CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hantukiller

MASAALAH PERAWAT DAN YG DIRAWAT akibat gangguan JIN

   Close [Copy link]
Post time 15-4-2011 04:53 PM | Show all posts
"Hantukiller dan kegatalannyer"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 04:53 PM | Show all posts
Reply  kenesep

aduhh romantiknyerrr
saye sokonggggg

abis kene Pang! ngan HK yg  ...
JulietTheOrange Post at 15-4-2011 16:50



    laaaa....nak romantik ke?


  kenelah tukau... " From HK to Juliet "  
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 04:54 PM | Show all posts
Reply 2482# kenesep

kontrobersii
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 04:54 PM | Show all posts
ada macam racing nak perabih page lak aku rasa....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 04:55 PM | Show all posts
boleh aje....



   tapi agak-agaklah.... ni cadangan untuk hantukiller.....awak ke or ...
kenesep Post at 15-4-2011 16:51



    saje je..nak enter prame gak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 04:56 PM | Show all posts
Diaorg ni lum Tawen ..tu yg miang memanjang jer..
Yg bujang dh xmao, xsesuai...
tinggal yg berpengalaman jer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2011 04:56 PM | Show all posts
Reply  kenesep

kontrobersii
JulietTheOrange Post at 15-4-2011 16:54





oooo...kon

    fuh....sib baik sempat edit, kalau terlepas taip tadi.......  
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 04:56 PM | Show all posts
Reply  melinda_gordon

panjang sket mel..
"engalaman Menjadi PA Hantu Secara Jarak Jauh"
JulietTheOrange Post at 15-4-2011 16:51



    hahaha..adoi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 04:59 PM | Show all posts
sib baiklah wak tom sempat kuar semayang asar sebelum baca posting last2 nih, kalau tak.....susah nak kosentret....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 04:59 PM | Show all posts
mel tak penah nafikan benda tu..tak kata pun poligami tu satu yg salah..tidak sama sekali. ...
melinda_gordon Post at 15-4-2011 11:58



ayat mel...ada kebenaranya..
yg peliknya bila bab poligami semua ikut sunnah..
tapi mengapa yg lain lari dr sunnah...
dunia---oh dunia....
lihatlah lelaki zaman sekarang nie....
bab sedap ikut sunnah....
bila bab lain...ikut apa pulak???
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 05:01 PM | Show all posts
Reply  melinda_gordon

panjang sket mel..
"engalaman Menjadi PA Hantu Secara Jarak Jauh"
JulietTheOrange Post at 15-4-2011 16:51



"engalaman Menjadi PA Yang Tak Pernah Jumpa Bosnya"..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 05:01 PM | Show all posts
ayat mel...ada kebenaranya..
yg peliknya bila bab poligami semua ikut sunnah..
tapi mengapa  ...
cmf_princess06 Post at 15-4-2011 16:59



    bab lain ikut pun-nah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 05:02 PM | Show all posts
sebab salh ikut sunnah..
maka hidup pun jadi pun...nah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 05:03 PM | Show all posts
"engalaman Menjadi PA Yang Tak Pernah Jumpa Bosnya"..
abas8888 Post at 15-4-2011 17:01



    penah la..dlm mimpi
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 05:03 PM | Show all posts
ayat mel...ada kebenaranya..
yg peliknya bila bab poligami semua ikut sunnah..
tapi mengapa  ...
cmf_princess06 Post at 15-4-2011 16:59



    bab lain ikut suka..boleh??.. ke ikut kemampuan?? aik..patah blik ke bab poligami..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 05:04 PM | Show all posts
Reply 2494# melinda_gordon

siap terbawak2 dalam mimpi ni..
adekah sesuatuu??????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2011 05:11 PM | Show all posts
Reply  melinda_gordon

siap terbawak2 dalam mimpi ni..
adekah sesuatuu??????
JulietTheOrange Post at 15-4-2011 17:04



    dilarang membuat sebarang spekulasi di sini
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 05:17 PM | Show all posts
belum jumpa dah mimpi..jumpa kalu????
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 09:44 AM | Show all posts
aku cadangkan kekalkan tajuk thread yg sama
cuma tambah no '2' je kat blkg tajuk tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2011 11:21 AM | Show all posts
Ar-Ruqyah Asy-Syar-‘iyyah  الرقية الشرعية




