|
Originally posted by tam99 at 3-9-2008 08:20 AM
Salam semua...
kat maner ning...
mintak ampun mintak maaf, saya urang baru kat sini
SALAM SEMUA.
orang lama baru nak masuk ke....?
lama tak jenguk mane pergi...? |
|
|
|
|
|
|
|
Padang futsal berbahaya
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
Taman permainan kanak-kanak di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi, turut dirosakkan oleh remaja termasuk pelajar sekolah yang menjadi taman itu sebagai tempat mereka melepak.
BANGI 2 Sept. - Kemudahan padang permainan di setiap kawasan perumahan sangat penting bagi memudahkan penduduk sekitar melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga, jiran atau teman-teman.
Selain itu, kawasan tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri kahwin, perjumpaan bersama penduduk serta pelbagai acara sukan.
Namun, di kawasan perumahan Seksyen 1, Bandar Baru Bangi, sebuah gelanggang sukan pelbagai guna yang sepatutnya membawa manfaat kepada penduduk kawasan itu kini mendatang masalah kepada mereka.
Ini kerana gelanggang itu yang siap dibina pada Mac lalu dan terletak terlalu hampir dengan rumah penduduk itu dibina tanpa mengikut spesifikasi yang sepatutnya.
Walaupun ia adalah gelanggang untuk pelbagai jenis sukan tetapi sukan yang sering dimainkan di situ iaitu futsal.
Akibat tidak mengikut spesifikasi, gelanggang di bawah pembiayaan Kementerian Belia dan Sukan itu sering membawa masalah kepada penduduk terutama merosakkan harta-benda mereka.
Masalah tersebut berpunca daripada pagar di sekeliling gelanggang itu yang dibina terlalu rendah sehinggakan bola yang disepak mudah melepasi pagar berkenaan dan merosakkan kediaman penduduk di sekitarnya.
Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Rahmat, 56, memberitahu, cermin tingkap rumahnya telah beberapa kali pecah akibat terkena bola futsal.
Jelasnya, selain masalah cermin pecah, bola futsal yang tersasar itu turut merosakkan tanaman serta pokok-pokok hiasan dan kereta nya yang diletakkan di halaman rumah.
Menurutnya, walaupun dia telah melarang remaja-remaja yang bermain futsal di situ supaya tidak menyepak bola terlalu tinggi, namun larangan tersebut tidak diendahkan oleh mereka.
"Sudah puas saya menegur perbuatan mereka namun tidak diendahkan, malah kita pula yang disalahkan kerana tinggal di kawasan tersebut.
"Saya tidak halang padang tersebut dibina di situ namun seharusnya pihak yang bertanggungjawab perlu memasang pagar yang bersesuaian memandangkan ia terlalu hampir dengan rumah penduduk.
"Setiap kali mereka bermain, saya terpaksa menutup tingkap dan pintu bagi mengelakkan bola tersebut masuk dan merosakkan peralatan di dalam rumah saya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini semalam.
Tambahnya, selain masalah tersebut, padang futsal berkenaan juga dilihat menjadi lokasi pelajar-pelajar sekolah melepak serta melakukan aktiviti tidak sihat termasuk menghidu gam.
"Kebiasaannya, pada waktu sekolah, pelajar-pelajar berkenaan akan bermain futsal dengan memakai pakaian sekolah dan apabila ditanya mengapa tidak ke sekolah, mereka menyuruh kami diam dan jangan masuk campur hal mereka.
"Saya tidak tahu pada siapa saya harus mengadu dan saya bimbang mereka akan membuat sesuatu pada keluarga saya jika saya membuat aduan," jelasnya.
Seorang lagi penduduk yang ditemui, Rashid, 34, mengakui padang futsal tersebut sering menjadi tempat remaja-remaja di sekitar kawasan tersebut berkumpul.
Jelasnya, lebih memburukkan keadaan, mereka turut menjadikan taman kanak-kanak berhampiran sebagai lokasi melepak mereka serta merosakkan peralatan yang disediakan.
"Padang futsal tersebut baru sahaja dibina dan belum pun dirasmikan, namun pintu pagarnya telah tercabut dan pagarnya dirosakkan dengan dibuat lubang untuk memudahkan mereka keluar untuk mengutip bola yang terkeluar dari gelanggang.
"Tidak cukup dengan itu sahaja, mereka juga memusnahkan peralatan permainan kanak-kanak dengan membakar papan gelongsor serta mencabut beberapa skru alat permainan yang lain sehingga kebanyakan alat-alat permainan tersebut tidak selamat untuk digunakan," katanya.
Akibat perbuatan remaja terbabit, katanya, tiada kanak-kanak yang bermain di kawasan tersebut pada waktu petang kerana ibu bapa mereka bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka.
"Kemudahan ini tidak lagi menjadi kemudahan kepada kami malah membahayakan keselamatan pula," ujarnya.
Penduduk yang mahu dikenali sebagai Sarimah, 44, berharap, pihak yang bertanggungjawab dapat membantu penduduk di kawasan berkenaan menyelesaikan masalah tersebut sebelum ia menjadi lebih teruk.
