CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ifanonline

Najib sudah murtad, hadiri acara Thaipusam

  [Copy link]
Post time 14-2-2012 11:21 AM | Show all posts
tq bro maiden....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2012 11:43 AM | Show all posts
ramai tak pueh hati najib murtad...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 11:55 AM | Show all posts
tompang tanya, mana lagi berat kesalahan, sambut valentine ka datang thaipusam?



Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 11:57 AM | Show all posts
Mufti ingatkan PM minta nasihat agama sebelum hadir
        7:00AM Feb 14, 2012       

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa mendapatkan pandangan penasihat agamanya terlebih dahulu sebelum menghadiri upacara agama lain, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

NONEMenurut beliau, ini termasuk kehadiran kontroversi Najib bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ke sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.

Dr Juanda (kiri) berkata, perkara itu penting supaya tindakan perdana menteri tidak menimbulkan sebarang kekeliruan.

Najib pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam dengan lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.

Selain itu, gambar perdana menteri juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan mereka yang datang ke kuil itu.
Sebelum ini, perdana menteri terdahulu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing hanya menghantar wakil ke sambutan Thaipusam itu.

Tindakan Najib itu, antaranya mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, PAS dan kumpulan NGO Islam.

najib thaipusam 2011Antara yang paling keras, Harussani dipetik portal The Malaysian Insider sebagai berkata beliau terkilan dengan tindakan itu yang didakwa “menggadai akidah” walaupun mendakwa sudah ditegur setiap tahun.

“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.

“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” kata Harussani.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 11:58 AM | Show all posts
sila rujuk post 226...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2012 12:43 PM | Show all posts
harussani silap kot
thaipusam ni kan salah satu produk pelancongan negara
berkunjung ke acara pela ...
petola Post at 14-2-2012 10:53


tu baru isu najib murtad, belum masuk isu keeling dapat 2 juta utk pusat budaya delhi lagi...melayu dpt ape?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2012 06:38 PM | Show all posts


Asri: Hadir Thaipusam boleh, tapi bersyarat


Jimadie Shah Othman
5:13PM Feb 14, 2012



Bekas mufi Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini berkata pemimpin Islam dibenarkan hadir ke sambutan perayaan bukan Islam, seperti yang dilakukan perdana menteri pada Sambutan Thaipusam baru-baru ini selagi mematuhi beberapa syarat.

Antaranya, kata Dr Asri (bawah), mereka tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang bentuk ritual, melibatkan aspek pakaian, perarakan dan tindakan yang menunjukkan tanda "restu" pada amalan agama lain.

"Tetapi sebagai pemimpin dan pentadbir (negara) hadir untuk memberi nasihat dibolehkan selagi tidak terlibat dengan disiplin dan ritual agama lain," katanya yang juga zamil pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom.

"Cuma silapnya PM ini terlibat dalam upacara. Saya tak kata kufur. Mungkin beliau tidak diberikan pandangan jelas," katanya ditanya tentang pemakaian Najib pada hari itu.

Datuk Seri Najib Razak dan isteri pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar.

Gambarnya juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan.

Pemimpin PAS, PKR pun terlibat

Tindakan itu - yang tidak pernah dilakukan dua perdana menteri sebelumnya - mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk pemimpin agama, NGO Islam dan PAS.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan antara yang paling lantang dalam isu itu apabila meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Najib yang didakwa "menggadai akidah" walaupun sudah ditegur setiap tahun.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Asri berkata, larangan menghadiri sambutan keagamaan bukan Islam terhadap orang Islam bukan bersifat mutlak dan bergantung kepada keadaan.

Beliau menjelaskan, orang Islam awam kebanyakan secara jelas tidak dibenarkan terlibat manakala pegawai yang terlibat dengan urusan pentadbiran pada hari itu, seperti pegawai polis pula dibolehkan.

Mengulas gesaan Pemuda PAS yang mahukan fatwa jelas berhubung perkara itu, Dr Asri menasihatkan dewan itu tidak bersifat terlalu keras kerana pemimpin parti Islam itu juga terlibat dalam program seumpamanya, yang ditafsir sebagai "perayaan budaya".

"Jangan terlalu keras, esok kalau awak perintah pun awak tak boleh buat nanti," katanya lagi sambil mendakwa pemimpin PKR juga terlibat dalam program hampir sama.

Antara yang jelas, kata Dr Asri lagi, apabila terdapat pemimpin utama PAS terlibat hadir dalam majlis Buddha di Wat Siam tertentu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2012 06:39 PM | Show all posts


PERKASA: Thaipusam, Najib bawa obor perpaduan


Abdul Rahim Sabri
4:24PM Feb 14, 2012




Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA hari ini beranggapan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Batu Caves di ibu negara, minggu lalu adalah dengan niat bagi memberi perhatian kepada semua kaum dengan membawa obor perpaduan.

