|
assalammualaikum tuan rumah....![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kehadapan TT diharap agar dapatlah jika meletakan n3 yerrr.....saya sedang menunggu sekian...huhuhuhuhu...
TERIMA KASIH |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum
sori terlambat
................................................................
“ I ada kerja outstation.Jaga diri, jaga rumah.”
Najlah menatap mesej balas dari Adham. Itu saja? Ingat aku ni Jaga kah? Penat aku bersayang sayang, please forgive me bagai. Panggilan nya pada Adham tidak berjawab. Mungkin juga bateri handphone Adham sudah mati. Atau pun dia di kawasan tiada signal handphone. Najlah cuba menyedapkan hati. Aku kena bersangka baik, sudah sudahlah dengan syak wasangka yang tak membawa faedah. Mendatangkan kucar kacir lagi adalah. Semua kerana tahap kepercayaan aku pada Adham setipis kulit bawang.
Rumah nya sunyi sepi dan di setiap ruang dia terbayang bayang kelibat Adham. Bila di dapur dia nampak Adham menguli roti canai dan kemudian mereka berdua berperang dengan melontar missile tepung. Adham tidak kekok di dapur, sekaligus menyenangkan tugas hariannya. Di ruang makan dia teringat tabiat Adham yang suka menyuap dan di suap. Manja betul! Naik ke atas, di ruang santai dia terkenang saat mereka menonton TV bersama. Kalau dia bukan di riba Adham, Adham yang baring di ribaannya dan akhirnya TV yang menonton aksi mereka. Bagaikan terasa jari jemari Adham mengelus tubuh dan rambutnya. Bilik tidur lebih menyesakkan naluri perempuannya. Betapa dia rindukan pelukan hangat dan cumbuan lelaki itu. Najlah mula sebak. Bila Adham akan kembali? Adakah Adham ingin kembali? Najlah terasa terlalu keseorangan.
Najlah mengemas beberapa helai pakaian santai serta keperluan untuk bercuti. Dia menghela nafas sebelum menghantar mesej pada Adham meminta izin untuk ke Langkawi. Masih tiada jawapan. Najlah melangkah longlai ke teksi yang menunggu. Mungkin tindakannya nusyuz tapi dia perlu mencari ketenangan untuk berhadapan dengan hakikat. Suami mana yang inginkan isteri ganas dan kurang ajar seperti aku? Isteri yang bertindak melulu tanpa usul periksa. Isteri yang sanggup tendang dan maki hamun suami yang sepatutnya di hormati. Pasti Adham bengang dengan sikap aku yang keras hati. Kalau aku jadi lelaki pun pasti aku akan cari perempuan yang mudah di bentuk dan sentiasa ikut cakap suami.
Najlah mengimbau kembali hari hari terakhir sebelum bernikah. Tak putus putus Mak dan ibu saudara bagi lecture tentang kedudukan suami sebagai ketua rumahtangga dan tanggungjawabnya sebagai isteri. Berbagai buku di hadiahkan saudara dan kenalan rapat tentang ciri ciri isteri solehah. Abah pun berulang kali berceramah. Sebaik saja terlafaz ijab dan kabul, Lala menjadi hak Adham. Masih terngiang ngiang suara Abah membaca hadis Rasullullah yang lebih kurang berbunyi “Jikalau seseorang di benarkan menyembah manusia, aku akan menyuruh setiap isteri menyembah suaminya” Astaghfirullahalazim. Bila amarah melanda , segala pesan luput begitu saja. Mudahnya syaitan menggoda anak Adam yang seorang ini. Rapuhnya aku! Dia membetulkan sunglasses agar pemandu teksi yang terlebih ramah itu tidak nampak matanya yang bertakung.
………………………………………………………………
Beg beroda di seret keluar dari pintu balai ketibaan Langkawi International Airport. Cuaca yang masih berbahang menyambutnya walaupun waktu Maghrib sudah hampir. Mata Najlah melilau mencari teksi walaupun dia sendiri belum pasti arah tujuan. Bukannya tak biasa, sudah berkali kali dia ke Langkawi sementelahan mak saudara sebelah Abah tinggal di sini. Setiap kali kenduri kendara mereka sekeluarga pasti membuat ekspedisi ke pulau legenda ini. Namun kali ini dia merahsiakan kedatangannya dari keluarga Cik. Aku ingin bersendirian.