"Penduduk tidak halang padang futsal ini berada di sini tetapi biarlah ia memberi manfaat dan tidak menyusahkan mana-mana pihak.
"Sebelum ini, ada yang pihak yang meminta lampu dipasang di gelanggang itu tetapi penduduk menolak kerana ia akan lebih menyusahkan mereka.
"Namun, jika pagar yang sempurna dipasang sekeliling padang ini, kami mengalu-alukan lampu tersebut dipasang kerana ia akan membantu menerangi kawasan ini," ujarnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
letih nak masuk forum nih? |
|
|
|
|
|
|
|
aku pong mad
bosan tul masuk umah cari
no serbis mendang
bila nak pulih gaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Cari rumah nak beli/sewa kat seksen 3/4 Bangi
Salam semua,
Kami sekeluarga tgh cari rumah nak dibeli (kalau harga ok) atau kalau x mampu nak beli, sewa dulu sekita kawasan seksyen 3/4 atau sewaktu dengannya. Target nak pindah cuti sekolah hujung tahun ni..
Harap warga Bangi kat sini boleh bantu . PM saya, ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
p/s: Lupa lak, dah serach through internet, contact agen perumahan nama Burhanuddin (rasanya nama dia yang tu), dia ada 2 bijik rumah, satu kat sek. 3, satu lagi kat sek. 4, both houses' owners mmg nak jual, ni agen bgtau masa sy contact dia. Tp pastu janji nak tgk rumah, agen ni lak losap sonyap je.. so kalau sape2 kat sini yang tau ada rumah nak jual/sewa, tlg PM direct kat saya, ya. Pakai agen ni, gitulah citernya.. sonyap jo... |
|
|
|
|
|
|
|
SALAM PAGI JUMAAT
semlm asyik2 no serbis...
ingat2 rumah dah hilang..
kalo dah hilang idak dapat le
bergurau dgn dak comey tu...
dan semua warge bangi...
harap2 semuanye sihat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by t@t at 3-9-2008 10:40 AM
Padang futsal berbahaya
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
http://www.utusan.com.my/pix/2008/0903/Utusan_Malaysia/Kota/wk_01.1.jpg
Taman permainan kanak-kanak di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi, turu ...
bukan tmn permainan saja mereka bakor...sekolah tempat mereka menuntut ilmu dunia akhirat pung dia orang bakor... maleh nak sebut nama sekolah tu... sekolah itu terbaik jugak kat selangor ni.... apa nak jadi remaja tu...dah berbuih mulut cikgu sekolah bg kaunseling....!:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #248 bromatt's post
hehehehehhehe....
Pok mat dilla semalam pun rasa nak nangis gak mauk umah ning
tengok2 selangor tak dok
lar...rupanya demo taruk sebelah kanan nung...
jauhnyaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #249 bromatt's post
kene pupuk semangat menjadi harta benda bersama ni pok mat |
|
|
|
|
|
|
|
SALAM
solat yg ikhlas kerana Allah (bukan menunjuk atau terpaksa) membaiki otak secara hampir keseluruhan, manakala khusyuk & fokus didlm sembahyang membaiki pula prefrontal cortex (PFC) yg merupakan CEO bagi diri kita, PFC menganalisa masaalah dan keadaan dgn merujuk kesemua bahagian otak sebelum membuat keputusan, sama seperti CEO syarikat yg mengetuai mesyuarat syarikat yg diwakili oleh pelbagai jabatan/section sebelum sesuatu keputusan dibuat.
Hidup dizaman moden ini dipenuni dgn stress, nak pergi kerja stress, nak belajar stress, nak bekerja stress.. jika stress berterusan, maka makin lama makin kurang lah darah ke PFC kerana darah lebih ke kaki dan tangan untuk lebih alert for "fight or flight". Makin kurang darah, makin kurang aktif PFC dan makin terlelap lah CEO diri kita, bahagian otak yg lain masih boleh membuat keputusan tetapi lebih kepada memori instead of creativiti & rasional.
Sembahyang lah dgn ikhlas, sampaikan cerita ini kepada rakan2 lebih2 lagi dibulan ramadhan ini, ganti kan cerita2 gossip, umpat, bab artis dll dgn kelebihan solat...
Mengapa perlu solat? Baca lebih lanjut disini...
http://syurgadidunia.blogspot.com
petikan dari bod agama:muslimin dan muslimat>andalusia=andartu
[ Last edited by bromatt at 5-9-2008 03:10 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lorrrrrrrrrrrrrrrrr duk sini threadnya...junuh duk cari ...ingatkan dah hilang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Mad dah konpius tuh |
|
|
|
|
|
|
|
mad
I lap u la mad
dapat jumpa mak semula
jump bromatt
jumpa OKB sekseng sembilang dan sekseng lapang...
tam koko..meh le kit hug hug cara jemaah
dah jumpa jejak kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #257 tehbunga's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #256 ahmad79's post
Bukan keje MOD lh MAd
semalam kan CARI ada problem
so dia orag nak susun atur PERABOT baru sempena raya ni kut |
|
|
|
|
|
|
|
betapa bhagianya dapat balik umah sendiri
dah berhari2 merayau tak tentu arah
rumah asyik not abalebel jerk
tq dod bagi almond londong |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|