CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kp5x

7 Hari Mencintaiku 2 - Siti Rosmizah Buat Laporan Polis

[Copy link]
Post time 15-8-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 15-8-2020 05:30 PM
Owh,penulis  buat sendiri ye drama ni? hari tu ada tgk sekali, dialog wan sharmila tu dialog nov ...

betul. bila penulis sendiri yg gigih nk terjemah karya ke TV knp tah jadi bosan plk hasilnye. maybe sbb dia nk sebiji2 yg dalam buku tu ada semua dlm kaca TV...sedangkan x perlu semua yg ada dlm buku perlu di sumbat dlm sebuah drama.  siri Harry Potter pon 50% je ikut buku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 15-8-2020 12:05 PM
Iols skrg tgh layan drama Korea Sky Castle.. best gila. Pasal socialite berebut nk masukkan anak ke  ...

Yes,  I pun suka cerita tu.

Pegang rating Kdrama paling tinggi sebelum dipintas oleh The World of The Married.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 14-8-2020 03:39 PM
Iols tak ingat secara jelas.. Tak salah iols happy ending.. Watak utama wanita berubah jadi baik d ...

Uols baca yg first novel dia ke no 2 Sarah? Cara uols cerita mcm first novel
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 06:21 PM | Show all posts
kierakirana replied at 15-8-2020 06:04 PM
kurang best jadiknye. terlalu meleret.

mcm thread ni jugakla....
yg tengok kununnya bape kerat je...

yg banyak komen "tak tengok, tak tengok, aku sorang je ke tak tengok"
alih2 meleret 13 pages ngan citer org yg tak tengok...
ko nampak tak permainan melayu fefeling urban????
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
limau_lemon replied at 15-8-2020 06:18 PM
Uols baca yg first novel dia ke no 2 Sarah? Cara uols cerita mcm first novel

Yg 1st rasanya.. Novel dia agak boring.. Iols prefer novel arwah kak melur jelita.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
akubest replied at 15-8-2020 06:21 PM
mcm thread ni jugakla....
yg tengok kununnya bape kerat je...


hahaha... xpe chuolss kita layankan je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2020 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahla replied at 15-8-2020 02:22 PM
We're at the same boat! Aku skrg tgh layan the bridge gak, sedehnya next week dah nak last episode ...

Hahaha kan.. Cerita meleweh ni penat nk tgk.. Hopefully ada the bridge 3 nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku langsung xtau ttg kewujudan citer ni. What's the fuss about again??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2020 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Annehamid replied at 15-8-2020 11:04 AM
Aku tunggu semua episode complete baru layan the bridge season 2

OK gak tu.. Aku harap ada the bridge season 3 lak nanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kierakirana replied at 15-8-2020 06:13 PM
betul. bila penulis sendiri yg gigih nk terjemah karya ke TV knp tah jadi bosan plk hasilnye. mayb ...

Taknak hampakan peminat2 novel tu kot... Nanti kena kecam cam ombak windu

Kena ubah suai sikit kot dialog tu...realistik macam org zaman la bercakap, bukan ayat tulis...  jadi macam tak best pula... huhu
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 15-8-2020 01:52 AM
iols pon xtgk. sbb baca ramai dok marah2, for sure tipikal drama melayu. hilang yg kembali x ada pul ...


pergghh bez gila drama hilang yang kembali tu.pasal sindiket culik budak2 dan jadi buruh paksa..sedih dan thrill pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
junghin replied at 15-8-2020 11:44 PM
pergghh bez gila drama hilang yang kembali tu.pasal sindiket culik budak2 dan jadi buruh paksa.. ...

Plot twist dia best kan? Aritu second time i tgk. Xsgka ank dia dah mati lama dah. Sbb tu dia lgsg xpercaya yg nafiz tu bkn ank dia tp xboleh nk explain dkt wife. Pastu baru tau yg tu hasil ank luar nikah. Then laki dia sebenarnya jahat. Paling kesian dgn ank laki dia sorang lg la si danish tu . Spoil cerita ni sbb tiba2 buat daniel suka emelda tu. susunan cerita pon best. Buat kita berteka teki sapa jahat. Mmg i xsangka sgguh the plot twist tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 15-8-2020 11:54 PM
Plot twist dia best kan? Aritu second time i tgk. Xsgka ank dia dah mati lama dah. Sbb tu dia lgsg ...


kann byk plot twist.yg ayah dia ada kaitan dgn sindiket tu rupanya dgn si zamarul.setiap episod penuh suspense dan tak saba nk tahu episod seterusnya.tapi sedih tengok budak2 kene kerah keje kat ladang dgn rumah org kaya tu.pastu kne tinggal ramai2 dah mcm kat rumah kongsi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
aderaderker replied at 15-8-2020 06:13 PM
Yes,  I pun suka cerita tu.