Dia sendiri tidak pasti kenapa dia membuat keputusan sebegini. Sepatutnya aku menunggu Adham di rumah. Banyak hal yang patut di selesaikan face to face. Tapi aku memilih untuk menjauhkan diri. Senget betul lah aku ni. Sedang dia melayan blues, matanya tertancap pada seorang pemuda berkulit hitam manis yang memegang kertas putih.
NAJLAH FUAD tertera dengan terang dan jelas.
Najlah kaget. Siapa pula yang tunggu aku ni? Atau mungkin ada orang lain yang sama nama dengan aku kot. Tapi penumpang dari penerbangannya tadi cuma tinggal berapa kerat dan kebanyakan mereka pelancong asing yang tidak mungkin mempunyai nama Najlah Fuad. Pemuda tadi terus menghampirinya
“ Cik Najlah Fuad?”
“ Ya. Saya.” Najlah mengangguk dengan seribu satu soalan bermain di benak hati. Tambahan pula dari jarak dekat dia dapat melihat logo Four Seasons Resort di atas poket kemeja putih pemuda tadi. Bila masa pula aku tempah bilik di sana?
“ Saya Firdaus dari Four Seasons Resort. Bagi saya bawa beg Cik Najlah. Kereta hotel tunggu kat depan nu” katanya dengan loghat utara yang pekat.
“ Tapi saya tak buat reservation di Four Seasons. Saya belum lagi cari hotel pun”
“ Travel agent Puan yang dah buat booking siap siap kot. Jomlah Puan. Dah nak masuk Maghrib ni. Hotel kita kat Tanjung Rhu, jauh juga dari sini” Kereta Toyota Harrier putih dengan logo Four Seasons berhenti di depan mereka. Tak mungkin si Firdaus ni samseng kampung yang nak jual aku, dia menyedapkan hati.
Dengan rasa bercampur baur Najlah mengambil tempat duduk. Lebih selamat kalau aku ke Four Seasons dari merayau ke sekeliling pulau mencari hotel waktu begini. Biarlah aku tidur satu malam di sana walaupun harga bilik di sana lebih dari sewa rumah teres sebulan. Kering kontang lah poket aku. Najlah meraba wallet dalam beg tangan. Aku tenyeh lah dulu kad kredit supplementary dari Adham. Nanti pandai pandailah aku settle.
“ Puan pertama kali datang ke Langkawi ka?”
“ Tak. Saya dah banyak kali datang. Mak menakan saya duduk sini.”
“ Ooo…kalau macam tu tak payah lah saya cerita pasal Pulau ni kat Puan” Lega suara Firdaus. Agaknya dah boring berkali kali ulang cerita yang sama , teka Najlah. Namun anak jati Langkawi yang peramah dan lucu itu menyenangkan. Ada saja ceritanya yang buat Najlah tak kering gusi. Dari cerita tentang kerenah pelancong semenjak dia bekerja di beberapa hotel di Langkawi hinggalah lokasi penjual ikan bilis yang paling berkualiti di Langkawi. Perbualan mereka rancak hingga Najlah terlupa sejenak kemelut yang melanda.
Hampir 40 minit kemudian mereka sampai di resort 5 bintang yang di bina mengadap pantai yang putih bersih. Meskipun malam sudah melabuhkan tirainya tapi lampu kecil dan lantera menyinari seluruh kawasan resort yang luas terbentang. Pasir putih dan laut tenang berbalam balam membuat Najlah terpegun. Mata penghias dalaman itu menyoroti segala pelusuk ruang lobi yang bercirikan rumah Minangkabau. Cantiknya! Dia kagum dengan konsep yang menggabungkan senibina Melayu, Arab dan India. Tak sabar nak meneroka seluruh kawasan resort ini besok. Sekarang dia terlalu penat, mental dan fizikal. Katil oh..katil... seru Najlah |
|
|
|
|
|
|
|
juna u back ... miss u like crazyyyy.. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Welcome to Four Seasons Puan Najlah. I’m Sharon. Let me show you to your room”
Seorang wanita Cina memakai suit hitam membawa nya ke arah pavilion kediaman. Lagi sekali Najlah kehairanan. Tak payah register dulu kah, ataupun bayar deposit bilik? Macam mana kalau aku lari awal pagi esok?
