CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matz_rockz

kawin kawin corner : any thing pasal kawin

 Close [Copy link]
Post time 5-10-2006 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by SQ154 at 3-10-2006 01:49 AM


nampak sah Makcik mata Duitan...!




k la aku bersangka baik kan..

Makcik ni cuma nak anak2 dia bahagia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 01:46 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 5-10-2006 12:44 PM




k la aku bersangka baik kan..

Makcik ni cuma nak anak2 dia bahagia


:pray::pray: Alahamdulilah kalau gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 07:24 PM | Show all posts
makcik ni memang dah famous....sokkabar hari sabtu ceta dia half page...

gambo belakang  :jeling:
henpon kaler merah sey

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 07:26 PM | Show all posts
artikel #1

Singapura : 8 Oktober 2006   
  Mudah cetak  | E-mel
SAMAN MALU DEMI MARUAH KELUARGA

Gara-gara majlis perkahwinan dibatalkan, sebuah keluarga pengantin perempuan mengambil keputusan mengemukakan tuntutan saman malu ke atas pihak lelaki atas tindakannya itu. CHAIRUL FAHMY HUSSAINI ([email protected]) mewawancara kedua-dua pihak tentang kes tersebut.

EMAK pengantin yang membuat tuntutan saman malu ke atas teman lelaki anaknya, Encik Nasharudin Munir Ahmad, berkata tindakannya membawa kes itu ke mahkamah disebabkan dirinya berasa malu dan terhina setelah Encik Nasharudin memutuskan hubungan dan membatalkan majlis perkahwinan yang seharusnya dilangsungkan pada Disember 2004.

Bagaimanapun, semasa ditemui Berita Harian di rumahnya di Woodlands Avenue 5 baru-baru ini, Cik Rahiman Begam Maideen, 49 tahun, menegaskan bahawa tuntutan ganti rugi yang tinggi tidak bermakna beliau 'menjual anak atau gila wang' tetapi semata-mata kerana ingin menampung kerugian kewangan akibat pembatalan majlis yang telah dirancang rapi itu.

'Saya bukan jual anak, saya bukan demanding (suka mendesak) tetapi harga diri dan maruah anak gadis saya, diri saya dan keluarga saya perlu dijaga. Apatah lagi segala tempahan bagi majlis perkahwinan sudah dibuat.

'Saya tidak mahu dia lepaskan diri dan tanggungjawabnya begitu sahaja. Sebab itu saya ambil keputusan buat tuntutan di mahkamah kerana mahu dia menanggung kerugian yang kami hadapi,' katanya dengan linangan air mata.

Pasangan berkenaan, katanya, telah pun mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), dan membuat pelbagai tempahan pakej perkahwinan termasuk untuk majlis jamuan dan andaman pengantin.

Menurut Cik Rahiman, sepanjang hubungan mereka, beliau menganggap Encik Nasharudin sebagai anak sendiri dan menerima kehadirannya dengan penuh ikhlas.

'Oleh kerana anak saya dah suka, saya tidak larang hubungan itu. Tetapi apabila dia secara mendadak memutuskan hubungan dan membatalkan majlis perkahwinan tanpa sebab munasabah dan ditambah dengan seribu macam alasan, itu yang membuat saya kecewa,' ujar suri rumah lima anak, berusia antara sembilan dengan 28 tahun, itu dengan nada bergetar.

Beliau juga menyifatkan dakwaan Encik Nasharudin yang dirinya didesak mengadakan wang hantaran $10,000 sebagai 'satu fitnah'.

Mengenai iktibar yang boleh dipelajari daripada kes itu, Cik Rahiman berkata:

'Biar ia menjadi satu pengajaran kepada semua, sama ada pihak lelaki atau perempuan, mengadakan satu majlis perkahwinan adalah serius dan memerlukan komitmen dan tidak boleh dipandang ringan.'

Sementara itu, Cik Norazlyn semasa ditemui wartawan enggan mengulas lanjut.

