CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah1285

Garden Of Poem At ATM ..bersama In..(II)

[Copy link]
 Author| Post time 27-1-2009 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 27-1-2009 08:14 PM
Dalam rimba kasih ini
Aku termanggu sendiri
Mencari di mana penghujung rimba
Dan kalau rimba ini tiada penghujung
Setidaknya jangan biar aku sesat
Capailah tanganku
Dan bawa aku melepas lelah
Di sebuah tasik damai
Yang jadi saksi sebuah ikatan abadi

Di rimba kasih ini
Kalau burung tidak lagi bersiul
Menyanyikan lagu rindu
Biar saja aku di rimba ini
Akan aku abadikan setiap titis embun
Buat mengira butir-butir rindu
Yang setiap saat bertambah bilangannya
Takkan pernah berkurang rindunya
Biarkan aku sendiri menikmati segala keindahan
Di rimba kasih yang penuh kedamaian

Di rimba kasih ini
Kalau pohon cinta itu
Tidak lagi sekukuh dulu
Biar saja aku bersendiri
Nescaya akan aku pertahankan
Pohon cinta itu dari tumbang
Takkan ku hirau ribut badai yang datang
Kerana aku percaya
Pohon cinta itu bisa payungi
Jiwa dan jasad kita
Buat selamanya

Di rimba kasih ini
Kalau sungai sayang itu berhenti mengalir
Biarkan aku berteleku
Di tebing sungai cinta
Biar aku terus menanti
Munculnya mata air dari gunung harapan
Dan kalau kau fikir aku akan putus asa
Nampaknya kau sudah salah mentafsir
Kerana aku lebih tahu
Saat bilakah hujan bahagia akan turun mencurah
Kalaupun sungai sayang itu tidak lagi sederas dulu
Setidaknya biarlah mata air yang bakal terbit itu
Mampu membasahkan sekeping permatang hati
Yang sentiasa kering dalam penantian
Yang selalu beku dalam kesabaran

Takkan aku pinggirkan rimba kasih ini
Kerana di sini aku mengenal segalanya
Di sini aku menanti saban pagi
Untuk mendengar burung berkicau lagu rindu
Di sini aku menunggu penuh harap
Untuk pohon cinta itu terus berdiri tegak
Dan di sini aku berdoa tanpa penat
Agar sungai sayang itu takkan pernah hilang derasnya

Kalau aku bakal sendiri di rimba kasih ini
Biarkan aku bersendiri dengan tenang dan penuh kedamaian



..


Dalam rimba kasih ini
aku tak pernah ingin
menebas semak kasihmu
mau pun mencantas rindu itu
biarkan ia menjadi hutan cinta
yang tak pernah padam.

Di rimba kasih itu
biar saja aku menjadi burung
bersiul sumbang melagukan irama kasih kepadamu
jangan kau tutup telingamu
menjadikan iramaku bisu dan kaku
pandang mataku
aku ingin kau terpana
saat kau memandang dan mendengar
jangan kau tertawa kerana siulanku sumbang
senyumlah kerana lagu ikhlas dari sinar mataku.

Di rimba kasih kita
aku ingin berkolek bersamamu
di sungai asmara sambil bersandar ke dadamu
peluklah aku dalam rindu
aku ingin mendongak langit
memandang bintang
dalam renyai hujan
namun hangat dalam kasihmu yang likat
aku tidak ingin bangun dalam mimpi itu
biar renyai hujan membanjiri sungai asmara
aku ingin lemas bersamamu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2009 09:51 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 27-1-2009 09:17 PM
Aku rindu
Lalu
Ku nanti hujan hari ini
Ku nanti ...

Aku masih rindu
Ku nanti pelangi berbias
Dalam kemilau sore
Kunanti ...

Dengarkah kau doaku ya Tuhan ?
Tidakkah Kau dengar pintaku ...


sedeynye In..
seperti puisi seseorang yg nak pergi..

aku sentiasa menanti..walau ku sendiri tidak pasti..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 10:04 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 27-1-2009 09:49 PM
Dalam rimba kasih ini
aku tak pernah ingin
menebas semak kasihmu
mau pun mencantas rindu itu
biarkan ia menjadi hutan cinta
yang tak pernah padam.

Di rimba kasih itu
biar saja aku menjadi burung
bersiul sumbang melagukan irama kasih kepadamu
jangan kau tutup telingamu
menjadikan iramaku bisu dan kaku
pandang mataku
aku ingin kau terpana
saat kau memandang dan mendengar
jangan kau tertawa kerana siulanku sumbang
senyumlah kerana lagu ikhlas dari sinar mataku.

