|
Post Last Edit by HangPC2 at 31-7-2011 00:16
Jenama Dari I.R Iran
Daei Sport Shop
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 31-7-2011 00:14
Jenama Dari I.R Iran
AMINI
Amini Sport Goods Co.
[email protected]
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasaran Bebas Dalam Ekonomi Tertutup
by hassanayat | category: Article | 2/12/2008 | 13:31:51 PM
Ketika rakyat negara ini sedang berteka-teki tentang harga beras yang dijangka akan mengalami kenaikan, dan disaat kempen memulaukan produk keluaran Belanda giat dijalankan lewat filem ‘ Fitna ’ , fikiran saya sekali lagi tersorot jauh ke tahun 1998.
Visual sebuah iklan terbitan Petronas pada tahun itu kembali bermain-main difikiran saya, Vanidah Imran dalam iklan itu cukup bergaya memakai ‘ Kasut Buatan Gombak ’ , dan mesej yang cuba disampaikan oleh Pengarahnya cukup jelas – Belilah Barangan Buatan Malaysia !
Saya tidak pasti samada kempen Membeli Barangan Buatan Malaysia pada tahun itu menghasilkan kejayaan ataupun tidak, tapi saya yakin, kempen itu menemui kegagalan.
Dalam terma perakaunan, terdapat satu istilah yang dipanggil ‘ goodwill ’ . Produk-produk yang mempunyai ‘ goodwill ’ biasanya telah dikenali zaman-berzaman, dan orang akan terus membeli produk-produk ini kerana nama baiknya, tak kira berapa harganya. Dan terbukti, produk-produk ‘ goodwill ’ ini biasanya dikeluarkan oleh negara asing !
Adakah mungkin produk-produk buatan Malaysia dapat bersaing dengan produk-produk ‘ goodwill ’ dari negara asing ? Adakah mungkin rekod jualan baju sukan berjenama ‘ Sidek ’ dapat mengatasi rekod jualan baju sukan berjenama ‘ Adidas ’ dalam pasaran tempatan ? Adakah mungkin di Malaysia ini, kasut buatan Gombak akan lebih banyak dipakai berbanding kasut buatan Amerika. Saya yakin tidak !
Oleh itu saya sarankan agar kerajaan tidak terus mengimport produk-produk yang Malaysia mampu hasilkan sebaliknya memberi penekanan kepada peningkatan jumlah produk-produk dari dalam negara. Sebagai contoh, semua cawangan A&W boleh sahaja ditutup di Malaysia dan cawangan-cawangan 1901 pula diperbanyakkan. Pekerja-pekerja dari cawangan A&W yang ditutup boleh saja ditawarkan pekerjaan di cawangan 1901 yang baru dibuka. Ini dapat menyelesaikan masalah penggangguran.
Sistem monopoli seringkali dilihat akan menjejaskan kualiti sesuatu produk. Kita boleh menafikan situasi ini dengan cara menawarkan produk-produk yang sama tetapi dari keluaran syarikat-syarikat yang berlainan didalam pasaran tempatan, asalkan syarikat itu adalah syarikat Malaysia sendiri. Sebagai contoh, Pizza Hutt tidak dibenarkan beroperasi, tetapi Pizza Yah boleh diwujudkan untuk menyaingi Pizza Pah. Inilah yang kita boleh labelkan sebagai ‘ Pasaran Bebas Dalam Ekonomi Tertutup ! ’
Saya tidak menyarankan kerajaan mengamalkan dasar menutup pintu sepenuhnya. Produk-produk yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh Malaysia tidak dapat tidak haruslah diimport juga dari negara luar, demi keselesaan rakyat Malaysia.
Dan kenaikan harga beras pula dapat kita elakkan jika kerajaan menggalakkan pengeluaran beras secara besar-besaran dalam negara sendiri, tetapi beras Malaysia itu mestilah dijual dengan harga yang murah untuk mengelakkan penyeludupan beras dari Thailand. Dan jika Pasaran Bebas Dalam Ekonomi Tertutup ini berjaya dilaksanakan, kita tidak perlu lagi bersusah-payah berkempen untuk memulaukan produk Belanda, kerana produk itu sendiri pun sukar didapati di Malaysia !
Malaysia Untuk Rakyat Malaysia!
