|
♫ HoMe oF MiLaNiaNS ♫ Jom Request Cinta Kasih @ Radio! ★
[Copy link]
|
|
Thanks kak Sue ![](static/image/smiley/miluegg/flower1.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat pagi Mila & Milanians ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mila_jirin posted on 19-2-2013 03:16 AM ![](static/image/common/back.gif)
Thanks kak Sue
Sama-sama Mila![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Mila Kecewa Dengan Album Kedua
19 FEB 2013, 12:00AM
![](http://www.gua.com.my/thumbnail.php?file=GUA_MilaJirin_926286052.jpg&w=509&h=342)
Ke mana menghilangnya Mila Jirin? Mungkin persoalan ini pernah bermain di minda anda. Untuk pengetahuan semua, penyanyi berusia 25 tahun ini sedang sibuk dengan perniagaan yang diceburinya sejak dua tahun lalu.
“Alhamdulillah, buat masa sekarang Mila sangat bersyukur kepada Allah kerana telah membuka peluang untuk Mila terus berjaya dalam bidang perniagaan. Tahun ini, Mila sekali lagi diberi peluang untuk membantu menjayakan karnival ‘Wow Putrajaya'.Buat pengetahuan anda semua, perniagaan Mila ini lebih kepada pengurusan acara dan untuk ke sekian kalinya, Mila akan membantu karnival ini dari segi susun atur acara program.
Tahun lalu, Mila juga berpeluang membuat perkara yang sama seperti apa yang Mila lakukan untuk tahun ini. Cuma bezanya tahun ini, Mila tidak membuat persembahan. Mila hanya akan terlibat dengan kerja-kerja di belakang tabir sahaja,” ujar Mila.
Sementara itu, Mila turut meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila album kedua yang dipasarkan pada tahun lalu tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.
“Album kedua yang dipasarkan pada tahun lepas tidak mendapat sambutan yang baik. Malah lagu-lagu dalam album itu juga tidak diputarkan ke stesen-stesen radio tempatan. Bagaimanapun, Mila telah bersedia menghadapi situasi ini memandangkan industri muzik sekarang ini memang agak lemah. Penjualan album tidak memberangsangkan kerana ketika ini muncul banyak medium alternatif yang membolehkan peminat memuat turun lagu secara percuma,” luah Mila ketika ditemui baru-baru ini.
![](http://viomedia.altmedia.my/files.php?file=GUA_MilaJirin1_778795960.jpg)
Bagaimanapun, Mila menafikan dia telah berputus asa untuk meneruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.
“Berputus asa tidak sesekali kerana ini adalah pilihan Mila sejak mula-mula menceburkan diri dalam dunia hiburan. Mila akan terus berusaha sehingga berjaya. Sekarang ini Mila sudah menyiapkan sebuah ‘single’ terbaru. Namun judulnya belum ada lagi sebab Mila mahu siapkan klip videonya dahulu,” ujar Mila lagi.
Bercerita tentang kehidupan peribadinya, Mila memberitahu ketika ini dia masih solo dan tidak mempunyai kekasih. Jelas penyanyi kecik molek ini, buat masa ini dia mahu memberi sepenuh perhatian kepada kerjaya dan keluarga terlebih dahulu.
“Mila masih solo dan tidak ada kekasih lagi. Biarlah Mila fokus kepada kerjaya dahulu. Apabila sudah sampai masanya, Mila akan umumkan kepada semua. Kini Mila lebih bahagia hidup bersama keluarga. Lagipun Mila hendak melihat adik-adik Mila berjaya dahulu barulah Mila akan fikirkannya tentang perkara lain,” ujar Mila.
Dalam perkembangan lain, Mila juga akan muncul dalam filem ‘Kami Histeria’ yang akan ditayangkan dalam sedikit masa lagi. Selain Mila, filem ini turut menampilkan Diana Danielle, Sarah Ali, dan Nad Zainal.
Sumber; www.gua.com.my
http://www.gua.com.my/berita-art ... an_Album_Kedua.html
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagu Cinta Kasih Nubhan &Mila no. 2 dlm carta Zon 30 Hotfm mlm ni ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Mila di Berita Harian..
