Post time 10-12-2020 07:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kenapa zat iodin diperlukan?
Kekurangan pengambilan zat iodin boleh memberi impak yang besar kepada kesihatan tidak kira muda atau tua.
Saksikan video ’Kepentingan Iodin’ untuk ketahui impak iodin kepada
kesihatan kita!!
Layari pautan http://nutrition.moh.gov.my/universal-salt-iodization-usi/ untuk maklumat lanjut.
Bermula 1 Januari 2021, semua garam (pek ≤20kg) yang dijual di pasaran adalah garam beriodin.
Kegagalan berbuat demikian, pengilang dan penjual boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari dua tahun
Post time 10-12-2020 07:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pembukaan Semula Pusat Kuarantin Dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dan pengaktifan PKRC MAEPS 2.0 mulai 9 Disember 2020.
Pelaksanaan program saringan pekerja asing akan dilakukan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Skop operasi kali ini akan melibatkan pesakit COVID-19 kategori 1 (tanpa gejala) dan kategori 2 (gejala ringan) dan hanya menempatkan pesakit bukan warganegara
Memandangkan PKRC MAEPS 2.0 akan menempatkan warganegara asing dalam kapasiti yang tinggi, aspek keselamatan akan dipertingkatkan lagi oleh pihak ATM dan PDRM
Post time 12-12-2020 09:18 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Status Person Under Surveillance (PUS) akan tertera di profil dan paparan Check-in setelah anda melaksanakan penilaian kesihatan di aplikasi MySejahtera dan merupakan individu yang mempunyai hubungan epidemiologi iaitu
Pernah menghadiri majlis atau kawasan yang dikaitkan dengan kluster COVID-19
atau
Pengembara / tinggal di luar negara dalam masa 14 hari
atau
Kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dalam masa 14 hari.
Jika anda Individu dalam pengawasan dan pemerhatian / PUS, lakukan penilaian kesihatan secara kendiri selama 14 hari dalam aplikasi MySejahtera
Pertama, klik 'MySejahtera'
Kedua, klik 'Perlu Dilakukan'dan klik nama anda
Ketiga, jawab soalan-soalan seperti yang dilampirkan setiap hari selama 14 hari
Sekiranya bergejala dan bertambah teruk semasa tempoh pengawasan, segera hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran anda.
Jika keputusan ujian pengesanan COVID-19 positif, status risiko akan bertukar kepada Kes Disahkan. PKD akan menghubungi anda untuk tindakan lanjut.
Status kuarantin selesai akan tertera setelah anda menyelesaikan kuarantin selama 14 hari.
Status PUS akan bertukar ke risiko rendah jika tiada gejala selama 14 hari.
Kekurangan pengambilan zat iodin boleh memberi impak yang besar ...
ini sangat penting
bagus keypo
ini adalah cara2 kerajaan di malaysia dan serata dunia mencuba untuk kurangkan masalah hypothyroidism di dalam penduduk mereka
Post time 17-12-2020 08:53 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati risiko jangkitan pasca-kuarantin akan berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin dan kadar kebolehjangkitan adalah tertinggi pada minggu pertama selepas pendedahan.
Tempoh masa perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan daripada tempoh 14 hari kepada 10 hari.
Ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian yang dilaksanakan di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman.
Author|Post time 17-12-2020 10:08 AMFrom the mobile phone|Show all posts
keypochino replied at 17-12-2020 08:53 AM
Semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati risiko jangkitan pasca-kuarantin akan berkura ...
ye keypo and now xd lagi simply ambil and kuarantin di hospital. Jika positive and tidak ada symptoms.. kkm akan instruct duduk dirumah sahaja. So terpulang kepada sikap kita rakyat Malaysia nak jd rakyat bertanggung jawab atau sebaliknya. Macam kes yg umur warga emas tu kkm akan alert sikit depa tanya ada comobid symptoms tak atau tidak sbb tu details patients dicatat dgn teliti. So mysejahtera tu sgtla bagus.
Post time 20-12-2020 11:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dokumentari pendek pengalaman bagaimana Kementerian Kesihatan Malaysia mengatur strategi menghadapi Gelombang ke-3 wabak COVID-19.
