|
haa..bgus ni.. aku pn ade lelah.. lelah aku dtg time pnat, time sejuk, time abuk..bla2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 asz1974's post
makan la usana supplement no 1 kat dunia ada dalam MIMS |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #232 asz1974's post
btol..sejok2 mmg sng nk kene asma attack.. |
|
|
|
|
|
|
|
untuk menguatkan paru paru..baca al fatihah 7 kali dengan satu nafas |
|
|
|
|
|
|
|
Salam kawan2... Saya baru jer sihat dari kena serangan asma. Lama dah tak kena. Lebih kurang 3 tahun dah x kena tp sekali kena attack terus sampai 3 bulan. Huhuhuuhu. Tiap2 hari kena amik puff inhaler yg blue colour tu.
Dah berkali2 pergi klinik dan jumpa dr. Sampai saya tak tau lagi nak wat ape dgn asma saya ni... May be sbb saya ni ada alahan pada ubat kot. Jadi dr. asik menukar ubat2 saya. (Saya allergy to Aspirin, Voltaren, Panadol, Cortal) sampai dr. pun pening tak tau nak bagi ubat apa kat saya ni.
Saya pernah di beri ubat ventolin, neulin dan yg paling latest ialah ubat Prednisolon (hentam aje ejaannyer ni). Selama berbulan2 saya telah di beri makan ubat2 ini. Hasilnyer berat badan saya semakin bertmbah. Dr. pun tlh bagitau saya kesan sampingan dari ubat xpecially ubat Prednisolon yg boleh membuatkan berat bdn seseorg itu bertambah.
Namun saya tidak mempunyai pilihan dan terpaksa juga mengambil gas dan ubat Prednisolon atas arahan dr. Setelah saya mengikut saranan dr., asma saya nampaknyer beransur kurang walupun belum sihat sepenuhnyer.
Just to share with u ols, baru2 ini, suami saya telah mengajak saya bercuti. Katanya untuk hilangkan tension dan cuba hirup udara yg lebih segar... Saya cukup risau kalo2 saya kena asma sewaktu bercuti dan saya bawa segala ubat-ubat saya. Sehari sblm saya bercuti, saya sempat berjumpa dr. dan mengambil extra ubat in case kalo saya diserang asma nanti.
Saya mengambil kesempatan bercuti itu dengan cuba ber'snorkling' bersama suami & anak2 saya. Mungkin kerana saya berenang (tak reti berenang pun, pakai life jacket aje) alhamdulillah saya perasan dada saya tidak lagi berbunyi dan saluran pernafasan saya tidak lagi sempit.... Saya bersyukur sgt2.
Sekarang ni, saya tidak lagi mengambil puff sulbutamol tu lagi. tp kena stanby gak ler... Jadi kpd sape2 yg ada asma tu, kalo rasa dah okey skit, boleh ler gi berenang. Mana tau kot2 okey ker... |
|
|
|
|
|
|
|
Galak kan makan madu 2X sehari.pagi n seblom tido malam. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ikut doc asma ni tak de penawar cuma boleh dikawal.
sebabnya aku asma dari kecil. suddenly asma aku hilang
bertahun lamanya masa tu aktif bersukan. lepas kahwin
masa mengandung anak sulung tiba-tiba menyerang semula
sampailah sekarang. buat masa ni aku control dengan
seretide inhailer. tiada seranganlah.
alhamdulillah..sambil tu aku amalkan petua-petua yang baik yang org
beri tapi nak tinggalkan seretide aku tak berani cuma dosnya
saje semakin dikurangkan. tak lama lagi mungkin boleh tukar
inhailer biasa insyaAllah....
pada siapa tadi tu yang kena attack masa tidur/malam maknanya
asma tu tak terkawal better jumpa doclah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by arasham at 24-4-2008 17:35
kalau ikut doc asma ni tak de penawar cuma boleh dikawal.
sebabnya aku asma dari kecil. suddenly asma aku hilang
bertahun lamanya masa tu aktif bersukan. lepas kahwin
masa mengandung anak su ...