Pegang rating Kdrama paling tinggi sebelum dipintas oleh The World ...

Yes.. best sangat.. iols ni bukan hantu drama korea. Nak habiskan satu drama pun payah sbb kadang xde masa nak ngadap tgok setiap episod 1 jam. Drama melayu 40 minit je.. haha.. tp drama Sky Castle ni best balik keje je terus siap2 layan  drama ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 08:06 AM | Show all posts
Kurex replied at 14-8-2020 12:44 PM
Aku je ke yg tak tgk drama ni???

me too
dah lama tak tgk tb

Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Wallaupiun cerita ni mungkin x menarik minat semua orang tapi citer ni face dengan realti. Serius talk. Sebab cerita ni hampirsemua orang ada sifat ni. Isteri ego . Lelaki cam khuzairi tu satu la cam sejuta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2020 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun tak layan drama ni
Family aku maghrib2 mmg tak buka tv..

Itu je nak kabor
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Citer tak pijak dibumi yang nyata
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2020 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols mmg x sempat lah nk tgk drama nih...yg 1st 7HMK ni, iols tahu sapa pelakon wanita tu yg last min diganti oleh Sallywho.
Last2 iols tgk RTM, TV Alhijrah or News Channel jer lah. Tgk Netflix manjang drama2 LGBT...sciencetology...tgk Astro lg cam harammm, balik2 ulang laa drama, entertainment yg sama sampai sepuluh juta kali. Yang iols boleh layan Amazon Prime jer laa sesekali tgk filem2 Korea yg bagus2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2020 10:37 AM | Show all posts
Najiy Jefri
[email protected]

KEJAYAAN menghidupkan karakter Mia Adriana dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 baru-baru ini nyata mengangkat semula nama aktres jelita Siti Saleha ke tahap yang lebih tinggi dalam industri hiburan.

Membawakan watak itu dengan bersahaja dan penuh warna-warni, ramai penonton yang beremosi termasuk, graf kesabaran mereka juga seolah-olah diuji.

Lebih menarik, apabila setiap kali tayangan drama itu di slot Akasia TV3, jam 7 malam, pasti watak Mia menjadi 'trending' di media sosial sehingga ramai yang tak sabar menantikan episod akhirnya, hari ini.

Saleha berkata dia menerima banyak video yang memperlihatkan penonton mengalir air mata dan sangat bersyukur kerana drama dibintangi bersama Shukri Yahya itu diminati ramai.


"Saya dapat banyak video orang menangis. Ada juga video yang tunjuk kawan mereka menangis ketika menonton drama ini. Justeru, melihat maklum balas yang baik itu memberi satu kepuasan dan keterujaan untuk saya kerana lakonan dipersembahkan berjaya sampai di hati penonton.

"Saya percaya semua pelakon drama ini akan berasa bangga dengan lakonan mereka. Saya juga menangis, jika menonton drama atau filem yang memberi kesan. Jadi, ia satu signal yang baik kerana penonton berasa dekat dengan karakter dilakonkan itu.

"Secara keseluruhan, hampir semua karakter dalam drama ini memperlihatkan kematangan pada pembawakan watak. Malah, apa yang buatkan saya lebih seronok kerana fokus tidak hanya pada watak utama semata-mata, tetapi setiap karakter ada cerita mereka tersendiri dan memberi impak ketika tayangan.

"Saya akui musim kali ini lebih banyak suntikan emosi berbanding terdahulu. Saya rasa penonton bertambah sayang untuk setiap watak yang dibawakan pelakon," katanya.

Menerusi drama adaptasi novel arahan Jamal Khan itu, Saleha mengakui agak keberatan untuk menerima tawaran musim kedua kerana bimbang dengan penerimaan yang tinggi daripada penonton.

