|
stress kott.... kan dia menganggur....
Originally posted by Browneyes at 12-2-2007 09:22 AM
ini apa hal?.. mabuk ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sutera_abadi at 12-2-2007 09:44 AM
stress kott.... kan dia menganggur.... Polis mengesahkan Allahyarham berada dalam keadaan duduk dan membelakangi trafik di lorong paling kanan jalan raya itu.<--- duduk dlm masjid kan lagi baik |
|
|
|
|
|
|
|
4.30 pagi ?????
mungkin dia jaru ...tak sedar apa dia buat dlm tido kot...
dulu kat my kampong ada org jaru sampai panjat bumbung rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Atau memang ada niat nak bunuh diri? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fatz at 12-2-2007 11:09 AM
4.30 pagi ?????
mungkin dia jaru ...tak sedar apa dia buat dlm tido kot...
dulu kat my kampong ada org jaru sampai panjat bumbung rumah
jaru tu sleepwalking eh?...
aku selama ni tak tahu word tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #245 Browneyes's post
same here.. jaru ke ek sleepwalking....?? :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fatz at 12-2-2007 11:19 AM
ak ah......sleepwalking
jalu kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by virgomal at 12-2-2007 11:15 AM
same here.. jaru ke ek sleepwalking....?? :stp:
tu ah, patut word melayu smua hilang dimakan zaman |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iansuryani at 12-2-2007 08:25 AM
Singapura : 12 Februari 2007http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax/print.jpg Mudah cetak | E-melMAUT DIGILIS TEKSI KETIKA DUDUK DI TENGAH JALAN Oleh
Khalid Khamis
SEORANG lelaki ...
sedihnye aku baca ni.....
baru 33 tahun, anak 4
something is very wrong.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #250 deaf4ever's post
aper nak wat dah nasib dia camtu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 13 Februari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
ROGOL KAKAK: REMAJA DIBICARA SEBAGAI ORANG DEWASA Oleh
Khalid Khamis
SEHARI selepas menyambut hari lahirnya yang ke-16, seorang budak lelaki diheret ke Mahkamah Rendah dan dibicarakan sebagai seorang dewasa atas tuduhan merogol.
Dia dituduh merogol kakaknya sendiri yang berusia 17 tahun di flat keluarganya.
Dalam kenyataan pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu sekitar 4.30 petang pada 17 September lalu.
Ketika itu, budak lelaki tersebut baru berusia 15 tahun. Dia menyambut hari lahir ke-16 kelmarin.
Keluarga tertuduh dan mangsa menetap di sebuah flat empat bilik di bahagian timur Singapura.
Di Mahkamah Rendah semalam, Hakim Daerah, Cik Ong Chin Rhu, diberitahu pihak pendakwa raya kes itu dijangka dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Sebelum ini, kes budak itu didengar di Mahkamah Juvena kerana usianya tetapi kini tuduhannya ditingkatkan dan akan dibicarakan sebagai orang dewasa.
Pendakwa raya meminta diberi masa untuk menjalankan siasatan lebih lanjut dan menunda kes itu selama sebulan.
Kesnya akan didengar lagi 12 Mac ini di Mahkamah Rendah.
Dalam pada itu, permohonan bagi merahsiakan identiti tertuduh dan mangsa turut dibuat disebabkan faktor usia dan mereka mempunyai tali persaudaraan.
Ini juga bagi melindungi identiti mangsa dan keluarganya.
Di belakang kandang tertuduh, budak lelaki yang berbadan kecil tetapi tegap, kelihatan seperti mencari-cari anggota keluarganya di tempat duduk awam.
Dengan mengenakan pakaian seragam rumah budak-budak lelaki - kemeja T lengan pendek berwarna putih - dia terpinga-pinga dan seperti kehilangan sesuatu.
Tetapi, tiada seorang pun anggota keluarganya hadir dalam sesi mahkamah semalam.
Dia kini direman di sebuah rumah budak-budak lelaki.
Mengikut Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan budak lelaki itu boleh dipenjara sehingga 20 tahun, didenda dan dirotan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Luar Negara : 13 Februari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
MASUKKAN BULUH DALAM RAHIM UNTUK GUGUR KANDUNGAN
KUALA TERENGGANU: Niat seorang isteri mahu menggugurkan kandungan kerana bimbang membebankan suami bertukar mimpi ngeri apabila bomoh yang mendakwa hanya memasukkan akar kayu rupanya memasukkan buluh dalam rahimnya.