“Mungkin beliau memberi observation (pemantauan)... Saya bukan mufti. Hal berkaitan dengan hal ehwal Islam, saya tak mahu komen kerana tidak mahu disalah petik,” kata presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.

Beliau pada sidang akhbrnya di Kuala Lumpur diminta mengulas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang meluahkan rasa terkilan dengan tindakan lawatan Najib itu yang didakwa "menggadai akidah" walaupun sudah ditegur setiap tahun.

Menurut Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas, Pasir Mas, jika Harussani membuat kenyataan seumpama itu, wartawan perlu merujuk kepadanya sama ada benar atau tidak.
"Kena tanya orang yang lebih berpengalaman. Saya serah kepada alim ulama sebab ini bidangnya. Bidang orang agama, kena tanya orang agama," katanya.

Nik Aziz juga hadir

Najib pada 7 Februari lalu hadir ke sambutan Thaipusam lengkap berpakaian kurta kuning muda dan dipakaikan kalungan bunga yang amat besar. Gambarnya juga didirikan setinggi patung berhala di Batu Caves sehingga mencuri tumpuan.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan NGO dan PAS serta umat Islam yang membidas tindakannya itu.

Sebelum ini, perdana menteri terdahulu, termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing menghantar wakil ke sambutan Thaipusam itu.

Ibrahim bagaimanapun berkata Najib mungkin tidak sempat merujuk kepada pandangan agama sebelum menghadiri acara itu.
"Datuk Najib mungkin pergi ke Thaipusam, mungkin dengan niat dalam konteks untuk membawa obor perpaduan rakyat Malaysia.

"Mungkin dia tidak lihat dari aspek agama. Kalau dia diberi nasihat, sudah tentu dia akan patuhi," katanya.

Namun, menurut beliau, terdapat juga pemimpin Islam lain termasuk dari pembangkang yang menghadiri upacara keagamaan bukan Islam.

"Macam Menteri Besar (Datuk) Nik Aziz Nik Mat pernah pergi ke kawasan dan kegiatan agama lain. Contohnya di Kelantan dia masuk masuk wat Buddha. Banyak kali.

"Dan kalau Nik Aziz masuk di wat Buddha, kalau orang tanya, kenapa Nik Aziz masuk di wat Buddha, itu perayaan agama, pihak mereka menjawab, Nik Aziz pergi berdakwah. Maksudnya tak salah bagi Nik Aziz. Kalau Datuk Najib salah," katanya.
Menurut Ibrahim, beliau berpendapat perayaan Thaipusam, Wesak, dan Krismas adalah perayaan agama.

"Perayaan agama, saya diberitahu, tidak boleh kita turut serta. Sebagai orang Islam sebab ia bertentangan akidah dan syariah," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2012 07:06 PM | Show all posts
Perbezaan, persamaan antara kaum perlu difahami dengan jelas: Najib


2012/02/15

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata usaha memupuk persefahaman dan kesedaran menerusi perbincangan, majlis dialog dan juga pendidikan amat penting supaya orang ramai memahami dengan jelas segala perbezaan dan juga persamaan antara kaum dalam negara.

Perdana Menteri berkata rakyat umpamanya tidak harus terkeliru dengan apa yang dimaksudkan dengan soal kebudayaan dan soal akidah agama. Beliau seterusnya memberi contoh kehadirannya pada sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini, yang dipertikai oleh segelintir pihak apabila beliau memakai baju kurta, iaitu baju tradisional kaum India. "Tapi orang itu tidak sedar bahawa di India ada berjuta-juta orang India beragama Islam yang memakai kurta hari-hari. Apakah mereka itu tidak beragama Islam?" katanya semasa berucap selepas jamuan makan tengah hari dan majlis ramah mesra dengan pemimpin-pemimpin agama, yang diadakan sempena sambutan 'Minggu Keharmonian antara Penganut Agama Sedunia' di kediaman rasminya Sri Perdana, di sini hari ini.

Najib seterusnya memberi contoh pakaian yang dipakai oleh Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Datuk Mustapha Ma, yang menurutnya, mempamerkan ciri-ciri kebudayaan Cina, yang tidak seharusnya dikaitkan dengan soal akidah.

"Sudah tujuh keturunan dia beragama Islam. Ini soal kebudayaan bukan soal akidah, jadi isu-isu seperti ini kalau kita tak faham, ia boleh jadi sesuatu yang boleh menimbulkan kecurigaan atau rasa benci antara kaum.

"Oleh itu melalui jawatankuasa mempromosi persefahaman dan keharmonian antara penganut agama amat wajar kita terangkan perkara-perkara sebegini," katanya.

