CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cendawan^Stylo

FILEM KONGSI - LU LANGSI LU MATI

  [Copy link]
Post time 26-5-2011 11:08 PM | Show all posts
wokeyh. masa untuk mdload kongsi la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2011 09:21 AM | Show all posts
baru pas tgk dr youtube..hampeh hampeh hampeh..
mmg guna sam semata2 utk tarik penonton..jln citer hancur..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 02:40 PM | Show all posts
memang x best filem nie, boleh gado mcm tu
best cuma part kereta lancer polis kuar tu jelah
lawak x menjadi, gangster lak mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 03:12 PM | Show all posts
promo dah kuar kt astro utk langgan Astro First...time for download!!...t.q astro!
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 04:52 PM | Show all posts
selamat mendolot dan selamat melayan citer sampah nih....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2011 07:44 PM | Show all posts
selamat mendolot dan selamat melayan citer sampah nih....hehehehe
axl_bach Post at 27-5-2011 16:52



    nk gak tgk part mana yg sampah sgt cite ni..lg satu sbb mau tgk...the talented Bront Palare!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2011 11:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by axl_bach at 28-5-2011 00:09
nk gak tgk part mana yg sampah sgt cite ni..lg satu sbb mau tgk...the talented Bront Palar ...

kecimpret Post at 27-5-2011 19:44


jalan citer - out abis...aku tgk rasa cam aku melayan babak2 aksi dari youtube jer.....xder kesinambungan antara babak.....kata citer aksi, at least ada la babak camner pihak polis cuba trace si Temulak nih but apa yg dipertontonkan adalah selevel dgn drama GERAK KHAS jer.......x semena2 polis leh kesan si Temulak tuh......sumer berlaku secara coincident jer.....mana ada Temulak mesti kat situ dah ada polis......x CSI langsung jauh sekali nak capai 1/25 taraf Jason Bourne dari segi plot


aksi - bleh laaa layan babak lawan si Sam tuh.....yg lain nampak cam samseng kampung dusun jer.....ada plak punya laa ganas pegi rompak 7-11 jer.......si Azad tu ok laa cam biasa dok BUAT GHAMAI kata orang penang,hehehehe

konflik - yg nih antara kelemahan paling jelas citer nih.....ada plak konflik citer pasal si Sam x puas ati dgn si Fizo pasal satu perlawanan tomoi PERINGKAT BELIA 4B jer pun......si Sam x puas ati bila dia ajak si Fizo tu kawtim kasi dia menang pehtu duit kongsi half-half.......agak2 aaaa baper sgt laa hadiah wang tunai utk kejohanan tomoi PERINGKAT BELIA 4B tuh sampai si Sam dendam sgt dgn si Fizo tuh sampai seumur hidup.....xder idea ke nak wat konflik yg lebih serius......memang hampeh laaa konflik citer nih....

watak - selain si Sam dgn si Azad tuh.....yg lain langsung x significant.....si Paried Kamiel tuh lagi aaa hampeh wat cameo.......
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 01:09 AM | Show all posts
xbest ke citer ni...br nk m'dwlot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2011 03:03 AM | Show all posts
Baru tgk ptg td. Filem paling teruk 2011, FK xda bkt wat filem kot. Bercelaru cerita dia, pening otak aku nk tgk. Seb bek Sam penyelamat leh gakla layan lawak2 bangang dia. Tp nk harap Sam je mmg x boleh nk cover kelemahan cerita ni. Aku bg 1 dr 5 bintang.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 10:17 AM | Show all posts
‘’Kongsi’’ persendakan kongsi gelap   - Oleh MOHD. RASDAN AHMAD

FILEM Kongsi terbitan MIG Production yang menemui penonton di seluruh negara pada hari pertama tayangannya 12 Mei lalu secara keseluruhannya dilihat satu medium yang diolah oleh pengarah untuk mempersendakan kumpulan kongsi gelap di Malaysia.

Seperti yang sedia maklum, kumpulan kongsi gelap pada asalnya dilihat satu kumpulan yang berwatakan ganas dan mempunyai tingkah laku yang bengis.

Tidak keterlaluan jika dikatakan filem ini sebenarnya tidak sesuai diklasifikasikan untuk tontonan penonton berusia 13 tahun ke atas.