aku le tu gyahaha, aku guna asthalin sbb ni je yg berkesan kat aku huhu, da test inhaler yg sepital bagi x jalan hehe. dulu da ok da tp tah pesal ade balik huhu masa pakai pil doc suh pakai inhaler je sbb pil ni takut ketagih jd sejak tu aku guna inhaler je. ni da smggu makan hati landak da kurang sket Alhamdulillah, aku ada baca kat mane tah sorang budak tu terus sembuh lepas makan hati landak hehe moga2 aku pun same la. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ade dengo gak ubat baling mustajab bagi astma ni ialah berenang mmg da terbukti la, jd sape2 ade parit beso depan rumah tu or ade kolam renang hehe ape lai terjun tiruk le. aku x dek kolam lak nak terjun huhu |
|
|
|
|
|
|
|
asma ni sebanarnyer susah nk ubat..
cara y terbaek kt kontrol trigger/pencetus asma tu senndiri..
klo asma sebb stress, sebaeknye kontrol stress..
tu llg baek dr amek any medication.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 arasham's post
I pun ambik inhaler seretide. 2 puffs every night. Sepatutnya 2 puffs 2 kali sehari - pagi & malam. But so far guna belah malam je and asthma tak mengganggu masa tidur.
I asthma dari kecik lagi. Bila dah masuk uni tak asthma lagi. But masa pregnant datang balik. sampai la ni tak nak hilang pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
oo..ramai ek mcm aku..aku after pregnant mai balik..bukan tkt asthma..allergy seme...betul ler kene byk ngaji..latihan pernafasan tuh...dr suh aku exercise...tp b4 exercise aku kene menyedut dulu ler...baru nih aku main2 ngan anak aku kat tmn,aku malas nak sedut...balik umah menyempit jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
petua kampung lak, buah mengkudu..
dpn umah aku ada mengkudu.. kekadang tu ada org dtg, minta buah mengkudu. bila ditanya utk apa, jawapan tetap sama, ubat asthma.. mmg tak dinafikan la khasiat mengkudu tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih 400 juta pesakit asma menjelang 2025
| PESAKIT asma mengalami masalah salur udara menjadi sempit hasil inflamasi keradangan sehingga mengganggu aliran udara ke paru-paru.
|
ASMA atau lelah adalah penyakit saluran udara kronik. Tanda-tanda atau simptom penyakit asma adalah seperti sesak nafas, nafas berbunyi, ketat dada dan batuk.
Bukan semua pesakit asma yang akan mengalami semua simptom yang disebutkan di atas. Hampir 20 peratus pesakit hanya mengalami batuk yang berlanjutan.
Simptom asma adalah disebabkan oleh penyempitan dan inflamasi saluran udara yang boleh berlaku akibat alahan kepada persekitaran, salah makan, ubat-ubatan dan tekanan apabila pesakit terdedah kepada punca-punca yang disenaraikan tadi.
Serangan asma berlaku apabila saluran udara menjadi sempit akibat pengecutan otot di sekeliling saluran udara serta tersumbat kerana inflamasi dan rembesan cecair yang banyak dari saluran udara yang membengkak tadi.
Ini akan menyebabkan serangan asma akan berterusan dari beberapa jam sehinggalah kadangkala berbulan-bulan.
Simptom-simptom ini juga mungkin lebih teruk pada waktu subuh dan malam.
Walaupun asma tidak boleh sembuh, ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang ada pada masa sekarang.
Setiap pesakit boleh menjalankan aktiviti seperti biasa seperti orang lain jika mereka mematuhi arahan doktor dengan baik.
l Punca asma
Punca sebenar asma masih belum diketahui. Kaitan faktor genetik atau keturunan merupakan salah satu sebab penting dan ini dapat dilihat di mana di kalangan keluarga pesakit asma biasanya terdapat ahli keluarga lain yang menghidap asma, resdung (rhinitis) atau dermatitis (atopy skin disease).