Di rimba kasih kita
aku ingin berkolek bersamamu
di sungai asmara sambil bersandar ke dadamu
peluklah aku dalam rindu
aku ingin mendongak langit
memandang bintang
dalam renyai hujan
namun hangat dalam kasihmu yang likat
aku tidak ingin bangun dalam mimpi itu
biar renyai hujan membanjiri sungai asmara
aku ingin lemas bersamamu.


Kasihku
Kau perlu sedar
Rimba kasih kita tak seindah mana
Rimbunnya tak berseni
Denainya bukan tempat permainan budak
Penuh berliku
Penuh onak duri
Aku bimbang kau tak berdaya mengharungnya

Kasihku
Tak pernah sekali pun aku
Mentertawa sinis nyanyian sumbangmu
Kalaupun ada tawaku kerana nyanyianmu
Aku tertawa dengan penuh ceria
Aku gembira dengan belaian kasihmu

Kasihku
Bersaksikan denyut jantungku
Yang tak pernah penat menyebut rinduku
Aku mahu kau tahu
Aku ingin sekali memeluk bayangmu
Yang sekali sekala muncul dalam igauku
Dan terasa ingin kudakap erat
Dan tak mahu aku melepaskan
Setiap inci kilas wajahmu
Yang tak pernah lekang dari jiwaku

Duhai kasihku
Atas rasa rindu yang kian bertamu
Sesekali hadirnya rindu buatkan aku sesak
Bukan sedikit air mata yang menitis
Mengiringi kedatangan rindu padamu

Aku cuma mahu kau tahu
Rimba cintaku itu
Tidak seindah dalam filem
Tidak sepuitis dalam lagu
Dan tidak sebahagia dalam puisi-puisi kita
Rimba itu penuh haiwan buas di dalamnya
Yang menerkam bila kita leka

Mampukah dirimu
Memegang erat tanganku
Agar kita bisa sama berlari
Meredah rimba kasih itu
Mahukah kamu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2009 10:17 PM | Show all posts
Originally posted by nursha at 27-1-2009 09:51 PM


sedeynye In..
seperti puisi seseorang yg nak pergi..

aku sentiasa menanti..walau ku sendiri tidak pasti..


Kita adalah pelarian di bumi Tuhan
sampai waktunya akan pergi
meninggalkan warna-warna pelangi hidup..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2009 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 27-1-2009 10:04 PM


Kasihku
Kau perlu sedar
Rimba kasih kita tak seindah mana
Rimbunnya tak berseni
Denainya bukan tempat permainan budak
Penuh berliku
Penuh onak duri
Aku bimbang kau tak berdaya mengharungnya

Kasihku
Tak pernah sekali pun aku
Mentertawa sinis nyanyian sumbangmu
Kalaupun ada tawaku kerana nyanyianmu
Aku tertawa dengan penuh ceria
Aku gembira dengan belaian kasihmu

Kasihku
Bersaksikan denyut jantungku
Yang tak pernah penat menyebut rinduku
Aku mahu kau tahu
Aku ingin sekali memeluk bayangmu
Yang sekali sekala muncul dalam igauku
Dan terasa ingin kudakap erat
Dan tak mahu aku melepaskan
Setiap inci kilas wajahmu
Yang tak pernah lekang dari jiwaku

Duhai kasihku
Atas rasa rindu yang kian bertamu
Sesekali hadirnya rindu buatkan aku sesak
Bukan sedikit air mata yang menitis
Mengiringi kedatangan rindu padamu

Aku cuma mahu kau tahu
Rimba cintaku itu
Tidak seindah dalam filem
Tidak sepuitis dalam lagu
Dan tidak sebahagia dalam puisi-puisi kita
Rimba itu penuh haiwan buas di dalamnya
Yang menerkam bila kita leka

Mampukah dirimu
Memegang erat tanganku
Agar kita bisa sama berlari
Meredah rimba kasih itu
Mahukah kamu?


...


Kasihku
aku selalu sedar
bau harum dan kemilau
dari rimba kasih itu
aku selalu melihat rimba dipenuhi
dengan dedaunan cinta
dengan duri rindu
dengan onak resah
tak kala hujan rajuk menerpa
aku akan berteduh di dadamu
saat taufan melanda rimba itu
maukah kau memayungiku
terus dan selalu?

Kasihku
aku akan menyanyi selalu
lagu sumbang dari suara halusku
buat kau tertawa
bagai mendengar petikan gitar dari tangan anak kecil
yang kidung.