” Its all been taken care of, Madam” jawab Sharon bila dia bertanya. “Just enjoy your stay here.”
HA??? Aku ada menang peraduan kah? Atau pihak hotel tersilap orang? Atau ini satu perangkap? Sering di dengar tentang sindiket yang memerangkap wanita untuk di jadikan habuan lelaki kaya. Tapi mustahil mereka memilih aku yang tak pandai menggoda untuk melayan lelaki miang keladi. Tak terangsang langsung pakcik pakcik itu.
Otaknya ligat berfikir sambil mengatur langkah menyelusuri kawasan hotel. Matanya di jamu dengan kecantikan alam semulajadi. Resort ini hampir keseluruhannya menggunakan kayu tapi rekaannya nampak moden. Cabana berbumbung seperti rumah kaum asli di Afrika terdapat di setiap pelusuk. Ada satu dua pasangan menikmati keindahan malam yang sepi dan tenang. Kata Sharon sekarang off peak season untuk pelancong. Seperti Firdaus , Sharon juga ringan mulut. Namun Najlah tetap tak selesa dan masih sarat dengan prasangka. Sebaik turun dari kapalterbang tadi dia seolah di kidnap oleh alien dan di bawa ke alam yang asing.
“ This is your room. It has its own private garden and you have a lot of privacy here.” Sharon membuka pintu bilik.
Masya Allah! Cantiknya… Haruman frangipani dan jasmine mencucuk hidung. Bilik luas yang mengadap taman nampak sungguh romantis. Katil king size di sebalik tirai lembut menggamitnya. Aduh….. bagaikan fatamorgana. Dirinya bagai Ratu Scherezade dalam hikayat 1001 malam. Kalau Sharon tak ada mungkin aku dah melompat atas katil empuk. Kalau Adham ada alangkah seronok main cak cak di sebalik tirai! Hatinya merudum kembali
“ I hope you like the room. Please call us if you need anything.” Najlah mengangguk macam burung belatuk sebelum Sharon mengundur diri. Terlupa nak bagi tip tapi mungkin tak perlu memandangkan pakaian dia lagi smart dari aku. Najlah terus ke bilik air yang cuma di pisahkan oleh kaca jenis frosted glass dari bilik tidur. Tak menepati adab sopan orang Melayu langsung rungutnya sendirian. Memang sah hotel ini targetnya pelancung asing. Fuhh… nasib baiklah aku tinggal seorang diri. Kalau tak, tak mandilah aku gamaknya.
Najlah segera mengambil wuduk lalu menjamak solat Maghrib dengan Isya. Doa di panjatkan agar segala kemelut yang melanda akan terungkai. Lindungilah aku dari segala musibah. Kuatkanlah diri aku untuk menempuh segala cubaan. Hatinya sayu. Bilik sebegini cantik tapi aku keseorangan. Kerinduan terus menyelimuti. Di mana Adham sekarang? Apa yang dia sedang buat?
“ Apa aku nak buat sekarang? Malam masih awal , baru pukul 9 lebih. Aku tak rasa lapar dan kantuk pun dah hilang” Dia mula menyesali rancangan percutian solo. Mati kutu di buatnya. Akhirnya, Najlah menanggalkan pakaian dan berendam dalam kolam mandi yang di taburi kelopak bunga ros. Wangian mandi aroma citrus dan air panas suam membuatnya lebih segar. Terlerai segala urat yang bersimpul dan otot yang sengal. Hampir sepuluh minit dia melayan angan angan dengan mata terkatup.