Wanita yang mahu dikenali sebagai Cik Zaitun, berkata akibat penipuan bomoh itu, beliau bukan saja kerugian RM100 ($43) tetapi terpaksa menjalani pembedahan membuang objek itu.
Menurutnya, beliau terkejut apabila kesakitan yang dialami berpunca daripada buluh sepanjang kira-kira empat sentimeter di dalam rahim selepas doktor menunjukkan gambar X-ray.
'Saya bukan tak mahu anak tetapi hanya mahu menjarakkan sedikit kerana sudah ada dua anak kecil dengan bekas suami serta seorang anak berusia lapan bulan yang masih kecil hasil perkahwinan baru.
'Saya menyesali pengguguran ini dan tidak mahu lagi gunakan cara yang menyakitkan itu,' katanya kelmarin.
Menurutnya, beliau berjumpa bomoh wanita dalam lingkungan 60-an tahun itu pada Rabu lalu di sebuah kampung terpencil di Pattani, Thailand, dengan ditemani rakannya.
Selepas berbaring, bomoh itu memasukkan sejenis objek dipercayai akar kayu dan ia dilakukan dalam tempoh beberapa minit.
'Saya tak rasa apa-apa pun sebelum dia meminta upah RM100 dan sebaik saya pulang keesokannya, saya demam panas sebelum dikejarkan ke hospital,' kata Cik Zaitun. Bagaimanapun, beliau secara tiba-tiba keguguran di bilik air di rumahnya sebelum pitam pada petang Sabtu lalu.
'Sebaik doktor memberitahu dan menunjukkan X-ray itu, baru saya tahu bomoh itu menipu saya,' katanya - Harian Metro.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #252 iansuryani's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #253 iansuryani's post
|
|
|
|
|
|
|
tak terbaca aku apa yang sokkabar nari tu semua |
|
|
|
|
|
|
|
Singapura : 14 Februari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
PUNGGUNG, KAKI PATAH AKIBAT JATUH DARI FLAT Suka bertenggek di tembok koridor bawa padah
SETIAP kali beliau ditegur tentang tabiatnya yang gemar bertenggek di tembok koridor, Encik Mohd Alias Osman hanya menepisnya dan menganggapnya sebagai satu kebiasaan sahaja.
Bagi beliau, flatnya di tingkat tiga itu terlalu rendah jika dibandingkan dengan perancah yang sering dipanjatnya di tempat kerjanya yang ada kalanya mencecah setinggi 10 hingga 12 tingkat.
Beliau sudah bekerja sebagai buruh kasar selama belasan tahun.
Bertenggek di tembok koridor sambil menikmati udara malam untuk menonton televisyen menjadi 'hobinya' yang terbaru - sejak enam bulan lalu setelah berpindah ke Marine Parade.
Kini, duda berusia 44 tahun itu pasti serik dan tidak mahu mengulangi lagi 'kebiasaan' bertenggek atas koridor itu.
Sekitar 11 malam Isnin minggu lalu, Encik Alias hilang imbangannya lalu terjatuh daripada tembok koridor di tingkat tiga bloknya di Blok 16 Marine Parade.
Akibat daripada kejadian yang tidak disangka itu punggung dan kaki kirinya patah.
Ditemui semalam di katil hospitalnya di Hospital Besar Changi, Encik Alias berkata:
'Waktu itu saya memang tidak ingat apa-apa.
'Macam biasa, saya duduk di tembok untuk menikmati angin selepas menziarahi ibu angkat dan anak saya di hospital ini.
'Ibu angkat saya diserang angin ahmar manakala anak lelaki saya terlibat dalam kemalangan van.'
Menyingkap bagaimana beliau terjatuh, Encik Alias menyambung:
'Tiba-tiba saya hilang imbangan lalu terjatuh. Saya sempat bergayut pada tembok itu sambil menjerit meminta tolong. Abang angkat saya cuba menarik tangan saya tetapi terlalu licin dan saya terjatuh.
'Ketika itu saya fikirkan menemui ajal tetapi keadaan sebaliknya berlaku. Saya bersyukur kerana masih dapat melihat anak-anak saya hingga hari ini'.
Encik Alias berkata, beliau tidak ingat apa-apa selepas terjatuh tetapi saudara-maranya ada mengatakan beliau sempat berbual buat seketika selepas itu.
Menurutnya, beliau baru selesai pembedahan memasukkan besi ke dalam kaki kirinya yang kemudian diikat dengan dua biji skru. Beliau juga perlu memakai pengadang di pinggangnya.
