|
Ben10 Masih Berunding
STATUS pemain The Red Warriors, Mohd Norfarhan Muhammad masih lagi menjadi tanda tanya meski pun dia sebelum ini dikatakan bakal berhijrah ke pasukan selatan tanah air, Johor Darul Takzim (JDT).
Ini kerana Mohd Norfarhan belum menandatangani sebarang kontrak bersama pasukan tersebut, sekali
gus mengesahkan pemain berusia 29 tahun itu masih menjadi milik mutlak Persatuan Bola Sepak
Kelantan (Kafa).
Sumber dalaman memberitahu, Mohd Norfarhan dikatakan masih
mengadakan rundingan dengan pihak Kafa ketika ini bagi membolehkan beliau kekal beraksi bersama Kelantan pada musim
depan.
“Tidak timbul soal dia (Mohd
Norfarhan) membuat pusingan U.Apa yang boleh saya katakan dia masih milik Kelantan sehingga hari
ini. Namun ada beberapa perkara yang perlu dibereskan bagi membolehkan kemelut ini
diselesaikan.
“Berat hati dia untuk
meninggalkan Kelantan. Dia begitu menyukai atmosfera bola sepak terutama gelagat penyokong Kelantan di sini. Jadi berilah dia sedikit masa untuk membuat keputusan,” katanya kepada Sinar
Harian, semalam.
Jelas sumber dalaman itu lagi, sikap penyokong Kelantan yang sentiasa menyanjung tinggi mana-
mana pemain bola sepak
menyarung jersi negeri tersebut membuatkan Mohd Norfarhan atau dikenali ‘Ben 10’ begitu sukar untuk membuat keputusan
berhijrah ke pasukan lain.
“Bukan tawaran lumayan tetapi kepuasan bermain menjadi keutamaannya. Dia tidak mahu peminat menuduhnya meninggalkan Kelantan disebabkan
mengejar wang ringgit semata- mata. Dia begitu gembira bermain dan mahu kekal di sini,” katanya.
Sumber : Sinar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Dikhabarkan pemain dari Bahrain, Abdulla menolak untuk beraksi bersama Kelantan musim 2014 setelah mendapat tawaran dari kelab Divisyen 1 Liga Bahrain. |
|
|
|
|
|
|
|
Daudsu berkata-kata:
"Saya sudah menang banyak piala, nak mencuba di tempat baru pula.
"Saya masih sayangkan Kelantan negeri kelahiran saya, tetapi kerjaya saya memang begini". |
|
|
|
|
|
|
|
Diberitakan KAFA tidak menyambung kontrak Dickson kerana beliau mengalami kecedaraan... |
|
|
|
|
|
|
|
Import dari Australia Kaz Patafta turut ado distadium ms final 
 |
|
|
|
|
|
|
|
Family BEN10 sokong BEN10 still dengan TRW. Cuma tunggu TSAM balik dari Jepun untuk menyelesaikan isu BEN10 dengan JDT.
#Insya'ALLAH, PAAN akan tetap bersama TRW.
Dikhabarkan Dikcson Nwakeame sedang mencari pasukan/kelab baru di Liga M untuk musim 2014.
|
|
|
|
|
|
|
|