Tiba tiba dia dikejutkan dengan siulan dan suara bernyanyi kecil. Mungkin orang yang lalu lalang di luar, di cuba menyedapkan hati. Tekaannya meleset bila dia menangkap kelibat lelaki berjalan menuju bilik air sambil menanggalkan pakaian satu persatu. Pantas dia mencapai tuala untuk membalut tubuh. ARGHHHH… dia menjerit tanpa suara. Segala mimpi ngeri jadi kenyataan. Aku di bawa ke bilik yang salah. Atau pun aku mangsa sindiket pelacuran. Tolongg! Mana aku nak larikan diri dengan cuma sehelai tuala di badan. Semua pakaian dalam bilik. Dadanya menjadi sesak dan lututnya lemah. Mustahil aku boleh sembunyi, sebaik lelaki itu menoleh dia pasti nampak aku. Bodoh punya designer buat bilik air berpintu kaca, kutuk Najlah dalam hati. Dia nekad. Aku harus selamatkan diri.
“ HELPPPP! HELPPPP! TOLONGGGG! TOLONGGG” Najlah menjerit sambil menutup mata. Dia meronta sekuat hati bila tubuhnya di dakap. Matilah aku! Esakkannya menjadi jadi. Lututnya lemah bila mulutnya di tekup.
“ Sshhhhh. Diamlah sayang. Satu hotel boleh dengar. Nanti tak pasal pasal orang panggil polis”
Aduh, macam aku kenal suaranya. Pewangi Dunhill Pourhomme menusuk hidung. Dakapan tadi semakin hangat. Dia kenal sangat tangan yang membelai rambutnya, bibir yang mengucup bahunya yang terdedah, dada bidang yang di basahi airmatanya. Matanya di buka perlahan sambil membetulkan ikatan tuala yang hampir terlucut.
“ A… Adham? Is it really you?” Pipi Adham di sentuh untuk memastikan dia tidak bermimpi. Najlah terkebil kebil menahan sendu. Dia melangkah setapak kebelakang tapi tangan sasa Adham kembali memaut tubuhnya. Cuma sehelai tuala putih melilit pinggang Adham.
“Betul lah. Ini Ibrahim Adham, your husband. Dah lupa kah? Takkan sehari dua tak jumpa you dah tak ingat I. I dah nak setengah mati rindu kat you”
“ You buat semua ni? You yang book bilik ni? Yem, I love you so much… I minta maaf sebab tendang you… I tak buat lagi…I nak jadi isteri yang..” Ayatnya terhenti bila bibir Adham mematikan segala kata. Kucupan hangat membuat tubuhnya seolah melayang di awangan
“ We’ll talk later. Let’s start our second honeymoon now."
Tubuh Najlah di cepung dan di lepaskan perlahan kedalam kolam mandi semula.
Best, best best….. aku dah tak mati kutu lagi malam ni. Najlah memaut erat leher Adham
………………………………………………………………………………………….. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bluepinky at 29-6-2010 23:36
akhirnye... ade smbngan.. tq smiley![](static/image/smiley/default/smile.gif)
romantiknye yem n lala ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
hhahahahah wat suspen je yem ni,.. apa da..![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnyer kak juna dah kembali...
romantiknyer ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
smbg lagi yer...
pasni dah kena SR.. page dah nak abis... |
|
|
|
|
|
|
|
Errr, smiley, jarak Lgk airport dengan Four Seasons...kalau aku yg drive 15 minit jek!!! |
|
|
|
|
|
|
|
aduhhhhhh, Yem yang romantik, tak terkata I...![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ala sikitnye... terkejung jap habis kat sini je![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2430# cmf_blingblings
oh...betul kah?
aku dah lama tak duduk kat Tanjung Rhu
dulu jauh gak dari airport |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_blingblings
oh...betul kah?
aku dah lama tak duduk kat Tanjung Rhu
dulu jauh gak da ...
sang_arjuna Post at 30-6-2010 00:04 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif) ..sure dulu asyik tengok hutan ja tu...hahaha.. bilik apa yg depa dua org duduk tu??
Melaleuca Pavilion ka? |
|
|
|
|
|
|
|
ala sikitnye... terkejung jap habis kat sini je
Kia_picanto Post at 30-6-2010 00:01 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif) 2X hang terkejung malam ni![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tq writer...akhirnya ada jgk n3 baru |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2435# cmf_blingblings
a'ah.. melaleuca
beach villa mahal sangat
yem kena save duit sbb nak beli pampers nanti ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|