matz_rockz This user has been deleted
|
Originally posted by Browneyes at 13-7-2006 09:28 AM
Bujang lapuk minta izin kahwin lembu
MOSCOW: Gara-gara kecewa tiada seorang wanita pun yang sudi mengahwininya, seorang lelaki Russia meminta kebenaran Presiden Vladimir Putin untuk berkahwin de ...
minum lah susu cap gantung......
lembu orgasm...
moooooooooooooooooooooooooooooooooooooo kandang boleh roboh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 6-7-2006 12:58 PM
ya.. dah lama :bgrin:
sebab tu aku cakap belum pernah orang buat
telur puyuh bleh ka ? :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by faiza at 13-7-2006 12:46 PM
telur puyuh bleh ka ? :hmm:
temah, telur puyuh tu apa ek? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by faiza at 13-7-2006 12:46 PM
telur puyuh bleh ka ? :hmm:
tak silap kak tam kawin dulu pakai telor puyuh |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Originally posted by Elise2004_111R at 13-7-2006 04:30 PM
temah, telur puyuh tu apa ek?
Burung puyuh kan..telur burung puyuh ah.. |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
Originally posted by Gadis_Venus at 13-7-2006 04:31 PM
Burung puyuh kan..telur burung puyuh ah..
ah fed up gue kena tunggu kat luar |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Originally posted by matz_rockz at 13-7-2006 04:34 PM
ah fed up gue kena tunggu kat luar
:stp::stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matz_rockz at 13-7-2006 04:34 PM
ah fed up gue kena tunggu kat luar
burung terlepas ke apa?... :stp: |
|
|
|
|
|
|
guvnor This user has been deleted
|
Originally posted by Browneyes at 13-7-2006 04:36 PM
burung terlepas ke apa?... :stp:
naya punya kes.. mak jah musti sedih.. bang matz balik tak bwk burong~~~ |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
Originally posted by guvnor at 13-7-2006 04:44 PM
naya punya kes.. mak jah musti sedih.. bang matz balik tak bwk burong~~~
burong terbang kucing gigit jari |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Originally posted by guvnor at 13-7-2006 04:44 PM
naya punya kes.. mak jah musti sedih.. bang matz balik tak bwk burong~~~
|
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
OMG....having a good laugh all by my self.....
i thot ni sambung sambung |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matz_rockz at 14-7-2006 08:43 AM
OMG....having a good laugh all by my self.....
i thot ni sambung sambung
:bgrin: bang matz ni kaklar ah..hahaha |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
semalam my good friend,dulu working with me in the same team.
gaji dia kurang2 pun $7K - $8K
he told me,housing loan rumah tak nak over exposed....now saving up...
sampai comfortable level baru nak beli rumah
dia baru kawin about a year gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matz_rockz at 14-7-2006 09:45 AM
semalam my good friend,dulu working with me in the same team.
gaji dia kurang2 pun $7K - $8K
he told me,housing loan rumah tak nak over exposed....now saving up...
sampai comfortable level b ...
housing loan x nak over exposed? apa maksudnyer? x paham laa... |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
Originally posted by alexandria_iz at 14-7-2006 11:14 AM
housing loan x nak over exposed? apa maksudnyer? x paham laa...
ok something like this,kalo cpf dia ada $100K to S150K...
dia tak moh hutang banyak banyak kalo dia beli rumah around $550K |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matz_rockz at 14-7-2006 11:18 AM
ok something like this,kalo cpf dia ada $100K to S150K...
dia tak moh hutang banyak banyak kalo dia beli rumah around $550K
Kalau gitu hutang still bout 400K....tak banyak ke tu? |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
Originally posted by chicsee at 14-7-2006 11:57 AM
Kalau gitu hutang still bout 400K....tak banyak ke tu?
to me,that's a big amount..... |
|
|
|
|
|
|
|
APABILA KAUM SUAMI GAGAL BERI NAFKAH
Oleh
Ismail Haron
APA jua perkahwinan - sama ada yang biasa atau yang baru hangat dihebohkan iaitu 'misyar' - bergolak pada soal nafkah di pihak suami.
Sebab pokoknya - suami yang 'normal' merupakan pemimpin keluarga. Hal ini sudah dimaktubkan dalam Al-Quran. Tidak perlu dipersoal.
Kini terdapat banyak kes suami gagal memberi nafkah sewaktu berkahwin atau sesudah bercerai. Ia memang mengaibkan dan menjejas kemajuan masyarakat kita.
Apakah nafkah?
Nafkah dalam bahasa Arab berasal daripada perkataan nafaqa yang membawa maksud perbelanjaan.
Dari segi penggunaannya, ia bermaksud segala apa yang diperlukan bagi menyara kehidupan baik berupa pakaian, minuman, makanan dan tempat tinggal.
Cakap mudahnya: Nafkah ialah biaya yang dikeluarkan oleh seorang suami untuk menyara kehidupan isteri dan anak-anaknya.
Islam mewajibkan suami melaksanakan nafkah kepada isteri-isterinya, anak-anaknya dan tanggungannya menurut hukum syarak.
Antara sebab yang mewajibkan nafkah ialah:
Perkahwinan - nafkah suami kepada isterinya terbahagi kepada dua keadaan - nafkah ketika perkahwinan dan nafkah semasa iddah (selepas saja bercerai).
