CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: popotalks

mata ariana ~ cerita 20 (finish) : maksu jd mak lampir (based on true st...

[Copy link]
Post time 8-5-2014 01:59 PM | Show all posts
popotalks posted on 8-5-2014 10:34 AM
hahaha. malam ni sambung cita mak lampir tu pulak. yang tu boleh percaya sebab memang jadi betul - ...

aku menanti penoh setia...gittewww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2014 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
popotalks posted on 8-5-2014 11:58 AM
uih. belum layak lagi nak beganding ngan lejen cam flash >,<

iskk. saya tak lejen pun. haha buku pun takda.
yg lejen saudara Tamar Jalis tu heh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2014 10:01 PM | Show all posts
theflash posted on 8-5-2014 02:13 PM
iskk. saya tak lejen pun. haha buku pun takda.
yg lejen saudara Tamar Jalis tu heh

kira lejen la dlm bod mps. kite ni masih newbie giteww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2014 10:08 PM | Show all posts
Sambungan cerita maksu jadi mak lampir



Aku masuk bilik stor. Panggil – panggil mak su, tapi tak menyahut. Senyap. Bilik stor ni reka bentuk dia memanjang ke dalam. Macam lorong. Bila dah sampai hujung, baru ada bahagian yang luas sikit di bahagian tepi sebelah kanan. Aku jalan sampai hujung, panggil mak su. Senyap. Tak ada yang menyahut. Aku yakin sangat mak su masih ada kat dalam. Ye la kan, mana boleh keluar tempat lain, pintu ada satu je, tingkap tak da. Dalam pada tu, aku istighfar banyak – banyak dalam hati sebab masa tu aku dah start panas hati. Marah + sakit hati. Dahlah dalam bilik stor tu panas. Habis segala kotak, kain, tilam, karpet aku punggah semata – mata nak cari maksu. Tak de. Kosong. Masa tu, bilik stor yang tersusun bagus dah jadi macam ape da aku huru – harakan.  Dah penat cari mak su, aku jalan keluar bilik. Bodoh punye setan. Sumpahku dalam hati.


On the way keluar tu, aku jala slow sikit sebab nak kena mengelak dari karpet tumbang, kotak – kotak dan barang lain yang aku selerakkan tadi. Tetiba lampu padam. gelap. dalam 5 meter dari tempat aku berdiri, pintu stor. Masih terbukak. So, ada cahaya lah dari luar. tetiba ibu jari kaki aku terssepak amende tah, sakit sangat. Aku pandang bawah jap, nak tengok kaki, tapi mana lah nampak. Bila aku pandang atas balik, nampak jelas bayang maksu aku jenguk kepala dia dalam bilik stor dengan rambut berserabai. Tangan sebelah pegang tombol pintu. Baru je aku nak panggil, dia dah hempas pintu kuat – kuat dan kunci dari luar.


Aku berlari pegi pintu, pastu cuba nak bukak. Tak boleh. kunci. Nasib baik henfon ada kat tangan. Aku call ayah, tanya kat mana, dia cakap 5 minit lagi dia sampai umah mak su. Aku suruh cepat skit, sebab aku terkunci dalam bilik stor. Di luar, aku dengar suara mak su ketawa terkekek - kekek. Kejap suara dia, suara lelaki, suara nenek tua, pastu ketawa mengilai – ngilai. Bingit dan nyaring.


Letak telefon. Aku duduk bersila depan pintu blik. Pejam mata, kawal pernafasan. Istighfar dan zikir banyak – banyak. bila hati dah sejuk, aku baca surah al – ikhlas, wadduha dan al – kafirun sepenuh hati. Seluruh pancaindera aku tumpukan hanya kepada Allah semata – mata.


