CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladybirdninja

SALAM PERKENALAN DARI LADYBIRD.....[Topik Kenalan Hari ini 22.3.2007]

 Close [Copy link]
 Author| Post time 12-8-2007 02:36 PM | Show all posts
Artis: Kaer
Lagu: Izin Ku Pergi

sinaran mata cerita segalanya
duka lara terpendam memori semalam
tinggal segala cinta tiada kembalinya
abadi kasih kita kau bawa bersama
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

tersemat jiwa setia bersamanya
cinta murni berdua beribu tahunnya
mimpi indah mekar saat cinta bersemi
sedetik asmara syurga selamanya

pergilah rinduku hilangkan dirimu
tak sanggup menanggung derita di kalbuku
pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

ohh pergilah sayangku bermula semula
semangat cintaku membara kerana dia
tiada niatku

maafkan daku duhai kasih
izinkan ku pergi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2007 02:45 PM | Show all posts
PASTIKAN.........
Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya
Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling
Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini
Ulang Chorus
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2007 08:51 PM | Show all posts
hai lady
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2007 10:10 PM | Show all posts

Reply #2743 zonan4's post

Salam Zonan............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 10:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 10:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-8-2007 10:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 10:53 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2007 11:16 AM | Show all posts
anak sapa ni kak? comey nye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 11:29 AM | Show all posts
anak officer Pakistan............masa kursus di beijing dulu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 02:35 PM | Show all posts
lady ..................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2007 03:15 PM | Show all posts

Reply #2751 zonan4's post

wassup bro?????????????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 09:34 PM | Show all posts
KISAH SI MONYET

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis.Apa  yang saya ingin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering  jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu.

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara.Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir  di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.
  
Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.
  
Kereta semakin hamper dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.  Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?



Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.
Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi,  tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.



  

Mungkin kepada sahabat semua, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan  manusiawi.
Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat  ini,  kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.



Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh  seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya  bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya  terima ajakan bapa saudara saya tadi.
Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi  tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh,  rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu,  seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi .   Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian  beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik,



" Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan."  Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar  suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya  mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang  memakan buah-buah hutan.



Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.  Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik.



Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya. Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,  "daripada balik tangan kosong? "  lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ?



DAMMM!!!   Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet- monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.
  
BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan
pakcik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat.  Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak  tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit. Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah.
Ia cuba bangun. Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar  pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah.   Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil  berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan  jatuh, bangun mendapatkan ibunya.  Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang  jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan   menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah  itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.

  

Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya  mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati  saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa  ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu  menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya
buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi. Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.
Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya. Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami  dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.  Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi
tidak  dapat ditanggung lagi.  Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri  dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak  tadi menyusu semula.



  

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia  beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah  ke pipi.  Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang  tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.  Suasana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang.  Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang   telah mati.



Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa  sayang kepada ibu. Tapi kita manusia?? Mana hilangnya akal waras kami?
Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pakcik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam,  keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.



Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan  juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah  satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.   Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang   ibu.

  TQ .
  
"Life can give u a hundred reasons to cry,   But u can give life a thousand reasons to smile."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-8-2007 09:38 PM | Show all posts
Isteri adalah amanah bukan pemberian... ....

Mat...mat... .

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari
pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari
untuk menanggung keluarga.

Satu malam Mat berdoa,'Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu
supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk
sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah'

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu,
kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan enjin kereta dan
bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang
dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.

Kemudian kutip kain busuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak
bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.

Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu
cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai...
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,'Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku
selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja'

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,'Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali....'

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak? ??....... Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk...!! !

~~~~~ 'Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??' Sergah satu suara di sisinya.

Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,'Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??

'Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni.....'

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu
seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 08:32 AM | Show all posts
memang letih jadi isteri ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2007 09:38 AM | Show all posts
panjangnye cerita2 dari k.lady...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2007 07:56 PM | Show all posts

Reply #2755 valkries's post

andai segala tanggungjawab sebagai isteri dilaksanakan dengan seikhlas hati,setulus kasih.....insyaallah.......tiada istilah LETIH dalam kamus hidup sebagai seorang ISTERI..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 07:58 PM | Show all posts

Reply #2756 noor2's post

sekadar berkongsi................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 09:58 PM | Show all posts
Baru beli peralatan kraf .................

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2007 10:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.049639 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list