CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: KoSe

FAuZiaH LatIfF-PEsONa

[Copy link]
Post time 22-6-2004 01:00 PM | Show all posts
masa aku balik kpg ari tu, aku pi la ronda2 kedai2 lama yg jual2 kaset ni...mana tau kot2 terselit kaset2 dan cd lama yg aku nak...

nak dijadikan cerita suma kedai2 tu dah bertukar tuan dan jenis perniagaan...ada yg dah jadi kedai jual hanpon, kedai kain pun da...pokoknya macam2 ada lah...yg buat aku sakit ati lagi ,ada satu kedai tu dah jadi kedai nombor ekor la plak...rasa macam nak bakar jer kedai tu...hampehss betul...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-6-2004 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 22-6-2004 13:00:
masa aku balik kpg ari tu, aku pi la ronda2 kedai2 lama yg jual2 kaset ni...mana tau kot2 terselit kaset2 dan cd lama yg aku nak...

nak dijadikan cerita suma kedai2 tu dah bertukar tuan dan jeni ...


takperla takde rezeki nak cari album jee kat sana...

memang banyak kedai kaset/cd dah gulung tikar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2004 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 22-6-2004 12:54:


masa ko SMS aku tu memang aku jeles dan makan ati...derita berpjgan rasanyer...
dlm paper BH semalam ada pasal cerita ni...so ko paste la kat sini...aku tak reti...JEE sgt cantij & seksizz ...


aku dah tanya pasal lagu M NASIR n PAK NGAH tu..

jawapan JEE

1. lagu M NASIR- lagu tu hak milik luncai Emas.jee pun tak perasan yg fan jee nakkan lagu tersebut agaknyer...kita nak request pun dah terlambat..agaknya lagu tersebut dah diberi pada artis lain..

2. lagu teater rubiah- aku ingatkan satu lagu...rupanya banyak...lagu tersebut juga milik pak ngah prod. Jee pernah cuba untuk dapatkan lagu2 tersebut..namun Pak Ngah dah pun berikan pada artis lain..saper..takyahla aku sebut..hampeh jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2004 02:07 PM | Show all posts
nak tahu tak camner aku approch JEE?

lepas sesi soal jawab general..sesi fotografi plak..dah pasti aku menyelit kat situ dan dapat amik gambo2 jee yg xklusif tu...nanti aku bagi kat ko..ko mesti terpegun..memang cantik n anggun..

pastu sesi makan2..semua tetamu dijemput makan...tapi aku tak rasa lapar langsung..aku rasa kenyang tengok JEE walaupun dari jauh..pastu dia diinterview oleh TV3(lama betul), ASTRO pastu media2 lagi spt URTV, BACARIA,MEDIA H,HAI dan macam2 lagilah...sampai ke malam..masih diinterview lagi...aku masih bersabar lagi...pastu crowd dah mula sikit...dah mula beransur balik..orang2 EMI pun dah ada yg dah meningggalkan majlis..

masatu JEE diinterview oleh satu magazine tu..tak sure mag. apa...akupun pegi skodeng2 kat situ..lama gak aku tunggu...lepas dah habis tu dia pun nak jalan masuk ke hotel utk sesi fotografi dgn magazine...dia pun lalu kat sebelah aku...aku takut nak tegur..yelah aku nikan menyibuk kat situ...

masa dia lalu tu dia mesti dah lama perasan yg aku skodeng2 dia..pastu dia yang tegur aku sambil hulurkan tangan dia utk bersalam...THANK GOD..JEE perasan aku..hehehe..pastu dia tanya DARI MANA...aku pun dengan slumber aku bukan press...IM A BIG FAN OF YOU...pastu dia jawab oh yeker? TQ for coming...tidak habis di situ..aku pun gunakan kesempatan tu utk bertanya dia beberapa perkara..

