Ulasan LAGENDA BUDAK SETAN
BINTANG
Keseluruhan: 4
Plot: 3
Lakonan: 4
Sinematografi: 3
Tonton filem ini jika anda sukakan: "Tentang Dia", "Ada Apa Dengan Cinta?", "Ayat-Ayat Cinta"
"Lagenda Budak Setan" (LBS) sudah beberapa kali dicetak semula semenjak ia dijual pada tahun 1980-an, sekaligus menjadikannya novel terlaris sepanjang zaman. Kini hasil nukilan Ahadiat Akashah itu diadaptasi untuk menjadi sebuah filem cinta cukup tragis. Ia mengisahkan Kasyah (Farid Kamil) atau lebih dikenali sebagai Budak Setan di kalangan pelajar universitinya itu kerana sikapnya yang nakal. Namun Kasyah berubah apabila bertemu gadis cantik bernama Ayu (Lisa Surihani). Hubungan mereka mula berubah setelah Kasyah membuat keputusan untuk menjalankan kajian di sebuah pendalaman kampung. Ayu dipaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya Azmi (Que Haidar), seorang kaki perempuan dan pemabuk.
Jalan cerita filem ini mudah difahami walaupun kepada mereka yang tidak pernah membaca langsung novel tersebut. Anda bakal 'dipamerkan' dengan hubungan mesra antara Kasyah dan Ayu yang mungkin akan 'menjengkelkan' sesetengah pihak. Ada pelbagai elemen diselitkan - cinta, sedih, jenaka dan juga sedikit aksi. Penulis gagal berasa apa-apa saat bermulanya kisah percintaan antara Kasyah dan Ayu. Namun apabila Azmi mula muncul, barulah terasa sedikit teruja. Bukan kerana meminati Que, sebaliknya ia bagaikan 'petanda' bahawa 'ceritanya' akan bermula.
Walaupun Que hanyalah sebagai pelakon pembantu dalam filem ini, lakonannya begitu menonjol dengan sikap panas baran dan kaki pukul itu. Satu-satunya babak yang pasti diingati oleh penonton adalah saat Ayu dipukul teruk oleh Azmi. Jika sebelum ini Lisa kerap kali dikutuk kerana lakonannya yang agak 'kayu', kini kita dapat saksikan lakonan Lisa ketika babak tersebut sangat beremosi. Babak tersebut sudah tentu membawa Lisa ke satu peringkat lebih tinggi dalam industri ini. Berbaloi rasanya Lisa 'dibelasah' betul-betul oleh Que, bukan? Lakonan Farid juga tidak mengecewakan. Agak menyayatkan hati apabila melihat Farid tidak habis-habis ditimpa masalah. Lakonan pelakon baru Shiqin Kamal juga masih banyak perlu diperbaiki terutama sekali daripada segi ekspresi mukanya yang kadangkala tidak begitu kena. Fazura turut membintangi filem epik cinta ini sebagai Katerina. Kepada yang mengikuti karya Ahadiat ini pasti familiar dengan nama tersebut.
Filem yang diarahkan oleh Sharad Sharan (pengarah filem "Diva" dan "Tipu Kanan Tipu Kiri") ini menggunakan lagu tulisan Windra Beyamin dan Gio yang berasal dari Indonesia. Lagu berjudul "Bila Cinta" ini diulang beberapa kali dalam filem "LBS", namun ia tidak membosankan sebaliknya mempersembahkan babak-babak sedih tersebut dengan baik.
Mungkin ada yang cuba membandingkan "LBS" dengan filem francais "Twilight" memandangkan ia diadaptasikan daripada novel terkenal dan juga memaparkan kisah cinta. Namun "LBS" cukup berbeza kerana ia memaparkan sebuah kisah cinta yang cukup menyayat hati. Rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan Malaysia patut berbangga dengan penghasilan "LBS" ini. Dengan persembahan lakonan yang mantap dan jalan cerita yang mudah difahami, "LBS" dilihat mampu mendapat kutipan pecah panggung terutama sekali filem ini sememangnya dinanti-nantikan oleh pembaca setia novel tersebut. Bahagian satu sudah tamat. Mungkin selepas ini "Katerina" pula bakal ke layar perak?
credit kat : http://mytupai.blogspot.com/2010 ... da-budak-setan.html
scene lisa tepi katil mak dia tu...muka lisa cam memey suhaiza..haha..sama..
btw citer ni latar m ...
nashrudean Post at 28-5-2010 14:46
x de plak baca kat mana2 yg citer nie latar thn 80an
cuma novel nie mmg wujud masa tu....
jd latar tuk novel mmg masa tu
tp utk movie byk gak yg telah diubah.....jd x pasti pasal latar sume tu