CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bUtTeRfLy

>>>BoLaSePak MaLaYsIa<<<

[Copy link]
Post time 25-7-2015 08:52 PM | Show all posts
Malaysia XI Vs Liverpool (Liverpool Asia Tour 2015 Malaysia)



Date : 24/7/2015

Venue : Bukit Jalil Stadium




















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2015 07:13 PM | Show all posts
Logo Liga Bolasepak Rakyat Cerminkan Mentaliti FAM




Oleh Imran Abdul Jabar pada 17 Sep 2015



Sekali lagi, kontroversi sindrom logo buruk melanda identiti peringkat kebangsaan. Kali ini pada logo Liga Kebangsaan Rakyat (LBR) pula mencemarkan imej FAM. Adakah ini juga mencerminkan mentaliti FAM ?



Luahan Rasa Tidak Puas Hati

Seorang pereka logo, Wizan Zaini meluahkan rasa tidak puas hati beliau di akaun facebooknya. Baca luahannya :






Kalau kena belasah 10 kosong, aku tahankan juga tangan ini. Kita main bola sejak dulu lagi. Sebelum arwah Supermokh lagi. Prestasi? Reputasi? Cowchincow! Cincaiboncai! Program macam macam ada! Hasilnya hampas! Hampas kelapa pun laku, buat bagi itek makan. Ini belanja juta-juta wang negara. Memalukan, memualkan. LBR(M) Ini yang terbaru! Ikutkan kurang ajar aku, mahu saja mencarut! Sudahlah bola hancus, logo pun barai. Main bola main main, tu sebab ranking haprak! Banyak sangat politiknya, banyak sangat kosmetik buat orang makin getik!

Kali ini tangan aku tak boleh diam. Penghinaan bagi aku! Jika adik adik designer lain tak terasa, tak mengapalah. Kali ini aku sentap! Jangan bikin malulah… Logo gomen, no komen! Tapi kali ini aku taramkan.

Aku rasa, ini bukan salah designer (jika memang designer yang buat).. Pada pandangan (berdasar pengalaman) Ini salah orang yang meluluskan. Orang yang memberi arahan. Bikin logo bukan kerja main main. Ini imej. Ini maruah. Apatah lagi ada perkataan RAKYAT MALAYSIA.


Sindrom logo Merdeka ?




Sources : http://sifoo.com









Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2016 08:51 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2016 03:11 PM | Show all posts
1. PENILAIAN HAK PENYIARAN & KOMERSIAL: RM1.5 JUTA



Pada Januari 2015, FAM telah menandatangani perjanjian berkaitan hak penyiaran yang paling lumayan dalam sejarah mereka. Perjanjian tersebut menjamin pendapatan sebanyak RM70 juta setahun, berbanding RM30 juta yang dibayar penyiar sebelum ini, Astro. Perjanjian ini ditandatangani dengan MP & Silva.

RM70 juta setahun. Wujudkah pasaran untuk hak penyiaran liga tempatan semahal RM70 juta di Malaysia? Ini satu persoalan yang layak bermain di fikiran para pendukung bolasepak tempatan. Pasaran untuk hak penyiaran di Malaysia hanya ada: tiga pelanggan. Tiga pelanggan berkenaan ialah Zenith-IMG Sports, TM-Media Prima dan Astro-Fox International. Media Prima dan Astro ialah dua stesen penyiar yang sudah lama bertapak di negara ini, selain RTM yang merupakan stesen penyiar kerajaan. Namun, tanpa sebarang tawaran yang bermakna daripada RTM, maka bolehlah dianggap bahawa kerajaan Malaysia pun tidak mampu untuk menjadi pelanggan hak penyiaran ini.

Makanan ruji bagi Astro bukanlah hak penyiaran Liga M, tetapi hak penyiaran EPL. Ini kerana lebih daripada separuh pelanggannya yang berjumlah 4.2 juta, ialah pelanggan pakej sukan. Oleh sebab itulah Astro sanggup (atau terpaksa) melaburkan lebih daripada RM300 juta setahun (10 kali ganda daripada nilai yang sanggup dibayarnya untuk liga tempatan) bagi hak penyiaran liga bolasepak sebuah negara asing yang terletak 10,000 km jauhnya.

Ini hanyalah bisnes. Pasaran untuk Liga M hanya terdiri daripada kaum Bumiputra, yang rata-ratanya pun Melayu. Pasaran ini dapat diterjemahkan kepada kurang 50.1% daripada populasi Malaysia. Manakala pasaran untuk EPL pula ialah semua kaum: Cina, India, bumiputra Kadazan, Iban, Orang Asli, termasuklah juga, kaum Melayu.