dalam samar – samar, aku nampak macam maksu aku kena pasung dengan rantai besi dekat sebuah pokok kayu. Pokok tu beeesar sangat! Macam pokok kat hutan dara. Kedengaran seolah – olah bunyi mentera di baca. Bahasa apa tah, aku tak dapat tangkap. Pastu ada bau busuk. Sangat busuk! Dan bingit. Kelihatan maksu ditemani oleh 3 orang. Berpusing – pusing mengelilingi pokok besar tu sambil membaca mentera seolah memuja. Kelihatan seorang lelaki, perempuan dan seorang nenek tua. si lelaki, rupa nya seperti manusia biasa. Cuma berbadan kurus kering dan memakai cawat putih sahaja. Si nenek tua, seolah seperti bongkok 100. Boongkooook sangat! Muka dah nak hampir cecah tanah. Pegang tongkat dan berjalan bertatih – tatih. Si perempuan pulak, pakai baju tshirt hijau, berlumuran darah. Kepala terpusing 180 darjah ke belakang. Tapi cara dia ni jalan, pelik sikit. Kedua lutut bertemu di tengah. Obviously kaki dia nampak sangat dipulas. Janggal. tak pakai seluar, dan tiada kain di bahagian bawah.


Yang perempuan ni, ganas sikit. Setiap kali dia lalu di depan mak su aku,dia akan bukak mulut, pastu lidah dia panjang keluar menjalar masuk ke dalam mulut mak su. Sekalipun maksu berusaha untuk tutup mulut kuat – kuat, tapi dapat jugak  masuk. Setiap kali kena ludah perempuan tu, mak su aku akan muntah teruk. Si nenek tu pulak, akan hentak kepala maksu dengan hulu tongkat. Si lelaki pulak, seperti merejam maksu dengan sesuatu. Tapi tak jelas. Tak nampak apa yang dia guna, tapi setiap kali kena rejam, maksu nangis meraung – raung. Sakit sangat rupanya. habis lebam berdarah - darah maksu aku kena seksa.

Pastu aku dengar bunyi kereta ayah sampai. Aku jerit depan pintu, and tak lama lepas tu ayah bukak pintu, dan aku terus meluru keluar. Nak cari maksu. Paksu pun ada. Baru sampai. Satu rumah dilaungnya nama maksu, tapi senyap. Takde bunyi. Dah letih cari, paksu dah tak tahan. Dia ambik keputusan nak azan. aku dan ayah duduk kat atas kerusi di ruang tamu. Ayah tengah call seseorang, aku pulak terus dengan zikir. Hati aku rasa tak tenteram sangat. Resah dan rimas. Asyik rasa nak marah, nak menjerit. Tapi aku lawan kuat – kuat. makin kuat rasa tu, makin kuat aku berzikir sampai tutup mata.


Last – last rasa tu tetiba hilang. Plup! Macam tu je. hati aku tenang balik. sayup – sayup aku dengar bunyi azan dilaungkan oleh paksu. Tengah paksu azan, ayah pun sambung jugak azan. masa dorang azan tu, aku dengar bunyi kecoh sangat dekat tingkat atas. Macam bunyi orang berlari laju – laju, berguling pun ada, suara orang bertengkar, mengerang sakit, ketawa, tv terbukak, suara tv kejap kuat pastu slow pastu kuat lagi, benda jatuh, macam – macam lah!. Bila aku lari naik tingkat atas, kosong. Takde orang.


Bila aku turun bawah balik, aku nampak maksu tengah duduk dekat tengah rumah.  meniarap atas lantai tak sedarkan diri. Mulut masih berdarah. Tah apa dimakan nya sampai berdarah mulut. Rambut berserabai. Dahlah panjang. Baju takde. Pakai kain je. tu pun banyak sangat kulit yang terdedah. Aku capai kain pua kumbu yang tersangkut kat tangga dan lempar kat atas badan maksu.  Belum berani nak dekat. Bila aku tengok takde respon, aku pergi pada maksu. Goncang – goncang badan, suruh sedar. Paksu dan ayah dah habis azan. menangis paksu aku tengok bini dia camni. Kitorang bawak pergi hospital. 2 hari maksu tak sedar. Bila dia sedar hari ketiga, dia macam dah sewel. Cakap merapu dan banyak ketawa sorang – sorang. Pastu kelakuan dia agak ganas sampai terpaksa dimasukkan ke wad psikiatri, tapi bila dah masuk, doctor check, takde pulak masalah mental ke apa – apa. bila masuk wad biasa, dia menggila balik. so maksu terpaksa diasingkan sebab dia mengancam keselamatan orang lain. dia tinggal bilik sorang - sorang.