Najib berkata dalam kepesatan teknologi maklumat kini, apa jua yang dituturkan oleh pihak-pihak tertentu, ia boleh disemarakkan, atau menjadi api dalam sekam yang dapat merebak dengan meluas, mengakibatkan dunia hari ini berhadapan dengan persekitaran lebih mencabar, sekaligus menuntut usaha memupuk persefahaman dan kesedaran yang berterusan.

Beliau berkata Malaysia menyanjung tinggi keharmonian dan kesejahteraan yang dikecapi selama ini hasil pengurusan yang sederhana, yang memang selaras dengan ajaran Islam.

"Walaupun sebelum ini kita tidak gunakan sebutan 'wasatiyyah' (sederhana) sebenarnya dasar-dasar kita memang berpaksi kepada konsep wasatiyyah ini sebagaimana yang dikehendaki agama. Antara wasatiyyah ini termasuk juga merujuk kepada aspek mengenai hormat kepada mereka yang menganut agama lain," katanya.

Katanya ajaran-ajaran lain juga pada dasarnya mengetengahkan soal kesederhanaan menerusi cara dan sebutan masing-masing.

Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia bertujuan membangkitkan kesedaran dan kesefahaman antara penganut agama, demi keamanan sejagat serta memacu dunia ke arah persekitaran yang lebih sejahtera dan makmur.

Najib berkata bahawa secara kebetulan, minggu pertama bulan ini agak unik apabila terdapat tiga acara yang cukup bermakna di Malaysia iaitu sambutan Maulidur Rasul, Chap Goh Mei dan Thaipusam.

"Jadi kalau ada negara yang hendak ditonjolkan sebagai model dalam soal ini (perpaduan kaum), saya fikir tidak ada yang lebih baik daripada Malaysia," kata Perdana Menteri.

Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia merupakan idea Raja Jordan, Raja Abdullah II dan puteranya Ghazi Muhammad yang menjadi utusan peribadi serta penasihat kepada baginda pada Perhimpunan Agung PBB ke-65 di New York 2010, dan idea yang diketengahkan kemudiannya menjadi resolusi yang diterima pakai PBB untuk disambut pada minggu pertama Februari setiap tahun di negara-negara anggota. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 08:25 PM | Show all posts
wish pun x boleh lg la nak join
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 08:27 PM | Show all posts
apa benda Najib ni mengarut pasal baju pula?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 08:28 PM | Show all posts
madey dan paklah dulu kalau tak salah tak pernah pi batu caves masa thaipusam
hantar wakil saja..
...
petola Post at 14-2-2012 10:47

tu la kan

tengok orang PAS kuat iman,
selamba je bagi duit kat tokey babi dan salam2

tak lama lagi pergi beli daging babi pulak,
bleh tokey tu bagi diskaun
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 08:41 PM | Show all posts
apa benda Najib ni mengarut pasal baju pula?
DTECCONAN Post at 15-2-2012 20:27


Hahaha...dia bg contoh berjuta org muslim kat india tu pakai kurta...dan mereka masih Islam..

Masalahnya diorg yg pakai kurta tu ade pegi visit kuil time Thaipusam tak?...kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 08:45 PM | Show all posts
Reply 253# copypaste

dengan muka yg kelat dok habaq kata org pertikai sebab apa dia pakai baju kurta

nasib baik x dak yg bodoh tertipu dgn apa yg dia bagitau
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 08:48 PM | Show all posts
oppsss..

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 09:18 PM | Show all posts
dah settle dah
najib dah jumpa harussani
harussani pun dah paham kot penjelasan najib...

so soal gadai2 akidah dahbtak timbul dah kot... heheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2012 10:08 PM | Show all posts
Harunsani hanya ulas balik penjelasan najib pasal dia tak masuk kuil, bawak berhala semua tuh... And ulas balik najib cuma masuk dewan bg ucapan bla bla bla...

Cuma dia tak ulas balik pendirian dia tentang umat islam yang datang ke upacara2 keagamaan mcm thaipusam tu...

Apa dia buat mcm tape recorder...ulang balik apa yg najib bgtau dia...kalu dia berani bagi la direct hukum hakam depan2 najib....ade bran??
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 10:13 PM | Show all posts
harussani cakap kenyataan dia sblm ini diputar belitkan media...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2012 10:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by ifanonline at 15-2-2012 22:28

kan senang kalau pok jib antar menteri hindu pi gua batu tu...awat la jadik lagu ni jibbb...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2012 10:25 PM | Show all posts
Mufti ingatkan PM minta nasihat agama sebelum hadir
        7:00AM Feb 14, 2012        

Perdana Menteri Datuk  ...

petola Post at 14-2-2012 11:57


tu dia, sudah dua tok peti kasi komen kat najib.....

nak tunggu bik mama kata apa pulak lepas ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.294054 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list