'Ada beberapa teman sekerja saya yang telah meninggal dunia setelah terjatuh daripada tingkat tinggi depan mata saya sewaktu bekerja.
'Saya serik dan tidak mungkin saya inginkan ini berulang buat diri saya,' ujar bapa tiga anak yang berusia antara 26 tahun hingga 19 tahun itu.
|
Padan muka. Ada kerusi tak nak gunakan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Luar Negara : 14 Februari 2007 | | | Mudah cetak | | E-mel |
BUDAK DUA TAHUN LECUR JATUH DALAM BESEN KARI PANAS
ALOR STAR: Ketika menunggu ibunya mengambil nasi, Mu'az Mohd Roselan, dua tahun, bersandar pada besen plastik berisi gulai kari daging panas yang sedang menggelegak.
Dengan sekelip mata ibu Mu'az, Cik Nurina Fadhlah, 30 tahun, yang datang dengan sepinggan nasi, terkejut melihat anak bongsunya itu sudah dalam keadaan terlentang ke dalam besen itu.
Kejadian berlaku sekitar 7.20 malam Jumaat lalu apabila budak itu dan keluarganya menghadiri kenduri tahlil di rumah neneknya di Kampung Datuk, Jalan Naka, dekat Kuala Nerang.
Akibat kejadian itu, Mu'az melecur teruk pada dagu hingga paras lutut. Menurut ayahnya, Encik Mohd Roselan Abdullah, 34 tahun, cuma bahagian punggung Mu'az tidak melecur kerana ketika kejadian dia memakai lampin pakai buang.
Menceritakan kejadian, Encik Roselan berkata selepas gulai itu dimasak bersama saudara-mara beliau mencedoknya untuk diisikan ke dalam dua besen plastik bagi dihidangkan kepada tetamu.
'Gulai panas itu baru saja dicedok dari kawah dan dimasukkan dalam dua besen plastik. Ketika itu Mu'az bersandar pada tepi satu besen sementara ibunya pergi mengambil nasi kerana dia mahu makan nasi dengan gulai daging,' katanya.
Bagaimanapun, isterinya terkejut dan menjerit meminta pertolongan apabila melihat Mu'az terjatuh dalam keadaan terlentang dalam besen itu.
'Mujur dia sempat berpaut pada sisi besen, kalau tidak mungkin seluruh badan hingga kepalanya terendam dalam gulai panas itu,' kata Encik Roselan.
Majlis diteruskan tetapi lauk gulai daging dalam besen tersebut dibuang. - Harian Metro.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Wednesday February 14, 6:17 AM | | 27-year-old man dies suddenly in his sleepSINGAPORE: A 27-year-old Malay man died in his sleep on Monday night, causing concern over whether this could be another case of sudden death syndrome.
The plight of the family was alerted through the MediaCorp hotline. An air of shock permeated the corridors outside the Sin Ming Road home of the young man, described as happy-go-lucky and loved by all. Friends and family mulled over what could have caused the death of sales engineer Abdul Razak Abdul Hamid. The shock came early on Tuesday morning when his father could not wake him up. His father, Abdul Hamid, said: "As usual, at about 6 to 6.30am, I went to wake him up for work after morning prayers. But there was no response from him. His sister immediately called for an ambulance. But by the time the ambulance arrived, he was already gone." People close to him said they knew of no prior health problems, although his sister said, off-camera, that he complained of some heart problems a few weeks ago. His cousin, Nazriah Mohd Khamin, said: "He was a big kid in school but after NS (National Service), he improved a lot and lost a lot of weight. We used to go to the gym, but as everybody got busy with work, it became an occasional activity." Alison Chua, a childhood friend, said: "Of course I was shocked. At first I thought there must have been an accident or something, but we found out he fell asleep and didn't wake up." The news was doubly shocking for his fianc閑 who had just spoken to him the night before. "From what I gathered from the fianc閑, he sounded very happy when he was talking to her on the phone. It was a normal phone conversation. They were planning to get married at the end of the year," said Nazriah. The death came in the wake of a number of sudden death cases reported in the last quarter of 2006. While no extensive study has been done on this phenomenon, a National Heart Centre study conducted between 2001 and 2003 found that about 300 people die suddenly each year, mostly due to cardiovascular situations, although a few of the death causes remain unknown. Abdul Razak抯 body has been sent for a post-mortem to find out the cause of death. - CNA/so
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #259 iansuryani's post
sama cam kes hubby kawan aku dulu..meninggal lam tido..mlm tu siap gi pasar mlm lg..pagi tu terus tak bangun.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|