Puan Aini melipat baju miliknya dan Aliff satu persatu. Walaupun kehidupannya sudah banyak berubah semenjak Aliff dewasa, namun segala urusan kelengkapan dirinya dan Aliff masih dilakukan sendiri.. Aliff pernah juga mahu mengambil orang gaji untuk meringan bebannya namun ditolak.. dia lebih selesa melakukan semua kerja sendiri.. lagi pon, dia bukannya berniaga seperti dulu. Segala kelengkapan hidup disediakan oleh Aliff... menjadi juga Aliff... bisik hati puan Aini bangga.. ibu mana tidak bangga melihat anaknya yang sudah banyak berubah...kini, hidup Aliff sudah cukup lengkap yang diperlukan kini hanyalah peneman seperti mana dia yang inginkan anak perempuan aka menantu!
“Aliff tak bosan ke duduk berdua dengan mak je?” soal puan Aini kepada anak terunanya yang ralit menonton tv.. Aliff terkejut dengan soalan emaknya yang tak semana-mena itu. Terus wajahnya dipalingkan mengadap ibunya yang sedang melipat baju.
“apa mak cakap ni.... takkanlah Aliff bosan nak hidup dengan mak.... jangan merepek la mak..” balas Aliff agak marah... pelik dengan soalan dari ibunya itu. Puan Aini ketawa kecil.. mesti Aliff tidak mengerti soalannya.
“maksud mak, Aliff tak teringin ke nak tambah ahli keluarga kita?”
“mak nak anak angkat ke? Dah bosan tengok muka anak mak yang hensem ni?” Aliff berpura-pura tidak faham... dia tahu topic yang sedang dibualkan ini menjurus ke mana... emaknya nak menantu la tu... tak de benda lain ke nak...
“anak angkat perempuan boleh?” usik puan Aini...
“boleh.. boleh.. mak nak yang berapa tahun? 2 tahun, 4 tahun?”
“kamu ni Aliff... sengajakan buat-buat tak paham apa yang mak cakap... kamu tu bila nak bagi mak menantu? Tak bosan ke hidup berdua je dengan mak?” bebel puan Aini.. kalau dilayan perangai Aliff sampai ke esok tak habis topic anak angkat tu.
“tak bosan!” balas Aliff selamba. Dia meneruskan aktiviti yang tergendala seketika tadi.
“Aliff...kau tu bukan budak lagi.. dah boleh jadi bapak budak... cepatlah cari calon isteri... mak ni kepingin sangat nak bermenantu... dah ada menantu nanti boleh mak pegang cucu pulak...” puan Aini menyambung leteran. Mula menyimpan angan yang tidak pasti bila tercapai.. menggeleng kepalanya melihat sikap Aliff yang langsung tidak berminat ke arah perkahwinan.. apa nak jadilah anak terunanya yang sorang ni.
“Aliff muda lagi lah mak... baru 27 tahun... kawan-kawan Aliff pon ramai lagi yang bujang... relek la...”
“muda apa kebendanya... kawin lambat nanti Aliff dah tua anak masih kecil... nak macam tu? Tak seronok tahu tak... kurang-kurang mesti Aliff nak jugak tengok anak-anak Aliff membesar depan mata...” Aliff menayang wajah bosan mendengar celoteh puan Aini... apa pulak cakap pasal anak nih... bini pon tak de nak sembang pasal anak pulak.
“mak...kalau Aliff ada calon dah lama Aliff kawin... tak adanya Aliff nak membujang macam ni.” Aliff mula mencipta alasan... pening kepalanya mendengar bebelan panjang dari emak.
“apa pulak tak ada calon... Farah tu apa? Emak tengok Farah tu baik budaknya...cantik, ada pelajaran... Farah tu pon macam suka kat Aliff.. okey la tu.. apa lagi Aliff nak?” Aliff sudah masuk ke jerat puan Aini... memang dia berkenan sungguh dengan kawan baik anaknya itu... cantik, sopan santun, hormat orang tua...memang susah nak cari perempuan macam tu sekarang ni.
“Farah tu kawan je la mak... tak lebih dari tu... Aliff tak ada perasaan lebih dari itu untuk dia.”
“mula-mula kawan lepas tu bercinta... tak salah Aliff.” Ajar puan Aini.
“tak nak lah mak... nanti elok-elok berkawan jadi tak berkawan pulak kalau dah putus.” Desis Aliff dengan maksud penuh mendalam.. terus ingatannya hinggap kepada Shazrina.. Aliff bingkas bangun meninggalkan emaknya untuk mengelak dari terus berbual tentang Farah dan menantu yang diingini ibunya. puan Aini menggeleng-geleng kepala entah untuk ke berapa kali.. tidak faham sikap anaknya yang begitu liat apabila bab cinta dan kahwin diperbincangkan.
Last edited by misssakura on 6-12-2012 11:27 AM
|