Kasihku
aku ingin mendekap telingaku ke dadamu
mendengar dengup jantungmu
menderu dengan rindukah ia?
atau kencang kerana berbaur dengan nafasku?
kalau ku sentuh
bisakah detaknya berhenti seketika?
kerana mistiknya sentuhan kasihku
kau rasailah dengan jiwamu nan jauh.

Aku tahu
rimba cintamu
bukan seperti drama swasta
bukan juga seperti filem cinta pak usop
bukan juga seperti alunan lagu-lagu dangdut
tapi ia seperti puisi-puisiku
yang sering bersenandung
dalam bicara nan bisu.

Kemari dalam sedar dan mimpiku
ku pimpin tanganmu
genggam erat jemariku
biar cinta kita bertaut erat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 27-1-2009 10:17 PM


Kita adalah pelarian di bumi Tuhan
sampai waktunya akan pergi
meninggalkan warna-warna pelangi hidup..


sejauh mane kite berlari..
tibe mase pasti rebah..
pelangi yg dulunye bersinar indah..
kini suram..
seolah mengerti pemergianku..
ku tahu..saat nye pasti hadir..
biar lah mase yg ku punyai kini..
ku sulam dgn benang2 cintaNya..
mencari secangkir kasih yg x pernah hilang..
yg sentiasa menemani jalan suramku..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-1-2009 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by nursha at 27-1-2009 10:41 PM


sejauh mane kite berlari..
tibe mase pasti rebah..
pelangi yg dulunye bersinar indah..
kini suram..
seolah mengerti pemergianku..
ku tahu..saat nye pasti hadir..
biar lah mase yg ku pun ...


Pernah dan selalu terjadi
di saat bersendiri
ada satu hari di mana aku merenung
bertanya, berpikir dan mengkaji

ada satu masa dimana aku mengingat
semua yang pernah ada dan terjadi

ada satu malam dimana aku tak malu
untuk menitiskan airmata

ketika
mengingati saat datangnya kematian.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 10:51 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 27-1-2009 10:38 PM
Kasihku
aku selalu sedar
bau harum dan kemilau
dari rimba kasih itu
aku selalu melihat rimba dipenuhi
dengan dedaunan cinta
dengan duri rindu
dengan onak resah
tak kala hujan rajuk menerpa
aku akan berteduh di dadamu
saat taufan melanda rimba itu
maukah kau memayungiku
terus dan selalu?

Kasihku
aku akan menyanyi selalu
lagu sumbang dari suara halusku
buat kau tertawa
bagai mendengar petikan gitar dari tangan anak kecil
yang kidung.

Kasihku
aku ingin mendekap telingaku ke dadamu
mendengar dengup jantungmu
menderu dengan rindukah ia?
atau kencang kerana berbaur dengan nafasku?
kalau ku sentuh
bisakah detaknya berhenti seketika?
kerana mistiknya sentuhan kasihku
kau rasailah dengan jiwamu nan jauh.

Aku tahu
rimba cintamu
bukan seperti drama swasta
bukan juga seperti filem cinta pak usop
bukan juga seperti alunan lagu-lagu dangdut
tapi ia seperti puisi-puisiku
yang sering bersenandung
dalam bicara nan bisu.

Kemari dalam sedar dan mimpiku
ku pimpin tanganmu
genggam erat jemariku
biar cinta kita bertaut erat.


Duhai pemilik hatiku
Dengarlah luahan rinduku
Betapa aku terseksa
Seakan hidup tak senang
Seakan mati mahu beragan
Andai kau tiada di sisiku
Bila kau biarkan aku sendiri
Tertunggu-tunggu khabar darimu

Duhai pemegang kunci hatiku
Tenangkan pintu hatiku
Yang setiap saat bergegar
Seakan mahu pecah dan menghambur semua
Segala isi yang tersarat dalam gedung kasihku
Yang takkan termampu kau curi semua kandungannya
Takkan termampu kau pikul beban
Kerana jumlahnya yang bukan kepalangan

Duhai kasih tali nyawaku
Rasailah degupan cintaku
Yang berdenyut setiap saat
Dan pastinya akan terus kau rasai denyut dan degupnya
Biarpun saat nyawaku tidak lagi dikandung badan
Lindungilah aku dari api cemburu
Teduhilah aku di bawah payung manjamu
Curahkan diriku dengan air nyaman dari lubuk hatiku
Kerana hatimu seumpama lautan beku
Yang sejuk, nyaman dan menyegarkan
Redakanlah apa yang membuak di hatiku