(18 Disember 2020)
Anggota perubatan merupakan antara komponen yang paling penting di dalam meningkatkan kesiapsiagaan fasiliti kesihatan termasuklah hospital. Sistem kesihatan negara sudah tentu tidak dapat menangani wabak COVID-19 ini dengan baik tanpa kemahiran dan kepakaran anggota perubatan kita. Mobilisasi anggota perubatan di dalam negeri dan juga di antara negeri yang berlainan merupakan strategi utama bagi mempersiapkan pertahanan kita khususnya di negeri-negeri yang menghadapi peningkatan kes yang mendadak.
Video dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman bagaimana Kementerian Kesihatan Malaysia mengatur strategi ini.
Saksikan Bahagian 1 di sini : https://youtu.be/8wBnf0d74Pw
Author|Post time 20-12-2020 04:36 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Genap setahun sejak kes COVID-19 mula dilaporkan pada 19 Disember 2019 di Wuhan, China, penyelidik dari UK menemui varian baru virus ini yang mula muncul pada pertengahan September di London atau Kent iaitu selatan England.
Analisis awal mendapati varian ini 70 peratus lebih mudah merebak daripada varian lama yang dapat meningkatkan kadar kebolehjangkitan (R-naught) sebanyak 0.4.
Ini disebabkan mutasi atau perubahan pada protein pepaku (spike protein) yang terlibat dalam pelekatan virus pada sel manusia sebelum memasukinya.
Setakat ini, belum ada bukti yang menunjukkan vaksin yang dihasilkan kini tidak berkesan terhadap varian baru virus COVID-19. Malah, tiada bukti yang menunjukkan varian yang dikenali sebagai “VUI – 202012/01” ini akan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk.
Mutasi pada virus adalah sesuatu yang dijangka dengan kadar mutasi bagi virus COVID-19 adalah sekitar 1 hingga 2 mutasi sebulan secara global. Tetapi apa yang lebih penting, mutasi ini dikesan awal supaya risikonya dapat difahami dengan cepat.
Sehingga 9 Disember 2020, 62 peratus kes COVID-19 di London disebabkan oleh varian baharu ini berbanding 28 peratus pada tiga minggu lepas. Ini menyumbang kepada peningkatan dua kali ganda kadar kebolehjangkitan berbanding minggu lepas.
Penyelidik juga percaya varian baharu ini telah merebak ke negara lain tetapi masih perlukan kajian bagi mengesahkannya.
Sebelum ini, varian D614G pernah mencetuskan gelombang kedua dan gelombang ketiga di negara ini. Varian ini mempunyai persamaan dengan varian yang dikesan di India, Filipina dan Indonesia.
Happy Birthday Covid!!! we just don't like YOU please go away ASAP.
INFO: KKM
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 22-12-2020 11:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by keypochino at 22-12-2020 11:22 PM
Beberapa negeri telah dilanda banjir.
Ini yang anda boleh lakukan untuk mencegah jangkitan denggi.
Sebelum banjir :
1 Buang segala bekas yang boleh menakung air di persekitaran rumah
2 Periksa dan pastikan rain gutter di bumbung rumah tidak tersumbat
3 Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas air yang sukar dikosongkan
4 Simpan bekalan repelan dan semburan aerosol pembunuh nyamuk di rumah
Semasa banjir :
1 Sapu losen repelan atau semburan repelan pada kulit yang terdedah
2 Lakukan semburan aerosol pembunuh nyamuk di ruang terlindung
3 Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang yang berwarna cerah
4 Tidur di dalam kelambu
Selepas banjir :
1 Lakukan aktiviti cari dan musnah
2 Lakukan semburan aerosol di dalam rumah sejurus sebelum masuk ke rumah
3 Rancang aktiviti gotong royong bersama komuniti
#denggi
#sihatmilikku
#walkthetalk
Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Post time 23-12-2020 12:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
KKM mempelawa anda untuk menyertai tinjauan penerimaan atau penolakan vaksin COVID-19.
Sila klik http://tiny.cc/Vcovid19 untuk menjawab soalan.
---
MOH would like to invite you to participate in the COVID-19 vaccination acceptance or refusal survey. Kindly click http://tiny.cc/Vcovid19 to answer the questions
#COVID19
#KitaMestiMenang
#sihatmilikku
Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)