"Pada mulanya memang agak berat hati untuk kembali membawa watak Mia kerana saya lihat pengakhiran pada musim pertama sudah cantik. Namun ketika ditawarkan untuk musim kedua, saya bimbang kerana penonton akan membuat perbandingan sekali gus jadi takut. Tambahan, musim pertama drama ini pernah fenomena dengan jumlah penonton yang tinggi.

"Tapi Alhamdulillah musim kedua turut mendapat maklum balas yang baik. Cuma pada 10 episod pertama. saya kena bahan dengan peminat setia drama ini. Meskipun menerima banyak komen negatif mengenai karakter Mia, namun saya lihat daripada sudut yang baik dan bukti karakter dilakonkan itu sangat memberi kesan.

MAKIN bahagia dalam kehidupan berkeluarga, kembali beraksi dengan sokongan suami
MAKIN bahagia dalam kehidupan berkeluarga, kembali beraksi dengan sokongan suami
"Biarlah mereka sakit hati dengan watak yang saya bawakan tapi, menuju episod akhir ini ramai yang sudah mula sayang dan kasihan pada Mia. Ini membuktikan ada evolusi dalam karakter saya kerana mendapat pelbagai reaksi daripada penonton," katanya.

Tambah Saleha lagi, ketika ditawarkan drama terbabit, dia menghubungi Shukri dan Liza Abdullah kerana mahu mereka turut serta dalam naskhah itu.

"Saya menghubungi Shukri dan Liza terlebih dahulu sebelum menerima tawaran ini. Kalau mereka buat, baru saya akan bersama untuk musim kedua ini. Bukan hanya mereka, malah beberapa pelakon lain juga saya bertanya.

"Jujurnya, saya sudah lama tidak berlakon drama episod yang panjang. Kali terakhir adalah 7 Hari Mencintaiku musim pertama pada 2017 lalu. Ini kerana, selepas berkahwin saya ingin memberi lebih komitmen terhadap rumah tangga.

"Namun atas sokongan suami dan semangat pelakon lain yang kembali menjayakan musim kedua ini, saya terus bersetuju tanpa memikirkan pengharapan penonton. Apa yang menjadi kerisauan adalah jika musim kedua ini tidak menjadi. Tapi, syukur drama ini dihujani komen positif yang banyak hingga ada yang puji lakonan saya lebih berkesan dan ada evolusi," katanya.

Siapa sangka, Saleha juga mengakui dia amat selesa sepanjang bekerjasama dengan Shukri serta tenaga produksi drama itu yang dianggap berjaya memberi komitmen terbaik.

"Saya dan Shukri memang tiada masalah untuk mencipta keserasian. Cuma, saya ada satu masalah yang mana cuba elakkan membawa terlalu banyak watak romantis. Sebelum kahwin, saya okey tapi, selepas bergelar isteri memang dikurangkan.

"Tak sangka juga pihak produksi dan Shukri faham dengan keadaan saya. Malah, kami bersetuju kurangkan babak romantis dan untuk menciptanya tak perlu pun bersentuhan. Babak itu boleh berjaya dengan lontaran dialog atau dengan pandangan diberikan," katanya.

Strategi dalam kerjaya lakonan

Lebih 12 tahun mencanai bakat dalam dunia lakonan, Saleha kini semakin selektif dalam menyusun strategi bagi setiap drama lakonannya.

"Setiap tahun saya sudah ada perancangan untuk menyusun kerjaya seni sebagai pelakon. Selalunya, saya akan buat dua drama bersiri dalam setahun.

"Selepas, membintangi drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini saya akan berlakon pula drama dalam talian (online) berjudul Black 2 melalui Viu Malaysia.

"Tak dinafikan, saya memang memilih hanya sesekali saja muncul berlakon. Ini kerana, pada tahap sekarang saya okay dengan cara ini," katanya.

Ditanya juga mengenai kehidupan rumah tangga dan perancangan untuk menimang cahaya mata, Saleha sekadar menjawab ringkas, dia bahagia

"Untuk soal anak, mungkin belum ada rezeki buat kami lagi. Apapun, saya bersyukur dan gembira kerana semuanya baik-baik. Terima kasih mendoakan saya dan suami," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.070655 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list