CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RockRockRock

[Jenayah] coklat cadbury ada B A B I ?

[Copy link]
 Author| Post time 24-5-2014 05:08 PM | Show all posts
   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2014 05:12 PM | Show all posts
POSTED BY KUNTAKINTE MALAYSIA » ADD COMMENT »
DNA Babi: Cadbury Malaysia Berdolak-Dalih, Tiada Rasa Kesal

Pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa Dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA babi (porcine) sangat mengejutkan dan memalukan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut Kementerian Kesihatan DNA babi itu dikesan Kementerian Kesihatan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, analisis terhadap Cadbury Dairy Milk Chocolate bagaimanapun tidak menemui kandungan DNA tersebut.

Dr. Noor Hisham berkata, ketiga-tiga sampel coklat itu telah diambil untuk analisis DNA khinzir bagi tujuan pemantauan.

Jakim harus menjawab bagaimana perkara ini boleh terjadi. Jika dengan pengusaha kecil dan sederhana Jakim begitu teliti bukan sahaja setakat kandungan makanan malah ke struktur organisasi sebelum memberi sijil halal, mengapa bagi organisasi besar seperti ini ia lepas begitu mudah.

Namun yang lebih serius ialah tindakan Cadbury Malaysia yang mengambil mudah isu ini melalui kenyataan di ruang facebook syarikat terbabit. Selain hanya mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Inggeris, yang bukan bahasa rasmi negara ini, syarikat cuba berdolak dalik mengenai isu ini.

Pihak Cadbury mengumumkan penarikan balik kedua-dua produk terbabit

We at Cadbury would like to respond to the report dispersed by Ministry of Health, Malaysia, earlier today.

We were informed that Cadbury Dairy Milk Hazelnut (with batch number 200813M01H I2 that expires on Nov 13, 2014) and Cadbury Dairy Milk Roast Almond (with batch number 221013N01R I1 that expires on Jan 15, 2015) analyzed by Ministry of Health tested positive for traces of porcine DNA. We have taken immediate action by recalling the products from the above two batches.”

Apakah ini bermaksud mereka menarik balik kedua-dua produk tersebut, atau hanya menarik balik kedua-dua produk terbabit yang dikeluarkan dalam kelompok yang sama iaitu tarikh tamatnya pada 13 Nov 2014 dan 15 Jan 2015.

Memang benar Kementerian Kesihatan hanya menjalankan ujian ke atas Cadbury Dairy Milk Hazelnut yang dikeluarkan nombor kelompok keluaran 200813M01H I2 dan luput pada 13 NOv 2014 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond (dengan nombor kelompok keluaran 221013N01R I1 dan tarikh luput 15 Jan 2015).

cadbury1Adalah mustahil untuk Cadbury Malaysia menyatakan bahawa hanya Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond kelompok tersebut sahaja ada DNA babi dan bukan kelompok pengeluaran lain bagi jenis yang sama.

Sudah tentu resipi dan bahan yang digunakan oleh Cadbury untuk menghasilkan kedua-dua produk tersebut adalah bahan yang sama biar pun kelompok atau batch yang berlainan.

Cadbury sepatutnya menarik semua produk kedua-dua perasa coklat tersebut selagi tidak ditemui punca kehadiran DNA babi dalam coklat tersebut. Atau paling kurang meletakkan tanda tidak halal kepada semua produk tersebut.

Lebih menyakitkan hati, sehingga kini tiada langsung permohonan maaf atau kesal pihak Cadbury atas insiden ini. Mereka langsung tidak sensitif terhadap umat Islam di negara ini. Bagi mereka isu DNA babi ini hanya isu kecil sahaja.

Bagi umat Islam, inilah masa menghentikan pembelian sebarang produk Cadbury sehingga mereka memulihkan keyakinan kita terhadap keikhlasan dan kejujuran mereka menghasilkan produk halal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2014 05:25 PM | Show all posts
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN
KENYATAAN MEDIA OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA MENGENAI PENGESANAN DNA PORCINE DALAM COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL-CADBURY DAIRY MILK
_______________________________________________________

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengambil maklum akan Kenyataan Media YBhg Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah; Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 24 Mei 2014 berkaitan dengan pengesanan DNA Porcine dalam dua sampel coklat Cadbury; Coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1.

Berikutan kenyataan tersebut, Jakim telah menggantung sijil pengesahan halal bagi kedua-dua produk berkenaan berkuatkuasa SERTA MERTA. Dalam masa yang sama, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenalpasti punca pencemaran tersebut.

Jakim ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Selepas sijil pengesahan halal Malaysia dikeluarkan, pemegang sijil adalah tertakluk kepada pemeriksaan berkala Jakim. Dalam hal ini, pemeriksaan secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan telah dibuat dan pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari 2014 dan didapati mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Kepada para pengguna yang selama ini menggunakan mana-mana produk yang mempunyai logo halal Malaysia tidak perlu bimbang kerana pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan halal dengan serta merta.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

24 MEI 2014

www.halal.gov.my

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2014 05:26 PM | Show all posts
tengokjerrr posted on 24-5-2014 07:43 AM
agak2 dah sekor babi dah masuk dlm badan ni .. dah macam2 mende ada unsur menda tu di pasaran dgn te ...

KITA MAKAN UBI KAYU TANAM SENDIRI....