1. pasal lagu M NASIR n pak ngah tu..wartawan2 tu pun dengar gakz..mesti diorg tak tahu pasal lagu2 tu..hehehe
2. aku cakap kat dia fan dia di internet berkirim salam kat dia..pastu dia jawab salam...dan kim salam balik kat ko...aku tak cakap nama ko..bukan dia ingat pun nanti...hehehe ..
3. pasal official website dia tu- www.fauziahlatiff.com -aku cakap kat JEE napa web tu tak diupdate..Jee jawab web tu akan diupdate seiring dengan album di sebalik nanti...pastu aku cakap kat dia ada beberapa part dalam bahagian lirik dalam web tu tak lengkap n salah...aku pun mengofferkan diri utk tolong bagi info tentang album2 tu dan juga lirik..pastu aku tanya dia camner nak kontek webmaster? dia tercari2 org2 tu..takder dah balik..hehehe...pastu dia suruh aku tinggalkan no phone aku kat dia...aku dah macam menggeletar cari pen dalam beg tak jumpa..wartawan tu bagi pinjam pen dia-TQ..dan kertas plak...JEE bergegas masuk ke dalam dan cari kertas...aku pun tulis nama aku no phone n juga emel aku...hehehe...

tapi , sampai hari ni webmaster tu takder kontek aku...mesti dia dah campak n misplace kertas tu kat maner2...aku tak berharap pun pihak Jee nak hubungi aku...hehehe..tapi kalau diorg kontek..lagilah best...mesti ko pun boleh tolong aku pasal lirik n album2 lama JEE tu..

pastu aku pun wish dia macam2 dan dia mintak diri utk sesi fotograf ngan wartawan tu...balik tu aku terus berasa di awang awangan...sampailah hari ni masih tersengih2 lagi...

bestkan kalau JEE adakan sesi camtu dengan peminat...kalau ader ko mesti kena datang tau..pastu aku mintak org EMI tu poster di sebalik..diorg bagi kat aku banyak...hehehe..tamak gitu aku...ko nak tak? tapi tak sempat nak mintak JEE sign kat poster tu...

bilalah lagi agaknya nak jumpa ngan JEE...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2004 02:15 PM | Show all posts

'Di Sebalik' kisah hidup Jee

Oleh Zul Husni Abdul Hamid

dipetik dari Berita Harian
tarikh: 21 Jun 2004

DI Sebalik, kompilasi terbaru Fauziah Latiff terlalu istimewa bagi penyanyi jelita itu kerana ia mentafsirkan apa yang tersurat sepanjang perjalanan kerjaya seninya di persada hiburan selama 20 tahun.

Menerusi Di Sebalik, Fauziah atau akrab disapa Jee berkongsi setiap detik dalam nyanyiannya bersama peminat. Tentunya menjadi lebih peribadi apabila pemilihan lagu, juga konsep serta kulit album itu dilakukannya sendiri.

“Lagu yang dipilih keseluruhannya adalah kegemaran Jee sejak dulu lagi. Dari lagu pertama, peminat dapat melihat perubahan Jee hingga kemunculan album yang terakhir, Yang Lebih Kau Cinta.

“Jee ingin berkongsi saat bersama peminat yang membesar dengan lagu Jee dari dulu hingga sekarang. Alhamdulillah, berkat kerjasama dan dorongan serta nasihat mereka yang berpengalaman, Jee masih lagi berada di sini.

“Album ini ialah permulaan untuk Jee kembali aktif,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album itu, Khamis lalu.

Di Sebalik menyenaraikan 31:no::no:( 33 la..) lagu popular Jee, menyaksikan perjalanan hidupnya dari mula menapak dalam bidang seni suara pada usia 15 tahun hingga kini.

Dua lagu baru ditampilkan iaitu Menjauhkan Diri dan Detik yang diselitkan sebagai mengisi kerinduan peminat terhadap suara lunak penyanyi ini.

Menjauhkan Diri adalah sebuah lagu balada ciptaan Ross Ariffin dan liriknya dihasilkan penulis terkenal, Mama Juwie.

“Ross ada menghasilkan beberapa lagu dan selepas berbincang, Jee memilih Menjauhkan Diri yang mempunyai melodi menyentuh hati. Seterusnya, Jee menemui Mama Juwie untuk menghasilkan lirik kerana sentuhannya yang terlalu istimewa.