Walaupun punca sebenar asma tidak diketahui, namun punca serangan asma lebih diketahui seperti inflamasi dan saluran udara pesakit asma yang menjadi sempit disebabkan oleh beberapa faktor.
Antara faktor yang menyebabkan serangan asma adalah pesakit menyedut kutu debu, debunga, bulu kucing atau anjing, pencemaran udara, asap rokok, kurang senaman dan kesan beberapa ubat-ubatan.
Adalah penting supaya pesakit asma mengelak dari terdedah kepada semua faktor tersebut. Pesakit juga perlu mengetahui jenis alahan (alergi) masing-masing kerana ia berbeza mengikut individu.
lBeban asma
Dijangka sebanyak 300 juta penduduk dunia kini menghidap asma. Asma selalunya bermula dari zaman kanak-kanak dan akan terus menyerang pesakit untuk jangka masa yang panjang, mungkin sepanjang hayat.
Penyakit kronik ini akan mengakibatkan pelajar tidak dapat menghadiri sekolah atau pekerja terpaksa bercuti sekiranya asma pesakit tidak dikawal dengan baik.
Beberapa kajian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa mendapati hampir 50 peratus pesakit asma mengalami beban asma kerana tidak dapat menjalankan tugas-tugas harian, bersenam, bersukan dan bersosiol.
Di banyak negara yang kurang maju, penyakit ini kurang dikesan dan mengakibatkan banyak kematian dan kemasukan ke hospital.
Terdapat banyak negara yang tidak mampu memberi rawatan asma yang berkesan supaya ia dikawal dengan baik yang kemudiannya mengakibatkan beban terhadap negara.
Di Malaysia, satu kajian menunjukkan hampir 10 peratus pesakit asma dimasukkan ke wad akibat serangan akut asma dalam masa setahun dan 40 peratus lagi menerima rawatan kecemasan di klinik-klinik swasta dan jabatan kecemasan hospital.
Laporan, Global Burden of Asthma Report juga meramalkan bahawa 100 juta lagi penduduk dunia akan dikesan menghidap penyakit ini sebelum tahun 2025.
Diagnosis asma
Simptom-simptom, pemeriksaan fizikal dan ujian fungsi paru-paru adalah penting untuk mengesan penyakit asma.
Ujian fungsi paru-paru yang terdiri daripada penggunaan alat spirometri dan 損eak flow meter |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Selamat Hari Ibu kepada semua bergelar ibu
Anak saya pun ada asthma since umur 2 tahun sehingga lah sekarang umurnya nak masuk 10 tahun. Macam2 dah cuba tapi tak ada perubahan, so tak ada pilihan terpaksa bergantung pada ubat doktor, inhaler & every 3 months mesti pi klinik masuk nebulizer. Sebagai seorang ibu memang susah hati setipa kali anak kena serangan. Bila dah hari2 guna inhaler risau satu hari inhaler tu dah x jalan lagi.
Saya bertemu dengan jus 23 herba pada bulan february, last 3 months. Bagi anak minum, dan alhamdullillah ada perubahan positif. Untuk sebulan yang pertama tu, dia lansung tak sentuh inhaler dia coz tak ada bunyi pada pernafasan dia bila dia tidur & tak ada batuk2 berpanjangan. Batuk sikit2 tu still ada laa. Then after 1 month ++ dia kena attack satu kali. Guna inhaler & nebulizer skali coz kebetulan dia kena selsema, batuk & demam, after 2 days dah ok without taking antibiotics.
Sekarang, saya masih bagi dia jus 23 herba dan asthma dia dah byk berkurangan. Once in a while dia masih lagi ada wheezing sound & batuk2 mengikut pada cuaca juga, tapi tak sekerap dulu. Budak2 ni susah sikit sebab dia x boleh pantang. Pantang nampak je la...tak dapat nak mengelakkan dia daripada minum ais, makan ais krim, dan pergerakkan yg aktif esp kat sekolah. Degil...kdg2 geram gak!