Duhai pemilik abadi jiwaku yang satu
Aku tidak pantas berbicara manis
Aku hanya ada luahan rasa
Yang biasa biasa sahaja
Namun aku mahu kau tahu
Segala yang tersirat di hatiku
Adalah nyanyian ketulusan yang suci
Dan aku takkan pernah berdusta
Atas nama keagungan cinta
Dan aku mahu kamu sentiasa tahu
Aku cinta kamu
Aku cinta kamu
Aku cinta kamu

Dan saat ini
Aku sangat merindui kamu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2009 11:31 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 27-1-2009 10:51 PM


Duhai pemilik hatiku
Dengarlah luahan rinduku
Betapa aku terseksa
Seakan hidup tak senang
Seakan mati mahu beragan
Andai kau tiada di sisiku
Bila kau biarkan aku sendiri
Tertunggu-tunggu khabar darimu

Duhai pemegang kunci hatiku
Tenangkan pintu hatiku
Yang setiap saat bergegar
Seakan mahu pecah dan menghambur semua
Segala isi yang tersarat dalam gedung kasihku
Yang takkan termampu kau curi semua kandungannya
Takkan termampu kau pikul beban
Kerana jumlahnya yang bukan kepalangan

Duhai kasih tali nyawaku
Rasailah degupan cintaku
Yang berdenyut setiap saat
Dan pastinya akan terus kau rasai denyut dan degupnya
Biarpun saat nyawaku tidak lagi dikandung badan
Lindungilah aku dari api cemburu
Teduhilah aku di bawah payung manjamu
Curahkan diriku dengan air nyaman dari lubuk hatiku
Kerana hatimu seumpama lautan beku
Yang sejuk, nyaman dan menyegarkan
Redakanlah apa yang membuak di hatiku

Duhai pemilik abadi jiwaku yang satu
Aku tidak pantas berbicara manis
Aku hanya ada luahan rasa
Yang biasa biasa sahaja
Namun aku mahu kau tahu
Segala yang tersirat di hatiku
Adalah nyanyian ketulusan yang suci
Dan aku takkan pernah berdusta
Atas nama keagungan cinta
Dan aku mahu kamu sentiasa tahu
Aku cinta kamu
Aku cinta kamu
Aku cinta kamu

Dan saat ini
Aku sangat merindui kamu
...



Duhai pemilik hatiku
aku tak pernah meninggalkanmu
karena aku tahu sayapku masih kuat
untuk membawa kemana kau mau
kita akan selalu singgah menari di awan

aku tak pernah menjauhimu
aku masih ingin bersamamu
aku ada dan sering menggigit cintamu
dan aku masih yakin kau ada buatku
kerna kau adalah semangat hidupku
kerna kau adalah nafasku

aku tak pernah meninggalkanmu
rembulan redup tak pernah ku rasa
temaram bintang tak pernah ku lihat
setiap saat pancaran cintaku untukmu
mengalahkan pijar pelita yang bergoyang
aku selalu ingin menjadi pelitamu

aku selalu untukmu
untuk itu aku berharap harapan sering berkunjung
agar aku bisa terus bersamamu
dalam kehidupan sekarang dan nanti
aku tak pernah melupakanmu
cintaku tak pernah berubah
walau mungkin kau telah lena saat aku masih menggenggam rindu.

kau adalah kecintaanku
kau adalah kesayanganku
maka selalu ku ucap
aku tak pernah meninggalkanmu
aku cinta kamu
aku cinta kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 11:46 PM | Show all posts
xboley masuk cni...
selalu je nk rasa sedih...


in!!!!rindu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 03:59 AM | Show all posts

Reply #250 seroja23's post

sedey gak kan..bace puisi2 dorang ni..
master sume nye..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 27-1-2009 10:49 PM


Pernah dan selalu terjadi
di saat bersendiri
ada satu hari di mana aku merenung
bertanya, berpikir dan mengkaji

ada satu masa dimana aku mengingat
semua yang pernah ada dan terjadi

...


Malu ku..pada masa yg lalu..
Kelam
silamku..

Suram malam2 ku..
Tanpe bermunajad padaMU..
Ku gagal dlm mencari erti cinta yg sebenar..
Ku dekat dgn cinta dusta..
Ku jauh dr cinta abadi..
meninggal pergi drnya..
seolah ku disini,bertahun lagi..

Merenung silam..
Ibarat membuka kembali parut kenangan
Mengukir kesedihan di sudut hati..
Sayu kurasa..
Pedih nye kenangan itu..
Sakit utk dikenang..

