CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wizardLy_boy

AIM - Dato' Siti - Tahniah!!! Best Vocal & Best Pop Album

[Copy link]
Post time 1-5-2008 10:23 AM | Show all posts
Siti Nurhaliza tidak mengharapOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]


KEUNGGULAN Siti Nurhaliza sebagai penyanyi nombor satu negara masih menyerlah apabila menerima lapan pencalonan dalam AIM15 yang akan berlangsung Sabtu ini (3 Mei).

SEJAK penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memasuki gelanggang Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1997, namanya tidak pernah tercicir daripada dicalonkan untuk mana-mana kategori yang dipertandingkan.

Cuma, pada tahun 1998 sahaja, buat pertama kalinya memperlihatkan Siti gagal membawa pulang sebarang anugerah AIM dalam tiga kategori yang dicalonkan.

Jika dihitung dari tahun 1997 sehinggalah tahun 2007, penyanyi jelita ini sudah pun memiliki 22 buah trofi AIM termasuklah Vokal Wanita Terbaik yang berjaya berada di dalam genggamannya selama lapan tahun berturut-turut, Anugerah Kembara (tiga), Album Terbaik (empat), Album Pop Terbaik (tiga) dan Album Pop Etnik Terbaik (dua).

Itu belum dikira lagi tiga lagu nyanyiannya yang diiktiraf menerusi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu iaitu Merisik Khabar, Bukan Cinta Biasa dan Seindah Biasa.
Tahun ini, Siti merupakan satu-satunya artis yang berjaya mendapat pencalonan terbanyak iaitu lapan pencalonan dalam lima kategori menerusi albumnya, Hadiah Daripada Hati (HDH).

Pencalonan yang diterimanya adalah Persembahan Vokal Wanita Terbaik, Album Pop Terbaik, Kulit Album Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) dan Lagu Terbaik.

揚encalonan ini menunjukkan bahawa HDH merupakan karya yang berkualiti sekali gus menafikan kata-kata sesetengah orang yang mendakwa HDH tidak berkualiti dan dibuat sambil lewa. Dalam erti kata lain, mereka mengatakan HDH adalah sebuah album cincai.

揔onsep HDH juga berbeza dengan apa yang telah saya lakukan sebelum ini. Sebenarnya, HDH pada pandangan saya, juga merupakan salah sebuah album terbaik yang pernah saya lahirkan. Saya telah memberikan sepenuh hati dalam memastikan HDH menjadi sebuah album yang berkualiti,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 10:24 AM | Show all posts

Reply #237 pzan213's post

lajunye abatar ko leh kene saman ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 11:25 AM | Show all posts

Reply #237 pzan213's post

macam hantu pocong jer avatar ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by hyie at 1-5-2008 10:23 AM
Siti Nurhaliza tidak mengharapOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]

http://www.utusan.com.my/pix/2008/0501/Utusan_Malaysia/Hiburan/hi_01.1.jpg
KEUNGGULAN Siti Nurhaliza seba ...

yes.. pencalonan ct yg banyak dalam aim ni sudah cukup menunjukkan HDH album berkualiti
kalah menang, tu terserahlah pada juri..
aku pun mcm ct, tak nak memberi harapan yg tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 12:22 PM | Show all posts

Reply #244 eddysheddy's post

AIM memang susah skit laa nk predict..mcm taun lepas Sean Ghazi pun dpt pencalonan paling byk tp sangkut satu jek x silap..so kalu CT dpt 1-2 atau mungkin x dpt langsung pun aku x tekejut..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by harisbee at 1-5-2008 11:25 AM
macam hantu pocong jer avatar ko ni


tu la..mulan jameeladah jadi anto pocong..hahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2008 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by MsJaneDoe at 1-5-2008 12:22 PM
AIM memang susah skit laa nk predict..mcm taun lepas Sean Ghazi pun dpt pencalonan paling byk tp sangkut satu jek x silap..so kalu CT dpt 1-2 atau mungkin x dpt langsung pun aku x tekejut..

ya betul...kita berserah jelah.. aku tak berharap dengan harapan yg tinggi tapi tidak akan berhenti berharap
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 03:21 PM | Show all posts
hope dptla lagu terbaik...xpun kulit terbaik..vokal tatau laa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 04:49 PM | Show all posts
AIM kali ni kat tv ape? bole tgk kat tenet x? radio ape jadi penyiar rasmi?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 04:57 PM | Show all posts
x sabarnye!!

