|
VII. GAGAHians 4 HAZAMA - Layanz Majnun & Gempur Undi Simetri di Muzik Muzik
[Copy link]
|
|
Bg leman...tengs 4 the video. Memang best sesangat..
CT pun best
John bon Jovi iols memang minat - Ama nyanyi best giler I lep you Ama
Pokok- walaupun muzik x sehebat MUH tapi best Ama nyanyi x control sgt vocal tu |
|
|
|
|
|
|
|
ade orang letak gambar ni kt HFC...rasa cm comel lak tengok gambar ni..,
_19788 Post at 1-1-2012 23:28
apa ni nokss......... |
|
|
|
|
|
|
|
Morning uols..bestnya dapat bersenang lenang kat umah arinih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply luvaries
sambutan babyrempit kat konsert semalam OWESOME!!!!! gila, babyrempit tak ...
akuleman Post at 1-1-2012 21:48
Perhhhhh..... Ohsem gila bagai....harus terharu heols kan....kalo dekat seri kembangan dekat umah iols tapi iols jarang gi the mines tu...tak perasan pulak Ada banner kat mana2 tulis nama AMA sebagai guest artistes tapi iols sendiri pon tak tahu kat sana ada sambutan new year. |
|
|
|
|
|
|
|
Komen2....
CT - tempo laju sikit so bagus and livelier for crowd new year tapi iols t ...
Iswara Post at 2-1-2012 08:31
best Ama nyanyi lagu i live my life for you.... nak2 ngn crowd yg mngujakan cenggitu..... iols trbayang Ama nyanyi kt konsert besar senirik funyer gitu time heols nyanyi lagu tu, haha |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mekmalu at 2-1-2012 09:34
Laaaaa...taman tropika ni bukan belakang umah iols jer ke, dekat Giant deepen jusco equine ...
Iswara Post at 2-1-2012 08:41
cesss uols, belakang umah jer dkat bebenor tuh........ rugi noks |
|
|
|
|
|
|
|
morning uols... |
|
|
|
|
|
|
|
musykil ni....apesal Juara AF9 and Naib Juara AF9 setakat nyanyi kat taman mana ntah kat Seri Kembangan masa sambutan tahun baru, sedangkan dak AF lain kat konsert gah kat ICT Shah Alam yg ada menteri sume...{:4_231:} |
|
|
|
|
|
|
|
Simbahan lagu rai detik tahun baru
Oleh Esme Johari Wahab dan Rudy Imran Samsudin
[email protected]
LEMBAH Klang bermandikan simbahan bunga api, lagu dan gema muzik malam minggu lalu apabila rakyat Malaysia menyambut kedatangan Tahun Baru 2012.
Ribuan warga kota berbilang kaum membanjiri beberapa lokasi sambutan tahun baru seperti Dataran Merdeka, Jalan Bukit Bintang, The Curve (Damansara) dan juga I-City Shah Alam.
Setiap lokasi membariskan ramai nama-nama terkenal dan popular dalam bidang seni bagi memberikan hiburan yang berterusan kepada semua pengunjung termasuk pelancong asing.
Di lokasi tradisi, Dataran Merdeka, ribuan warga kota terhibur dengan persembahan konsert gemilang Ambang 2012 Kuala Lumpur.
Konsert tajaan Kumpulan AmBank ini diserikan Datuk M Nasir, Jamal Abdillah, Black, Man Kidal, Faizal Tahir, Awie, Mizz Nina, One Nation Emcees, Sabhi Saddi, Hujan dan ramai lagi.
Konsert bermula jam 9 malam ini hingga ke tengah malam itu dihadiri Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim serta Pengerusi AmBank, Tan Sri Azman Hashim.
Ia dihoskan beberapa pengacara termasuk Linda Onn, Jep & Shuib (Sepahtu) dan Kenchana Dewi.
Walaupun menampilkan lagu pop, balada dan rock, konsert di Dataran Merdeka itu juga menyelitkan acara kebudayaan pelbagai kaum.
Antara persembahan yang hebat adalah gitaris Man Kidal yang menyampaikan lagu Guns N Roses, Godfather.
Kemunculan Jamal Abdillah mendapat sambutan hangat dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir, Perjalananku, Gadis Melayu serta duet bersama M Nasir untuk lagu Ghazal Untuk Rabiah.
Faizal Tahir gah dengan lagu rocknya seperti Adrenalin, Karma dan Gemuruh manakala Awie tidak ketinggalan menyampaikan lagu Terima Kasih.
Bintang pop dance, Mizz Nina hadir dengan persembahan bertenaga menerusi lagu With You serta Take Over dan duet bersama suaminya, Noh Hujan untuk lagu Kurnia.