Mila mahu berdikari
Sudahlah album kedua tidak 'menjadi', ditambah pula dakwaan kononnya stesen radio enggan memutarkan lagu-lagunya, hati penyanyi Mila Jirin cukup kecewa.
Banyak modal dilaburkan untuk menghasilkan album berjudul Mila Jirin - namun entah mana silapnya, penjualan albumnya itu tidak memberangsangkan.
Dek silap percaturan, Mila bukan saja kecewa, malah berputus asa untuk menerbitkan album baru pada masa depan.
Namun, tidak mahu terus kecewa dan sedih, Mila mengatur langkah dengan menceburi bidang pengurusan acara melalui syarikatnya, Luvmila Corporation.
Sejak berkecimpung dalam bidang itu, banyak projek besar dikendalikannya. Terbaru, syarikat Mila dilantik menjadi rakan penganjur Festival Wow Putrajaya 2013.
“Ini kali kedua Mila terbabit dengan festival ini. Jika tahun lalu, Mila membuat persembahan pada konsert sama, kali ini saya menjadi rakan penganjur bersama Perbadanan Putrajaya,” katanya.
Mila berkata, disebabkan kegagalan album keduanya itu, dia tidak akan menghasilkan album baru untuk sementara waktu.
“Saya akan mempromosikan single terbaru yang didendangkan dengan Nubhan berjudul Cinta Qaseh,” katanya.
Nafi ditaja
Diberi kepercayaan untuk syarikatnya mengendalikan program besar, Mila menafikan dirinya ditaja.
Baginya, setiap projek yang diterima adalah hasil usahanya sendiri selain kepercayaan penganjur.
“Tiada siapa yang menaja atau ditaja. Apa yang Mila peroleh adalah atas usaha sendiri dan tiada kaitan dengan skandal atau hubungan dengan sesiapa.
Biarpun bertubuh kecil, gadis berusia 26 tahun ini punya impian besar. Mila menganggap perniagaan yang diceburinya tidak lari daripada kerjaya seninya.
Selepas lima tahun bergelumang dalam industri seni, Mila sudah mula memahami setiap langkah dan jatuh bangun industri. Dek kerana tidak mahu namanya terus tenggelam, pembabitannya dalam bidang pengurusan acara sedikit sebanyak membantu kerjaya seninya.
Selain itu, Mila memberitahu, dia mahu belajar menulis lagu.
Tak menyesal jadi penyanyi
“Hanya saya yang faham kehendak dan selera yang sesuai dengan jiwa dan muzik yang ingin dibawa. Mila tak pernah menyesal terbabit dalam bidang nyanyian, sebaliknya Mila anggap itu sebagai proses pembelajaran,” katanya yang akan membintangi filem berjudul Kami Histeria terbitan Red Film.
Menyentuh kisah cinta, Mila mengaku sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang. Namun, kata Mila, mereka bukan pasangan bercinta kerana dia mahu memberi tumpuan kepada keluarga.
“Mila mahu fokus kepada keluarga. Adik Mila masih belajar. Mila adalah harapan mereka, jadi Mila hendak melihat mereka berjaya,” katany |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu Cinta Kasih no. 4 dlm Carta 21 Hotfm bersama Leya hari ni ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_kikey posted on 20-2-2013 08:02 AM ![](static/image/common/back.gif)
Mila di Berita Harian..
Mila mahu berdikari
Thanks kikey![](static/image/smiley/default/loveliness.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
aFViRGo posted on 20-2-2013 09:41 AM ![](static/image/common/back.gif)
Wazzup Milanianssss..
Sorry lama x singgah..everyday jenguk tapi x sempat/terlupe tinggal jejak. ...
Hi Tira![](static/image/smiley/miluegg/hi.jpg)
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagu Cinta Kasih Mila & Nubhan no.4 dlm Carta 30 hotfm mlm ni ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Sama-sama ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
hot FM zon malam tadi...no 4 jugak... hehheee |
|
|
|
|
|
|
|
Malam ni lagu cinta kasih berada di tangga ke 9 dlam carta zon 30 hotfm. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu Cinta Kasih no. 2 carta 21 hot fm hari ni ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|