Dengan bahasa-bahasa panggilannya seperti ‘Abang Long’ dan ‘Ayahanda’ yang melambangkan pangkat-pangkat bagi setiap kumpulan kongsi gelap di sini.

Secara tidak langsung dengan watak yang dipegang oleh Azad Jasmin sebagai Mikail melambangkan setiap ahli kongsi gelap di negara ini ganas dan menolak ketepi unsur-unsur budaya dan agama secara kasarnya dengan pendedahan tatu di badannya.

Jika kita melihat secara mendalam filem ini, sikap kurang ajar Mikail terhadap ibu mertuanya dalam salah satu babak terus melambangkan pangkat yang dipegangnya sebagai Abang Long adalah satu tabiat yang sangat teruk.

Selain itu juga, huru-hara yang di timbulkan oleh teraju utama Shaheizy Sam sebagai gengster dari Thailand yang bernama Temulak yang datang membunuh ahli-ahli kongsi gelap ini melambangkan kumpulan kongsi gelap di negara ini terlalu lemah.

Temulak yang hanya datang berseorangan berjaya menimbulkan huru-hara dan ketakutan kepada setiap kumpulan ini walaupun mereka mempunyai bilangan ahli yang ramai.

Tugasan pihak polis juga dilihat begitu lemah dalam filem genre aksi komedi ini, dengan peralatan dan kenderaan yang digunakan adalah canggih, namun tidak berjaya untuk menangkap dan membanteras tindakan yang ditimbulkan Temulak.

Jika diperhatikan secara menyeluruh, pihak polis sebenarnya tidak berjaya menangkap Temulak kerana babak terakhir filem ini dia hanya berjaya diberkas kerana tersangkut dalam lumpur di sebatang sungai.

Dalam pada itu, jika diperhatikan secara terperinci kepada babak pergaduhan yang ditimbulkan oleh pengarah, corak pergaduhan juga boleh dikatakan ibarat filem terkenal dari negara jiran Thailand, Ong Bak.

Ketangkasan pelakon menggunakan seni mempertahankan diri tomoi atau Muay Thai ini memperlihatkan kekeringan idea dari pengarah.

Selain itu, aksi-aksi stunt yang dipaparkan walaupun nampak kaku seolah-olah diikat dengan tali juga dilihat seperti beberapa filem aksi dari Hong Kong.

Plot yang kabur

Filem ini kononnya ingin diangkat sebagai filem aksi dengan diselitkan babak-babak pergaduhan antara Temulak dan ASP Syariff serta beberapa aksi stunt seperti terjun bangunan tetapi teramat kaku.

Awal-awal lagi telah menampilkan watak Temulak yang ganas tetapi mempunyai perwatakan yang lucu apabila dia yang sedang menunggang motor untuk mencari mangsanya yang pertama berlanggar dengan orang yang membawa troli.

Apa yang menjadi persoalan adalah tujuan sebenar Temulak yang menjadikan ahli kongsi gelap di Malaysia sebagai mangsa pembunuhannya.

Dalam satu babak, imbasan filem tersebut ada menunjukkan yang Temulak kalah dalam pertarungan tomoi bersama lawannya ASP Syariff, dan dari situ Temulak terpaksa bekerja di bawah Kimpedu lakonan Bront Palarae.

Siapa Kimpedu dan hubungannya dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap di negara ini terus menjadi tanda tanya.

Namun, tindakan berani yang dilakukan oleh pengarahnya mengenengahkan genre aksi komedi berlainan dari kebiasaan pengarah ketika ini yang sering membawa cerita-cerita mengenai hantu dan genre seram sepatutnya mendapat pujian yang meluas.

Lakonan pelakon utama, Shaheizy Sam sebagai gangster dari Thailand yang datang ke Malaysia untuk membunuh ahli-ahli kongsi gelap dilihat dapat membantu secara keseluruhan jalan cerita filem ini.

Melihat kepada latar belakang pengarahnya yang mempunyai pengetahuan dan pendidikan mengenai filem dan bahasa-bahasa filem, sepatutnya filem ini dapat diolah dengan lebih baik lagi.