Media Prima pula boleh sahaja hidup selama 4 tahun daripada 2011-2014 tanpa hak penyiaran Liga M, dengan berbekalkan diet ruji Buletin Utama dan drama Melayu pukul 7. Jadi, mengapa mereka perlu bergolok bergadai untuk menawarkan puluhan juta semata-mata untuk membeli hak penyiaran Liga M yang tidak diperlukannya ini?

Apabila tidak diperlukan, maka pelanggannya juga tidak ramai. Sudahlah pelanggannya tidak ramai, malah mereka dilayan dengan buruk pula. Pada penghujung tahun 2014, Astro-Fox International, TM-Media Prima dan Zenith-IMG Sports telah menawarkan harga masing-masing untuk bertarung merebut tender hak penyiaran Liga M :-

a. Astro-Fox menawarkan RM50 juta;
b. TM-Media Prima menawarkan RM55 juta; dan
c. Zenith-IMG Sports dengan tawaran tertinggi sebanyak RM75 juta.


Siapakah yang menilai tender tersebut ? Pada 28 Oktober 2014, The Edge Financial Daily telah melaporkan bahawa para pegawai FAM tidak berpuas hati dengan perlantikan Hashim Natt untuk menilai tender berkenaan. Hashim telah dilantik oleh Timbalan Presiden FAM yang baru memenangi jawatan dalam Kongres FAM pada tahun yang sama, iaitu Datuk Mokhtar Ahmad. Malah, Hashim dikhabarkan memiliki hubungan persaudaraan dengan Mokhtar. Ini bagaimanapun telah dinafikan oleh Mokhtar.

Tidak sampai sebulan kemudian, media melaporkan bahawa Kevin Ramalingam dan syarikatnya Red Card pula dilantik sebagai konsultan untuk penilaian tender. Apabila Mokhtar ditanya mengenai perlantikan Kevin, beliau menjawab “lebih baik soalan-soalan ini diajukan kepada tuan Presiden”. Mana pula para pegawai FAM yang tidak berpuas hati dengan perlantikan Hashim Natt sebelum ini ? Semuanya diam.

Siapakah yang memenangi tender hak penyiaran tersebut ? Pada Januari 2015, apabila pengumuman berkaitan hak penyiaran dibuat oleh FAM, Zenith-IMG Sports yang menawarkan jumlah tertinggi tidak diumumkan sebagai pemenang tender. Jadi, adakah TM-Media Prima pemenangnya ? Pun tidak. Begitu juga Astro-Fox Sports. Nampaknya, ketiga-tiga pihak seolah-olah telah dipermainkan dalam satu proses tender yang tiada pemenang.


Berapakah harga yang dibayar oleh FAM untuk proses 'penilaian hak penyiaran & komersial' ini? Sila rujuk gambar 1: RM1.5 juta !

FAM kemudiannya memutuskan, ataupun mungkin konsultannya yang memutuskan, perlantikan MP & Silva sebagai ‘penasihat hak media’. Konsultan itu kemudiannya telah dilantik menjadi CEO syarikat usahasama FAM-MP & Silva, iaitu FMLLP. Nampaknya FAM telah melantik penasihat hak media, setelah melantik konsultan dan penasihat tender.

FAM -> penasihat tender -> konsultan -> penasihat hak media.

Apa maknanya semua ini? Ini maknanya FAM, dengan barisan Exco pemakai blazernya: tidak cukup bijak untuk membuat keputusan bagi masa hadapan bolasepak Malaysia. Mereka yang telah berhempas pulas untuk merebut jawatan di dalam Kongres FAM paling sengit dalam sejarah (sehingga jawatan Presiden dipertandingkan) sebelum penswastaan dilaksanakan, malangnya kini umpama boneka. Disailang oleh pihak yang lebih berkuasa.


2. 'TAJAAN' MEDIA PRIMA & RTM TAHUN 2015: RM12.7 JUTA


MP & Silva yang dilantik sebagai ‘penasihat hak media’, telah menjanjikan RM1.26 bilion sepanjang tempoh 15 tahun kepada FAM. Big money. Pasukan-pasukan liga sudah mula mengimpikan jumlah geran tahunan yang lebih besar, sepertimana pendapatan hak penyiaran dibahagi-bahagikan kepada kelab EPL. Barisan Exco FAM pula mula menyaksikan sinar era baru kemakmuran bolasepak tempatan.


Malangnya, MP & Silva bukanlah stesen penyiar.


MP & Silva tiada wartawan, tiada pengulas perlawanan, tiada krew, tiada kamera: ia hanyalah ‘penasihat hak media’, bukannya pelanggan hak media. Siapakah pelanggan hak media? Pelanggan hak media masih tetap Media Prima, Astro, RTM: rangkaian stesen-stesen penyiar tempatan.