Anyway, saya yakin dengan berterusan mengambil jus 23 herba ni, asthma dia akan semakin kurang dan kurang dan saya berdoa ia akan terus hilang, insyaAllah. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah homemom..jus 23 herba tu mmg bagus utk athma. dan kalau nak lebih baik lagi...boleh digandingkan dgn pelapik tilam bio ion contiago kerana dgn 7 jenis rawatan di dalam nya..penyakit athma dpt dikurangkan disamping mendapat kelebihan yang lain. utk tahu lebih lanjut boleh tgk sini ..
http://www.kedaimakan.com/forum/viewtopic.php?f=48&t=269
kalau nak test utk beberapa hari pun boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chukie at 15-5-2008 10:36 AM
alhamdulillah homemom..jus 23 herba tu mmg bagus utk athma. dan kalau nak lebih baik lagi...boleh digandingkan dgn pelapik tilam bio ion contiago kerana dgn 7 jenis rawatan di dalam nya..penyakit ...
thanks for the info chukie |
|
|
|
|
|
|
|
Pelega tunggal asma
Oleh YEO LI SHIAN
Ubat pelega asma terbaru, SMART adalah terapi dua dalam satu yang bertindak sebagai pelega tunggal.
TAHUKAH anda, dua daripada setiap tiga orang sukar mengecapi apa yang mereka ingini disebabkan oleh keadaan asma mereka? Malah, lebih daripada 30 peratus pula hidup dalam ketakutan kerana bimbang menghadapi serangan asma semula.
Statistik mengejutkan ini diperoleh daripada sebuah kaji selidik, Spring into Action yang dijalankan oleh gabungan beberapa agensi. Agensi-agensi ini termasuk Kumpulan Penjagaan Utama Respiratori Antarabangsa (IPCRG), Pertubuhan Doktor-doktor Famili Dunia (Wonca) dan AstraZeneca. Ia melibatkan sejumlah 1,800 pesakit dari Australia, Brazil, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Sweden, Korea dan Britain.
Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR), Datin Dr. Aziah Ahmad Mahayiddin berkata, keadaan asma di negara-negara membangun lazimnya disebabkan oleh rangsangan-rangsangan umum. Rangsangan ini antaranya termasuk pencemaran alam sekitar, habuk dan haiwan peliharaan.
Asma berlaku apabila lubang udara menjadi bengkak dan mudah bertindak balas terhadap rangsangan. Malangnya kajian mendapati tahap kesedaran kebanyakan pesakit terhadap punca berlakunya asma masih di tahap mendukacitakan.
揝atu dalam setiap empat pesakit sebenarnya tidak tahu punca sebenar simptom-simptom asma. Kebanyakan pesakit tidak sedar keradangan pada lubang udara adalah puncanya.
SMART adalah cara baru mengurus asma.
揝imptom-simptom seperti batuk-batuk, ketegangan di dada dan kesukaran bernafas boleh berubah dari sehari ke sehari dan minggu ke minggu, |
|
|
|
|
|
|
|
aku lelah jugak. mmg kire tahap teruk. kemane2 aku p. aku bwk 3 jenis inhaler. sekurang2nye 1 hari aku kena sedut sekurang2nye 3 4x. bile teruk aku kena cepat2 gi spital @ klinik. tp kdg2 aku ni buat bodo jerk. hehe aku xbole terlalu penat, nervous. tension, panas sgt, sejuk sgt pun xbole. kdg2 dia dtg tibe2 je xdpt nk predict pun. ade jugak la beberapa kali yg aku rase mcm nk putus nyawa dh. tp ok lg. satu2nya makanan yg aku sgt pantang ialah tembikai. even 1 slice pun aku dh bole tercungap2. lain2 pulut2 tu kire ok lg. air sejuk pun ok. aku pun bersukan jugak. aku main netball, futsall. jogging. tp kdg2 terganggu jugak aktiviti aku. last month aku gi cek kt sepital dh lg makin teruk. so ape2 pun, aku pasrah je la. usaha ttp usaha tp suma ketentuan tuhan jugak kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|