XDA LOGO HALAL JAKIM PUN DIJAMIN HALAL...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 05:33 PM | Show all posts
Sales drop la lepas ni. Padan muka. Tutup je kilang kt shah alam tu. Cadbury main2 sgt pasal halal haram. Teringat iklan juliana evans nk tangkap coklat x dapat2. Aku tak suka makan coklat. Suka mkn coklat yg bulat2 tu. Beryl pun best. Tudor gold pun ok. Harapnya cekelat feveret aku ni mmg sah halal. Tapi bila umur meningkat ni kurang skit makan manis2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 06:01 PM | Show all posts
jakim yang harus bertanggungjawab...sebab depa yang keluarkan loga halal...

pengguna malaysia yakin la benda tu halal sebab ada tanda halal dari jakim...

so, sekarang nie Jakim pun memang lepas je nengok....
saman jakim
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2014 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Errr....kot kot the pig DNA contributed by the lab analyst....maybe she just ate bah kut teh using her hand....

-kekburig spokeperson-   
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
RockRockRock posted on 24-5-2014 01:01 PM
sabo...nanti aku buka kilang coklat  kekeke.....

Takut tak sedap je la masalahnya nanti.. hahaha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2014 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
kegimaru posted on 24-5-2014 01:03 PM
posting 1..tgk dlm fb moh pn ada

Noted with thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver posted on 24-5-2014 04:23 PM
Cadbury hanya tarik batch yg kkm claim ade dna babi tu je..
If yg korg mkn tu bukan batch itu..xde  ...

syarikat besar2 ni klo silap hb leh dakwa blik yg dok buat test ni..pnah  kes pihak berkuasa mlysia istihar produk x selamat.sekali company tu lawan blik.siap bwak msuk pkar dari oversea..segala mak nenek prosedur ditny.ade iso ke x.ape kelulusan tukang test,u mne, mcm2 oooo..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
asudau posted on 24-5-2014 06:01 PM
jakim yang harus bertanggungjawab...sebab depa yang keluarkan loga halal...

pengguna malaysia yak ...

Agreed. Cadbury mmg salah sebab menipu, tapi jakim mana boleh lepas tangan mcm tu je sebab dia yg bagi cert halal. Kalau org lab dia buat keje elok2, boleh je digantung halal cert cadbury. Ni dah boleh terlepas, consumer pun relax je berkeping2 makan, baru nak kata ada dna cik piggy.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2014 06:36 PM | Show all posts
ellZack posted on 24-5-2014 10:25 AM
Takut tak sedap je la masalahnya nanti.. hahaha..

x sedap xpa..JANJI HALAL tiada ba alif ba ya..hahahaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 06:40 PM | Show all posts
nnt dorg akn buat random test lg utk batch yg sama tgk result lain....msa ni klu result tu negative yg makhluk2 sentap mcm kna rasuk ni nk ckp apa?

dia punya maki hamun tu mcm apa je.... cuba istighfar byk2

last wed, bru ktorg ada seminar dgn jakim..soal jwb/forum jakim with the industri psl halal ...mlg ni kes ni x tmbul lg..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
aechae posted on 24-5-2014 06:40 PM
nnt dorg akn buat random test lg utk batch yg sama tgk result lain....msa ni klu result tu negative  ...

iols wondering skrg. It might sounds noob.. yg ada dna cik piggy tu choc bar yg ada almond nuts.. jadi yg lain2 like dairy milk, black forest etc tak tercemar ke? Ke yg tercemar tu maybe nuts yg diguna bkn nya coklat? iols ada black forest yg baru 2 baris dimakan.. nak sambung makan mcm confuse.. hihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
RockRockRock posted on 24-5-2014 06:36 PM
x sedap xpa..JANJI HALAL tiada ba alif ba ya..hahahaaaaaaaaaaaaaaaaa

Tersedak cik piggy disebut2.. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 06:50 PM | Show all posts
Body_language posted on 24-5-2014 03:51 PM
Memang JAKIM yg uruskan sijil halal. Nak dpt sijil bukan senang, strict. Masa Cadbury mintak sijil ...

klu tukar supplier, bhgn purchasing n halal exect tu kna check dlu status halal sesuatu item msa preshipment of the item..sbb kna test nk tgk kualiti jugak...if kualiti ok, tp xda sijl halal kna rijek jugak....ni yg comp aku buat la....i bet comp yg gah pn mst sop nya sama or lg ketat

pemantauan tu slalu msa nk renewal sijil bru tgk blk je....klu ada tukar suplier, tmbh brg, tukar brg etc update msa ni jelah...2 thn skali...in between  tu klu ada tukar apa2 jakim kata  bleh btau scara bertulis je, tp bkn update dlm sistem yg kna key in byk2 tu.....dorg check ikot apa yg kita key in tu je

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2014 06:59 PM | Show all posts
ellZack posted on 24-5-2014 06:45 PM
iols wondering skrg. It might sounds noob.. yg ada dna cik piggy tu choc bar yg ada almond nuts..  ...

possibility mcm u ckp tu ada...may be from the nuts....

utk apply sijil halal ni pn, slalunya jakim akn tgk dkt critical item yg tu mmg dorg mntak prove btul2...dlm kes choc ni critical item nya may be milk, sgala emulsfier, or apa2 yg possibility ble dtg dr animal....so utk nuts mgkin any document yg di bg tu x sedetail critical item yg lain n dorg pn terlepas pndang bleh terlekat dna pig... documents utk each item slalu bg msds,flow chart of the processng, sijil halal item tu dr mna ia dtg..

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 07:00 PM | Show all posts
RockRockRock posted on 24-5-2014 04:45 PM

awat la buang.. membaziaq.. takde ke kengkawan cina ke india ke, sedekah je kat mereka



Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mesmerize posted on 24-5-2014 07:00 PM
awat la buang.. membaziaq.. takde ke kengkawan cina ke india ke, sedekah je kat mereka



Xyah bagi.

Dorang tiap hari melantak babi..

Dah tak boleh beza mana pemakan, mana yg dimakan..nampak sama je..



Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni sume perancangan rapi yahudi dan nasrani untuk injek dna babi ke dalam ummah. Mereka cemburu atas kejayaan ummah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.083370 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list