Maka, MP & Silva yang bukan stesen penyiar kini terpaksa menjaja sekali lagi hak penyiaran kepada stesen-stesen penyiar tempatan yang telah dipermainkan dalam proses tender pertama sebelum ini. Bezanya, dalam proses tender terdahulu, Media Prima dan Astro masing-masing telah menawarkan jumlah sebanyak RM50-55 juta setahun. Kini setelah Media Prima dan Astro ‘dipermainkan’, mereka diharapkan untuk membayar harga yang lebih mahal: iaitu RM70 juta pula.

Pada 2015, maka bermulalah musim kelam-kalibut bagi Liga M. Pasukan Liga Super yang menerima geran sebanyak RM350,000 sebelum ini, kini dilaporkan hanya bakal menerima bayaran di akhir musim. Jumlah bayaran? Berdasarkan merit. Berbeza daripada pembahagian hak penyiaran EPL, pasukan-pasukan Liga M sebagai pemegang taruh tidak akan menerima bahagian terbesar daripada pendapatan hak penyiaran. Sebaliknya, FAM yang akan menerima bahagian terbesar sebanyak 40%, kononnya sebagai “pemegang hak milik intelektual Liga-M”.

Seolah-olah rakyat Malaysia mengikuti Liga M untuk menonton muka-muka Exco FAM, dan bukannya pasukan-pasukan yang bertanding.

Era kemakmuran yang diharap-harapkan kini kelihatan lebih menyerupai era mimpi ngeri. Tanpa penyiar rasmi pada 2015, banyak perlawanan yang tidak dapat disiarkan. Agak aneh, walaupun tanpa penyiar rasmi pada tahun 2015, Media Prima dan RTM telah menyiarkan beberapa perlawanan di saluran masing-masing. Berapa harga yang telah dibayar oleh Media Prima dan RTM ? Sila rujuk gambar 2: 'tajaan' masing-masing sebanyak RM6.7 juta dan RM6 juta.

Jumlahnya RM12.7 juta. Berapa banyak beza daripada RM70 juta ?


Setelah setahun tanpa penyiar rasmi pada 2015, proses pencarian pelanggan hak media dijangkakan telah sempurna sebelum musim 2016 bermula. Jangkaan ini bagaimanapun meleset. Sebaliknya, tender dimulakan lewat & liga bermula pada bulan Februari. Musim Liga M 2016 terpaksa dianjakkan sehingga ke bulan Februari, ketika Media Prima akhirnya diumumkan sebagai pemegang hak penyiaran sehari sebelum liga bermula. Adakah kelewatan yang diakibatkan oleh tender kedua hak penyiaran ini ada disebut sebagai antara sebab mengapa jadual liga menjadi padat? Tidak.

Walau apapun, tahun 2015 dalam ertikata penyiaran dan pendapatan kepada industri bolasepak tempatan, telah menjadi tahun yang ghaib.

Siapa yang menyebabkan kerugian dalam proses decision-making hak penyiaran yang caca marba ini ? Penyokong ?










#PENYATAFAM


- Rimau XI -



Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2016 12:02 PM | Show all posts
Anak Johor berusia 6 tahun, dilatih Akademi Manchester City



N Faizal Ghazali     Hari ini, 6:01 pagi     Hari ini, 6:23 pagi





Walaupun baru berusia enam tahun, seorang anak Johor kini sedang dibimbing Akademi Bola Sepak Manchester City, England.

Ehsan Rasidin Amri dilahirkan di Hospital St Mary Manchester. Ibu bapanya bekerja dan tinggal di sana sejak 10 tahun lalu.

Penglibatan awal anak kedua pasangan Rasidin Amri Amir dan Fairuz Hanapiah dalam sukan bola sepak bermula secara tidak dirancang selepas Ehsan membuat permintaan untuk bermain bola sepak.

asidin Amri berkata, ketika berusia lima tahun, Ehsan (foto) meminta supaya dihantar bermain bola sepak di mana-mana kelab sebagai aktiviti hujung minggu.

"Kami ambil masa agak lama untuk cari kelab bola sepak yang sesuai. Kami juga fikir jadual aktiviti Ehsan sedia padat dengan latihan renang dan taekwondo pada hari minggu.

"Selepas dia memujuk kami, sekitar April lalu isteri saya mendapati ada satu kelab bola sepak iaitu Timperley FC, terletak kira-kira 10 minit memandu kereta dari rumah kami," katanya kepada Malaysiakini.

Rasidin berkata, mereka bertuah susulan kouta pendaftaran untuk menyertai Timperley FC masih ada walaupun ketika itu sudah hampir penghujung musim.