Nanti aku sambung cerita pasal apa jadi dekat hospital sampai doctor terpaksa ikat dia dengan tali untuk tambat lembu atas katil and nurse takut nak pegi bilik dia.

Bersambung.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
popotalks posted on 8-5-2014 10:01 PM
kira lejen la dlm bod mps. kite ni masih newbie giteww

banyak lg lejen.sy on newbie. br 2tahun kot berCARI.

btw. nice word. cite cmni boleh diangkt jd novel seram moden
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorr...selama ni aku bce citer popo dgn mmbayangkan popo ni pompuan. Ropenye lelaki

Papepun, citer popo mmg best la layan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-5-2014 11:22 PM | Show all posts
theflash posted on 8-5-2014 10:31 PM
banyak lg lejen.sy on newbie. br 2tahun kot berCARI.

btw. nice word. cite cmni boleh diangkt j ...

wahhh. kombang idong den. hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2014 11:24 PM | Show all posts
edoraixora posted on 8-5-2014 11:07 PM
Lorr...selama ni aku bce citer popo dgn mmbayangkan popo ni pompuan. Ropenye lelaki

Papepun, cite ...

popo pempuan la xora ~ tp pangai cam jantan gak la. hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2014 11:34 PM | Show all posts
2nd part nanti popo sambung besok. tak berani den nak flashback memalam. dahla tadi ade orang kena histeria kat shell. haih. shell pun boley~

papepun, terima kasih sangat pada yang sudi baca cerita popo yang baru nak buang masa menulis ni .

ingat, jangan percaya sangat. kebenaran crita ni semua x sampai 10%. yang 99.99% hanya tokok tambah extreme semata - mata. jangan nak tambah beban den d padang masyar menipu. xlarat den menanggungnye. ksian bapak den. hehe.

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2014 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
popotalks posted on 8-5-2014 11:24 PM
popo pempuan la xora ~  tp pangai cam jantan gak la. hehehe

Itu la...smbung bace dr page latest membawak ke blakang
Bile bace citer duyung tu, terkonpius pulak akan jantina popo ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
popo watak dragonnball.yg hitam tu hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2014 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
theflash posted on 9-5-2014 07:20 AM
popo watak dragonnball.yg hitam tu hehe

Haha. Hitam tapi kuat!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 08:31 AM | Show all posts
pepagi dah bukak thread ni
sebab tak berani nak baca malam tadi.
hahaha

popo, nak sambungan please!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2014 11:02 AM | Show all posts
cmf_summer_snow posted on 9-5-2014 08:31 AM
pepagi dah bukak thread ni
sebab tak berani nak baca malam tadi.
hahaha

okeh, sambung - ing! hahaha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2014 11:07 AM | Show all posts
Mak su jadi mak lampir part 2


Masa hari maksu sedar, paksu dan mak aku ada kat sebelah dia. mak aku cerita, masa maksu nak sedar tu, dia terbatuk – batuk macam orang baru dapat nafas. dapat imagine tak, orang lemas kena cpr, pastu hidup balik. haa, lebih kurang camtulah. So, bila maksu batuk camtu, paksu pegi panggil nurse and mak aku dok tepi tu tengokkan dia. tampar – tampar pipi soh mata maksu bukak.


Bila mak aku buat camtu, tetiba maksu cekik mak aku pastu mengilai sekuat hati. Nasib baik patient and pelawat kat tepi – tepi ada. dorang cuba tolong mak aku lepas dari kena cekik, tapi tak dapat sebab maksu nyer grip memang kuat. sampai 7 – 8 orang laki dewasa cuba lepas grip tu termasukla paksu, nurse laki and doctor. Last – last, maksu kena suntik ngan ubat penenang, baru lepas. Tu pun, muka mak aku dah nak biru, mata dah berpusing naik atas and mak aku pulak yang kena warded lepas tu coz oksigen dah start kurang dalam otak.