Sources : http://www.kapasitor.net/
|
|
|
|
|
|
|
|
ADIDAS vs PUMA
" The sixty-year-old battle between German sports brand makers Adidas and Puma has come to an end as employees of the two firms joined forces in a mixed-team soccer match. The founders of each sports brand were brothers who fell out during the second world war. The firms decided to join forces to mark Peace Day, on 21 September 2009. "
The German sportswear companies Puma and Adidas have ended a feud started 60 years ago by their founding brothers.
Employees of both companies have shaken hands and then played a football match in the Bavarian town of Herzogenaurach, where both are based.
In the past only the bravest dared to wear their Puma shoes and cross the river to the adidas side of town.
It was true in reverse. Adidas-wearers could forget about quenching their thirst at the watering hole of a Puma publican.
Herzogenaurach was a town split into footwear factions. Townfolk were marked as adidas or Puma people. Intermarriage was out of the question.
Adi and Rudolf Dassler started making sports shoes together in their mother's wash-room in the 1920s, trading as Dassler Brothers Shoe Factory.
But the relationship soured and they fell out during World War II over political differences, and founded rival firms; Rudolf left to set up Puma, and Adolf renamed the company Adidas.
The split spawned decades of fierce business rivalry, split a town in two, and led to the establishment of two of the best-recognised sporting brands in the world.
But now, after more than 60 years of enmity, Puma and Adidas have chosen to call a truce.
Initially the brothers had worked well together, despite their differences.
" They complemented each other very well to begin with, " Smit told Deutsche Welle.
" Adi Dassler was always more thoughtful, a craftsman who enjoyed nothing more than fiddling with his shoes. Whereas Rudolf Dassler was a more abrasive, loudmouthed salesman, " she said.
Theories abound about what drove the brothers apart.
Smit believed it was politics. Both men had joined the Nazis, but Rudolf was more devoted to the cause, she wrote in her book.
And when Rudolf was arrested by American forces and sent to a prisoner of war camp, he was convinced it was Adi who had turned him in.
But town gossip, predictably, rested on more salacious reasons. Adolf had slept with Rudolf's wife, or perhaps Rudolf had fathered Adolf's son, town folk chattered.
Others believed Adolf had also caught Rudolf stealing from the company's petty-cash box, it said.
But it's an incident during an Allied bomb attack on Herzogenaurach during World War II in 1943 that is used most to highlight tension between the brothers, and frequently cited as the moment they fell out irrevocably.
" The dirty custards are back again, " Adolf had said while sitting in a bomb shelter just as his brother and his family came down the stairs.
Adolf had referred to the Allied war planes, but Rudolf was convinced his brother was speaking about him and his family.
" We will probably never know the real reason why Adi and Rudi fell out, " stated Ernst Dittrich, head of Herzogenaurach's town archive.
" It was like a marriage that goes terribly, terribly sour. "
Tensions between the two firms appeared to have eased in recent years, with neither company in the hands of the founding families any longer.
The rift in the town also appeared to be have mended. Teens in the town square could be seen hanging together wearing Puma, adidas and even Nike..
But when Rudolf Dassler's grandson Frank took a job with adidas in recent years, there was a bit of a stir. Local newspapers were critical.
" My stepmother and my stepbrother weren't very happy about this decision. They thought it would be a betrayal against my grandfather, " he told Deutsche Welle.
" But this rivalry was years ago, it's history now, " he said.
Although the Dassler brothers died in the 1970s, Monday's handshake will be significant for Herzogenaurach residents, whose psyche for years was shaped by their choice of footwear and its consequences.
" Some of the stories you hear are just mind-blowing, " Puma marketing manager Filip Trulsson said.
" Puma people not marrying adidas people, Adidas and Puma gangs in the schools, pubs loyal to one firm refusing to serve workers from the other, it's all gone on here. "
Herzogenaurach had become nicknamed "the town of bent necks", because townfolk would not strike a conversation with a stranger until they had first looked down at the shoes that person was wearing, said author Barbara Smit, who chronicled the history of Adidas and Puma in her book ' Pitch Invasion ' .
" The town was really split in two like a sort of mini-Berlin with this little river as a partition in the middle, " she told German broadcaster Deutsche Welle.