Menurutnya, Ehsan menjalani latihan setiap hari Ahad selama satu setengah jam bermula pukul 9.30 pagi.

"Selepas tiga minggu menyertai Timperley FC, Ehsan dipilih beraksi untuk Sunday League. Pada penampilan pertama Ehsan dalam Sunday League, aksinya turut ditonton seorang pencari bakat Manchester City," katanya yang juga anak kelahiran Batu Pahat, Johor.

Rasidin berkata, pencari bakat tersebut datang menemuinya dan bertanya sama ada Ehsan pernah dilatih secara profesional sebelum ini.

"Dia kata Ehsan bermain agak baik. Mungkin dia nampak kebolehan tertentu yang ada pada Ehsan berdasarkan persembahannya. Pada hari tersebut terdapat kira-kira 200 kanak-kanak mewakili kelab masing-masing untuk Sunday League.

"Lelaki berusia dalam linkungan 70 tahun itu cuba meyakinkan saya bahawa Ehsan perlu mendapatkan bimbingan profesional dengan menyertai Akademi Manchester City.

"Dalam hati saya kata, dia tak perlu yakinkan saya kerana saya dan Ehsan sememangnya peminat tegar kelab Manchester City," jelasnya.


Pemain terbaik Timperley FC

Selepas berborak kira-kira sejam dengan pencari bakat tersebut, Rasidin berkata, bekas pesara tentera British yang pernah berkhidmat di Malaysia sebelum merdeka itu meminta maklumat peribadinya.

"Dia minta alamat, nombor telefon dan email untuk dihubungi kemudian. Dia kata Ehsan akan dapat surat tawaran dari Akademi Manchester City.

"Surat tawaran tersebut benar-benar sampai pada awal bulan Jun lalu," katanya.

Pada penghujung musim liga Julai lalu, Rasidin berkata, Ehsan dipilih sebagai pemain terbaik tahunan Timperley FC bagi kategori pemain berusia enam tahun.

Selepas itu katanya, Ehsan mula menyertai latihan di Akademi Manchester City yang diadakan setiap hari Khamis.

"Dia menunjukkan peningkatkan selepas berlatih di Akademi Manchester City. Keyakinannya semakin tinggi dan kelihatan seperti kanak-kanak lain di sana.

"Sebagai ibu bapa kami sangat gembira dan bersyukur dengan peluang yang diperolehi Ehsan di sini. Kami rasa bertuah tinggal dan mendapat peluang sebegini di sini.

"Saya belikan Ehsan tiang gol kecil dan letakkan di belakang rumah kami untuk dia berlatih setiap hari. Ehsan juga bermain untuk pasukan sekolahnya Tyntesfield Primary," katanya yang bekerja sebagai designer.

Tambah Rasidin, pada awalnya Ehsan bermain untuk posisi pertahanan dan kini lebih berkeyakinan beraksi di posisi tengah.

Katanya, sebagai ibu bapa mereka tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada Ehsan, sebaliknya sentiasa memberi peringatan peluang dan platform yang diperolehinya.

"Kami pesan supaya dia berusaha gigih dan terus meningkatkan aspek persembahannya. Kami tidak beri sasaran supaya dia tampil sebagai pemain profesional dan kami mahu dia turut berjaya dalam pelajaran.

"Tetapi sebagai anak Johor, dia mungkin boleh menyimpan cita-cita untuk mewakili pasukan Johor sekiranya perkembangan bola sepak Ehsan semakin baik di masa akan datang," katanya.

Sebagai rekod, Akademi Manchester City tidak membuka peluang terbuka kepada semua golongan kanak-kanak untuk mendapat bimbingan profesional bola sepak, sebaliknya menggunakan khidmat pencari bakat untuk menawarkan kanak-kanak berbakat menyertai mereka.

Bimbingan itu diberikan secara percuma sehingga mereka terpilih untuk menyertai skuad paling junior pada usia lapan tahun.


Sources : http://www.malaysiakini.com/news/357869



Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 03:29 PM | Show all posts
Malaysia lawan Afghanistan

malam ini
stadium shah alam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2016 01:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2016 11:18 AM | Show all posts
isnin dpan ada frenly.
stadium shah alam
masuk free
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2016 01:41 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2017 08:49 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mlm ni tak sabar nk tgk rimau lawan singa
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2017 05:51 PM | Show all posts
Mai youlls join saye di DAFABET! x yah DEPOSIT! Kasi lu FREE RM48 pulak tu~ Alahai jom la main skrg!




Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 06:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2017 07:28 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2017 11:15 AM | Show all posts
Skuad NDFP tumpas kepada jepun
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 11:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2017 01:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2017 10:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 12:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:16 PM | Show all posts



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.057484 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list