Lepas insiden tu, maksu diletakkan di tempat yang agak jauh sikit dari orang lain, tapi masih di wad yang sama. So, satu hari tu aku pergi melawat mak aku. masa tu, mak aku dah ok dah, dan ditempatkan di wad yang sama dengan maksu. Cuma berlainan tempat. Kira mak aku hujung blah sini, maksu hujung blah sana la. Lepas lawat mak, aku g jenguk maksu. Section maksu ni, sangat la suramnye lahai. Cahaya sangat kurang masuk. Kat section tu, ada maksu sorang je. katil – katil lain semua kosong. nurse pun agak jauh jugak kot dan katil maksu dekat ngan tandas.


Bila aku sampai section maksu, aku nampak paksu melilau keluar masuk tandas. Aku tanya, paksu cari apa. Dia tunjuk isyarat senyap, pastu gtau cari maksu. Aku pun join gak senyap – senyap cari maksu. Melangkah pun slow – slow takut keluar bunyi. Lama jugak la kitorang cari maksu, last – last jumpa maksu dekat dalam toilet. Tido peluk sanitary bin. Padahal dah berapa kali check kat situ. So, kitorang papah la maksu keluar. Letak atas katil dan selimutkan dia. aku nampak paksu ikat tangan and kaki maksu ke katil. Hairan.

Aku : paksu, kenapa ikat maksu?
Paksu : (senyap. Muka sedih. Ambik yasin dan baca )

Aku tengok, muka maksu dah tak serupa muka maksu. Macam ada luka – luka kat muka dia. tengah dok tenung muka maksu, tetiba dia bukak mata dan jengil tengok aku. terkujat aku! maksu mula meronta – ronta nak lepaskan kaki dan tangan dari kena ikat. Pastu, aku tercium bau hancing n najis manusia and aku perasan selimut maksu macam ada tompok basah. Bila aku angkat selimut, Ya Allah, rupanya mak su yang terkencing terberak. Aku tengok paksu maintain je baca yasin. Blur aku tak tau nak buat apa. maksu masih g meronta – ronta nak lepas. Habis paksu dimaki hamun. Kejap marah, kejap ketawa, pastu marah, pastu menjerit mintak lepas.  Bising.


Aku mula panas hati. Aku tak suka bising – bising. Dari tadi aku memang dah nampak 3 ekor makhluk gila tu mengeliligi katil maksu, tapi aku malas nak peduli. tapi kalau dah sampai tahap camni, tercabar gak iman aku. so, aku baca ayat – ayat tertentu, selawat, zikir dan surah – surah lazim, tiupkan ke tangan dan raup muka maksu. Pengsan. Bagus. Senyap sikit.  Makhluk 3 ekor tu, automatic terus pandang muka aku. macam marah. Pastu dorang vanish. Hilang. Paksu pulak masih terus baca yasin.


Aku panggil nurse. Mintak dorang tukarkan baju and cadar maksu. Bila aku ngan nurse sampai ke katil maksu, maksu tengah dok bersila atas katil. Kepala tunduk. Rambut biar tutup muka. Nurse yang tengok camtu terus lari lintang pukang. Katil jangan cakap la. Memang penuh najis. Paksu pulak, dah habis baca yasin dan sekarang baca surah al – baqarah thru ipad. maksu duduk menderam – deram. Aku yang tengok tu, tergamam. Tengah cuba nak digest apa yang berlaku. Tali kat katil tu, tercabut. Putus.


Masa tu, aku mula rasa sesak dan panas. Pastu bisiiiing sangat! Macam ramai sangat orang kat situ. Aku tutup telinga dan tutup mata, and istighfar banyak – banyak.  baca surah lazim and zikir. Tarik nafas dalam – dalam and kawal pernafasan supaya aku tenang. Bila dah tenang, aku bukak mata balik.
Aik, hilang pulak maksu. Takde atas katil. Melilau aku cari, rupanya maksu sembunyi dekat bawah katil. Aku pergi bawah katil nak Tarik maksu keluar. Masa aku pegang tangan maksu, dia Tarik balik tangan aku pastu gigit kuat – kuat. sikit lagi nak berdarah, nasib baik sempat lepas. Aku dah geraaam sangat, terus aku baca satu ayat yang aku belajar dlu and pusatkan ke tangan aku. maksu tengok tu, terus nak lari, tapi tak boleh coz aku dah standby awal kunci dia kat situ.