[quote]            
Vokal Wanita Terbaik milik siapa?
Posted (admin) in utusan malaysia online, Career on May-1-2008

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]

KEHANGATAN Anugerah Industri Muzik Ke-15 (AIM15) makin dirasai. Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi anugerah muzik berprestij itu akan menemui peminat hiburan tempatan.

Buat masa ini, pastinya ramai yang mula membuat ramalan sesama sendiri siapakah yang bakal membawa pulang anugerah dalam 18 kategori yang dipertandingkan.

Salah satu kategori yang menjadi sebutan saban tahun sudah pastinya adalah Persembahan Vokal Wanita Terbaik. Tahun ini juga memperlihatkan lima orang calon yang cukup hebat serta mempunyai mutu suara yang berbeza. Pastinya ia memerlukan 慿erja keras
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 06:16 PM | Show all posts
Originally posted by calmille at 1-5-2008 04:49 PM
AIM kali ni kat tv ape? bole tgk kat tenet x? radio ape jadi penyiar rasmi?


kat NTV7.........tataula ader live ke tak kat tenet..........tp leh dgr HOT Fmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 07:33 PM | Show all posts
like usual..vokal wanita terbaik dlm album....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 09:19 PM | Show all posts
aku berharap tinggi ct dapat 3...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 11:31 PM | Show all posts

Reply #249 calmille's post

ntv7 kan.. radio fly ngan hotfm
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 11:31 PM | Show all posts

Reply #249 calmille's post

x slp aku kat website ntv7 ada streeming gak...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 11:33 PM | Show all posts

Reply #252 fredbok87's post

tu pun tkt gak tu..

psl rmi ckp vokal tok ti terlalu santai sgt....

sama kes ngan m nasir taun lps kalah vokal psl rmi ckp vokal m nasir terlalu santai...

tp wait n see jerr...tp vokla mmg aku nak sgt tok ti menang....sambung blk utk 9 taun...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 12:15 AM | Show all posts
hmmm..aku ader satu kemusykilan la.......kan AIM tahun nie ader vote utk persembahan terbaik utk sebarang persembahan sepanjang aim berlangsung....tapi nape persembahan ct tak tercalon ek?...aku rase yg medley lepas dier balik dr RAH to pun better la dr yg tercalon..
antara yg tercalon........

Tiara jacquelina - Asmaradana
Anuar Zain - Perpisahan
Dayang n Sheila Majid - Medley SHeila Majid
Rabbani - Medley
Alleycat - Hingga Akhir Nanti
Amy Seacrh - Gita Rama Sita
Jac Zahid Dina Farah - Medley
Yassin - Aisyah
M Nasir - Phoenix Bangkit dr ABu
Rabbani Raihan Saujana Hijaz - Medley

niela calon yg terenarai..........aderkah persembahan ct tak best?
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 12:20 AM | Show all posts
xpun yg ct nyanyi lagu my all ngan sarah liza hanim n misha omar tu ok pe............xpun yg lagu mulanya disini tu..ok gak.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 01:34 AM | Show all posts

Reply #257 pzan213's post

AIM takut disinonimkan dgn nama siti la tuh mcm la org x tau
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 09:19 AM | Show all posts
Originally posted by pzan213 at 2-5-2008 12:15 AM
hmmm..aku ader satu kemusykilan la.......kan AIM tahun nie ader vote utk persembahan terbaik utk sebarang persembahan sepanjang aim berlangsung....tapi nape persembahan ct tak tercalon ek?...aku  ...



Adakah sebab CT mmg besar malam tue....so taknak la nampak Siti monopoli????

Speku spekuuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.380123 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list