“Lirik lagu yang puitis itu sekadar tafsiran Mama Juwie, tiada kena mengena dengan kisah hidup Jee,” jelas Jee.

Sementara itu, Detik pula menceritakan luahan kerinduan Jee terhadap ayahnya, Latiff Omar [aku pun sedih dengar lagu nie..sebab aku ni senasib ngan JEE :cry::cry::cry:]yang menghembuskan nafas terakhir, dua tahun lalu. (masa pun sama)

“Betapa Jee ingin arwah ayah ada bersama menyaksikan detik bermakna ini. Apakan daya, dia sudah tiada. Tetapi, semangatnya akan sentiasa bersama Jee,” kata Jee yang mendapat inspirasi untuk menghasilkan lagu itu daripada peminatnya di Sabah.

Jee mengakui, sepanjang 20 tahun pembabitan dalam seni suara masih ada impian yang belum terlaksana iaitu mengadakan konsertnya sendiri.

“Memang impian Jee, justeru kelahiran album ini memberi kebaikan kerana Jee mempunyai pilihan lagu yang banyak. Semuanya kini masih dalam perancangan.

“Jee akui agak cerewet terutama dalam soal kerja kerana Jee mementingkan yang terbaik. Harap impian itu dapat direalisasikan tahun ini,” katanya.

Ketika ini, Jee juga menggalas tanggungjawab baru iaitu sebagai pengkritik untuk program pencarian bakat baru, Malaysian Idol. Program itu menemui penonton setiap Jumaat, pada jam 9.45 malam menerusi 8TV.

“Tugasan itu mengingatkan Jee kepada laluan yang pernah dilalui dulu. Tanggungjawab ini agak besar kerana kami perlu memberi teguran kepada peserta dalam usaha mencungkil yang terbaik dalam diri mereka,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2004 02:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-6-2004 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 22-6-2004 02:07 PM:
nak tahu tak camner aku approch JEE?

lepas sesi soal jawab general..sesi fotografi plak..dah pasti aku menyelit kat situ dan dapat amik gambo2 jee yg xklusif tu...nanti aku bagi kat ko..ko mesti ...


benci dan jelesnya akuuuuuu!!!:geram::geram::geram:

1. tqs sebab kirim salam aku kat JEE...:tq::tq::tq::clap::clap::clap:...dia tak kenal aku tak per asalkan dia sedar yg dia ada fan yg cukup baik cam aku dan kau...:bodek::bodek::bodek::bodek:pompom::pompom:

2. bnyk ker ko amik gambo JEE...? clear tak??? paste kat sini kalau tak nak anta kat aku...tau???

3. usah diharap la org2 tu nak contact kiter...tak per nanti aku boleh kasi sum alirik lagu dia...siap ngan pencipta dan penulis lirik sekali...

4. pasal lagu2 Pak Ngah & M.Nasir tu aku tak perasan plak...sapa eks artis yg malang tu??? kalau kasi kat JEE sure meletup...padan muka diaorg...sapa suruh kasi kat artis2 baru...kan dah malap...koser aku...:lol

5. masa JEE nampak ko tu dia cakap apa???mesti kau pose maut kat situ kan???

apa2 pun tqs kat EMI...at least ada something dibuat utk JEE pasal album DISEBALIK tu walaupun dah 2 bulan berada di pasaran...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2004 03:11 PM | Show all posts
ari tu aku jumpa CD RATU POP & RATU ROCK : JEE & ELLA...kat PUDURAYA...murah jer...RM 19-90...CD ori tau...kau pi la cari...kedai tu aci india yg jaga...boleh murah lagi kalau ko pandai mengayat aci tuh...cuba2 la ek...aku tak nak beli...sebab aku dah ada kaset tuh dan lagu2 dlm tu suma aku dah ada jgk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2004 03:22 PM | Show all posts
baru ni aku belek2 kaset pertama JEE : DIGAMIT MEMORI...rupa2nya JEE dah menulis lirik pertama dia sejak 1st album lagi...lupa lak tajuk dier...baru aku perasan...aku ingatkan masa album GUBAHAN...nanti la aku list kan lagu2 dlm album tu...ari ni aku tak bawak lak kaset tu ke opis...

