|
selamat pagi iza :love::love::love: |
|
|
|
|
|
|
|
Bintang AF5 kenali wartawan
Oleh Rudy Imran Shamsudin
PESERTA akhir Akademi Fantasia Kelima (AF5) berasa bertuah kerana berpeluang bertemu dengan pengarang dan wartawan hiburan akhbar bernaung di bawah Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP).
Peserta berkenaan terdiri daripada juaranya, Norsyarmilla Jirin, 19 (Mila); naib juara, Ebi Kornelis @ Firdaus Yaimal, 23, (Ebi); pemenang tempat ketiga, Muhammad Nur Aswad Jafar, 27, (Aswad), Nur Heliza Helmi, 21, (Heliza) dan Candra Clement, 18 (Candy) tidak ketinggalan turut bertemu warga kerja akhbar nombor satu berbahasa Melayu, Harian Metro di Balai Berita, semalam.
Sepanjang lawatan selama tiga jam itu, selain mengetahui lebih mendalam proses sesebuah akhbar dilakukan, pelbagai pesanan dan nasihat berguna turut diterima daripada Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh.
Dalam pertemuan singkat itu, Adam sempat menasihati bintang AF5 mengenai kepentingan bintang baru ini menjaga hubungan baik dengan media dan berusaha menempatkan diri di persada hiburan yang kian mencabar ini.
Menurutnya, kehadiran artis baru penting untuk mengimbangi kehadiran artis luar supaya peminat khususnya kalangan remaja dapat menjadikan artis baru itu sebagai ikon di tanah air mereka sendiri.
Sebagai bintang baru sudah mencipta nama, Mila berasakan pesanan dan teguran diberikan Pengarang Hiburan Harian Metro itu penting bagi membolehkan kehadiran mereka dalam industri diterima dengan ‘tangan terbuka’.
“Saya setuju dengan apa yang dikatakan En. Adam, sebagai orang baru penting untuk kami menjaga hubungan yang sudah terjalin ini.
“aling penting sikap sombong tidak harus ada dalam diri seseorang artis. Pada saya secara peribadi, saya harus menjadi diri sendiri supaya wartawan mahupun peminat mudah untuk mendekatkan diri,” katanya.
Candy bersetuju dengan pandangan diberikan Mila dan menambah sebagai orang baru banyak perkara perlu mereka pelajari.
“Sebagai orang lama, Adam memberikan kata nasihat berdasarkan pengalaman pernah dilalui sebelum ini dan saya setuju dengan katanya persefahaman antara media dan artis perlu ada agar apabila timbul masalah ia dapat diselesaikan cara baik,” katanya.
Aswad yang berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan apabila ada penyokong setianya mengutuk wartawan atas kritikan yang diterima sepanjang 10 minggu berada dalam Akademi, mengambil kesempatan memohon maaf secara peribadi.
“Saya mohon maaf bagi pihak mereka. Tambahan pula perkara ini berlaku tanpa saya mengetahuinya sehinggalah saya keluar dari Akademi. Apa pun saya berasa lega apabila rakan media berkata mereka tidak ‘ambil pusing’ dengan kutukan dan hinaan dilemparkan menerusi laman web dan blog ditulis mereka,” katanya.
Perkara sama turut dikongsi Ebi yang terpaksa berhadapan dengan situasi apabila kebanyakan wartawan membuat keputusan memulaukan majlis jamuan selepas sidang akhbar konsert akhir tamat, apabila ada kakitangan Astro dan Maestro tidak membenarkan dia ditemubual dan beramah mesra dengan wakil media.
Menjelaskan perkara itu, jelas Ebi dia sendiri terpinga-pinga apabila kejadian itu berlaku kerana ia di luar pengetahuannya.
“Saya sendiri hanya menurut arahan waktu itu, maklumlah suasana agak kelam-kabut dan kami baru saja selesai sidang media. Apapun saya mengharapkan perkara itu tidak dipanjangkan kerana saya bersedia memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada wakil media,” katanya.
Berbeza Heliza dia berasa seronok kerana dapat bertemu dengan setiap wartawan dari semua akhbar bernaung di bawah NSTP.
“Tidak sangka situasi hari ini berbeza dengan hari apabila kami kali pertama berhadapan dengan wakil media pada majlis sidang akhbar selesai konsert akhir. Waktu itu suasana agak tegang dan panas. Mendengarkan soalan yang ditanya membuatkan saya ‘kecut perut’.
“Namun hari ini saya gembira kerana tidak sangka wartawan semuanya baik dan layan saya seperti rakan mereka. Apa pun saya mengharapkan hubungan mesra ini akan dapat dikekalkan,” katanya.
Kalangan peserta akhir AF5 turut beramah mesra dengan Penolong Pengarang Hiburan, HM, Hartati Hassan Basri.
Sementara itu Ketua Pegawai Operasi Maestro, Freddie Fernandez yang turut menemani peserta akhir ini menjelaskan, pihaknya kini sedang berusaha untuk menyiapkan album terbaru Mila secepat mungkin.
[ Last edited by watachiwa at 1-6-2007 11:57 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
lagu mutiara nyanyian siti sarah tu dah tiga kali takat ni aku dengar... |
|
|
|
|
|
|
|
hah? siti sarah?
mutiara?
lagu mila persis mutiara ala2 lagu sarah tu?dah byk kali. kuar..ebi ke aswad ke kendi ke..
lagu heliza x kuar2..aku dah komen kat era..x der tindakan ponnn |
|
|
|
|
|
|
|
apsal ek .. tak kan bila mix balik lagu tu untuk siaran radio x kan x boleh "mute" kan sore Aznil tu?? kan benda tu pakai track yang berasingan? ke kongsi track dengan memane instrument atau mic heliza & mic aznil kongsi 1 track?? isssyyyy ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #239 KoSe's post
tak sedap lgsg kalo ko nynayi.. |
|
|
|
|
|
|
|
anak sedara aku yg kerja back stage masa konsert af nih
punyalah admire kecantikan si heliza
susah dia nak puji org cantiik tau
------------->selingan nak up kan thread |
|
|
|
|
|
|
|
up kan lagi thread nie.........heliza bereh |
|
|
|
|
|
|
|
cinta di lautan lalang makin lama dengar makin besttttt
sincere.....aku bukan fanatik heliza pun tapi ku suka lagu nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #253 NonaNaga's post
lagu tuh mmg best nona...
keep on supporting HELIZA..
berehh.... |
|
|
|
|
|
|
|
btw..
kompeni tempat aku keje nak buat family day bulan 7 nih...
plan nya nak undang HELIZA perform time gala nite tuh..
tapi tak dapat sebab jadual HELIZA penuh sampai disember nih..
Mila punya jadual pon tak penuh cam HELIZA nyer jadual..
caya lah HELIZA..
jon sayang HELIZA..
huhuhuhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by NonaNaga at 3-6-2007 06:15 PM
cinta di lautan lalang makin lama dengar makin besttttt
sincere.....aku bukan fanatik heliza pun tapi ku suka lagu nie...
Terima kasih kerana suka lagu cinta kami
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #255 jon_jawa's post
Betul ke jadual Heliza penuh ?
Abis tu bila aku nak candlelight dinner dengan Heliza
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by houdini at 3-6-2007 10:59 PM
Abis tu bila aku nak candlelight dinner dengan Heliza...
lepas HELIZA abis candlelight dinner ngan aku...
hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #258 jon_jawa's post
:no:
Ko sekadar boleh dinner dengan Heliza masa dengan ramai peminat2 lain
Aku akan dinner berdua je dengan Heliza
|
|
|
|
|
|
|
| |
|