CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tasha

[MERGED] THYROID PROBLEMS AND TREATMENTS

[Copy link]
Post time 7-4-2010 08:29 PM | Show all posts
sy pun nak berkongsi pengalaman..saya terperasan bengkak kat leher bawah belah kiri ni masa sy dlm pantang.a few months after that baru sy buat blood test..t3 and t4 both normal,...so sy just biar kan ...
muteq Post at 21-12-2009 22:40



salam & selamat sejahtera,

sekarang muteq masih pergi lagi ke PPUM? adakah dah buat operation tu? saya pon sedang mengalami sakit tiroid ni. simptom2 yang saya alami ialah tangan menggeletar, jantung berdegup laju & cepat marah. kadang2 jantung berdegup laju sampai saya boleh tersedar masa tidur. kalau tidur tak pernah rasa puas walaupun dah tidur lama, badan lak mudah sgt rasa letih.

saya juga pergi PPUM, di klinik RUKA. saya dah pergi 2x, ambik darah sekali & saya positif ada tiroid. saya dapat doktor yang sama iaitu doktor Nu' Nu'. kali ke 2 rawatan saya diberi ubat camazol untuk dimakan selama 6 minggu. setakat ni jantung saya dah kurang berdegup laju. lepasni kena cek lagi darah & tengok keputusan macam mana. seperti yg awak cakap mmg nak tunggu rawatan tu lama, habis masa separuh hari kat sana je. saya sampai seawal jam 7pagi kat ppum untuk ambik nombor giliran. doktor hanya akan ada jam 9.30 pagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2010 08:30 PM | Show all posts
hai...

saya pun mengidap tiroid hyper...saya da mengidap tiroid ni lebi 9 thn saya baru je brkwin 3 bln lps risau lak wlpun tiroid sy ni tak bsr mane tp effect die pada kehidupan sy mmg teruk sanga ...
nursyah29 Post at 31-1-2010 21:55


saya setuju dengan nursyah29, kehidupan kita akan rasa x selesa. kadang2 macam jadi risau tak tentu pasal. sakit ni betul2 mengganggu kehidupan saya
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 08:47 PM | Show all posts
tiada sesiapa nak kongsi maklumat?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 05:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by dearest02 at 13-4-2010 17:48

salam...
skrg ni sy pregnant 15 minggu, check darah hari tu doc dpt kesan saya ada hyperthyroid, 23/4 ni temujanji dgn pakar, tak pasti mcm mana lagi. my hubby beli elken spirulina utk saya. so, saya nak pastikan..
1. boleh ker saya ambil spirulina masa pregnant ni?
2. ada effect kat baby tak, kalau just makan spirulina? (sbb suami tak nak saya makan ubat hospital langsung) ?
3. hyperthyroid leh sembuh ker dgn spirulina?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2010 03:56 PM | Show all posts
sy nk tanya sape2 yg tau pasal bengkak kt leher ni....sy p buat aultrasound...resultnye kata ade bengkak cyst...result darah blum kuar lg.....

adakah ni tyroid?


sama la sy bgkak kat belah kanan..ml2 ingt tyroid pastu doc syak canser..wat ujian sume doc kate cyst...ari Jumaat ni ada appoinment kt hospital lau x hlg nk kene operate...sy dah ulang-alik hospital ni dlm 5 bln....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2010 09:24 PM | Show all posts
Reply 245# budakcomei

bengkak sy dah mengecil bila sy p berubat tradisional....dlm tempoh sebulan sy ulang alik berubat....alhamdulillah dh mengecil....bila tekan bru rasa...
sy syukur sgt2.....


sy rasa u cuba p berubat tradisional dulu....kalu x ade perubahan buatla oprate....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2010 09:35 AM | Show all posts
raze86, awak berubat kat mane yek...saya ade gak berubat skit2 tp mcm tu jugak...kecik mcm mana sebab cyst ni cecair kan...ari tu doktor kuarkan mcm nanah...so lau semakin kecik tu cecair tu pegi mana plak?

Sorry nak tnya berubat tradisional tu dgn bomoh ke dgn ustaz?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 09:14 PM | Show all posts
salam dan selamat sejahtera,

hari rabu lepas saya pergi check up di ppum, keputusan darah ada menunjukkan penurunan untuk hyperthyroid tu, degupan jantung pun kurang dah laju dari sebelumni tapi tapak tangan makin menjadi berpeluhnya....sebelum ni takda berpeluh sangat. sekarang kena makan ubat carbimazole sebiji sehari selama 2bulan, sebelumni makan 2biji untuk 6minggu. pas 2bulan cek lagi darah...

malam ni lepas minum air soya dengan roti john, jantung laju balik... rasa x selesa sangat2. korang ada jadi mcm ni tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2010 02:18 PM | Show all posts
Reply 244# dearest02


org yang ada tyroid hyper ker atau hypo ...tak leh ambil spirulina....tak sesuai sebb melibtkanhormon....saya pun ada tyroid juga...ni doktor yang cakap.....mula2 makan ok lamaa...nanti ada masalah lain timbul.....tak semua orang boleh makan sprirulina
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 09:54 PM | Show all posts
tgh mencari Endocrinologist kat KL. suspect hypothyroid relapse setelah 7 tahun free-medication. dah amik darah, result indicate normal tapi susah sangat nak turun berat badan. naik mencanak2.. haih
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2010 10:22 PM | Show all posts
Reply 247# budakcomei
sy berubat dgn seorg ustaz...
sy hnya di bg minyak utk sapu tiap2 hr dileher...
dgn izin allah alhmdulilah hilang...