بسم الله الرحمن الرحيم                                                   


الحمد لله رب العالمين حمدا كثيرا كما أمر. والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا ومولانا محمد المختار, وعلى آله وأصحابه الأخيار. أما بعد,

قال الله تعالى فى كتابه العزيز : وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ. صدق الله العظيم

وقال سيدنا مصطفى صلى الله عليه وسلم : مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً. صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم



Apakah itu Ar-Ruqyah Asy-Syar-‘iyyah( الرقية الشرعية ), mungkin ada yang pernah mendengarnya dan mungkin ada yang tak pernah mendengarnya. Di sini saya akan menerangkan secara ringkas apakah itu Ayat Ruqyah, sedikit manfaat darinya dan cara-cara mengamalkannya.


1) Makna Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah  :-

Al-Ruqyah الرقية itu bermaksud jampi daripada perkataan Raqa رقى

Al-Syar-‘iyyah الشرعية itu bermaksud yang dibangsa kepada syarak daripada perkataan syara-‘a شرع

Jadi, makna Al-Ruqyah Al-Syari-‘iyyah الرقية الشرعية itu ialah jampi yang dibangsa kepada syarak.


2) Sumber Ayat-Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah = Al-Quranul Karim


3) Penjelasan mengenai Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah :



Bahawasanya ayat-ayat ruqyah ini banyak dan terdapat dalam bermacam-macam kaifiat(cara baca). Anda mungkin melihat kaifiat ayat ruqyah daripada Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki di dalam kitabnya Al-Aurad Al-Zainiyyah Al-Makkiyyah dan daripada Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din, pengasas Darus-Syifak di dalam kitabnya Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat dan Doa Mustajab, berbeza dengan kaifiat Ayat Ruqyah yang saya nyatakan di sini. Sesetengah Ayat Ruqyah yang terdapat dalam kitab mereka mungkin tidak terdapat dalam risalah saya ini dan sesetengah Ayat Ruqyah yang terdapat di dalam risalah saya ini tidak terdapat di dalam kitab mereka.

Begitu juga penyusunan ayat dan cara bacaannya mungkin tidak selari. Ayat-Ayat Ruqyah yang saya naqalkan di sini mengikut kaedah yang digunakan oleh Ust Abd Malek,pengasas Pusat Perubatan Islam Darul Hikmah,Alor Setar, Kedah.

Jadi saya harap saudara-saudari tidak terkeliru jika terjumpa Ayat-Ayat Ruqyah yang berbeza ayatnyan, susunannya, dan cara bacaannya daripada yang saya nyatakan ini.


4) Faedah Mengamalkan Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah :


Di sini saya naqalkan perkataan ulamak mengenai faedah mengamalkan Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah ini. Telah berkata guru kami Al-Alim Al-Allamah As-Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki,

“ Ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah ini di amalkan untuk keselamatan diri daripada gangguan makhluk-makhluk halus, dan sekiranya seseorang itu dirasuk syaitan, baca ayat ini kepada orang itu maka kita akan dapat berbicara dengan makhluk tersebut dan dapat mengusirnya keluar daripada tubuh orang yang dirasuk itu. Wallahu A-‘ alam. ”

Dan telah berkata tokoh perubatan Islam serta ulamak besar Malaysia yang tidak asing lagi bagi kita, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din di dalam bukunya, Menjawab Persoalan Makhluk Halus, Kaitannya dengan Penyakit dan Pengubatannya :

“ Menghindarkan diri daripada suatu yang tidak diingini diistilahkan sebagai Al-Wiqayah, Al-Wiqayah adalah suatu yang dituntut oleh Islam, seperti selalu yang diungkapkan oleh kata-kata hikmah iaitu, Menjaga Diri Sebelum Berlakunya Sesuatu Yang Tidak Diingini Seperti Penyakit Adalah Lebih Baik Daripada Mengubati Penyakit.

