AS belanja RM10.56 juta bantu cari MH370
WASHINGTON 3 April - Tentera Amerika Syarikat (AS) membelanjakan lebih AS$3.3 juta (RM10.56 juta) dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Jurucakap Pentagon, Kolonel Steve Warren berkata, pihaknya juga melaksanakan rancangan yang meningkatkan dua kali ganda peruntukan awal sebanyak AS$4 juta (RM12.8 juta) untuk usaha mencari tersebut. - REUTERS
|