pasal poster DISEBALIK tu aku nak gak...poster camner???...gambar mana satu???

satu lagi...cepat sms aku alamat kau...kang aku kasik org lain gambo JEE tu kang...heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2004 04:05 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 22-6-2004 15:11:
ari tu aku jumpa CD RATU POP & RATU ROCK : JEE & ELLA...kat PUDURAYA...murah jer...RM 19-90...CD ori tau...kau pi la cari...kedai tu aci india yg jaga...boleh murah lagi kalau ko pandai men ...


haruss aku beli..

TQ for the info..

kebetulan aku belum ada lagi CD nie..

walaupun lagu JEE dalam tu semua aku dah ader..

ella pun best aper..

kalau kita jumpa JEE nanti..haruszz dia tergezut sebab kita ader semua album dia esp. album yg lama2 tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2004 04:06 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 22-6-2004 15:22:
baru ni aku belek2 kaset pertama JEE : DIGAMIT MEMORI...rupa2nya JEE dah menulis lirik pertama dia sejak 1st album lagi...lupa lak tajuk dier...baru aku perasan...aku ingatkan masa album GUBAHAN... ...


aku pun tak perasan..

harus ko tulis skali lirik tu kat sini..

boleh kita judge hasil lirik JEE masa dia remaja dulu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2004 04:09 PM | Show all posts
poster di Sebalik tu tak besar sangat..(kecik 30% dari size poster biasa)..gambo cover album tu..

aku amik gambo banyak jugakzz...ada yg gelap tapi mostly terang n cantik..

lupa nak bagitahu..

ingat tak pencipta lagu DETIK-RUDY ETTON..

JEE bagitahu RE ni seorang peminat JEE dari SABAH..dia yg buat lagu tu dan hantar demo tape pd JEE..bila JEE dengar lagu tu dia suka dan terus buat lirik ngan amran omar..(amran o pun ader gak masa tu..takutla nak berbual ngan dia)..hehehe ingatkan RE tu komposer indon kan?

so, ko yg berbakat tu bolehla tulis lagu utk JEE..mesti meletupz..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2004 04:15 PM | Show all posts
takdela aku pos maut..biasa2 jer..:nyorok::nyorok::nyorok::nyorok:

opening speech petang tu ada sorang org kuat EMI tu..sibuk dia memuji JEE...seronok aku dengar..dia kagum ngan kesungguhan JEE utk album Di SEbalik tu..semuanya JEE yg uruskan..bayangkanlah Cover Album tu pun JEE yg uruskan semuanya..takde photo sesssion pun..tetiba dah siap..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2004 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 22-6-2004 04:15 PM:
takdela aku pos maut..biasa2 jer..:nyorok::nyorok::nyorok::nyorok:

opening speech petang tu ada sorang org kuat EMI tu..sibuk dia memuji JEE...seronok aku dengar..dia kagum ngan kesungguhan JEE  ...


memang patut pun diaorg puji JEE...tak salah lagi...memang album tu 100% air tangan JEE...aku pun puas ati walaupun ada lagu yg aku suka tak terdapat dlm album ni...tapi tak per sebab bg aku ini personal album JEE...

aku tak sabar nak nengok MALAYSIAN IDOL jumaat ni...ada sedutan yg tunjuk JEE macam sedih dan nak nangis...pasal apa eks??...tu yg aku tak sabar tu...mesti ada contestant yg laser JEE kot...harus aku laser balik peserta tu kalau aku jumpa kat mana2...devil:nf:
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2004 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 22-6-2004 04:09 PM:
poster di Sebalik tu tak besar sangat..(kecik 30% dari size poster biasa)..gambo cover album tu..

aku amik gambo banyak jugakzz...ada yg gelap tapi mostly terang n cantik..

lupa nak bagitahu. ...


penah dengar gak pasal ni...org sabah yg cipta ...tapi tak tau lak yg dia tu fan JEE...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2004 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 22-6-2004 04:06 PM:


aku pun tak perasan..

harus ko tulis skali lirik tu kat sini..

boleh kita judge hasil lirik JEE masa dia remaja dulu..