Bakeries and stores proclaimed their loyalty to either Puma or Adidas. Two football teams emerged - ASV Herzogenaurach and FC Herzogenaurach; each sponsored by one of the rivals and intermarriage between supporters was frowned upon, Deutsche Welle said.
Some exploited the enmity to their advantage, said Rudolf Dassler's grandson, Frank.
Handymen would come to work at his grandfather's house wearing adidas shoes on purpose. When Rudolf saw their footwear, he would instruct them to go to his basement and pick a pair of Puma shoes that they could have for free.
" Rudolf simply couldn't stand the fact that someone was wearing an Adidas shoe in his private home, " Frank told Deutsche Welle.
The match was the first joint activity held by the two companies since the brothers left their shared firm in 1948.
The move was in support of the Peace One Day organisation
It ended 7 - 5 but the teams were not split into Adidas and Puma - with both sides made up of staff from both companies.
Adidas boss Herbert Hainer played as a striker for the winning team, which also included Puma chief Jochen Zeitz in goal.
When the brothers set up their separate companies, the town was also split, with residents loyal to one or other of the only major employers.
The two companies decided to make up in support of the Peace One Day organisation, which had its annual non-violence day on Monday.
Neither group is now controlled by the descendants of its founding families, although Rudolf's grandson Frank Dassler raised some eyebrows in the town by working for both Puma and Adidas.
Since 2007, Puma has been majority-owned by PPR, the French luxury goods maker that also owns Gucci.
Adidas Group is much more widely-owned, with no individual shareholder having more than 5%.
Sources : http://www.2uptop.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
Beli barang Figos dalam talian
Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
[email protected]
TANG KOK WAI meneroka cara pemasaran baharu untuk mengukuhkan jenama Figos di pasaran tempatan.
PERKEMBANGAN pantas dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) membolehkan segala maklumat di Internet diakses dengan mudah tanpa mengira sempadan dan waktu.
Lebih-lebih lagi dengan kemuncu- lan beberapa media baru seperti Facebook, Twitter dan Youtube menjadikan peranannya bukan sahaja se- bagai ejen sosial tetapi menjana keuntungan tanpa had.
Contoh terbaik ialah tentang keberkesanan urusan perniagaan secara dalam talian (online), ia nyata memberikan manfaat secara langsung kepada perniagaan tersebut serta pengguna.
Menyedari kelebihan yang ada menerusi perniagaan secara dalam talian, syarikat pengeluar barangan su- kan, Figos Sdn. Bhd. (Figos) mengambil langkah positif dengan menceburkan diri dengan mengikuti trend tersebut.
Selaku pengedar barangan sukan terulung di negara ini, syarikat itu tidak ketinggalan merebut peluang dalam kaedah pemasaran secara dalam talian sejak perkhidmatan itu dimulakan kira-kira tujuh tahun lalu.
Pengarah Urusan Figos, Tang Kok Wai berkata, ia merupakan salah satu strategi syarikat itu untuk memasarkan produk-produk keluarannya terus kepada pengguna terutama golongan muda.
Menurutnya, sistem pemasaran sedia ada memerlukan pengguna mengunjungi kedai-kedai sukan, pameran atau jualan gudang semata- mata mahu mencari atau membeli barangan sukan yang dikehendaki.
“ Namun melalui sistem dalam talian, pembelian tersebut boleh dilakukan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.
“ Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan perbelanjaan harian pengguna, terutamanya yang tinggal di luar bandar, ” katanya.
Tambah beliau, pengguna yang ingin membuat tempahan secara dalam talian boleh mengakses laman web www.figos.my atau di laman sosial Facebook dengan kata kekunci ‘ Figos Malaysia ’ dan ketika ini terdapat semua jenis produk sukan boleh didapati melalui laman web tersebut.
“ Selain berpeluang mengetahui hebahan aktiviti jualan Figos, mereka juga boleh menghantar komen, idea dan sebagainya.
“ Pengguna yang membeli secara dalam talian perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai rekod bagi memudahkan transaksi pada masa hadapan, ” ujarnya.
Menariknya, melalui sistem berkenaan, pengguna berpeluang mendapat diskaun sebanyak 20 peratus berbanding harga biasa di kedai sukan lain dan turut berpeluang untuk memiliki jersi Figos secara percuma.
