Just for sharing :
bayangkan jika impian kita melabur untuk mendapatkan RM1 juta pada umur 60 tahun terkubur pada umur 50 tahun. Kita disahkan menghidapi penyakit kriikal seperti masalah jantung, otak, kanser dan kegagalan buah pinggang. Yakinkah yang kita tidak sesekali akan menggunakan duit pelaburan yang belum matang tersebut? Impian mendapat 1 juta juga akan terkubur kerana di waktu itu kita harus membelanjakan segala harta yang kita ada untuk melanjutkan hayat yang ada.Lebih sadis apabila usaha kita pada waktu itu gagal. Sudahlah impian 1 juta musnah serta merta, harta pula habis dibelanja. Mati pula yang kunjung tiba. Persoalannya apa yang kita tinggalkan untuk keluarga kita pada masa tersebut? Fikir-fikirkanlah… Bukannya anda membuang duit dengan menyertai takaful atau melanggan insurans, tetapi anda telah mengurangkan bahana kewangan apabila sesuatu yang pasti itu tiba. Kesimpulannya, beli insurans itu buang duit atau tak?
dipetik dari: http://naimrahim.com/blog/2011/12/22/beli-insurans-buang-duit/ |