Makhluk tu dah menangis – nangis mintak ampun, mintak kesian, tapi aku tak nak kasi can. Sial sapa suruh gigit tangan aku. aku terkam tangan maksu, pastu baca beberapa ayat. Maksu menjerit – jerit kesakitan. Menggelepur dia kat bawah katil. Menangis meraung macam nak gila. Padan muka. Aku baca ayat tu berkali - kali, sampai maksu diam dan pengsan. Lepas tu, terus aku Tarik dia keluar dari katil dan letak atas katil lain. Masa aku Tarik dia keluar tu, aku perasan badan dia masih mengeluarkan getaran yang tajam – tajam dan panas. Nak kata cam getaran elektrik, tak jugak, tapi lebih ke macam kena cucuk dengan jarum halus bayak – banyak. panas pun, panas berbahang. Pelik. Sangat pelik. Aku, paksu, dan beberapa orang lain papah maksu keluar. Badan dia masih berat. Sangat berat.


Disebabkan suara jeritan maksu yang sangat kuat, ramai la orang pegi section maksu nak tengok apa jadi. nurse dan doctor and security pun ada. polis pun ada. paksu mintak tolong nurse untuk ambikkan cadar dan baju bersih untuk maksu, pastu paksu bersihkan badan maksu dan tukar kan segala cadar semua.

bersambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2014 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak su jadi mak lampir part 3


Semenjak kejadian tu, ada beberapa kali jugak la benda yang sama berulang. Sampai last2, orang hospital terpaksa ikat maksu dengan tali tambat lembu and suntik dengan dos ubat penenang paling tinggi. Masa tu maksu dah di masukkan d wad psikiatri. Personaliti dia berubah2 sangat cepat. Kejap ketawa, happy, tenang, sedih. But in a blink of a second, dia blh berubah jd sangat ganas. Adala beberapa orang nurse dh injured kena gigit, kena cakar, tarik rambut. Paling teruk aku dengar, sorang staff lelaki kena gigit dekat area nadi sampai berdarah2. Sikit nak mati org tua tu.  

Dalam masa yang sama, paksu and ayah giat la mencari orang untuk tolong ubatkan maksu. Even pihak hospital pn dah nak give up jaga maksu sebab nurse and doktor takut nak jaga. Banyak jugak duit dah habis. Rata2 ustaz cakap maksu terkena tempias sihir siam asli. Sihir tu ditujukan untuk orang lain sebenarnya, tapi entah camne, boleh kena kat maksu pulak.kena TEMPiAS je okey. Belum kena full blast lagi. Walaupun banyak ustaz yang datang, tapi banyak yang give up and things stays as the same. Ada jugak yg sembuh kejap, hilang kejap, tapi tak sampai sehari datang balik.ganas balik, gila balik maksu aku.  

Last - last, ada sorang kawan lama ayah yg sudi tolong nak tengokkan. Tu pun kena tunggu dalam 2 minggu jugak baru kawan ayah ada masa. So, lepas 2 minggu, kawan ayah pun sampai.

Bersambung
Last edited by popotalks on 9-5-2014 10:52 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2014 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sambungan Mak su jadi mak lampir part 4 ( final )

Masa berubat tu, maksu dah discharge dari hospital. Pagi discharge, tgh hari berubat la. Masa tu aku tak da, outstation ). T.T mak dan ayah aku ada. So, cerita ni aku akan olah berdasarkan pandangan mata mak.'aku' di bawah merujuk pada mak aku.