“ Tawaran istimewa ini dikhaskan untuk ahli Figos (yang telah mendaftar di laman web atau di laman sosial Facebook) sahaja. ”
Kok Wai berkata, pihaknya yang sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan juga merancang untuk melaksanakan penjualan-penjualan secara e-Shop yang menjadi trend masa kini dalam tempoh terdekat.
- Kosmo -
|
|
|
|
|
|
|
|
Figos perkenal koleksi terbaru
EKSEKUTIF Pemasaran Figos Sdn. Bhd., Klex Ngooi menunjukkan antara produk-produk terbaru keluaran Figos di Pusat Komersial Pandan Indah, Kuala Lumpur baru-baru ini.
MESKIPUN pelbagai jenama sukan baru muncul di pasaran, ia tetap tidak menggugat reputasi dan kedudukan Figos yang sudah bertapak di pasaran tempatan sejak sembilan tahun lalu.
Sehingga kini, jenama Figos tetap menjadi pilihan khususnya di kalangan peminat sukan futsal tanah air.
Boleh dikatakan jenama Figos sudah sebati dengan sukan futsal.
Bagi mengukuhkan lagi kedudukan Figos di pasaran tempatan, syarikat tersebut sekali lagi mempertaruh koleksi terkini untuk musim baru ini dengan pakej kualiti, rekaan dan kegunaan yang lebih menarik.
Pengarah Urusan Figos Sdn. Bhd., Tang Kok Wai memberitahu, pakej terbaru mereka akan memenuhi kehendak semua setiap penggunanya yang mahukan kualiti dengan harga yang sangat berpatutan.
Maka adalah penting untuk menawarkan apa yang menjadi permintaan mengikut trend terkini.
Figos sentiasa memahami kehendak pengguna, jika tidak, besar kemungkinan Figos akan mendapati sukar untuk terus bertahan, kata Kok Wai dalam satu temu bual dengan Kosmo! baru-baru ini.
Kok Wai berkata, pengenalan koleksi terbaru Figos kebiasaannya berlaku setiap tiga bulan sekali. Peragaan terbaru itu meliputi kasut, jersi, stokin, bola dan beberapa kelengkapan sukan yang lain.
Bagaimanapun, keluaran terbaru untuk tahun ini, Figos mempamerkan genre jersi, kasut dan pelapik tangan serta kaki yang didatangkan khas dengan rekaan yang cukup menarik dan harga yang berpatutan.
Untuk memberi kelainan dalam usaha promosi kali ini, saya mengutamakan tentang keistimewaan pelapik tangan dan kaki jenama Figos.
Dibuat daripada material kain kapas spantex, pelapik ini membantu mengelak seseorang atlet mengalami kecederaan serius ketika bermain akibat terjatuh ataupun tergelincir, ujarnya.
Apabila seseorang atlet menggandingkan pelapik ini, dia boleh mengelak kecederaan anggota badan dan dapat memberi persembahan permainan yang lebih hebat tanpa sebarang kemusykilan.
Ia juga sesuai digunakan untuk semua jenis sukan khususnya futsal.
Pelapik kapas spantex itu dikeluarkan dalam empat jenis warna iaitu coklat, kuning langsat, hitam dan biru.
Jelas Kok Wai lagi, himpunan jersi baru Figos juga menampilkan warna yang trendy dan pelbagai ragam.
Mengutamakan aspek keselesaan dan tahan lama, jersi terbaru itu direka dengan potongan semi fit yang berlengan pendek serta tanpa lengan.
Warnya yang terdiri daripada hitam, putih, biru, hijau, oren, kuning dan merah dipercayai mampu menarik citarasa golongan muda hari ini yang begitu obses terhadap acara-acara sukan.
Tidak ketinggalan kasut sukan futsal yang baru Figos juga tampil menarik dengan rekaan tipikal dan sesuai untuk mana-mana sukan dalaman.
Tambah Kok Wai, material yang digunakan memberi keselesaan optimum dan mengimbangi suhu panas dalam kasut ketika bermain.
Kesemua keluaran terbaru Figos dijual pada harga berpatutan bermula dari RM19.90, RM29.90, RM42.90, RM48.90 hingga RM69.90, jelasnya.