'Segalanya sudah berlalu. Saya tidak ingin kata apa-apa. Saya ingin memulakan lembaran baru dalam hidup saya,' katanya ringkas, yang berlepas ke Qatar bersama kakak dan abang iparnya untuk bercuti baru-baru ini.


SEKILAS KES

Seorang wanita mengemukakan tuntutan saman malu di Mahkamah Rendah (kemudian kes dipindahkan ke Pusat Hubungan Keluarga yang ditubuhkan Mahkamah Keluarga) ke atas bekas teman lelakinya baru-baru ini apabila temannya itu memutuskan perhubungan dan membatalkan majlis perkahwinan mereka tiga minggu sebelum majlis berkenaan diadakan pada Disember 2004.

Plaintif:
Cik Norazlyn Ismail, 21 tahun (kes difailkan oleh ibunya, Cik Rahiman Begam Maideen, kerana Cik Norazlyn ketika itu dianggap sebagai bawah umur).

Defendan:
Encik Nasharudin Munir Ahmad, 27 tahun.

KEPUTUSAN:
Encik Nasharudin meminta maaf dan diarahkan membayar pampasan, namun jumlahnya dirahsiakan atas arahan mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 07:35 PM | Show all posts
artikel #2

Aku respek giler mamat ni, takde buat hal takde... lantak la orang nak cakap apa..:tq::tq:



Singapura : 8 Oktober 2006   
  Mudah cetak  | E-mel
'SAYA TAK MAMPU ADAKAN MAJLIS KAHWIN MEWAH'
SUARANYA menggambarkan ketenangan.

Namun, gejolak perasaan yang dilalui menyusuli tindakan bekas temanitanya, Cik Norazlyn Ismail, memfailkan tuntutan saman malu ke atasnya amat sukar dibayangkan.

Bagi Encik Nasharudin Munir Ahmad, 27 tahun, apa yang berlaku adalah suratan takdir dan tidak harus difikirkan lagi.

'Kami tidak serasi. Sebelum ini, kami bertengkar berkenaan beberapa isu peribadi. Saya tidak rasa (perkahwinan itu) boleh kekal,' katanya semasa dihubungi Berita Harian baru-baru ini.

Percintaan Encik Nasharudin dengan Cik Norazlyn, 21 tahun, bermula pada November 2003, semasa gadis itu bekerja sebagai pelayan di restoran Pondok Gurame di bangunan BP Towers, Alexandra Road.

Dalam afidavitnya, Encik Nasharudin menyatakan, mereka bertemu hampir setiap hari selepas masa kerja.

'Kami begitu saling mencintai,' jelasnya.

Menurutnya lagi, selepas melamar Cik Norazlyn pada November 2004, beliau telah memberitahu temanitanya itu bahawa mereka perlu mengumpul wang untuk perkahwinan yang bakal berlangsung dalam masa setahun dari tarikh tersebut.

Ini kerana gajinya ketika itu sekitar $1,900 sebulan.

Namun Encik Nasharudin dalam afidavitnya berkata, temanitanya itu memberitahu bahawa ibunya tidak bersetuju perkahwinan mereka dibuat pada satu tarikh lain memandangkan ibunya ingin perkahwinan ketiga-tiga anaknya, termasuk perkahwinan mereka, dibuat secara serentak pada pertengahan Disember itu.

Atas sebab itu, Encik Nasharudin memutuskan hubungan dan membatalkan majlis perkahwinan tersebut kerana tidak mampu menyediakan wang hantaran sebanyak $10,000 seperti yang didesak bakal mentuanya, dalam masa sebulan.

'Saya tidak mampu mengadakan majlis perkahwinan yang mewah dan megah seperti yang dikehendaki ibu plaintif. Seperti yang saya katakan, saya mahu sebuah majlis perkahwinan yang sederhana,' jelasnya dalam afidavit itu.

Namun tindakannya itu telah menyebabkan pihak perempuan membuat tuntutan saman malu di Mahkamah Rendah sebelum kes itu dipindahkan ke Pusat Hubungan Keluarga, yang ditubuhkan Mahkamah Keluarga.