Watak2 ***
Mak = aku
Ayah = bang din
Maksu = ji (adik ayah)
Paksu = Aha (suami maksu)
Kawan lama ayah = Don
Kawan kepada kawan lama ayah 1 = Jo





Haritu ji discharge. Sejujurnya, aku takut nak jumpa dia. Entah kenapa aku rasa seram. Lagi2 sejak kejadian au kena cekik and bila dengar cerita ariana pasal maksu dia. Bertambah lah seram. Pagi tu, awal2 dah bang din pesan untuk alihkan meja dan kerusi di ruang tamu tengah. Lapangkan. dorang akan terus bawak ji sini. Don nak datang tolong ubatkan ji. Walaupun aku tak berapa setuju, tapi aku turutkan jugak. Separuh hatiku, aku kesian dengan ji, tapi aku lebih ke takut sebenarnya. Aku memang jenis yang penakut.


So, lepas settle urusan lain, aku lapangkan kawasan ruang tamu. Vacuum karpet, alihkan kerusi dan semua benda2 tajam @ kaca aku letak kat dapur. Takut nanti ji tetiba mengamuk, atleast kadar takda la benda yg boleh jadi senjata. Lepas selesai kemas ruang tamu, aku pergi ambil wuduk. Baru je selesai ambik wudhuk, aku dengar bunyi orang bagi salam. pintu aku biar je bukak, tapi gate kunci.Aku bergegas pegi depan. Ingatkan don dah sampai. Bila sampai depan pintu, takde pulak orang. So, aku pun patah baik masuk umah and nak pegi dapur. Sekali lagi ada suara orang bagi salam. Kali ni suara cam nenek tua. Tuuuua sangat. Halus je suara dia. Aku diam. Pasang telinga dan dengar betul2.

Asa'a'aakoooooom!

Bam! Rasa nak luruh jantung aku. Skrg suara laki pulak. Dahla aku sorang kat umah. Bagi salam pun tak sempurna. Suara tu bukan datang dari luar rumah, tapi sebaliknya suara tu macam berlegar2 di DALAM rumah!  Aku istighfar banyak2. Capai telefon dan call suami aku.

Tuut tuut. Tuuut tuut.
*telefon diangkat*
aku : assalamualaikum. Abang! Balik cepat bah! Siti takut!
On the phone : Asa'a'aakooooomm! Hihihi.

Terlepas telepon dari tangan aku! Aku istighfar lagi banyak2 kali. Suara tu berulang2 berkali2 dari corong telefon. tangan aku menggeletar. Jantung berdegup kencang. Masa tu, aku rasa nak pengsan. Takut!

Aku terduduk di kerusi ruang tamu. Agak lama aku terkujat disitu, sampailah bang din goncang badan aku. Bila aku dah sedar, aku nampak ji terbaring lurus kat tengah umah. Dekat luar rumah, ada ambulans parking. ada beberapa orang lelaki dewasa mengelilingi ji. Termasuk Don, Jo ngan Aha. Dalam 7 - 8 orang. Ada sorang ni, baju dia koyak kat bahagian dada.


So, lepas ambik widhuk lagu sekali, aku disuruh oleh Don untuk duduk di hadapan Ji memandangkan aku sorang je perempuan. Takutnya aku, Allah je yang tahu. Don tenangkan aku dan cakap jangan takut. Takde apa2. Bila aku dah tenang sikit, dia suruh aku tutup mata dan zikir. Tumpukan pada zikir. Siap pesan lagi, kalau aku ada nampak apa2, jangan takut, jangan lari. In sha Allah takde apa2 akan jadi.

Last edited by popotalks on 9-5-2014 09:58 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2014 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Upacara merawat pun dimulakan, dan aku beri seluruh tumpuan pada zikir. Tetiba aku rasa badanku ditolak kuat ke lantai. Kepala ku diterkam dan dicengkam kuat. Aku dah terbaring atas lantai. Cuba melawan. Zikir masih tak putus dari mulut dan hati. Semakin kuat kepalaku dicengkam, semakin kuat juga aku berzikir pada Allah. Kedengaran bunyi kecoh disekelilingku. Mata masih pejam. Takut. Ji menjerit mencarut2. Habis segala perkataan dalam kamus disebut. Aku dapat rasa perutku ditekan kuat dengan lutut ji. Sakit. Tetiba, ji menjerit kuat gila dan pengsan! Aku bingkas bangun. Bila aku bukak mata, pipi Aha berdarah. Don n jo pulak berpeluh2. Aku disuruh ambil posisi tadi dan teruskan berzikir. Kali ni jangan tutup mata. Bukak je.