- Kosmo -
|
|
|
|
|
|
|
|
Gill bina empayar modal RM3,500
Oleh Amran Ahmad
G.S Gill sentiasa memastikan kualiti barangannya sebelum dijual pada pelanggan di Wisma Harwant, Jalan Tunku Abdul Rahman.
KUALA LUMPUR 29 Julai – Siapa sangka anak seorang penoreh getah yang tidak pernah membawa wang saku ke sekolah dan sering ditegur guru kerana memakai kasut yang terlalu buruk, hari ini menjadi pemilik rangkaian pengedar terbesar kelengkapan dan peralatan sukan di negara ini.
Kini, Datuk G.S. Gill atau nama sebenarnya, Indera Pura Gurdial Singh Gill yang pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi doktor, boleh berbangga dengan hasil titik peluhnya selama lebih 61 tahun bergiat dalam dunia perniagaan.
Kejayaan Gill, 83, yang kini memegang jawatan pengerusi dalam 10 buah syarikat, bukanlah setakat terpampang di dada-dada akhbar tempatan, tetapi turut dimuatkan dalam buku teks perdagangan di sekolah menengah tempatan.
Malah, tidak ramai juga ramai yang mengetahui bahawa Gill juga pernah terlibat dalam perjuangan menentang penjajah semasa Perang Dunia Kedua.
Gill menyertai Tentera Kebangsaan India di Pulau Pinang selama tiga tahun mulai tahun 1942 dan pernah disumbat di Penjara Pudu kerana membantu gerakan bawah tanah menentang penjajah di awal umur 20-an.
Minat Gill yang mendalam dalam pendidikan memaksa beliau memasuki sekolah Jepun selama tiga bulan dan itulah detik-detik terakhir zaman persekolahan beliau.
Penglibatannya dalam bidang perniagaan bermula apabila beliau gagal melanjutkan pelajaran selepas tamat peperiksaan Cambridge kerana pendaratan tentera Jepun di negara ini, di samping masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarganya.
Menurut Gill yang gemar membaca dan menulis, walaupun mempunyai enam adikberadik dan beliau merupakan anak bongsu dalam keluarga, ibu bapanya hanya mampu menghantar anak-anak lelaki sahaja termasuk Gill ke sekolah pada waktu itu.
Bermula dengan mengimport basikal jenama Royal Enfield dari Eropah setelah berjaya meminjam wang sebanyak RM3,500 sebagai modal permulaan dari seorang kawan, Gill menerokai pula perniagaan tekstil dengan menjalankan aktiviti import.
Masa depan Gill dalam dunia perniagaan kelihatan semakin cerah apabila beliau mula bergiat secara aktif dalam perniagaan kasut sukan jenama Stuart & Surridge buatan United Kingdom dengan membuka sebuah kedai secara kecil-kecilan di Singapura.
Daripada situ, Gill yang sering diberi gelaran ‘ Bai ’ oleh rakan-rakannya tidak menoleh belakang lagi dan terus mengembangkan perniagaannya sehingga berjaya menjadi ejen tunggal kasut sukan jenama Adidas di Thailand, Malaysia dan Singapura.
Beliau mengharungi pelbagai suka-duka semasa mula-mula membangunkan perniagaannya termasuk ditipu dan kesukaran mendapatkan pinjaman perniagaan.
Walaupun rapat dengan beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman, Gill tidak pernah menerima bantuan daripada kerajaan.
Hari ini, Gill yang juga menggemari sukan golf, tenis dan berbasikal masih menguruskan perniagaan di tapak permulaannya di negara ini iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman (dahulu dikenali sebagai Batu Road), di sini.
Beliau turut bergiat cergas dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan. Gill juga menjawat beberapa jawatan penting dalam pertubuhan perdagangan bagi mempromosi kerjasama antara Malaysia dengan negara luar seperti Jerman dan Kanada.
Pesanan Gill kepada golongan muda ialah supaya jujur dan bekerja keras bagi mengejar kejayaan dalam perniagaan.
- Utusan Malaysia -
Last edited by HangPC2 on 8-6-2013 07:11 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
selalu beli track top/bottom,3/4 shorts,jersey,kasut jogging/futsal,selipar dll di GS.Gill...sila jumpa dgn aziz,orang lama kat situ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|