Ketua Jurulatih baru Kelantan, Steve Darby tiba di Kota Bharu pagi tadi. Sejurus ketibaan beliau, Steve mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai pasukan dan pada sebelah petangnya melawat padang latihan di MARDI dan Mini Stadium Penjara Pengkalan Chepa.
Steve juga turut melawat pusat Gymnasium U-Shape di Pengkalan Chepa yang bakal digunakan olee pemain-pemain Kelantan.