Tidak ketinggalan kehadiran duo Bhangra yang baru mencipta nama di Bollywood, Goldkartz dengan lagu Ha Karde dan Gidhe Vich Nach.
Kata Jamal, sambutan Ambang 2012 Kuala Lumpur diadakan memang hebat.
“Ini satu usaha bagus untuk menyatupadukan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan saya terharu kerana peminat masih memberi kepercayaan kepada saya. Saya gembira dapat kembali bersama M Nasir,” katanya.
Faizal Tahir berkata konsert itu adalah permulaan yang baik untuk menyambut 2012. Azam tahun barunya adalah menjadi manusia yang lebik baik, suami dan ayah sempurna kepada empat anaknya.
Awie pula berkata: “Harapan saya agar konsert besar seperti ini bukan saja dianjurkan pada hujung tahun, tetapi juga lebih kerap di Malaysia,” katanya.
Tan Sri Azman turut menyanyikan beberapa lagu pelbagai bahasa seperti Kuch Kuch Hota Hai, Sway dan Bila Larut Malam.
Persembahan berakhir kira-kira jam 1 pagi dengan anggota Hujan menutup tirai menyanyikan beberapa lagu hit mereka seperti Kotak Hati, Rumah Kita dan Kuala Lumpur.
Sementara itu di I-City Shah Alam pula suasana meriah turut terpancar. Ia juga sempena sambutan Karnival Sayangi Selangor dan ternyata sambutan hangat.
Persembahan artis bagaimanapun lebih tertumpu kepada bintang-bintang realiti TV serta yang dicungkil dari laman web.
Najwa Latiff antara yang paling mendapat perhatian malam itu yang muncul bersama gitar akustik. Selain mendendangkan lagu Cinta Muka Buku, Najwa juga mengalunkan lagu popular dendangan superstar remaja, Justin Bieber.
Selaku pengacara majlis, bintang yang bakatnya dicungkil menerusi Raja Lawak, Azrul turut memeriahkan suasana dengan celoteh dan jenakanya.
Azrul bukan saja berlawak malah melontarkan soalan kuiz, mengusik penonton, malah bermain gitar dan menyanyi.
Turut tampil di pentas, bintang Akademi Fantasia 8 (AF8), Maulana. Muncul bersahaja, dia menyanyikan beberapa lagu termasuk lagu yang dipopularkan Selena Gomez, Love You Like A Love Song.
Di samping itu, Yazer, Suki dan Adam juga membuat persembahan dengan lagu masing-masing.
Di The Curve, Mutiara Damansara pula, penganjur konsert 2011 At e@Curve menampilkan kelainan dengan mengundang barisan artis yang lebih ‘urban’ seperti Jaclyn Victor, Russell Curtis, Altimet, James Baum dan Reshmonu.
Berbeza dengan DiGi Street Party bertempat di Sungei Wang Plaza, KL, acara dimeriahkan dengan kemunculan artis Cina termasuk dari Hong Kong (Wong Cho Lam & Jason Chan), Singapura (Olivia Ong), Taiwan (Sigma) bersama artis tempatan, Amy Wang, Melvin Sia, Alvin Chong dan Peace Teo. |
|
|
|
|
|
|
|
speku...........payment kat Seri Kembangan lagi masyuk kot |
|
|
|
|
|
|
|
Ye ke noks....cam tak berapa nak prestige gitu show new year AMA tapi mungkin payment wise ...
Iswara Post at 2-1-2012 17:20
Owh show under astro eks.. Fatut terselit budak AF jah. Selalu juara AF tempat2 gah gitew kan. Kaya astro nok retis deols ada kat merata show |
|
|
|
|
|
|
|
Komen2....
CT - tempo laju sikit so bagus and livelier for crowd new year tapi iols t ...
Iswara Post at 2-1-2012 08:31
Iols rasa yg Ama baling tu calender jah maybe penganjur dah sediakan. Iols kagum dgn crowd situ jah walaupun mungkin x kenal sgt Ama tapi deols very the sporting tu yg Ama nampak semangat masa perform. |
|
|
|
|
|
|
|
Ye lah crowd happening and ceria....sorak sume orang, sporting gitu, tapi Ada nampak gak dak pompuan yg pakai tudung.
Sebenarnya area kat taman tropika, equine, lestari perdana, puncak jalil, Kota perdana sume ni rasanya banyak melayu dari cina, tapi mungkin sebab penganjur konsert is myfm, radio cina, tuh yg ramai Chinese....tapi tak der pon iols person banner2 concert kat area iols ni...bangleman pon tak cakap AMA punya show New Year kat mana. Kalo tak sure iols pergi cos tak gi mana2 pon malam new year, lepak umah nengok consort reunion af tu jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|