sblm sy ade bengkak/cyct ni...sy ade minum air soya tiap2 hr...
kemungkinan besar sy ade elergi dgn soya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2010 11:41 AM | Show all posts
Saya baru dapat result darah..memang ada tyroid..Semua bacaan tinggi...terutama T4..sangat2 tinggi...petang ni saya akan ke HUKM..Takutnya...Tapi leher tak de bengkak...sekarang ni tengah tension sebab takut sangat...Harap2 tak kena tahan wad...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 01:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by afis at 27-8-2010 01:46

Salam semua,

Saya baru saja disahkan mengidap hyperthyroid atau Doc menggelarnya sebagai Grave's Disease (thyroid toxicosis). Saya mengalami simptom2 yg biasa dialami oleh pesakit-pesakit hyper thyroid seperti penurunan berat badan mendadak (17kg dlm masa 4 bulan), ketar di jari dan degupan jantung yg terlalu laju (130 bpm).

Pada mulanya, saya ke klinik swasta utk mengetahui keadaan diri saya kerana saya tidak merasakan sabarang kesakitan (spt. demam, batuk, letih dsb). Doc menyarankan agar complete test (blood and urine) dilakukan. Ujian ini mengambil masa 4-5 hari dan dikenakan bayaran RM135. Setelah keluar result, saya didapati positif hyperthyroid.

Doc di klinik swasta tersebut menyarankan agar saya berjumpa dgn endocrinologist secepat mungkin kerana kandungan hormon thyroid (T3, T4 dan TSH) yg sangat tinggi di dalam darah. Lantas saya menghubungi Dr. Mazidah, seorang endocrinologist di Sime Darby Medical Center (dulu SJMC) untuk buat pemeriksaan pertama.

Kali pertama berjumpa beliau, saya bawa sekali laporan ujian yg saya telah buat bersama dan beliau mengesahkan saya mengidap hyper thyroid. Puncanya hanya akan diketahui apabila saya menjalankan ujian darah utk mengetahui tahap antibodi. Kandungan antibodi yg tidak normal akan menyerang bahagian-bahagian tertentu (e.g. kalenjar thyroid), dan ianya dikenali sebagai auto-imune. Sehingga nota ini ditulis, Doc masih belum dapat buat keputusan sama ada ia disebabkan auto-imune atau tidak kerana ujian anti-body memerlukan masa yg agak lama (~2 minggu).

Untuk pengetahuan semua, saya mempunyai bengkak yg kecil sahaja di bahagian leher dan tidak kelihatan. Oleh itu, Doc hanya mencadangkan ubat (Camazol Carbimazole) yang diambil sebanyak 40mg dan (Propranolol) juga sebanyak 40mg sehari. Namun dos ini bergantung kepada tahap pesakit. Carbimazole adalah utk mengurangkan thyroid manakala Propranolol utk mengurangkan kadar degupan jantung. Dos yg tinggi ini perlu diambil dalam masa sebulan bagi menghasilkan kesan yg drastik. Selepas sebulan, Doc akan menentukan dos yg sesuai bergantung kepada kandungan hormon thyroid tersebut.

Di SDMC, Dr. Mazidah menyarankan (bergantung) agar pesakit dimasukkan ke dalam wad bagi tujuan pemantauan. Saya terpaksa bermalam di wad selama 1 malam. Di sini, tekanan darah, suhu badan dan kadar nadi diperiksa setiap 6 jam bagi memastikan kita berada dalam keadaan yg terkawal. Jika segalanya baik, Doc akan dischare pada keesokan harinya.

Kos rawatan di hospital swasta boleh mencapai sehingga RM1,200 utk 1 malam berada di wad (double beded). Consultation fee utk endocrinologist adalah RM180 per visit. Jadi kepada mereka yg memiliki perlindungan insuran kesihatan, bolehlah berbincang dgn agen anda sebelum membuat keputusan utk menerima rawatan di sini. Selalunya kes thyroid adalah di cover dalam pelan insuran. Dan perlu diingatkan bahawa sesetengah hospital swasta meminta anda menyediakan deposit sebanyak RM500 (jika anda dibiayai oleh insuran) atau RM3,500 (jika anda bayar sendiri). Jadi buatlah persediaan yg secukupnya, dan deposit akan dipulangkan selepas anda di discharge.

Menurut Doc klinik swasta yg merawat saya, hospital Putrajaya merupakan hospital yg mempunyai pakar dan kemudahan terbaik bagi kes thyroid. Jadi jika anda bercadang utk mendapat rawatan di hospital kerajaan, salah satu pilihan terbaik adalah di hospital Putrajaya.