Secara keseluruhannya filem ini boleh dikatakan mempertaruhkan populariti Shaheizy Sam dan bukan disebabkan jalan ceritanya yang kuat.

Shaheizy Sam yang menggalas watak pembunuh upahan yang bersahaja bernama Temulak itu berupaya menzahirkan gaya lakonan berkesan.

Malah, pesona Sam yang bijak memanipulasi karakter antagonis, serius dan lucu yang turut menyampaikan percakapannya dalam dialek Kelantan Siam itu adalah nadi filem ini.

Selain Sam, mungkin hanya aksi Azad Jasmin sebagai Mikail, Shafie Jaafar atau Pak Piee (Tok Maliki), Chew Kin Wah (Jimmy) dan Verasingam (Victor) saja yang dilihat meninggalkan kesan dalam filem tersebut.

Sebaliknya, kehadiran tiga pelakon pembantu iaitu Fizo Omar (ASP Shariff), Yana Samsudin (Inspektor Olla) dan Putri Mardiana (Inspektor Yati) sukar melekat di minda kerana kesederhanaan dalam corak lakonan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 10:28 AM | Show all posts
"bla bla bla.....Selain itu, aksi-aksi stunt yang dipaparkan walaupun nampak kaku seolah-olah diikat dengan tali juga dilihat seperti beberapa filem aksi dari Hong Kong......bla bla bla"

yg ni memang nampak sgt....da satu babak yg si Wana wat stunt gayut kabel dekat Petaling Street tuh memang nampak sgt  fail.....ada plak kabel tuh x regang masa dia nak terhempas atas telur sorang apek tu....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 07:03 PM | Show all posts
haish. filem terburuk abad ini jatuh kepada filem 'Kongsi'. bagus la dpt kutipn berjuta-juta tapi hampeh siot la.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 09:20 PM | Show all posts
walopon bodoh jer, i enjoy sangat tengok citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 12:01 AM | Show all posts
walopon bodoh jer, i enjoy sangat tengok citer ni

Iswara Post at 29-5-2011 21:20


bleh enjoy tgk citer nih kalo tgk dgn otak kosong jer n without any expectation....tp dgn teraju Sam dan trailer yg kengkonon mcm Ong-Bak susah nak tgk dgn sedikit expectation......aku rasa citer siam apa ker tajuk dia Bodyguard yg hero dia mamat lawak pembantu Tony Jaa dlm Ong-Bak lagi best dan lawak.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 01:56 AM | Show all posts
ak ckp dgn cousin ak filem kongsi x best, dia ckp kwn3 ckp best pastu dia ckp ak punya tahap mutu terlalu tinggi sgt ... ak xthu nk ckp apa
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 10:24 AM | Show all posts
ak ckp dgn cousin ak filem kongsi x best, dia ckp kwn3 ckp best pastu dia ckp ak punya tahap mutu te ...

B.K Post at 30-5-2011 01:56


soh cousin ko layan citer2 prof plak......sure kalo yg tu pun dia kata best memang dia yg low taste....hehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2011 10:45 AM | Show all posts
aku TERlayan jap film ni kat astro first sbb adik aku beli..so save duit, tgk reramai ngan family kat umah je
seriously, aku bleh TERTIDOOOO zzzzzzzz
sbb:
1. bosan gile
2. 30 min pertama, aku x paham sbb stp scene ke satu scene, takde relation lgsg
3.aku terjaga blk dr tido masa sam terjun kat jambatan kat dang wangi tu (yg kat medan sri bunus tu)
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 10:58 AM | Show all posts
aku download ja. berlambak dah linknya. waka waka.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 02:02 PM | Show all posts
kenapa aku rasa metrowealth ni beralih kepada filem aksi ala2 thai plak.. aritu kuar citer hantu dan ...
hasell Post at 20-3-2011 05:09



    bukan aper permintaan yang membuatkan semua jadi ikutan. . . . janji laku n malatooooop
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2011 02:03 PM | Show all posts
aku TERlayan jap film ni kat astro first sbb adik aku beli..so save duit, tgk reramai ngan family ka ...
cmf_premierleag Post at 30-5-2011 10:45



    lahhhhh yeke?? baru plan nak langgan astro first gak.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.515573 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list