Merenung mase mendatang..
Terukir senyum di bibir..
Riang rasa hati..
Seolah ku melihat bintang bersinar
Bulan tersenyum padaku..
Duhai Cintaku..
Bilakah mase kite kan bertemu??
Ku nanti penuh harapan..
Ku hamparkan sejuta kasih utk berdampingan dgnMU....
Lambang cinta ini..ku ukir saban hari..
Biarlah ku terus mencari..
Walaupun saatnye tiba,aku sendri tidak pasti..
Biarlah bunga2 cinta
ini menemai jalan2 ku..

Aku bahagia kini..抂/b]


Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 10:46 AM | Show all posts
dia yg bernama cinta
mengetarkan seluruh nadi di dalam jiwa

dia yg bernama cinta
amat ikhlas dalam bercinta

dia yg bernama cinta
mampu memadamkan mimpi ngeri semalam

dia yg bernama cinta
moga kita dapat di satukan
di atas singgahsana CINTA
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 12:15 PM | Show all posts
ku pasrahkan diriku pada waktu
sekelumit penantian hati terpatri
riuh bergemuruh mengusik diri
segelintir kalimat sebagai luapan gejolak hati
sepercik makna tiada berupa
hanya sebuah emosi jiwa.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 11:05 PM | Show all posts
Originally posted by sweetLove at 29-1-2009 12:15 PM
ku pasrahkan diriku pada waktu
sekelumit penantian hati terpatri
riuh bergemuruh mengusik diri
segelintir kalimat sebagai luapan gejolak hati
sepercik makna tiada berupa
hanya sebuah emosi j ...



Bisakah
waktu mengerti kelopak derita hatiku ini??

Ku pasrah hnya kata..
Ku redha sekadar
pujukan hati..


Penantian..
Di manakah titik pengakhirannya?
Hingga kini..seakan pandanganku jauh darinya..
Tidak kelihatan..
Sekadar indahnya mimpi..
Tak mampu meluahkan kata..
Sekadar hanya menanti..
Bukan dgn harapan..
Ku syukur andai hanya berdamping dgn kekuatan..
Buatku berdiri.. bukan berlari..
Ku syukur pdMu Illahi..

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 11:37 PM | Show all posts

Reply #253 OsHiN_hOnEy's post

dia yg bernama cinta
meraih tempat tertinggi di hati..
memenuhi ruang2 kekosongan..

singgahsana cinta..
terbinakah ia utk kita??
Ku lukis dlm panorama impian cinta..
Ku ukir harapan tanpa berpenghujung
Ku sirami wangian doa..
Sekadar penawar tika singgahsana itu sekadar persinggahan..


[ Last edited by  nursha at 29-1-2009 11:38 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2009 03:20 PM | Show all posts
Sore masih hangat dengan kilauan mentari
Tiada semilir angin yang berhembus
Buat menyejukkan jiwa
Kebosanan tentu akan hilang
Perlahan demi perlahan

Saat seseorang dengan rasa sabar
Dan peduli
Membuka kembali lembaran buku yang terkoyak
Membelek helaiannya
Membacanya perlahan
Setiap tanda baca yang hilang
Akan ditulis kembali
Lakukan semua itu dengan rasa sabar
Dalam keindahan jiwa

Kutukan akan kerinduan itu pun
Tetap takkan hilang
Malah berganti dengan penantian
Penantian akan akhir cerita
Yang mungkin
Akan membawa satu tanda kebahagiaan

Siapakah empunya pengarangnya ?
Siapakah yang mencari penulisnya ?
Orang yang pedulilah yang akan menikmati
Segala hasilnya.


[ Last edited by  irmazirah at 30-1-2009 03:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 03:41 PM | Show all posts
Aku adalah langit pagi yang akan mencerahkan harimu
Aku adalah mentari pagi yang menyibakkan embun agar kau bisa bersinar dan berseri
Aku adalah sore yang nyamankan kamu.

Nikmatilah hari ini
Nikmatilah embun sejuk dan sepoi angin sore ini

Aku adalah langit, mentari dan harimu ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 04:03 PM | Show all posts
Originally posted by iDputera at 25-1-2009 10:30 AM



puisi indah yang kau kirim
bersama tiupan bayu
terdengar2 panggilan mu
berdendang lagu2 rindu
angin lalu kau sampaikan
rasa rindu yang membara
kepada mu ku tak jemu........




Ingin aku terbang
Tinggi di puncak angkasa
Nun jauh mengitari bumi
Mencari rembulan
Mendamba bintang

Aku sangat ingin pergi
Ke tempat di mana kau ada
Di mana kau diam
Terlena dan terbuai
Oleh semua cinta dan sayang
Tanpa terbataskan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2009 04:40 PM | Show all posts
In mess and pain
My existence is always be with you, it's because I love you so much ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.052037 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list