3 tahap rawatan utk hyper thyroid adalah pertama; pengambilan ubat-ubatan yg disebutkan di atas. Jika tidak berkesan; endocrinologist akan mencadangkan pembedahan kalejar thyroid di leher. Kalau boleh, elakkan pembedahan kerana ianya berisiko berikutan kawasan pembedahan melibatkan kawasan peti suara. Dan jika pembedahan pun tidak berjaya, anda akan diberikan sejenis ubat radioaktif bagi membunuh hormon-hormon thyroid tersebut. Kaedah-kaedah ini diterangkan kepada saya adalah untuk kes saya dan mungkin berbeza utk kes anda. Adalah lebih baik jika nasihat diperolehi drpd endocrinologist anda sendiri.

Selepas sebulan makan ubat yg diberikan, saya perlu kembali ke SDMC utk pemeriksaan tahap hormon dan ini dijangka akan dilakukan juga utk bulan-bulan berikutnya. Harga kedua-dua ubat Carbimazole dan Propranolol adalah lebih kurang RM160 untuk sebulan. Selalunya pesakit thyroid perlu bergantung kepada ubat-ubatan ini selama 2 tahun.

Diharap agar tulisan saya ini membantu anda yg juga penghidap penyakit ini. Pesan saya, jika anda mempunyai tanda-tanda penyakit ini, segeralah berjumpa doktor pakar. Menurut Doc, berat badan tidak akan naik sehinggalah thyroid ini pulih sepenuhnya. Jadi kalau anda biar sampai kurus kering baru berjumpa Doc, anda akan kekal la kurus kering selagi thyroid anda tidak pulih! Cegah sebelum parah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 09:50 AM | Show all posts
salam, just to share...
ramai rupanya yg mengidap tiroid...cendawan confirm dpt hypertiroid julai, last month. bacaaan t4 sangat tinggi 70 something..last 2 weeks buat blood test ..da reduce jadi 50 something...doc bg camazole 6 biji sehari n propanol tuh mkn bila perlu...berat badan da menurun 5kg since june this year...segala baju da makin longgar...

kadang2 tuh memang rasa cepat nk marah...tp masa consult doc, dia takder sebut pasal operation..hopefully takde la sampai ke situ...kat leher terasa benjol sket tapi x nampak kalau org tak perasan...so, skang ni cendawan continue mkn ubt n amik pharmaton utk tambah tenaga dan selera mkn...lps nih nk try madu khaula pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2010 01:41 PM | Show all posts
Saya pergi HUKM, buat blood test dan check jantung. Lepas tu saya dirujuk ke PPUKM. Check darah lagi.  2 minggu baru dapat result. Masa kat HUKM result darah boleh dapat dalam masa 2 jam. Lagi 2 bulan kena check jantung pulak lagi sekali. Dr bagi ubat Camazol Carbimazole dan Propranolol. Camazol tu kena makan 6 bijik sehari. Propranolol 1 biji sehari. Tak payah bayar apa2 pun. Saya tak mampu  nak pegi klinik swasta. Mahal..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2010 12:12 PM | Show all posts
Saya juga dah menghidap Hyperthyroid ni selama 4 tahun. Semasa pregnant anak ke2, keadaan Hyperthyroid saya dah stabil. but after bersalin simtom ada balik. bacaan T4 = 72.64 tinggi sangat..saya kena makan carbimazole 50mg = 10 biji sehari dan propranolol 120mg = 3 biji sehari. bulan 7 baru ni appmt dengan doc, result T4 dah turun jadi 33.54. so after stabil, doc advise suh operate buang kesemua kelenjar tu. For ur info, dalam masa saya makan ubat2 hospital, saya juga ada makan spirulina alken.. bagus..ia sangat membantu. insyaallah kalau lepas raya ni dah stabil, saya akan menjalani satu major operation membuang kelenjar thyroid ni. Doc kata, kalau tak buang, ia akan berulang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2010 02:31 PM | Show all posts
saya berumur 19 thn, lelaki. bdn saya kurus kering, saya suspected thyroid. tapi leher saya takde bengkak apa2. saya dah wat blood test for thyroid last week. klu positive adakah saya akan kena wat pembedahan? tlg saya...saya takut
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2010 03:08 PM | Show all posts
saya berumur 19 thn, lelaki. bdn saya kurus kering, saya suspected thyroid. tapi leher saya takde be ...
asteruk Post at 10-9-2010 14:31


kalau positif tyroid, doktor akan suruh kita buat treatment terus dengan makan ubat2 khas untuk stabilkan hormon ..bukan dengan pembedahan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2010 04:35 PM | Show all posts
kalau positif tyroid, doktor akan suruh kita buat treatment terus dengan makan ubat2 khas untuk  ...
abbyhoney Post at 11-9-2010 15:08



    igt kan kena wat pembedahan

dgn memakan ubat-ubatan, adakah saya akan sembuh dan berat badan saya akan kembali normal mcm dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2010 11:49 AM | Show all posts
Insya allah boleh sembuh, hari tu tengok Opray winfrey show, dia pun ada tyroid...hyper dgn hypo...Saya juga amalkan minum minyak kelapa dara, usaha lebih sikit sebab nak cepat baik..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.074464 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list