Seorang suami wajib memberi nafkah kepada isterinya selagi dia masih taat dan patuh kepadanya.
Yang dimaksudkan taat dan patuh ialah taat dan patuh selagi ia tidak menyalahi syarak. Maka suami wajib memberi nafkah termasuk makanan, pakaian, tempat tinggal, keperluan isteri dan keperluan dapur.
Malah, bagi suami yang berkemampuan, harus menyediakan 'pembantu rumah' kepada isterinya.
Ulama sepakat mengatakan si isteri boleh menggunakan orang gaji jika suaminya mampu dan isteri pula biasa dilayani oleh orang gaji semasa tinggal bersama keluarganya dahulu.
Orang gaji juga hendaklah diberi nafkah sebagaimana juga isterinya dari segi makanan, minuman, pakaian dan sebagainya.
Tempat kediaman pula hendaklah sesuai dengan pendapatan suami tanpa mengira apakah ia berbentuk sebuah rumah atau sebahagian daripadanya atau berupa sebuah bilik.
Di samping itu, ia hendaklah dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan asas seperti bilik air, dapur dan sebagainya.
Jika pasangan terpaksa tinggal bersama keluarga suami, suami harus memastikan bahawa isterinya tidak diganggu oleh ahli keluarga suami walaupun daripada ibu bapa suami sendiri.
Begitu juga, si suami harus mencari tempat tinggal di antara jiran-jiran yang baik supaya diri dan harta isteri terjamin selamat.
Menurut kitab Fiqh Sunnah karangan Sayyid Sabiq, jumhur fuqaha berpendapat bahawa seseorang isteri berhak menuntut daripada qadi supaya membubarkan perkahwinannya atas sebab suami tidak memberi nafkah.
Tidak kira sama ada nafkah itu tidak diberi kerana suaminya seorang yang susah atau sengaja tidak mahu memberinya.
Jika berlaku perceraian, isteri yang dalam iddah berhak mendapat nafkah tertentu mengikut taraf perceraiannya:
Iddah Raj'ie (boleh rujuk) - isteri yang masih di dalam iddah raji'ie berhak dan wajib diberi nafkah secukupnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal kerana beliau masih dikira sebagai seorang isteri sehinggalah iddahnya selesai.
Iddah Talak Ba'in (talak tiga) - isteri yang diceraikan dengan talak ba'in dan tidak mengandung, tidak berhak mendapat nafkah yang berupa makanan dan pakaian.
Tetapi majoriti ulama berpendapat bahawa isteri yang mengandung anak bekas suaminya (ketika diceraikan talak tiga), tetap berhak mendapat nafkah sepenuhnya sehingga anak itu lahir.
Dalam pada itu, wanita yang diceraikan bukan saja berhak mendapat nafkah iddah, bahkan berhak tinggal di rumah ketika dia berkahwin, selagi suami tidak mendapatkan tempat lain.
Bagaimanapun, hak tempat tinggal itu akan terhenti apabila tempoh iddah sudah tamat atau wanita itu berkahwin semula.
Wanita itu juga tidak berhak tinggal di rumah tersebut sekiranya dia melakukan perbuatan-perbuatan mungkar dan berdosa.
Berhubung dengan nafkah iddah isteri yang kematian suami pula, para fuqaha sependapat bahawa isteri tidak berhak mendapat nafkah kerana hubungan perkahwinan mereka sudah terputus.
Seperkara lagi, menurut mazhab Syafie, bekas suami wajib juga memberi mut'ah kepada isterinya.
Mut'ah adalah bayaran pampasan atau saguhati yang diberikan suami kepada isteri yang telah diceraikannya. Mut'ah wajib diberi dalam apa jua jenis perceraian kecuali perceraian sebelum adanya persetubuhan.
Seorang bapa wajib memberi nafkah kepada anak-anaknya. Yang dimaksudkan adalah anak yang sah dari perkahwinan dan tidak berupaya menanggung diri mereka sendiri.
Nafkah bagi anak lelaki ialah sehingga dia berumur 18 tahun dan anak perempuan pula sehingga dia berkahwin.
Nafkah gugur apabila isteri didapati nusyuz atau derhaka terhadap suami mengikut hukum syarak seperti enggan melayan kehendak batin suami dan keluar rumah tanpa izin.
Kini masyarakat kita menghadapi kes perceraian yang terus meningkat sekitar 25 peratus. Hal ini amat membimbangkan.
Krisis ini terkait dengan tanggungjawab kebapaan yang terabai.
Walaupun kian ramai isteri keluar bekerja dan mampu berdikari, Islam masih menetapkan soal nafkah tetap terletak di bahu suami.
Tetapi dalam melayari bahtera rumah tangga, isteri perlu memahami kemampuan suaminya. Selagi ada kasih sayang, senang dan susah hidup perlulah dikongsi.
Jika teras-teras Islam ini dapat dihayati oleh pasangan yang bakal ke jenjang pelamin atau yang sudah melayari bahtera, masyarakat kita akan menjadi lebih bahagia.
Suami isteri yang bahagia, akan teguhlah pencapaian masyarakat.
Nafkah dalam bentuk wang bukan segala-galanya. Pengikat rumah tangga adalah kasih sayang.
Tetapi sering wang selain isu curang atau masalah seks, menjejas keharmonian rumah tangga kita.
Penulis ialah ustaz dan pendakwah bebas. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|