Harusss esok aku tulis kat sini...biar berkumandang di ruangan forum ni....hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2004 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 22-6-2004 17:32:


Harusss esok aku tulis kat sini...biar berkumandang di ruangan forum ni....hehehehe


haruszz tau tulis...:bgrin::bgrin:

:pompom::pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2004 09:16 AM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 22-6-2004 17:28:


memang patut pun diaorg puji JEE...tak salah lagi...memang album tu 100% air tangan JEE...aku pun puas ati walaupun ada lagu yg aku suka tak terdapat dlm album ni...tapi tak per sebab bg aku in ...


akupun teringin jugak nak tahu apsal JEE nangis tu..

kalau ader org laser dia siapla..

aku pun dah nak mendidih nie..

nf:nf:nf:nf:nf:nf:nf:
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2004 12:02 PM | Show all posts
seperti yg telah dijanjikan semalam...berikut adalah track list utk album pertama JEE...

TITLE : DIGAMIT MEMORI

TRACK 1. bertemu di udara ( HELEN / FAUZIAH LATIFF )

          2. bisikan simfoni hati ( JOHAN NAWAWI / AHMAD ZAFRIN )

          3. bila dalam kerinduan ( JOHAN NAWAWI / ISNURDEE )

          4. mungkin sekadar berpura ( JOHARI SALLEH / ISNURDEE )

          5. kuala lumpur ( BAK / RAJA ISKANDAR )

          6. segalanya berakhir disini ( ROYSTON STA MARIA )

          7. episod malam minggu ( CHOCKEY / CHOCKEY )

          8. kau sinar hidupku ( AZMAN ABU HASSAN / AFIRA SAYANG )

          9. suara hati ( JOHARI SALLEH / AFIRA SAYANG )

          10. digamit memori ( HAZUDIN / SERI BAYU )

antara lagu yg mendapat siaran radio dulu ialah BILA DLM KERINDUAN, SEGALANYA BERAKHIR DISINI & DIGAMIT MEMORI...

album ni terbitan HAPPY RECORDS 1988 & di terbitkan oleh ROYSTON STA MARIA...album sekadar memperkenalkan JEE ke dunia seni suara...

suara JEE dlm album ni tak 'matured' lagi...belum cukup polish lagi...

dengarkan 2nd album ' KAU MERUBAH SEGALANYA 'yg diterbitkan MANAN NGAH...beliau berjaya merubah segalanya yg ada pd JEE...

[ Last edited by burung_pungguk on 23-6-2004 at 12:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2004 12:12 PM | Show all posts
BERTEMU DI UDARA

LAGU : HELEN
LIRIK : FAUZIAH LATIFF
SUSNAN MUZIK : HELEN

kasihmu...( pencipta lagu )
lahirmu di jiwa yg halus
memberiku sinaran
di sudut pengharapan

rindumu...(penulis lirik)
rangkaian madah yg indah
suara dr sukma
melahirkan keyakinan

di sini
kumulakan mengukir pelangi yg indah
dgnmu kuterus meniti harapan ini
sering bertanya
masihkah ada ruang utk diriku
bermanja dan bermesra
menyanyikan lagu kehidupan

hadirmu...( DJ )
tanpa bayangan wajah
bertemu diudara
tetap ku hargai nya

untukmu...( dr suara hati )
sekadar ingatan tulus
dr sekeping hati
yg mengejar mimpi

biarpun
nanti ranjau dan duri merintangi
akan ku lalui dgn tabah di hati
kiranya nanti
akan mampu berlama disini dgn mu
ku simpan dihati
segala pengorbanan mu

ini adalah lagu pertama yg JEE menulis liriknya...tak sangka aku...pencipta lagu HELEN tu, aku rasa HELEN YAP kot...

[ Last edited by burung_pungguk on 23-6-2004 at 12:19 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.150766 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list