maafkan kami yang terleka
Dikau selamatkanlah Gaza
Dikau selamatkanlah Gaza
Dikau selamatkanlah Gaza
kurniakanlah syurga
sebagai ganti darah mereka.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
10/07/2014.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 12:51 PM | Show all posts
SURAT UNTUK PENGHULU

Wahai tok-tok penghulu
dengarkan suaraku
kenapa harus diikut telunjuk
menjadi boneka duduk
bagai lembu hidung dicucuk.

Wahai tok-tok penghulu
dengarkan pertanyaanku ini
tidakkah kamu semua tahu
Amerika dan Israel itu
sekutu dalam gebar sebulu.

Wahai tok-tok penghulu
dengarkan pertanyaanku lagi
antara militan dan yahudi jahanam
yang mana satu harus dibenam
wajib kita tanam.

Wahai tok-tok penghulu
dengarkan rayuanku
buka-lah matamu
usah dipekakkan lagi telingamu
melihat penyembelihan Islam berlaku.

Wahai tok-tok penghulu
dengarkan-lah seruanku
keraskan-lah suaramu
bangkit-lah dari penara dungu
gema suara harus kita jamu.
Wahai tok-tok penghulu
ini-lah permintaanku
tegapkan-lah pendirianmu
genggami-lah penumbukmu
bumi Palestin perlukan kamu.
Wahai tok-tok penghulu Islam bersatu.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
10/07/2014.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2014 12:51 PM | Show all posts
ANAK-ANAK YANG MENGHUNI SYURGA

Pergilah anak-anakku
ayah relakan dikau pergi
bertemu Penciptamu
dari engkau terseksa di dunia
angkara kafir dilaknat Allah
kejam menjarah.

Pergilah anak-anakku
aku tahu dikau akan aman di sana
dari raut sekuntum wajah
matimu syuhadah.
Ya Allah ... aku serah anak-anakku
kembali kepada-Mu.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
10/07/2014.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 12:51 PM | Show all posts
BEDUK PERANG

Beduk perang yahudi dah ketuk
adakah kita belum terbatuk
di belakang tembok menyorok
hanya tengok
menunggu kepala terhantuk.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
10/07/2014.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 12:52 PM | Show all posts
MATA DUNIA

Wahai pemimpin
yang kami pilih
dan kami sanjung
untuk mendukung
amanat tertinggi
membela bangsa
membela nusa
membela negara
dan agama
kami berseru
aku merayu
hantarkanlah kekuatan kita
untuk menjadi pengaman antarabangsa
ke Gaza yang sedang bermandi darah
dari hujan bom yang digugurkan yahudi celaka
berteraskan semangat perpaduan
berteraskan semangat kemanusiaan
berteraskan semangat persaudaraan
berteraskan maruah seislam.

Kalau bukan kita siapa lagi
nak harapkan OIC ... ,
biarlah kita yang mulakan dahulu
dalam membuka mata mereka
mata dunia.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
10/07/2014.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 12:52 PM | Show all posts
FALSAFAH PANJI NEGARA

Kibarkan Jalur Gemilang
di bumi Palestin
dan kita lihat
permainan rejim zionis
adakah mereka akan menyombong
melanggarnya
atau tunduk
di bawah panji-panji dunia.

Sazalee Sulaiman
Nilai, Negeri Sembilan
11/07/2014.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.095302 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list