Don n jo mula baca ayat - ayat alquran. Bila sampai satu part tu, tetiba ji bangun n menjerit terus ke muka aku. Kakinya mengerekot ke tengah, seolah dipulas. Kepalanya tetiba teleng ke tepi, badan membongkok dan suaranya makin lama makin garau.

Don dan jo teruskan membaca dan hulur sebatang kayu kecik pada aku. Jo terus baca ayat suci alquran, meanwhile don azan. Masa tu, keadaan ji teruk. Kepala dia makin teruk terteleng, kaki makin mengerekot ke tengah, dan dia mula menggelepur. Meleleh - leleh air liur dia keluar. Menjerit meraung menangis kesakitan. Kesian.

Last2, don tampar lantai kuat2 dan suruh jo, bang din dan aha azan. Pastu jo suruh aku pergi dekat ji dan lalukan kayu kecik tu dari hujung kaki sampai ke leher. Pastu buat aksi macam nak menyembelih.

Bila aku buat macam tu, makin meraung ji. Masa kayu sampai di leher, menangis2 dia merayu. Tipula kalau tak kesian, tapi aku tau tu hanya tipu daya syaitan.

Aku ulang benda yang sama, sampai la don suruh stop. Sepanjang tu, ji kejap pengsan, sedar pengsan sedar pengsan sedar.

Berjam jugak la proses rawatan tu berlangsung. Lepas maghrib baru settle. Dah settle, aku pun letih, naik atas dan bersihkan diri. Lepas tu aku turun bawah n layan tetamu. Buat air, masak semua. Ji, Aha, jo ngn Don tdo kat umah. Lepas makan malam, solat jemaah,kemas2 apa yang patut, aku naik atas dan tidur.


***settle part mak***

Besoknya, aku sampai rumah pagi lepas pegi outstation 2 minggu. Letih tu tak yah cakap la. Sampai rumah, aku tengok maksu duduk tercongok depan tv. Bila tengok aku datang, dia senyum. Aku pun salam dan berbual jap ngan dia. Lama tak jumpa kan. Tanya khabar, etc. Pastu aku g dapur jumpa mak. Kat dapur, ada g kawan ayah 2 orang ngn paksu. Kawan ayah, cik Don ngn cik Jo tengah sarapan pagi. Sempat gak la berbual2 ngan dorang n tanya pasal maksu. So, menurut cik Don, maksu kena tempias sihir siam asli. Sihir tu antara level ilmu hitam yang sangat tinggi sebab pakai benda2 yang kotor dan jij  



Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2014 10:41 PM | Show all posts
Popo, thank you.. terbaik!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2014 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung


Dan jijik, contohnya zakar suami mati pucuk anak sulung, darah perempuan mati kemalangan dasyat, jarum emas, batang rebung, kuku orang mati, dan benda2 pelik lain lagilah. Semua bahan tu dipuja, kemudian direbus hingga semua bahan mencair hingga jadi cecair. Untuk menghantar sihir, si oenyihir @ pengupah sihir akan memercikkan air yang dicampur dengan cecair tadi menghala ke arah org yg disihir. Tujuan sihir di hantar adalah memang untuk menyeksa keseluruhan keluarga agar masing2 saling berbunuhan sesama sendiri. Sihir tu sangat dasyat, sampai mangsa yang terkena sihir tidak akan berhenti untuk membunuh sehingga mangsa dan ahli keluarga semua mati.

Ternganga aku dengar. Tak sangka banyak betul benda gila yang manusia sanggup buat untuk puaskan nafsu sendiri. Gila.

Selesai sarapan, rawatan diteruskan hingga beberapa hari hinggalah maksu betul2 sihat walafiat.   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:24 AM GMT+8 , Processed in 0.046615 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list