APEX TAK DOK SAPA NOK BELI KO? 
|
|
|
|
|
|
|
|
Norfarhan sah ke Terengganu 2014 
Bintang sayap sensasi Kelantan, Mohd. Norfarhan Muhammad menamatkan spekulasi apabila mengesahkan dia kini milik Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT).
Norfarhan yang terkenal dengan jolokan ‘Ben 10′ berkata, perpindahan ke negeri kelahirannya, Terengganu bukan disebabkan faktor ‘wang’ tetapi atas sebab keluarga.
Katanya, sudah sampai masanya untuk berbakti di negeri sendiri setelah berkelana bersama pasukan lain sejak sekian lama.
“Saya sahkan saya kini milik PBSNT tetapi untuk beraksi dengan pasukan Terengganu atau T-Team ia masih belum diputuskan dan saya menunggu keputusan daripada Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid untuk memutuskannya.
“Bila dapat peluang beraksi di bumi sendiri, saya tidak boleh lepaskan. Saya fikir bola sepak bukan untuk jangka masa pendek tetapi ia untuk masa depan dan keluarga.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memahami situasi saya hadapi sekarang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.
Kemelut perpindahan penyerang kelahiran Wakaf Tapai, Terengganu itu timbul apabila dia disenaraikan oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di antara lapan pemain yang bakal meninggalkan pasukan The Red Warriors.
Bagaimanapun, spekulasi timbul selepas Norfarhan yang sebelum ini bersetuju untuk menyertai pasukan Johor Darul Takzim membatalkan hasrat tersebut dan dikatakan mahu kekal di Kelantan.
Malah, ada laporan mengatakan wujud ‘tarik tali’ antara kedua-dua pasukan tersebut untuk mendapatkan khidmatnya.
Pemain berusia 28 tahun itu mula menyertai Kelantan pada 2009 sebelum kembali ke negeri asalnya untuk beraksi dengan T-Team dua tahun kemudiannya.
Bagaimanapun dia kembali menyertai The Red Warriors pada musim lepas.
Dalam pada itu, Norfarhan mengucapkan terima kasih kepada KAFA, Annuar dan peminat setia The Red Warriors kerana membantu mengembangkan kerjayanya dalam bola sepak.
“Saya memberikan penghargaan tertinggi kepada Annuar kepada menghidupkan kembali suasana bola sepak di Malaysia.
“Tidak ada perkataan yang dapat saya ungkap ke atas sumbangan dan jasa Annuar serta seluruh warga bola sepak Kelantan yang membantu untuk meningkatkan kerjaya saya,” katanya.
Sementara itu, Annuar melalui laman sosial facebook berkata, KAFA telah menawarkan gaji tertinggi yang tidak pernah ditawarkan ke atas mana-mana pemain kepada Norfarhan supaya dia kekal bersama The Red Warriors.
“Dalam usaha mendapatkan Farhan (Mohd. Norfarhan), KAFA telah menawarkan gaji paling tinggi pernah kita buat kepada mana-mana pemain tempatan, namun dia memilih untuk ke Terengganu.
“Kita berpuas hati dengan segala usaha yang telah dilakukan dan menghormati pilihannya. Kita ucapkan selamat maju jaya kepadanya,” katanya.-utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
Selepas dilepaskan KAFA, Dickson Nwakaeme dikaitkan dengan Pahang 2014.
Dalam masa yang sama, kelab divisyen 2 Liga Perancis, Anger SCO juga turut berminat mendapatkan penyerang kelahiran Nigeria ini.
Menurut satu sumber, Dickson pernah 'melawat' Anger SCO ketika bercuti di Paris tidak lama dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
~AMAR ROHIDHAN KINI DI KB~
Dikhabarkan pemain tengah Felda United, Anar Rohidhan akan menyertai Kelantan untuk musim 2014.
Prestasi Beliau :...
Sertai Kedah musim 2012 ~> Kedah jatuh ke Liga Perdana musim 2013
Sertai Felda United musim 2013 ~> Felda United jatuh ke Liga Perdana musim 2014.
Jika sertai Kelantan musim 2014 ~> Kelantan ?????
Apa2 pun, GOOD LUCK.

|
|
|
|
|
|
|
|
Saya bersetuju melepaskan Dickson yg mahukan gajinya/kontraknya DOUBLE(Lebih RM1j)...pemain yg bijak dribble dan mampu mengkucarkacirkan lawan bakal di ganti dgn pemain yg mempunyai rekod "finishing and scoring"yg baik...INSYAALLAH -TSAM

|
|
|
|
|
|
|
| |
|