Selepas sidang bersama yang diadakan Jumaat lalu, kedua-dua pihak mencapai kata putus dengan Encik Nasharudin memohon maaf atas tindakannya dan dikehendaki membayar ganti rugi termasuk kos guaman kepada pihak Cik Norazlyn.

Bagaimanapun mahkamah memerintah agar jumlah pampasan itu dirahsiakan.

'Saya tidak ingin memikirkan kes ini lagi. Saya gembira ia telah selesai,' kata Encik Nasharudin mengakhiri perbualan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 11:33 PM | Show all posts
information

Tentang the kids n my fren...

Perkembangan sekarang.... mungkin tak jadi bercerai.... dia dah balik to her kids and stay kat umah dia (with the huby la)
Faza tak leh bagi in details pasal... dia dah balik sana... dah tak khabar kan apa2 to me sonyap jerrr ... doniaa doniaa


** Bleh tak i delete my msg  tentang these ppl??? sekianz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 2-11-2006 03:34 PM | Show all posts
Anak pompuan kpd Ustazah Habsah Senin getting married on the 26th Nov..her b'day.
Reply

Use magic Report

guvnor This user has been deleted
Post time 2-11-2006 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by Gadis_Venus at 2-11-2006 03:34 PM
Anak pompuan kpd Ustazah Habsah Senin getting married on the 26th Nov..her b'day.


tahniah... kirim slm kat ustazah... dah lame aku tak turun klass agama...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 13-11-2006 10:09 AM | Show all posts
I've gt wedding invitation on the 10 of Dec kt Lagun Sari Indonesia Restaurant.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 10:32 AM | Show all posts
Originally posted by Gadis_Venus at 13-11-2006 10:09 AM
I've gt wedding invitation on the 10 of Dec kt Lagun Sari Indonesia Restaurant.

pekak ah tempat ni.. dah lah kecik.. haritu makanan satu tempat aje ..then nak ulang alik ambik makanan sikit punya leceh.. buah buah takde... ingatkan nampak buah, datang dekat rupanya tomato, buat perhiasan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 10:35 AM | Show all posts
semalam my cousin buat kerja kawin anak dia.. suami dia (bapak pengantin) masuk hospital on saturday morning... tak silap paru paru dia menanah...

tok kadi drive pergi hospital untuk dapat kan kebenaran bapak pengantin, menikahkan pengantin berwalikan abang atau pakcik.. walaupun leceh tapi aku hormat cara kadi ni..
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 13-11-2006 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 13-11-2006 10:32 AM

pekak ah tempat ni.. dah lah kecik.. haritu makanan satu tempat aje ..then nak ulang alik ambik makanan sikit punya leceh.. buah buah takde... ingatkan nampak buah, datang dekat rupanya tomato, b ...

Dia ada 2 tempat...1 kt Peck Seah St & lagi 1 kt Bkt Timah kan???U r refering 2 which 1?bt wtever it is..I won't b able to attend the wed coz me nk gi KL.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 08:01 PM | Show all posts
got wedding invitation...HIGH TEA@Kg Ubi CC...on 18 Dec...
bagus camni...tak banyak blanjer...agak nyer????:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 08:19 PM | Show all posts
Originally posted by Gadis_Venus at 13-11-2006 12:47 PM

Dia ada 2 tempat...1 kt Peck Seah St & lagi 1 kt Bkt Timah kan???U r refering 2 which 1?bt wtever it is..I won't b able to attend the wed coz me nk gi KL.

bukit timah...

aku prefer bawah kolong blok..
Reply

Use magic Report

guvnor This user has been deleted
Post time 13-11-2006 08:34 PM | Show all posts
Originally posted by miezarra_27 at 13-11-2006 08:01 PM
got wedding invitation...HIGH TEA@Kg Ubi CC...on 18 Dec...
bagus camni...tak banyak blanjer...agak nyer????:hmm:


kawen koboi ajer yg tak bnyk banjer... cumer stanby duit bilik...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 08:35 PM | Show all posts
Originally posted by guvnor at 13-11-2006 08:34 PM


kawen koboi ajer yg tak bnyk banjer... cumer stanby duit bilik...