Islam menyarankan pelbagai cara kepada manusia untuk menghindarkan diri daripada terkena perbuatan sihir. Dalam Al-Quran terdapat surah tertentu yang dibaca oleh masyarakat kita sebagai pelindung. Surah ini dikenali dengan istilah Al-Mu-‘awwizaat atau tiga surah terakhir daripada Al-Quran, iaitu Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas.

Kita dianjurkan mengamalkannya sebagai satu ikhtiar untuk menghindarkan diri daripada terkena sihir. Di samping itu banyak lagi ayat-ayat lain boleh diamalkan seperti Ayatul Kursi.

Kita hendaklah sentiasa mendampingi Allah Subhanahu Wa Taala, menghiasi diri dengan melakukan amal kebajikan serta menghindar diri daripada melakukan maksiat. Ikhtiar sebegini adalah cara terbaik untuk menghindari diri daripada syaitan, sihir dan niat jahat manusia.

Al-Wiqayah merupakan cara paling berkesan untuk mengelakkan diri terkena sihir kerana jika sudah terkena, sukar untuk menghilangkannya. Semakin lama penyakit tersebut dalam diri manusia, semakin sukar dirawat. ” - Intaha.

Di dalam buku yang sama ketika ditanya, Bagaimanakah Ikhtiar Yang Dibenarkan Syarak Untuk Mengubati Pesakit Yang Terkena Sihir, beliau menjawab :-

“ Penyakit yang disebabkan oleh sihir berlaku di alam rohani. Kebanyakan sihir di lakukan secara tersembunyi, khususnya pada waktu malam. Sihir diamalkan secara terselindung, maka sudah tentu tidak mudah untuk mengubatinya.

Antara ikhtiar untuk mengubati sihir adalah seperti berikut :

Menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk menentang sihir seperti yang telah saya(Tuan Guru Haron Din) sebutkan sebelum ini. Terdapat banyak ayat Al-Quran menyentuh tentang sihir yang berlaku di alam kehidupan manusia. Contohnya ialah apabila sihir berlaku secara berleluasa pada zaman Nabi Allah Musa Alaihis Salam, baginda menghadapi sihir dengan kekuatan jiwa dan meminta bantuan Allah Subhanahu Wa Taala sehingga ahli-ahli sihir kecundang, menyerah kalah dan beriman kepada Nabi Musa Alaihis Salam.

Kitab karangan ulamak muktabar menyarankan kita membaca 11 ayat daripada Surah Al-Baqarah iaitu ayat 1-5, 255-257, tiga ayat terakhir Surah Al-Baqarah.

Ada juga ulamak yang menyarankan agar kita membaca Surah Al-Fatihah, ayat 255 Surah Al-Baqarah, ayat 117-119 Surah Al-A’araf, ayat 79-86 Surah Yunus atau 82-83, ayat 65-69 Surah Thaha, ayat 118 Surah Al-A’araf dan ayat 70 Surah Thaha.

Ayat ini di sarankan agar dibaca oleh orang yang terkena sihir ataupun orang yang mengubati penyakit akibat terkena sihir dengan memohon perlindungan daripada Allah Subhanahu Wa Taala. ”-Intaha

Oleh yang demikian fahamlah kita disini bahawa pembacaan Ayat-Ayat Ruqyah ini adalah sebagai usaha dan ikhtiar kita untuk perkara-perkara berikut :


1) Mengelak daripada gangguan makhluk halus (jin, syaitan, iblis)

2) Mengelak daripada niat jahat manusia.

3) mengelak daripada sihir.

4) Sebagai benteng pertahan diri kita.

5) Sebagai penyembuhan daripada penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gangguan dan sihir.

6) Sebagai salah satu jalan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

7) Sebagai salah satu cara menghindari maksiat kepada Allah Subhanahu Wa Taala.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.065882 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list