Siapakah Usahawan Yang Berjaya Tawan Cinta Mila Jirin?
Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi
KUALA LUMPUR, 12 FEB 2013: Sepanjang bergelar penyanyi, cerita mengenai Mila Jirin dibela lelaki kaya sering saja diperkatakan. Lebih tepat lagi, pelantun lagu Persis Mutiara ini dikhabarkan memiliki kemewahan daripada individu golongan VIP.
Atas sebab itu, pencapaiannya mengharumkan nama Malaysia kurang mendapat perhatian, baik dari pihak media mahu pun peminat seni hiburan tempatan. Bagaimanapun, Mila yang sudah bergelar usahawan restoran tidak pernah berputus asa dan mengambil inisiatif untuk bercerita apa yang perlu saja kepada media. "Mila bukannya serik nak cerita tentang lelaki. Sebelum ini, Mila ada berjumpa dengan artis lama. Dia ada menasihatkan Mila supaya tidak perlu bercerita lebih tentang apa yang belum pasti. Lebih-lebih lagi mengenai cinta dan hubungan. "Apa yang dinasihatkan artis itu memang betul. Sebab itu Mila lebih banyak mendiamkan diri. Kalau perlu saja Mila akan bercerita. Mila pun tidak suka hebahkan perkara yang belum pasti lagi. "Mila tidak mahu orang bosan dihidangkan cerita yang belum pasti lagi. Apatah lagi tentang hal-hal personal," katanya kepada murai.com.my. Walaupun Mila agak berat mengatakan mengenai hubungan cinta, Mila akui sedang rapat dengan beberapa lelaki. "Tapi, Mila memang sedang berkawan dengan seseorang. Namun, Mila belum rasmi lagi menganggap dia sebagai teman lelaki atau lebih tepat calon suami. Sejujurnya, dia bukanlah artis. Dia juga bukanlah ahli korporat. Sebaliknya, dia hanyalah seorang usahawan saja. "Bab kahwin ini belum masanya Mila bercerita. Kalau boleh, Mila akan berkahwin selepas adik kedua Mila tamat pelajaran," jelasnya.
Last edited by taurus-71 on 13-2-2013 04:21 PM
|