:siok:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


guvnor This user has been deleted
Post time 13-11-2006 08:35 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 13-11-2006 10:32 AM

pekak ah tempat ni.. dah lah kecik.. haritu makanan satu tempat aje ..then nak ulang alik ambik makanan sikit punya leceh.. buah buah takde... ingatkan nampak buah, datang dekat rupanya tomato, b ...


amcam hidangan kat saner? dngar2 mulot org kater kurang memuaskan... pricey plak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2006 08:36 PM | Show all posts
Originally posted by guvnor at 13-11-2006 08:35 PM


amcam hidangan kat saner? dngar2 mulot org kater kurang memuaskan... pricey plak tu...

not that nice tapi boleh telan lah..

makanan yg mamat tu bawak pergi gathering lagi sedap<-- kak tam cakap
Reply

Use magic Report

guvnor This user has been deleted
Post time 13-11-2006 08:37 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 13-11-2006 08:36 PM

not that nice tapi boleh telan lah..

makanan yg mamat tu bawak pergi gathering lagi sedap<-- kak tam cakap


chewah.. dia tu madang bungkos ajer~~~
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2006 11:40 AM | Show all posts
She's 22, he's 105. And M'sian groom says:
I had a feeling she loves me  



IT is a marriage that has set tongues wagging in the sleepy Malaccan village of Duyong, and throughout Malaysia
Mr Sudar Marto, 105, was already well-known as a centenarian.

Then, two months ago, he took a 22-year-old bride, reported Malaysian newspapers.

He told the New Straits Times: 'If you believe in fate and true love, whatever you are destined for will become a reality.'

Mr Sudar, a businessman, has a 69-year-old wife who is bedridden, six sons, 19 grandchildren and two great grandchildren. His new bride, Ms Ely Maryulianti Rahmat is a maid from Pekan Baru, Indonesia.

Mr Sudar said: 'I believe that fate and true love brought us together. We love each other very much and both our families did not object to the wedding.'

But it was not love at first sight for them.

The groom said: 'I had known Ely for over a year before I realised that we were meant for each other.

'She was working at my foster son's house and we met quite often. I was attracted to her jovial yet gentle and soft-spoken nature.


MISSED HER


'We got along very well together and I really missed her when we were not together.'

Meanwhile, Ms Ely told Harian Metro that her feelings for him began as sympathy that later developed into love.

She said she felt sorry for him at first, as he was advanced in years, and caring for a sickly wife.

Mr Sudar proposed in February. He said: 'It happened at my foster son's house. She was wearing a blue baju kurung and taking a break from her chores.

'I popped the question over tea and to my pleasant surprise, she immediately accepted my hand in marriage.'

But he said he was nervous before he proposed.

He said: 'It did not come easy. I felt insecure at first because of the age gap. But I had a feeling that she loved me.'

Ms Ely said: 'I did not marry him for his wealth. I love him and I want to care for him and his wife.

'The age difference is not a problem as it is the state of mind that matters.'

Her husband quickly agreed. 'I may be old in numbers but I am still young here,' Mr Sudar said, pointing to his chest.

The union has the blessing of Mr Sudar's first wife too.

Madam Fatemah Mat, 69, said she considered it her husband's good fortune to marry a young wife as she is no longer able to look after his needs.

She said: 'If I had been in good health, I would not have allowed him to marry again. This union also benefits me as Ely takes good care of me.'


HEALTHY


At 105, Mr Sudar is in good health, with excellent memory, hearing and eyesight.

The strict vegetarian avoids cold drinks and takes a lot of traditional food supplements including Tongkat Ali.

So will there be the patter of little feet soon?

Mr Sudar said: 'If it is fated, who are we to say no?'
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.073577 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list